JOM MAKAN THAI FOOD DI MYDIN MALL TUNJONG KELANTAN

JOM MAKAN THAI FOOD DI MYDIN MALL TUNJONG KELANTAN | Assalammualaikum semua! Sedang berlangsung sekarang festival Jom Makan Thai Food di Mydin Tunjong, Kelantan bermula 4 hingga 7 Mei 2023. Jom datang beramai-ramai! Lokasi di dalam pusat membeli-belah Mydin yang berpenghawa dingin pasti lebih selesa untuk anda berbelanja.

Jom Makan Thai Food dibuka pada 10 pagi hingga 10 malam dan menyajikan jualan makanan minuman Halal, kraftangan, aksesori, pakaian dan persembahan tradisional Thailand. Meriahnya!

JOM MAKAN THAI FOOD DI MYDIN MALL TUNJONG KELANTAN


Konsulat Jeneral Diraja Thailand Di Kota Bharu, DITP Malaysia dan MYDIN bawakan makanan autentik Thailand ke Kelantan melalui Pesta “Jom Makan Thai Food” 2023.

Nikmati suasana dan haruman makanan Thai pada bulan Mei ini dengan festival "JOM MAKAN THAI FOOD" yang diadakan di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu dari 4 hingga 7 Mei 2023. Acara berkenaan adalah festival "Jom Makan Thai Food" terbesar di Kelantan.


Anjuran bersama Konsulat Jeneral Diraja Thai di Kota Bharu, Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Thailand (DITP Malaysia) dan MYDIN, sedang menyatukan usaha untuk festival empat hari terbesar ini yang mempamerkan makanan terbaik Thai, makanan halal Thai yang lazat dan asli, kraftangan dan aksesori Thai, serta persembahan kebudayaan Thai yang mengagumkan pada 4, 6 dan 7 Mei 2023.

Lebih daripada 240 pilihan makanan dan minuman halal Thai yang baru dilancarkan dibawakan khas untuk acara ini. Salah satu matlamat festival “Jom Makan Thai Food” ini adalah untuk mengukuhkan asas pelanggan bagi makanan dan minuman Thai, kraftangan dan aksesori di Pantai Timur Malaysia.

Acara ini akan dirasmikan oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.


Puan Marisa Indramangala, Pemangku Konsul – Jeneral Thailand ke Kota Bharu, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan, dan YB. Mejar (B) Dato' Haji Md Anizam Bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, kerana memberi sokongan kepada Konsulat Jeneral Diraja Thailand dalam penganjuran acara khas ini.

Beliau yakin festival itu bukan sahaja mendekatkan rasa masakan Thai kepada orang Kelantan untuk dinikmati, tetapi juga berfungsi sebagai jambatan budaya dalam merapatkan lagi hubungan rakyat Thai dan Malaysia.

Menurut Pengarah DITP Malaysia, Worawan Wanwil, “Acara ini merupakan festival “Jom Makan Thai Food” yang terbesar di Kota Bharu. Saya sangat gembira melihat penerimaan yang menggalakkan terhadap makanan Thai, terutamanya makanan halal Thai, di Malaysia. 

Lebih banyak varieti akan diimport dari semasa ke semasa, dan DITP akan menyediakan semua sokongan yang diperlukan oleh pengedar Malaysia. Kerjasama antara DITP dan MYDIN, salah satu rangkaian runcit terbesar di Malaysia, sememangnya satu penghormatan.”

Dari kiri Mr Worawan Wanwill, Director of DITP Malaysia, YB. Mejar (B) Dato' Haji Md. Anizam Bin Abdul Rahman, Chairman of the Kelantan State Community Unity, Culture, Heritage and Tourism Committee, Mrs. Marisa Indramangala, Acting Consul–General, Royal Thai Consulate–General in Kota Bharu, dan Puan Rosalina, Mydin Area Manager semasa melancarkan festival Jom Makan Thai Food.


Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin berkata, “Kami terharu dapat bekerjasama dengan DITP Malaysia, menawarkan orang ramai pelbagai pilihan makanan halal Thai melalui festival unik ini di MYDIN. Untuk penggemar makanan Thai, ini adalah masanya untuk menikmati aneka pilihan makanan halal Thai semuanya di tempat yang sama.”

“Secara strategik, makanan Thai sering menjadi tarikan untuk menggalakkan kehadiran pengunjung. Melalui kerjasama ini, saya berharap kita dapat membawa orang ramai dari pelbagai bangsa ke acara harmoni ini sambil menikmati juadah Thai yang asli. Kami berharap acara ini menjadi titik tolak untuk kerjasama akan datang dengan penganjuran festival sama di cawangan MYDIN yang lain.”

Jom manfaatkan hujung minggu anda ke festival Jom Makan Thai Food yang sedang berlangsung di Mydin Mall Tunjong Kelantan. Jangan ketinggalan untuk mengenali dan menikmati produk-produk Thailand. 

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال