KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023 UNPLUG & RECONNECT SASAR 1500 PENYERTAAN

KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023 UNPLUG & RECONNECT SASAR 1500 PENYERTAAN | Assalammualaikum semua. Ruby teruja untuk berkongsi dengan pembaca semua tentang program outdoor yang semakin mendapat permintaan. Tahun ini, selepas lawatan Ruby di kawasan Whitewater Rafting di Selama dan Ipoh, Perak. Ruby perhati banyak kawasan tapak perkhemahan menjadi lokasi pelancongan. 

Para pengusaha kawasan tapak perkhemahan juga menyediakan fasiliti ruang memasak, makan, mandi dan tandas yang bersih. Setiap hari pasti ada tempahan dari pengunjung seluruh pelusuk dunia. Pelancong tempatan dan luar negara datang dan pasang khemah sendiri. Nampak best sangat! 

Dari mata kasar nampak mudah dan "healing" kan? Ruby sekeluarga juga ingin mencuba berkhemah. Cuma, kami bimbang adakah kami perlu melabur membeli khemah dan barang keperluan dahulu atau mencuba dahulu berkhemah dengan menyewa barang-baran perkhemahan dahulu?

Ruby fikir, adalah lebih baik kami join aktiviti perkhemahan bersama penganjur yang bertauliah, ada panduan serta pasukan keselamatan. KAHF Lenggong Outdoor Festival 2023 adalah acara yang tepat untuk permulaan kami menyertai aktiviti outdoor bersama seisi keluarga. Setuju?

KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023 UNPLUG & RECONNECT SASAR 1500 PENYERTAAN


Outdoor Festival adalah acara yang unik di mana komuniti dan orang ramai dari pelbagai minat dan disiplin dalam industri dan aktiviti Outdoor bertemu.  Acara ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2022 di Lenggong Perak dengan kehadiran lebih 30 komuniti dan lebih 1000 peserta dari seluruh Malaysia.

Dengan kebangkitan eko-pelancongan dan penghargaan terhadap keindahan alam semulajadi, program ini dapat memperkasa dan meningkatkan komuniti luar untuk menyertai acara istimewa ini.

KAHF Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) kembali diteruskan buat tahun kedua bermula 16 hingga 18 Jun ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak selepas kejayaan penganjuran buat julung kalinya tahun lalu. 

Lenggong sekali lagi dipilih menjadi lokasi utama penganjuran kerana sambutan menggalakkan yang diterima tahun lalu selain keistimewaan bentuk muka bumi yang menarik serta bersesuaian untuk pelbagai aktiviti luar di samping mempromosikan daerah Lenggong dalam industri pelancongan Malaysia.

Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia daripada United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada 2012 seterusnya Pengiktirafan pada 2021 Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara. 

Bertaraf Negara, lokasi-lokasi pelancongan. Diakui oleh para penyelidik, Lenggong Geopak yang berkeluasan 2,068 km2 kaya dengan pelbagai keunikan landskap batuan. Terdapat 27 Geotapak, 8 biotapak Warisan Biologi dan 18 tapak Budaya.

Lenggong masih mengekalkan kelestarian alam semulajadi dan semoga ia dapat menjana pendapatan rakyat melalui pelbagai kegiatan ekonomi seperti kawasan penginapan pelancongan, mengiktifkan Industri Kecil Sederhana (IKS), dan perlaksanaan program Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023 adalah diantaranya. 

Tahukah anda tiket untuk menyertai program ini hanya RM 120 sahaja? 3 hari 2 malam dan anda disajikan dengan pelbagai aktiviti outdoor. Seronok kan? Jom daftar sekarang! 


Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, “Penganjuran ODF 2023 dilihat sebagai medium dan platform penyatuan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia; antaranya gaya hidup sihat, aktiviti fizikal, lasak serta ekstrem yang menyantuni setiap lapisan umur masyarakat, dan juga kombinasi gabungan komuniti yang turut menyambung kepada pembangunan ekonomi setempat secara tidak langsung.’

“Saya melihat ODF2023 adalah bertepatan dengan waktunya dalam mewujudkan lebih banyak komuniti yang saling menyokong dan menyantuni usaha murni penganjuran festival yang sihat dan diterima semua.

Bertemakan 'Unplug & Reconnect', LOCCO selaku penganjur festival mengajak peserta ODF 2023 untuk bersantai sambil mengambil peluang bertukar pengalaman dan cerita melalui pelbagai aktiviti luar yang telah dirancang. 

Festival ODF23 anjuran bersama LOCCO dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong (MDL) akan menyaksikan peminat aktiviti luar dari dalam dan luar negara berkumpul, meraikan kepelbagaian minat, dan berkongsi idea menerusi pelbagai pengisian seperti sesi forum, bengkel, penerokaan, dan persembahan muzik.

Antara aktiviti yang telah dirancang termasuklah aktiviti perkhemahan, Stand Up Paddling, berkayak, Bridge Rappelling dan memanah. Aktiviti merentas desa turut diteruskan tahun ini selain beberapa aktiviti baharu yang diperkenalkan seperti ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing. Beberapa bengkel turut dijalankan seperti handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik serta bengkel keselamatan dalam air.


Selain itu, bagi merancakkan perjalanan ODF23, sesi perkongsian dan forum turut disenaraikan termasuklah Cerita Kedai Kopi, Sembang Bawah Fly, kesedaran komuniti dan klinik kayuhan basikal. Peserta juga akan disajikan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh kumpulan band muzik gig dan tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan ramai lagi.

KAHF BERI FREE FLOW PRODUK SELAMA 3 HARI 


Lebih menarik, penganjuran tahun ini turut dijenamakan sebagai “KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023”’ selepas menerima penyertaan Kahf selaku penaja utama. Kahf merupakan jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dari Indonesia yang menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, minyak wangi, dan pelindung matahari.

Kahf adalah jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dan berinspirasikan alam semula jadi yang menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, EDT, pelembap dan penjagaan janggut. Dengan formulasi lembut dan imej moden untuk membangkitkan faedah fungsional, emosi dan rohani, Kahf sentiasa berusaha untuk mengutamakan kualiti dalam menyokong gaya hidup aktif lelaki.


Agung Andrian, Ketua Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Paragon berkata, “Kami berada dalam misi untuk mempromosikan pengalaman dandanan yang terbaik -- semula jadi, lembut, halal dan thayyib untuk meningkatkan nilai kehidupan lelaki.

Penyertaan Kahf sebagai penaja utama adalah sebagai usaha untuk mendekati pengguna Kahf selain memperkenalkan rangkaian produk Kahf melalui aktiviti kegiatan luar dan gaya hidup aktif masa kini.

Buat pengetahuan semua, kisah penubuhan Kahf bermula dari pelancarannya pada hari jumaat dan diinspirasikan dari Surah Al-Kahfi. Produk Kahf sesuai untuk pengguna dari usia 18 -35 tahun. Kahf merupakan jenama penjagaan kulit lelaki yang halal dan diilhamkan oleh alam semula jadi yang sentiasa berusaha mengutamakan kualiti dalam menyokong gaya hidup aktif lelaki.

Kahf membawa slogan #JalanYangKuPilih untuk menunjukkan komitmen dalam menyebarkan pengaruh positif yang boleh menemani lelaki dalam setiap jalan yang dipilih untuk menjadi manusia yang lebih baik dan memberi manfaat kepada orang di sekeliling mereka. 

Sebagai sebuah jenama yang menyokong aktiviti harian lelaki, Kahf akan terus bekerjasama dengan pelbagai komuniti gaya hidup lelaki untuk bersama-sama menyebarkan kebaikan mengikut jalan yang mereka pilih.”

KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023


Menyasarkan lebih 1500 penyertaan, ODF23 didukung lebih 35 kumpulan komuniti dan turut dimeriahkan dengan tajaan oleh ANBOT, HAUSBOOM, BOOM+, Lost World of Tambun dan Kembara Meals serta disokong oleh rakan strategik termasuklah RNR Adventures, Skycamp, Santrav, Rileklah, Pretty World, 30 Ascend, Project Vacation, Santrav, Tanjak, KKTM Lenggong, Decathlon dan Nomadism.


Menurut Tuan Haji Shamsul Bahrine Zainuzzaman, Pengarah Kahf Lenggong Outdoor Festival, "Manfaat bagi pengunjung dan vendor yang menyertai Kafh Lenggong Outdoor Festival 2023 tahun ini adalah ia lebih meriah dan sesuai untuk semua. Kita menyajikan pelbagai aktiviti selama 3 hari 2 malam dengan menghimpunkan pelbagai aktiviti untuk pelbagai lapisan masyarakat. Komuniti yang hadir ada dari pelbagai kegemaran, jadi kami akan menyediakan kepelbagaian agar semua pengunjung menyertai mana-mana program atau aktiviti yang mereka ingin cuba. 

Jadual program semua telah disediakan, anda hanya perlu mendaftar dengan operator yang menguruskan program tersebut. Kebanyakan masa anda di Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023 adalah berkonsep "free and easy". Lebih kepada untuk pengunjung Unplug & Reconnect yang bermaksud bebaskan diri sebentar daripada kesibukan dunia dan beri peluang kepada diri anda untuk bersama dengan alam semulajadi yang terbentang luas di Lenggong, Perak.

Kahf Lenggong Outdoor Festival mempunyai harapan ingin merapatkan komuniti, meraikan dan berkongsi minat bersama masyarakat. Sama ada anda pendaki, pejalan kaki, penunggang basikal, pemilik karavan dan pencinta alam. Kahf Lenggong Outdoor Festival adalah destinasi tepat. 

Kesedaran kepada pendatang baru dengan memperkenalkan pelbagai aktiviti outdoor dan memberi peluang untuk mereka mengalami sendiri bagaimana suasama perkhemahan dan festival. Selain itu, sesi menambah ilmu di program Cerita Kedai Kopi, malah anda boleh menyertai pelbagai bengkel yang disediakan seperti Bengkel Bushcraft, Perkhemahan 101, Survival 101 dan perkongsian bersama Pencipta Kandungan 101. Anda tidak akan bosan di sini. 

Di Kahf Lenggong Outdoor Festival juga kami ingin memperkasakan konomi dengan mencipta peluang perniagaan kepada usahawan tempatan dan organisasi. Anda boleh sertai sukan outdoor, sukan air, rappeling, panjat pokok, memanah, berbasikal dan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh operator tempatan yang bertauliah dan mengutamakan keselamatan. Hanya 5 aktiviti yang memerlukan bayaran, selebihnya percuma untuk disertai. 

Di Kahf Lenggong Outdoor Festival juga akan ada persembahan artis tempatan yang akan menghiburkan pengunjung semua. Festival makanan dari usahawan tempatan terutama dari penduduk Lenggong sendiri turut diadakan selama 3 hari bermula seawal dari 6 pagi hingga 10 malam. Harga sangat berpatutan dan tidak sama di KL tau." seloroh beliau.

PERKHIDMATAN SHUTTLE VAN DARI KTM KUALA KANGSAR KE RESORT TASIK RABAN


Buat anda yang terfikir tentang pengangkutan. Anda boleh menaiki KTM dari mana-mana stesen dan turun ke stesen KTM Kuala Kangsar. Tempah slot shuttle van untuk terus hantar ke ODF Resort Tasik Raban pada hari Jumaat.

Manakala untuk pulang pada hari Ahad anda juga perlu tempah penghantaran pulang ke KTM Kuala Kangsar. Hubungi +601119778027 untuk pilih Trip anda. 


Jualan tiket masih dibuka. Untuk peminat aktiviti luar yang ingin menyertai ODF23, boleh membuat pembelian tiket di laman sesawang www.outdoorfest.my

10 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Bestnya kalau dapat join - alam sekitar dan enjoying the view dsb. Bestnya. Jom reramai.

    BalasPadam
  2. Sukalah dengan event-event macam ni, harapnya nanti masa event tu cuaca elok aje.

    BalasPadam
  3. bestnyaaaaaa festival ni. kalau dapat cuti best ni boleh join. yuran penyertaan pun murah je. boleh cuba produk kahf sekali.

    BalasPadam
  4. Suatu program yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah juga menjadi pemangkin dalam mempromosikan industri pelancongan negara, khususnya di Lenggong.

    BalasPadam
  5. Menarik betul aktiviti dekat festival ni boleh la plan jalan-jalan ke sana nanti. Tak pernah lagi ada pengalaman naik KTM ke arah sana hee

    BalasPadam
  6. Menariknya ada program macam ni di Lenggong, best dan boleh teruskan.

    BalasPadam
  7. ruby nanti join ke? seronok tengok aktiviti yang disediakan ada macam2.. sekali-sekala dapat camping ramai2 boleh hilang stress dengan kesibukan aktiiviti setiap hari.

    BalasPadam
  8. Wowo...this is an exciting annual event to attend at Lenggong, save date so cant wait to be there myself then if possible la. Cheers SiennyLovesDrawing

    BalasPadam
  9. Wow this is gonna be an awesome outdoor activities

    BalasPadam
  10. Tak sabarnya nak unplug and reconnect, first time join Outdoor Festival bah! Banyak pulak exciting activities kan!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال