2H1M GEO RESORT GENTING HIGHLANDS DAN IFTAR SELERA KAMPUNG

2H1M GEO RESORT GENTING HIGHLANDS DAN IFTAR SELERA KAMPUNG DI GEO CABANA RESTAURANT | Assalammualaikum semua! Salam Ramadan Mubarrak. Pasti pada bulan yang mulia ini kita ingin meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pada waktu berbuka puasa. Kalau boleh, nak ibu abah, kakak, abang dan adik ada bersama. Setuju? 

Ruby ada satu lokasi best untuk anda seisi keluarga berbuka puasa. Sekali-sekala beri ibu atau isteri berehat dari masak dan menguruskan kerja rumah. Bawalah mereka dan seisi keluarga ke Geo Resort & Hotel di Genting Highlands.

2H1M GEO RESORT GENTING HIGHLANDS DAN IFTAR SELERA KAMPUNG 



Suasana di sini nyaman, sejuk dan tenang. Jauh dari kesesakan kota. Memang memenuhi waktu untuk berehat. Di Geo Resort & Hotel ni semua ada. Lokasi untuk bergambar banyak ruang cantik. Konsep Geo Resort & Hotel ni Luxury stail Eropah tu. Memang lain vibes apabila masuk ke ruang lobi dan bilik. 

Setiap bilik ada balkoni, tinggal menara Eiffel Tower je takde. View sangat cantik dan kabus putih buat kita berasa nyaman. Kami menginap di bilik Family Suite di tingkat 6. Masuk je bilik, anak-anak palinv teruja. Mereka dah nampak katil dua tingkat. Bunk bed di Geo Resort & Hotel adalah signature room untuk kita yang berkeluarga. Memang best. 

Geo Resort & Hotel terletak di Genting Highlands, 13 km dari First World Plaza sahaja. Geo menyediakan penginapan dengan kolam renang luaran, tempat letak kenderaan persendirian percuma, pusat kecergasan dan teres. 

Di antara kemudahan tempat penginapan ini ialah restoran, perkhidmatan bilik dan kaunter penerimaan tetamu 24 jam, berserta dengan WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Best kan? 

GEO RESORT & HOTEL FAMILY SUITE


Bilik Family Suite sesuai untuk tetamu berkeluarga seperti kami, 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Bilik ini dilengkapi dengan katil dua tingkat dengan tilam bersaiz queen dan satu katil bertilam saiz super king, bilik mandi dengan pancuran mandian berdiri lengkap dengan keperluan mandian. Selain itu, peralatan elektrik lain turut disediakan. Seterika, teko elektrik dan pengering rambut. Di Geo, anda tidak perlu bimbang tentang plug, memang banyak tersedia. Hehe.

Permandangan di Geo Resort & Hotel sangat menakjubkan. Cuaca sejuk nyaman buat kami benar-benar berehat. 

Daftar masuk: 3.00 petang
Daftar keluar: 12.00 tengahari
Harga RM 801.89 termasuk sarapan pagi.

  •   Telephone
  •   Room Service
  •   Inhouse Movies
  •   Internet
  •   Air Conditioning
  •   Desk
  •   LED/LCD Flatscreen
  •   Child Friendly
  •   Coffee / Tea Maker
  •   Television
  •   Balcony / Terrace
  •   Ironing Facilities
  •   Mini Bar
  •   Satelite / Cable TV
  •   Shower
  •   Bathrobes
  •   Laptop Safe Box
  •   AM/FM Radio
  •   In Room Safe
  •   Hair Dryer
  •   Non-Smoking
  •   Wireless Internet

IFTAR SELERA KAMPUNG DI GEO 


Bermula dari 23 Mac hingga 24 April 2023,  GEO Resort & Hotel memyediakan hidangan berbuka puasa bertemakan “Selera Kampung D-Geo” di Restoran Cabana. Banyak juadah kegemaran tempatan yang diilhamkan oleh resipi unik chef tersedia untuk kita menjamu selera. 

Nyalakan semangat Nostalgia berbuka puasa bersama keluarga dengan mengimbau kenangan asli deligasi Masakan Kampung rakyat Malaysia. Semua menu tradisi tersedia dan anda juga akan dapat melihat dapur pertunjukan langsung.

Kuali panas hidangan tradisional masakan tempatan dan antarabangsa juga turut tersedia. Diantaranya adalah Nangka Muda Masak Lemak Ikan Masin, Kambing Golek Arang, Aneka Ikan Bakar, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dan banyak lagi. 

MENU UTAMA







HIDANGAN DAPUR PANAS



ULAM, ANEKA SAMBAL, PECAL DAN HIDANGAN RAYA


MINUMAN PANAS DAN SEJUK


KUIH-MUIH, BUAH-BUAHAN DAN MANISAN



Akhiri iftar anda dengan pelbagai jenis pencuci mulut seperti Aneka Kuih-Muih Melayu, buah-buahan, menu manisan dan banyak lagi. Semua makanan yang dihidangkan di Restoran Cabana disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

INAP, IFTAR, SAHUR DI GEO RESORT & HOTEL


Makan malam Nostalgia Geo Resort & Hotel tersedia dari 23 Mac hingga 24 April 2023 dan tetamu boleh menikmati kadar early bird pada RM138 bersih dewasa mulai sekarang hingga 23 Mac 2022. 

Harga biasa akan berharga RM168 seorang dewasa dan RM75 bersih bagi seorang kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan RM85 bersih bagi warga emas berumur 65 tahun ke atas.

Bagi tetamu yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa peribadi atau acara korporat, anda boleh menghubungi terus pasukan GEO Resort & Hotel. Semua harga adalah termasuk cukai kerajaan dan caj perkhidmatan semasa. 

Tetamu digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan. 

IFTAR CABANA RESTAURANT



FUSION SET DINNER



PAKEJ STAYCATION D-GEO



Geo Resort & Hotel menawarkan 252 bilik hotel yang luas dengan pemandangan tanah tinggi yang indah dan menakjubkan. Hotel ini juga mempunyai dua pilihan tempat makan.

Cabana Restaurant, menyajikan masakan klasik tempatan dan antarabangsa di tepi kolam renang. 

Kafe dé Geo, kawasan luar kafe membolehkan anda menikmati kopi, teh, minuman dan snek ringan sambil menghadap ke kawasan kejiranan dengan angin sejuk yang sesuai untuk suasana privasi.

Untuk tempahan Buffet Ramadan atau maklumat lanjut, sila hubungi 

GEO RESORT & HOTEL
Jalan Permai 2,
Genting Permai Avenue,
69000 Genting Highlands,
Pahang, Malaysia

+6019-236 7838

5 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Dixon seronok sangat dapat staycation kat Geo Resort juga hari tu. Rekaan bangunan dan bilik, dengan cuaca nyaman buat Dixon rasa macam kat Eropah tau. Seronok!

    ردحذف
  2. So creative to have this ramadan-Raya staycation with iftar buffet package, nice room especially the beautiful wooden double decker beds for kids . Cheers SiennyLovesDrawing

    ردحذف
  3. Best nyer this new hotel, boleh cuti and staycation at Genting Highlands lepas tu berbuka kat sana juga

    ردحذف
  4. Rindu juga staycation kat sini bah! Serious bilik so the comfortable and makanan pun tip top bah kan! Kena repeat lagi ni

    ردحذف
  5. Aduhai tengok menu lauk kampung ni memang selera yaya sungguh la hee dah lama tak pergi Genting nanti boleh consider stay kat sini 👍🏻

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال