MAJLIS AQIQAH DAN KESYUKURAN LUQMAN AL HAQEEM BIN ALIFF SYUKRI

MAJLIS AQIQAH DAN KESYUKURAN LUQMAN AL HAQEEM BIN ALIFF SYUKRI | Assalammualaikum semua. Pada Sabtu 27 Mei 2023 telah berlangsung Majlis Aqiqah dan Kesyukuran untuk putera bongsu bagi pasangan usahawan popular dan berjaya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. 

Majlis diraikan dengan penuh barakah diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. diikuti dengan upacara Tahnik dan Cukur Rambut bayi. Anak ke-6 pasangan usahawan popular ini dilahirkan pada 3 April 2023, Isnin, 3 Petang di Pusat Perubatan Gleaneagles Kuala Lumpur.

MAJLIS AQIQAH DAN KESYUKURAN LUQMAN AL HAQEEM BIN ALIFF SYUKRI


Mengimbas kembali proses kelahiran Luqman Al Haqeem, Datin Seri Nur Shahida mengakui kehamilan kali ini sukar bagi dirinya kerana mengalami alahan yang sukar, manakala proses kelahiran juga mengalami risiko kerana beliau terpaksa bertarung nyawa selama 15 jam. 

Buat ibu yang pernah melahirkan bayi, pasti tahu bagaimana kesakitan kontraksi dan komplikasi yang dialami. Apabila otot rahim ibu mengetat seperti penumbuk dan kemudian berehat ia membantu menolak bayi keluar. 

Namun semasa proses bersalin, kontraksi ibu akan berlangsung kira-kira 30 hingga 70 saat dan kemudian 5 hingga 10 minit lamanya. Kesakitan itu sangat kuat sehingga ibu tidak boleh berjalan atau bercakap. 

Ruby yang alami kelahiran untuk 2 orang putera sudah serik, bayangkan Datin Seri Nur Shahida bertarung untuk kelahiran normal buat semua enam orang cahaya matanya. MasyaAllah. Syurga tempatmu ibu. 

Oleh kerana kelahiran anak ke enam lebih sukar dan mempunyai komplikasi. Demi kesihatan Datin Seri Nur Shahida, cukuplah Luqman Al Haqeem sebagai anak bongsu kami walaupun Datuk Seri Aliff Syukri menginginkan anak ramai sehingga 10 orang. Namun, kesihatan isteri tercinta diutamakan kerana beliau adalah peneman abadi di dunia dan akhirat buat Datuk Seri Aliff Syukri.


PENGALAMAN DATIN SERI NUR SHAHIDA BERPANTANG KALI KE-6


Umum mengetahui bahawa Datin Seri Nur Shahida merupakan usahawan, isteri, anak dan ibu kepada enam orang anak. Setiap kali selepas melahirkan bayi, beliau mengamalkan berpantang tradisional dan juga moden. Bertungku, memakai pilis, berurut dan pantang makanan tetap diamalkan.

Namun, demi tuntutan kerja, beliau telah memulakan rutin kerja seperti hadir ke acara yang telah dijadualkan dan ke pejabat untuk urusan perniagaan. Datin Seri Nur Shahida memahami keupayaan dirinya dan sentiasa berhati-hati dalam mengatur langkah. Beliau juga dijaga dengan baik oleh semua. Jadi, kecaman netizen seharusnya berasas kerana beliau tidak melepaskan tanggunjawab. 

Menurut Datin Seri Nur Shahida, "Walau sibuk macam mana pun, saya tetap menyusu badan Luqman Al Haqeem sehingga ke hari ini. Dengan teknologi dan mesin pam susu serba canggih, saya menyimpan stok susu ibu. Apabila bersama Luqman Al Haqeem. Saya akan menyusu terus kerana nikmat menyusu anak adalah paling berharga. 

Ini adalah ladang syurga saya, saya akan memberi yang terbaik kepada anak-anak. Anak sudah 6 orang, saya perlu lebih fleksibel melayani semua pihak, menguruskan perniagaan dan penjagaan kesihatan diri tetap yang paling utama." jelas beliau.

ANAK-ANAK KAMI SOLEH DAN SOLEHAH SUDAH MENCUKUPI


Menurut Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. "Hasrat kami ingin anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Jadi insan yang menjaga agama dan maruah keluarga. Saya tidak memaksa anak-anak untuk jadi doktor atau kerja best apabila sudah dewasa nanti. Saya menyokong semua minat mereka. 

Cuma jangan terlibat dengan perkara tidak baik seperti dadah, jenayah dan lain-lain. Saya bersyukur dikurniakan enam anak yang bagi saya semuanya istimewa. Mereka memiliki personaliti berlainan. Membahagiakan kami suami isteri melihat mereka membesar sebagai anak soleh dan solehah. 

Dengan pendedahan aplikasi media sosial dan populariti kami, kami sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan buat anak-anak kami. Tujuan kami masukkan mereka ke International School supaya mereka lebih fokus dalam menimba ilmu.

Budaya pelajar dan ibu bapa di International School jenis tidak menyibuk hal personal selain hanya fokus dengan pendidikan sahaja. Anak-anak saya semua bertutur dalam Bahasa Inggeris di rumah. Saya tidak belajar tinggi, tetap menjadi tanggungjawan saya memberi ilmu agama dan pendidikan yang terbaik kepada semua anak-anak. 


Enam orang anak saya semua berlainan sifat dan keinginan. Jika mereka kearah bidang profesional atau hanya bekerja kilang, saya dan isteri akan menerima seadanya. Jadi, saya tidak mahu memaksa mereka pergi ke bidang tertentu. 

Buat masa ini tiada lagi anak-anak yang ke arah bidang perniagaan. Tapi, saya tetap memberi pendedahan bagaimana saya dan isteri berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup. Anak-anak akan menjual sesuatu, baru saya akan beri wang atau barang yang diinginkan. 

Sebagai ibu bapa kita perlu memberi pendapat dan teguran apabila anak menginginkan sesuatu barang yang tidak bersesuaian dengan usia mereka. Sebagai contoh bag berjenama antarabangsa. Kami suami isteri ada bag berjenama pun sebagai ganjaran dari hasil kerja keras berniaga. 

Anak-anak perlu tahu bahawa jika menginginkan sesuatu, perlu berusaha untuk mendapatkannya", tambah beliau.

Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bernikah pada Ogos 2007. Kini usia perkahwinan pasangan ini bakal genap 16 tahun pada 2023. Dikurniakan 6 cahaya mata iaitu:

Ammar Ahyan bin Aliff Syukri, 
Qadejah El Zahra binti Aliff Syukri, 
Ibraheem Adham bin Aliff Syukri, 
Yusoff Al Qardawi bin Aliff Syukri, 
Raudah Arshiyah binti Aliff Syukri, 
Luqman Al Haqeem bin Aliff Syukri, 

BERSIKAP JUJUR DAN SENTIASA BERKOMUNIKASI ADALAH TIPS RUMAHTANGGA HARMONI


"Sejujurnya, semakin lama usia perkahwinan itu. Semakin kita berasa selesa dan kurang mengambil tahu hal yang remeh-temeh. Isu kecil sering saya tolak ketepi dan fokus utama adalah keluarga saya. 

Keluarga dan perniagaan adalah perkara yang membuatkan saya sentiasa sibuk. Ini kerana kami berdua menguruskan AS Hijab, DHERBS dan Sugeh Eco Resort bersama. Kami mempunyai pekerja yang taat. Rezeki yang berpanjangan dan ini semua dari Allah s.w.t.


Namun, manis berumahtangga itu perlu di pupuk bersama. Saya mula memahami komunikasi diantara pasangan sangat penting. Bayangkan rumah riuh rendah, suara anak-anak sahaja sudah menggamatkam suasana. 

Sebagai suami isteri, kita perlu ada waktu komunikasi yang berkualiti. Sama ada untuk bersembang tentang emosi hari ini, isu semasa atau apa sahaja. Asingkan kamar tidur anak-anak pada awal usia. Cipta masa privasi hanya berdua. 

10 tahun pertama perkahwinan kami dulu kami boleh dikatakan sering bergaduh, berbeza pendapat dan berasa ingin berpisah. Kehidupan berumahtangga penuh dengan ujian dari Allah s.w.t telah mematangkan kami. Ilmu berumahtangga bukan hanya dari buku dan cerita-cerita pengalaman orang lain. 

Fasa perkahwinan setiap orang berbeza dan jangan membandingkan diri kita dengan orang lain. Sebab semuanya berbeza. Semasa fasa anak pertama, situasi ujiannya berbeza. Kini anak dah enam orang. Ternyata lagi banyak perbezaan situasi ujian dari Allah s.w.t. Jadi, kita sebagai pasangan perlu melalui setiap fasa bersama-sama. Jangan meletakkan tanggungjawab pada bahu isteri atau suami sahaja. Bahu suami isteri perlu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 

Semasa saya mengeluarkan lagu Cuba Bahagia pada tahun 2020, ia dituju khas kepada Datin Seri Nur Shahida yang lebih berpersonaliti tegas seperti lelaki, fokus dan sibuk menguruskan anak-anak. Saya pula lebih kepada suka dipujuk, dimanja, dibelai dan dirayu. Komunikasi dalam nyanyian ternyata membuahkan hasil dan saya gembira dapat menarik perhatian isteri. Hahaha.

Apabila wabak COVID-19 melanda dunia, kami menyedari bahawa keluarga yang kami bina ini banyak memberi impak dan anjakan paradigma untuk kami terus kekal bersama. Datin Seri mula bersikap lembut dengan saya dan memahami saya yang suka pendedahan dan populariti." seloroh Datuk Seri Aliff Syukri

Pasangan ini mula memahami keinginan masing-masing dan fokus niat utama yang sentiasa menginginkan yang terbaik dalam menguruskan hal rumahtangga dan perniagaan.

Banyak perkara mereka lakukan bersama dan saling membantu meningkatkan jualan produk jenama DHERBS, AS Hijab dan Sugeh Eco Resort. Hal remeh temeh dan isu kecil mereka cuba elakkan dari terus melatah. 

USAHAWAN PERLU KREATIF DAN MENDEKATI PELANGGAN


Buat pengetahuan kalian semua, Ruby mengikuti perkembangan perniagaan legasi Datuk Seri Aliff Syukri bermula dari Bonda Rozita Ibrahim, yang sering tampil di Wanita Hari Ini ketika zaman Ruby sekolah dahulu. 

Melalui produk Sendayu Tinggi, Ruby pernah berkunjung ke cawangan Kuala Lumpur dan bertemu Datin Seri Nur Shahida yang cantik manis berkhidmat di situ sekitar tahun 2004. Peramah dan baik sekali. Starstrucks ya dapat bertemu gadis Sunsilk dan penyanyi nasyid kumpulan Solehah. 

Nak bergambar pun segan. Ruby menyorok belakang mak yang sedang membeli produk Sendayu Tinggi. Hahaha. Zaman dulu fans tak la fanatik tapi lebih mendoakan dari jauh semoga kehidupan orang yang kita minati dirahmati dan sukses. Alhamdulillah. 

Jenama DHERBS pula popular dengan penampilan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai Raja Kosmetik Malaysia dan Aliff Syukri Terlajak Laris. Tagline "Terlajak Laris" menjadi fenomena kepada rakyat Malaysia sebab ia lain dari yang lain. Lucu dan bertenaga Datuk Seri Aliff Syukri menyebutnya. Selain itu, buat julung kalinya pengasas produk kecantikan adalah seorang lelaki. 

Zaman pengiklanan di televisyen juga memberi cabaran kepada banyak usahawan ketika itu. Namun, hanya Datuk Seri Aliff Syukri sahaja pandai promosi produk jualan beliau dengan bertutur laju dan lengkap dengan info memandangkan slot iklan di TV sangat terhad masanya.

Keluarga usahawan ini tidak meraih populariti secara tiba-tiba. Usaha, fokus dan kerajinan adalah kunci kejayaan mereka pada hari ini. Mereka telah melalui pelbagai medium pengiklanan, perniagaan secara tradisional, pengiklanan melalui sketsa video, aktif vlog di youtube, kerap mengemaskini post baru di media sosial dan menyertai perniagaan dalam talian di pelbagai aplikasi e-dagang.

Dikecam dalam apa sahaja yang dilakukan. Tetapi mereka terus melangkah dengan lebih yakin. Ini kerana peminat mereka sentiasa menyokong dan suka melihat keletah keluarga ini.

Legasi keluarga usahawan popular ini mempunyai perniagaan Jamu Ratu Malaya, Rumah Hutan, Sugeh Eco Resort, AS Legacy dan AS Hijab. Malah Kak Yati Sendayu Tinggi juga turut popular kerana rajin menyediakan video tutorial. Tahniah!

Ruby dan suami turut dijemput hadir ke Malam Gala DHERBS 2015 yang bertema fantasi. Ruby menggayakan kostum watak villain Red Queen Alice in Wonderland, manakala suami pakai kostum Evil King. Ruby pun kena kecam dekat laman forum cari sebab berpakaian begitu. Sebab mekap Red Queen tu seiras Req Queen yang berdahi luas. Hahahaha. 

Tapi kami tak emosi. Kami biarkan aje. Malam itu juga Ruby menang lucky draw Jam Tangan Fossil dari Datuk dan Datin. Alhamdulillah. 

Terima kasih Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida kerana sudi menjemput Ruby ke Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Luqman Al Haqeem. Semoga Luqman Al Haqeem membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. 

@rubydotmy Majlis Aqiqah & Kesyukuran Luqman Al-Haqeem 🌟🌟🌟 . Luqman Al-Haqeem Bin Aliff Syukri merupakan Putera Bongsu, anak ke-6 bagi pasangan usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida. . Alhamdulillah Majlis Aqiqah berjalan lancar diiringi Selawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, Tahnik dan Cukur Rambut bayi. 👶👶👶 . Nama-nama permata hati pasangan ini merupakan pilihan dari Bonda sejak dari anak pertama. Bermula dengan Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah dan terkini Luqman Al-Haqeem. Indah-indah semua nama anak-anak DS Aliff Syukri dan DS Shahida kan? 🥰🥰🥰 . Terima kasih Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida diatas undangan ke Majlis Aqiqah yang penuh barkah. Semoga Luqman Al-Haqeem membesar dengan baik, dipenuhi dengan kasih sayang dan menjadi anak yang soleh. Amin. 😇😇😇 . #ASLegacy #AliffSyukriTerlajakLaris #ShahidaDherbs #Dherbs #Aqiqah #Baby #Family #LuqmanAlHaqeem ♬ Alhamdulillah - Opick & Amanda

Ikuti media sosial personal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida dan semua perniagaan milik keluarga mereka untuk mendapatkan info terkini dan sensasi dari masa ke semasa. Mereka adalah keluarga usahawan yang aktif melayani semua peminat dan pelanggan. Rugi jika tidak follow dan subscribe

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

DATIN SERI NUR SHAHIDA



PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال