BOOKXCESS ROOFTOP THE GARDENS MALL DENGAN PEMANDANGAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT | Assalammualaikum semua! Salam 7 Syawal 1444H! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Setelah pulang berhari raya di kampung, Ruby berkesempatan ke cawangan baharu kedai buku BookXcess yang terletak di Rooftop, The Gardens Mall.
Buat pengetahuan anda, ini kali pertama Ruby meneroka tingkat atas The Gardens Mall. Melalui kawasan parking di tingkat 6C, Ruby boleh akses terus ke BookXcess Rooftop. Jika anda dari kawasan dalam pusat membeli-belah The Gardens Mall, anda hanya perlu mencari The Gardens Theater di tingkat 6 untuk lebih mudah mencari pintu ke BookXcess Rooftop.
BOOKXCESS ROOFTOP THE GARDENS MALL DENGAN PEMANDANGAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT
BookXcess Rooftop mempunyai dua pavilion. Pavilion ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk buku Fiksyen dan Non Fiksyen di Pavilion 1 dan buku kanak-kanak di Pavilion 2. Pavilion 1 bersaiz 9,095 kaki persegi dibuka pada 10 Disember 2022. Manakala Pavilion 2 bersaiz 8,221 kaki persegi dibuka pada 17 Januari 2023.
Suasana di BookXcess Rooftop selesa dengan pencahayan natural dari tingkap dan anda boleh enjoy pemandangan bangunan pencakar langit yang bercahaya dari pantulan cahaya matahari pada waktu siang. Sambil membaca, anda boleh minum dan makan di restoran. Pastinya hari anda produktif dengan aktiviti membaca, makan dan tenang.
Sejak pembukaan kedai buku pertama BookXcess pada tahun 2007, BookXcess Rooftop merupakan cawangan ke-20. BookXcess telah menyuntik semula minat membaca buku dan mentakrifkan semula jualan buku di Malaysia dengan menawarkan rangkaian buku pada harga mampu milik yang tiada tandingan daripada novel klasik kepada buku kanak-kanak dan buku-buku terlaris di pasaran.
Misi BookXcess adalah untuk mencipta, memberi inspirasi dan memperkasa serta membina generasi pembaca baharu. Sehingga kini, BookXcess mempunyai 20 cawangan, termasuk kedai buku terbesar dan beroperasi 24 jam di negara yang terletak di Tamarind Square.
BookXcess juga menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian di bookxcessonline.com untuk memenuhi keperluan pelanggan yang ingin membeli-belah dalam talian dari keselesaan rumah mereka.
BookXcess adalah ikon industri yang bersedia untuk mencipta semula industri buku. Kreatif dan inovatif yang dinamik, dan dengan rangkaian kedai yang berkembang pesat. BookXcess menyediakan berjuta-juta buku kepada pembaca di seluruh dunia melalui pengalaman digital dan kedai bukunya.
PAVILION 1: BUKU FIKSYEN, NON-FIKSYEN DAN RESTORAN
BookXcess Rooftop, The Gardens Mall merupakan sebuah kedai buku pengalaman premium yang tinggi di atas latar langit pemandangan bandar Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya, pengunjung boleh menikmati dua pavilion eksklusif. Satu untuk orang dewasa berehat dan mendapat inspirasi, dan satu lagi untuk kanak-kanak meneroka dan berimaginasi.
Pencinta buku boleh mengharapkan syurga buku yang santai dan menarik, dengan pelbagai buku tersedia. Terokai dan dapatkan inspirasi sambil dikelilingi oleh pemandangan indah Kuala Lumpur dari Rooftop, The Gardens Mall.
Nikmati pilihan buku yang dipilih susun khas di kedua-dua pavilion yang menampilkan pelbagai jenis buku, daripada buku terlaris di pasaran hingga klasik sastera, dipamerkan secara artistik di atas lorong tinggi siling kedai atau buku yang lebih rendah agar lebih mesra kanak-kanak.
Buku Fiksyen seperti Crime Thriller & Mystery, General, Graphic Novels & Comics, Classics & Literature, Romance, Science Fiction & Fantasy, Young Adult.
Non-Fiksyen iaitu Architecture & Design, Arts & Photography, Adult Colouring, Beauty & Fashion, Baking, Biographies, Business, Hobbies & Crafts, Cookery, Family & Relationship, Graphic Design, Health & Wellness, History & Politics, Home & Garden, Humour, Journals, Language, Music & Movie, Pets & Nature, Puzzles & Games, Reference, Religion & Spirituality, Science & Technology, Self Help, Sports, Transport, Travel
Hadiah & Peralatan Alat Tulis seperti Art & Craft, Puzzles, Board Games, Office & School Supplies, Toys.
PAVILION 2: BUKU KANAK-KANAK, RUANG AKTIVITI DAN BACAAN
Walaupun kanak-kanak mempunyai ruang permainan mereka sendiri, dengan sudut bacaan yang selesa, mereka boleh menikmati suasana membaca buku yang bagus dan lebih fokus. Kawasan bermain yang luas memberi inspirasi kepada mereka berimaginas keluar dari halaman buku dan menghargai realiti.
Di Pavilion 2, buku kanak-kanak terdiri daripada Pop-Up Books, Board Books, Graphic Novels & Comics, Religion & Beliefs, Colouring Books, Activity Books, Augmented Reality, Educational Toys & Kits, Picture Books, Readers, Reference, Sound Books, Sticker Books, Work Book dan Puzzles & Games.
Tempat yang sesuai untuk berehat santai minda sambil meneroka dalam kedai buku kegemaran anda. Lawati BookXcess Rooftop di The Gardens Mall hari ini untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pasti ada bahan bacaan untuk semua orang.
RESTORAN RED RED BOTAK HEAD
Uniknya restoran di dalam BookXcess kali ini adalah restoran Red Red Botak Head yang merupakan restoran mesra muslim yang menyajikan makanan kegemaran masyarakat Malaysia dalam versi tersendiri. Pelbagai hidangan enak tersedia setiap hari.
Selain itu, pada waktu malam akan diadakan Live Band dan Live Standup Comedy. Sambil berhibur, nikmati makanan enak yang disediakan oleh Chef dari Red Red Botak Head.
Tempah sesi makan malam anda di 013-8261900. Okay?
PROMOSI DAN AKTIVITI HUJUNG MINGGU BOOKXCESS ROOFTOP THE GARDENS MALL
Sertai promosi dan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak di BookXcess Rooftop. Setiap pembelian RM 100 dan ke atas berpeluang memiliki buku pilihan anda pada harga RM 20. Best kan?
BookXcess Rooftop
Level 6, The Gardens Mall,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Mid Valley,
Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
Dibuka Setiap Hari termasuk Cuti Umum
Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan aktiviti BookXcess Rooftop, ikuti media sosial BookXcess sekarang!
Tags
Pendidikan
naissss finally ada gak restoran mesra muslim dekat bookxcess. cantik ambik gambar dekat sini sebab natural lighting bersepah
BalasPadamselamat hari raya ruby... wahh..bestnya kedai buku ni. masuk kedai popular pun dah tak jumpa jalan keluar, masuk bookxcess ni agaknya..tak berapa lama baru leh jumpa jalan keluar
BalasPadamBaru tahu cawangan BookXcess baharu dibuka di atas The Gardens Mall. Nampaknya sangat besar. Saya akan melawati cawangan ini secepat mungkin.
BalasPadamWow nice! i can't wait to check out this bookstore and also the cafe
BalasPadamI visited last month with my kids. this store a bit like maze to us haha. many hidden corners kan
BalasPadamOhh wowo....saved this bookxcess store on me time list so I can enjoy reading & book shopping soon. Thanks for sharing this with me ya . Cheers SiennyLovesDrawing
BalasPadamcantik dan nampak selesa sangat tempat ni kan. seronok la kalau dapat bawa anak-anak datang ke sini
BalasPadam