SUMPAHAN SYAITAN FILEM SERAM KOMEDI MENAMPILKAN PELAWAK-PELAWAK TERSOHOR MALAYSIA

SUMPAHAN SYAITAN FILEM SERAM KOMEDI MENAMPILKAN PELAWAK-PELAWAK TERSOHOR MALAYSIA | Assalammualaikum semua. Pada 23 Februari 2023 yang lalu, Ruby berkesempatan ke tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang bergenre seram komedi arahan Roy Krishna. Filem Sumpahan Syaitan merupakan terbitan D Bay Film Factory & Redfiress Film Production. 

Sebuah filem seram komedi yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil dan ramai lagi termasuk kumpulan lawak Senario. Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam termasuk Brunei dan Singapura bermula 2.3.23.

SUMPAHAN SYAITAN FILEM SERAM KOMEDI MENAMPILKAN PELAWAK-PELAWAK TERSOHOR MALAYSIA


Tajuk : Sumpahan Syaitan
Genre : Seram Komedi
Pengarah : Roy Krishna
Terbitan : D-Bay Film Factory | Redfiress Film Production
Bahasa : Bahasa Melayu
Durasi Filem : 98 minit
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan di Pawagam : 2 March 2023
Barisan Pelakon:
Dato’ Ac Mizal sebagai Malik
Dato’ Jalaludin Hassan sebagai Branco
Farid Kamil sebagai Sam
Nynaa Harizal
Saiful Apek
Azlee Senario
Pak Ya Sepahtu
Yassin Senario
Epy Kodiang
Syaiful Zero
Amai Kamaruddin
Arin Rajalawak
Adam Shahz
Azlan Komeng
Kenji Sawahii
Lala (Watak Kanak2 Anak Sam)
Cracky Don
Trailer:


Lagu OST Filem Sumpahan Syaitan:



SINOPSIS FILEM SUMPAHAN SYAITAN


Kisah tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. 

Malik telah mengarahkan Sam & Keluarganya pergi ke Hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri. Namun malangnya nasib Sam sejak Hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. 

Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu. Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya? Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya? Disebalik kisah seram, pasti ada juga kisah komedi yang perlu anda saksikan.

RINDU LAKONAN FARID KAMIL


Jika anda generasi yang melihat kemasyuran pelakon Farid Kamil, pasti anda tahu bagaimana karier seni beliau bermula. Lakonan yang bersahaja dan memiliki aura tersendiri dalam melakonkan apa sahaja watak adalah tarikan utama buat penerima Anugerah Seni Negara 2009 ini. 

Di dalam filem Sumpahan Syaitan, peranan utama diberikan kepada Farid Kamil iaitu sebagai Sam yang memiliki pendidikan yang baik. Mempunyai keluarga yang harmoni. Namun, mudah terpedaya dengan janji manis berkenaan kekakayaan. Keinginan untuk kaya cepat menyebabkan dia mudah percaya cerita-cerita dongeng dan kemewahan yang ditampilkan oleh sifu air liur ni. 

Sanggup meminjam duit dengan gangster dan akhirnya pelaburan yang disertai ghaib. Maka, konflik kehidupan pun berlaku. Bagusnya Sam ni, dia dikelilingi oleh sahabat yang baik seperti Malik dan isteri yang setia. 

Memulakan kehidupan baru sebagai pelarian memberi kesedaran bahawa kehidupan yang selesa tidak semudah yang disangkakan. Berbekal ilmu pengurusan, Sam menjadi pengurus hotel dan resorts. Tapi, banyak pula gangguan aneh berlaku. Sesiapa yang bergelar pengurus hotel tersebut, pasti akan automatik layak kena Sumpahan Syaitan. Macam biasa, watak Sam ni blur kan. Jadi, pekerja hotel lah yang banyak membantu. Memang kelakar.

YASSIN SENARIO MEMANG KELAKAR


Pecah perut ketawa di dalam pawagam sepanjang babak yang dilakonkan oleh pelawak Yassin Senario. Memegang watak sebagai Bomoh memang memberi impak banyak dalam filem Sumpahan Syaitan. Dengan kesan khas di selipar Bomoh semasa melangkah masuk ke lobi hotel. Kemudian bibir meratib bacaan dalam pelbagai bahasa. 

Wajah dia real macam bomoh tu yang tak tahan ketawa walaupun sebenarnya dia pun penakut. Hahaha. Habis dia bagi tugasan kepada pekerja hotel. Sampai semua diganggu dengan makhluk halus. Memang seram situasi ketika babak ini sebab gangguan makhluk halus, suasana gelap, persekitaran hotel yang memiliki dekorasi klasik lama. Memang rasa berhantu lah tempat ni. 

AZLEE SENARIO BAWA WATAK SEBAGAI KAKI KIPAS BOSS


Peranan watak Azlee Senario sebagai ketua sekuriti semenangnya menggambarkan kehidupan sebenar dunia kerja di bidang keselamatan. Perlu meningkatkan diri dengan pengalaman dusta belaka dan keberanian luar biasa dipertontonkan. Hakikatnya, pengalaman sebenar bukan bekas pegawai polis. 

Babak Azlee Senario kena tampar banyak kali dengan hantu tu sakit wooo. Tapi sebab Azlee ni peranan dia kelakar, Ruby tergelak juga. Maafkan saya. Hahaha. Buat anda yang rindu Azlee Senario berlakon, jom tonton Sumpahan Syaitan di pawagam berdekatan anda. 

SUNTINGAN KESAN KHAS MENAKJUBKAN


Kualiti suntingan filem Supahan Syaitan menyenangkan untuk ditonton oleh kita semua. Kesan khas yang digunakan tidak melampau. Malah lebih kemas. Nampak transisi setiap babak macam ada bahagian perlu ditambah. Mungkin sebab filem ini hampir 2 jam masa menonton. Ada bahagian yang dikeluarkan. 

Serius Ruby lapang kepala tonton filem Sumpahan Syaitan ni. Tidak perlu sakit kepala fikir plot twist segala. Jalan cerita jelas. Mereka bagi terus dan tanpa sedar dah tamat filem ni. Kesan Khas siap roh hilang bak angin lalu tu gempak wooo.

KEMUNCULAN MAKHLUK HALUS DAN SENI MEKAP HANTU SEPERTI NYATA


Kalau dah nama cerita seram. Kemunculan mereka yang membawa watak hantu pastinya memberi impak besar kepada penonton. Sama ada ia lucu, menakutkan atau menyeramkan. Tetapi ramai yang suka menonton genre filem begini. Puncanya, untuk bergelak ketawa sambil berasa seram. 

Pada kebiasaannya filem yang tidak perlu fikir banyak akan mudah untuk penonton ketawa walau filem seram. Tahniah buat pasukan D-Bay Film Factory, Redfiress Film Production dan semua barisan pelakon. Rindu sangat filem seram komedi begini macam zaman Senario dulu tu. Hehehe. 

PERADUAN TONTON DAN MENANG 


Bermula dari 2 Mac 2023 sehingga 15 Mac 2023, peraduan Tonton filem Sumpahan Syaitan dan Menang motosikal sedang berlangsung. Sebanyak 5 buah motosikal akan diberi kepada penonton bertuah! 5 buah motosikal ini terdiri daripada Yamaha Y15ZR, Honda RS-X dan Yamaha Ego Avantiz. 


Hanya dengan menonton filem “Sumpahan Syaitan” anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah motosikal. Mudahkan?

Tunggu apa lagi, saksikan filem “Sumpahan Syaitan” di pawagam berhampiran anda bermula 2.3.23! Usah bimbang, hadiah ini tiada “Sumpahan Syaitan”. Malah memudahkan urusan harian anda. InsyaAllah!


Cara-cara menyertai Peraduan Tonton & Menang:

2. Ambil gambar tiket wayang, tangkap layar gambar tiket wayang anda dari aplikasi GSC, TGV.
2. Isi maklumat peribadi anda semasa mengisi borang peraduan.

Ruby doakan kita menang motosikal! Amin! Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera pada gambar atau layari www.sumpahansyaitan.com

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال