MICHAEL ANG DILANTIK SEBAGAI DUTA PRODUK SWEET HOME CANDIED PRODUCTS SDN BHD

MICHAEL ANG DILANTIK SEBAGAI DUTA PRODUK SWEET HOME CANDIED PRODUCTS SDN BHD | Assalammualaikum semua! Tahniah diucapkan kepada Sweet Home Candied Products Sdn Bhd kerana memilik duta buat kali pertama setelah hampir 50 tahun berada di pasaran sejak penubuhannya pada tahun 1974.

Sweet Home merupakan pengeluar produk berasaskan gula. Terdapat 7 produk utama dijual di pasaran tempatan dan antarabangsa. Selain dari produk yang mudah didapati di pasaraya, produk Sweet Home turut digunakan oleh syarikar tempatan yang menyediakan minuman kesihatan Sarang Burung, masakan ready-to-eat seperti rendang dan sambal. Selain itu, Gula Merah sering digunakan dalam masakan masyarakat Melayu. Unt

MICHAEL ANG DILANTIK SEBAGAI DUTA PRODUK SWEET HOME CANDIED PRODUCTS SDN BHD



Hanya bermula di sebuah dapur tradisional dengan seguni gula tebu sebagai modal tunggal untuk memulakan perniagaan, kini gula batu keluaran Sweet Home Candied Products Sdn Bhd, muncul sebagai pengeluar utama gula batu di Malaysia dan Asia Tenggara. 

Pengarah Pemasaran Sweet Home Candied Products Sdn Bhd, Vincent Teh Chun Hwa berkata, perniagaan keluarga itu dimulakan dengan cara yang sangat sederhana oleh bapanya, Teh Sey Meng di Jinjang, Kepong, pada tahun 1974. 

Awalnya syarikat dinamakan Teh Sey Ming Candied Melon Factory (TSM) dan sejajar perkembangan perniagaan, pada tahun 2000 syarikat ditukar kepada nama baru iaitu Sweet Home Candied Products Sdn Bhd (Sweet Home). 

Menurut Vincent Teh Chun Hwa, perniagaan itu mula tersebar dari mulut ke mulut dan dengan reputasi cemerlang ditunjukkan syarikat, Sweet Home terus berkembang dengan cepat.

“Pada tahun 2010, kami berpindah ke kawasan perindustrian Rawang yang menempatkan pejabat lebih besar dan dilengkapi peralatan perkilangan yang lebih moden untuk meningkatkan lagi pengeluaran gula batu.  

“Sejak syarikat ini diasaskan oleh bapa saya, kami sangat mengutamakan kualiti pengeluaran produk. Ia bukan saja menjadi pelengkap kepada minuman dan makanan lain namun dijamin memuaskan hati pengguna. 

“Selama 40 tahun kami bekerja tanpa jemu untuk mengeluarkan gula batu yang bermutu tinggi. Berserta pengalaman berpuluh tahun itu, kami kini adalan pakar dalam bidang pengeluaran gula batu yang berjaya menguasai pasaran di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara,” katanya.


Sementara itu, Wakil Pemasaran Sweet Home, Amirul Ashraf berkata, kejayaan syarikat kerana percaya adalah penting untuk memenuhi piawaian tinggi yang diperlukan oleh Industri Makanan Malaysia dan tiada kompromi dalam soal kualiti.  

Sehubungan itu, dengan segala ketelitian dan kerja keras, Sweet Home berjaya mendapatkan sijil GMP, HACCP, HALAL dan FSSC22000

“Kenapa gula batu berbeza daripada gula halus biasa kerana ia memberikan rasa dan tekstur yang lebih baik apabila kita menggunakannya berbanding gula halus. Ia juga melalui proses penghabluran selama 168 jam (tujuh hari). 

“Gula batu bukan saja lebih bagus untuk kesihatan daripada gula biasa tetapi ia juga menambahkan lagi keenakan kepada kesemua jenis juadah kerana keunikan rasanya. 

“Berbanding pesaing, gula batu yang dihasilkan oleh Sweet Home mendapat sijil pengilangan gula batu yang disahkan FSSC22000 di Malaysia dan kami juga merupakan pengeluar gula batu pertama disahkan halal oleh JAKIM,” katanya.


Sweet Home turut mengeluarkan minuman Longan dan Halia serta Rock Sugar, Brown Sugar, Yellow Rock Sugar dan Honeycomb Sugar.

Sweet Home menggunakan amalan pengurusan yang terbukti dan terbaik pada setiap langkah proses pengeluaran untuk memastikan keselamatan produk. 

“Kami adalah peneraju dalam keselamatan dan kualiti makanan. Pasukan Keselamatan Makanan dan Jaminan Kualiti kami terdiri daripada sekumpulan pakar dari setiap bidang keselamatan makanan, yang dilatih secara tetap dalam amalan terbaik. 

“Falsafah keselamatan makanan kami ialah, jika kami tidak yakin dengan produk kami, kami tidak akan menjualnya kepada pengguna. 

“Kami mempunyai sistem yang ketat yang diikuti dengan teliti dengan mengawasi pengauditan pematuhan, membantu dengan pelbagai pensijilan keselamatan makanan dan berinteraksi dengan semua agensi kawal selia untuk memastikan kami memenuhi keperluan kawal selia standard tinggi,” katanya

MICHAEL ANG DUTA SWEET HOME


Sweet Home melantik penerbit, pengarah dan tukang masak, Michael Ang sebagai dutanya. 


Sempena musim perayaan ini, Michael terlibat di dalam video raya Sweet Home “Gula dari Surga” dan turut menghasilkan program masakan sebanyak lapan episod yang sedang dalam pembikinan. Rancangan masakan itu akan disiarkan di saluran Youtube selepas Aidilfitri ini. 


Cooking Show With Michael Ang itu ditaja oleh Sweet Home yang akan mengetengahkan sajian yang enak dan mudah dimasak menggunakan gula batu Sweet Home. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال