CHOCO ALBAB UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE BERSAIZ MINI COMEL BERWARNA-WARNI

CHOCO ALBAB UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE BERSAIZ MINI COMEL BERWARNA-WARNI | Assalammualaikum semua. Baru-baru ini Ruby berkesempatan ke majlis anjuran Choco Albab. Acara tersebut merupakan pelancaran produk terbaru Choco Albab bersaiz mini tub iaitu UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE. 

Sepanjang acara berlangsung, sambutan sangat meriah dari tetamu yang hadir dan pasukan Choco Albab sendiri. Buat pengetahuan anda, Ruby tahu jenama Choco Albab melalui instagram Fakhri. 

Setiap video komedi yang dihasilkan oleh Fakhri pasti ada Choco Albab. Terus Ruby beli di Shopee. Choco Albab ni memang sedap dan Ruby suka apabila produk dari bahan berkualiti dan bungkusan menarik. Kali ini, Choco Albab memperkenalkan UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE. Sangat comel berwarna warni tau!  

CHOCO ALBAB UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE BERSAIZ MINI COMEL BERWARNA-WARNI 


Saudagaar Asia Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Choco Albab memperkenalkan produk terbaru iaitu UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE. Ini merupakan produk ke-11 yang di keluarkan oleh Choco Albab. 

Menurut Encik Said Saiful Fazli, Pengasas Saudagaar Asia Sdn, “Kami dan pasukan telah berusaha untuk menghasilkan satu lagi produk yang inovatif dan ia direka khas bagi memenuhi keperluan pelanggan cilik.

Bahan-bahan di dalam produk UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE terdiri daripada Strawberry Chocolate Premium, Bijirin Premium dan Minyak Sayuran Premium. Produk UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE telah menjalani R&D yang teliti agar ia snek terbaik, berkualiti dan kegemaran ramai.,” katanya.

Encik Said Saiful Fazli dan semua Team Choco Albab percaya bahawa produk terbaru ini dapat memenuhi pasaran tempatan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bagi peringkat pertama, sebanyak 100,000 tub mini tersedia.

CHOCOLATE PREMIUM, BAHAN BERKUALITI


Meminati makanan berasaskam coklat, memberi kelebihan kepada Encik Said Saiful Fazli, 37 berkongsi minat dan rezeki bersama lebih daripada 15,000 pengedar di seluruh negara. 

Melalui pengalaman lebih daripada 14 tahun dalam bidang pemasaran termasuk jualan langsung memberi anjakan paradigma bagi Encik Said Saiful Fazli untuk mula membina empayar baharunya dalam bidang pembuatan coklat dalam era pandemik melanda negara iaitu pada tahun 2021.


Berasal dari Kuantan, Pahang, beliau memilih untuk menceburi perniagaan pengeluaran produk makanan berasaskan coklat yang kini hanya kira-kira 10 usahawan dalam industri tersebut. Walaupun industri ini berisiko. Namun,  ia merupakan peluang untuk memulakan perniagaan sendiri kerana beliau sangat suka makan coklat.

“Coklat sentiasa diminati oleh semua orang dari pelbagai peringkat usia. Malah coklat lebih mudah dijual kepada pelanggan berbanding produk penjagaan kesihatan dan kosmetik yang mana ia memerlukan penerangan yang lebih jelas kepada pelanggan tetapi akhirnya mereka enggan membeli,” katanya.


UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE dibangunkan melalui kajian dan pembangunan yang teliti selama tiga bulan oleh pasukan Choco Albab bagi menghasilkan bahan makanan berkualiti, enak dan diterima oleh masyarakat.

COKLAT DAN KESIHATAN, MAKAN BERPADA-PADA


Menjadi kerisauan apabila makanan berasaskan coklat menjadi pilihan Rakyat Malaysia pada bila-bila masa. Bagaimana kita boleh mendidik masyarakat untuk pemakanan sihat dan amalan hidup ceria?

Menurut Encik Said Saiful Fazli lagi, “Tawaran UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE dalam bentuk tub mini adalah salah satu usaha awal syarikat kearah memenuhi perubahan gaya hidup pelanggan. Coklat sering disalah tafsir kerana ia menjurus kepada makanan tidak sihat kerana tahap gulanya yang tinggi. 

Walau bagaimanapun, dengan mengambil coklat ia akan dapat membantu melegakan emosi, stress, kemurungan dan tekanan hidup yang dialami masyarakat masa kini. Coklat dapat memberi tenaga dan meningkatkan fokus. Jadi, masyarakat perlu tahu kuantiti yang sihat. Makan berpada-pada dan enjoy Choco Albab kerana ia dari bahan-bahan berkualiti. Kesemua produk Choco Albab diperakui HALAL JAKIM Malaysia,” katanya.

FASA PERTAMA 100,000 TUB MINI UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE


Encik Said Saiful Fazli berkata, “Pada peringkat permulaan untuk produk terbaharu ini, syarikat mengunjurkan jualan sehingga 100,000 tab mini dan nilai sasaran tersebut mampu dicapainya memandangkan keyakinan pelanggan terhadap jenama Choco Albab dan komitmen yang tinggi daripada para pengedarnya.

Tambah beliau, sistem operasi perniagaannya baharu yang diubahnya untuk tidak membebankan pengedarnya daripada menyimpan stok dan membuat penghantaran kepada pelanggan telah berjaya, sehingga mampu meningkatkan pendapatan usahawan kecil di bawah bimbingan syarikat.

Ramai pengedar saya terdiri daripada kaum wanita dan mereka berniaga secara separuh masa, kini mampu menjana pendapatan sehingga lima angka setiap bulan,” katanya.


SENARAI PRODUK CHOCO ALBAB 


1. CHOCO ALBAB CHOCO RICE
2. CHOCO ALBAB CHOCO BALL
3. CHOCO ALBAB MINI CHOCO CRUNCH
4. CHOCO ALBAB MINI CHOCO DORAYAKI
5. ALBAB COOKIES DARK CHOCOLATE COOKIES
6. ALBAB COOKIES RED VELVET COOKIES
7. ALBAB COOKIES FAMOUS MOCHA COOKIES
8. CHOCO ALBAB BELGIAN DARK CHOCOLATE
9. CHOCO ALBAB BELGIAN CHOCOLATE COOKIES
10. CHOCO ALBAB UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE

Produk-produk keluaran Choco Albab yang lain dijual dalam tab besar pada harga dari RM17 hingga RM22 bergantung kepada varian. UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE adalah produk yang sering mendapat permintaan pelanggan yang menginginkan produk dalam saiz kecil. 

CHOCO ALBAB UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE RM 8.80 SAHAJA


UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE dijual pada harga RM8.80 seunit dalam bentuk mini tab bersaiz 85 gram. Setiap 85gram tub tersedia bersama sudu, diisi dengan bijirin mini choco crunch premium berwarna-warni yang diinspirasikan dari kartun Unicorn.


UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE dilimpahi dengan coklat strawberry premium dan juga minyak sayuran premium. Ia bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi juga untuk golongan dewasa yang meminati coklat.


Dapatkan Choco Albab UNICORN STRAWBERRY CHOCOLATE melalui ejen dan stokis yang sah. 

1 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Bagusnya dari hobi makan coklat jadi pengusaha produk coklat. Betul2 hantu coklat ni :)

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال