WARDAH RENEW YOU DENGAN FORMULASI BAKUCHIOL

WARDAH RENEW YOU DENGAN FORMULASI BAKUCHIOL | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Bagaimana dengan rutin penjagaan wajah anda semua? Masih mengekalkan produk yang sama? Ruby nak berkongsi dengan anda semua tentang produk yang Ruby sedang cuba. 

Setiap hari Ruby akan belek wajah Ruby dan mengira kembali berapa usia Ruby pada hari ini. Ada kalanya, produk sedia ada tidak dapat menampung keperluan kulit wajah yang semakin matang. Malah faktor hormon juga memainkan peranan. Kulit kita tidak seperti ketika zaman remaja lagi. Ketika itu kulit lebih berminyak dan jerawat kerap tumbuh. 

Pada usia 24 tahun amalan penjagaan wajah adalah waktu paling serius. Ia persediaan untuk kulit kita menginjak ke fasa matang. Jika kita tidak mula menjaga dengan sebaiknya, garis halus akan mudah muncul kerana kurang kelembapan. Malah liang roma juga terbuka. Ini adalah paling Ruby risaukan. 

WARDAH RENEW YOU DENGAN FORMULASI BAKUCHIOL


Wardah Beauty menampilkan Renew You dengan wajah baru dari formula Bakuchiol dan teknologi Advanced Recovery Age System. Kandungan Youth Power Droplets iaitu microcapsule retinol, peptide matrixyl, niacinamide, dan ceramide yang adalah bahan utama dalam kita mengatasi penuaan pada kulit wajah. 

Bakuchiol merupakan kandungan produk penjagaan wajah yang berasal dari ekstrak tumbuhan Psoralea corylifolia dan sejak dulu sudah dipakai sebagai salah satu ubat tradisional di Cina dan India

Psoralea corylifolia adalah tumbuhan ubatan yang terkenal dalam arena perubatan herba tradisional. Ia telah digunakan secara meluas dalam rawatan pelbagai permasalahan kulit, termasuk psoriasis, vitiligo, ekzema, kusta dan penyakit lain.

Kini, banyak produk skincare menggunakan bakuchiol sebagai salah satu kandungan utama karena manfaat yang diberikannya. Manfaat bakuchiol bervariasi, mulai dari meningkatkan elastisitas kulit tanpa membuat kulit kering dan iritasi, hingga mencegah kedutan dan garis halus.

Selain itu, bakuchiol kerap disebut sebagai alternatif retinol karena fungsinya yang sangat mirip. Namun, bakuchiol lebih aman digunakan setiap hari dan lebih serasi terhadap kulit sensitif. Sedangkan bagi pemilik kulit sensitif, menggunakan retinol setiap hari kurang disarankan karena bimbang akan menyebabkan kulit kering dan memberi berbagai masalah kulit lainnya. Bakuchiol juga boleh digunakan oleh ibu hamil.

Bakuchiol membantu mempercepat pergantian sel sehingga dapat menghaluskan tekstur kulit. Bakuchiol tidak hanya memberi kulit yang lebih halus dan cerah, malah ia juga dapat meningkatkan produksi kolagen dan memperkuat dinding pori-pori wajah. Rasakan seluruh manfaat bakuchiol tersebut dalam formula baru Wardah New You.

WARDAH RENEW YOU ANTI AGING FACIAL WASH


Facial wash dengan Lamellar Technology yang membersihkan kulit secara lembut dengan menjaga keseimbangan pH dan struktur lamellar pada kulit. Dengan kandungan Mild AHA, formulanya bantu mengangkat sel kulit mati dan kotoran pada wajah. Dilengkapi dengan Ceramide, Sodium PCA, dan Bakuchiol sehingga kulit menjadi bersih, lembut, segar dan tetap lembap.

WARDAH RENEW YOU PURE TONER ESSENCE


Pati dengan Ekstrak Sel Phyto Apple untuk memulihkan kulit anda lembap agar tetap tegang, anjal, bercahaya dan gebu.  Hilangkan garis ketara dan kedutan awal anda dengan The Argireline Peptide. 

Cara penggunaan, tuangkan produk ke tapak tangan anda yang bersih. Sapukan perlahan-lahan ke seluruh muka dan leher anda yang bersih. Elakkan terkena mata.

WARDAH RENEW YOU ANTI AGING EYE CREAM


Krim mata anti penuaan dengan Vitamin B3, Advanced Recovery System TM dan Ekstrak Apple PhytoCell untuk memastikan kulit sekitar mata anda lebih muda dan lebih cerah.

WARDAH RENEW YOU ANTI AGING DAY CREAM



Krim pelembap dengan SPF 30 PA+++ untuk melindungi kulit anda daripada UV A & UV B. Dirumus dengan Sistem RecoverAge Termaju untuk melawan tanda-tanda penuaan. Advanced Moisturizing Complex akan melembapkan kulit anda, Peptida akan merangsang pembentukan kolagen, dan Vitamin E dan Resveratol sebagai antioksidan semulajadi.

WARDAH RENEW YOU ANTI AGING NIGHT CREAM


Krim pelembap dengan Advanced RecoverAge System untuk melindungi kulit anda terutamanya semasa tidur. Mengandungi 5 Ekstrak Botani untuk mengelupas kulit dan merangsang pembentukan kolagen. Untuk kulit yang lebih tegang, cerah, dan lebih muda.

DAPATKAN WARDAH RENEW YOU DI GUARDIAN, WATSONS, TIKTOK SHOP ATAU SHOPEE


Kini, produk kecantikan jenama Wardah mudah didapati dari pelbagai cara. Sama ada berkunjung ke kedai atau hanya membuat pesanan dari rumah yang selesa. Nak kulit cantik dan mulus pada usia 30-an, 40-an, 50-an nanti? Dapatkan set lengkap Wardah Renew You sekarang!



PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال