POP MART BUKA CAWANGAN DI PAVILION KUALA LUMPUR

POP MART BUKA CAWANGAN  DI PAVILION KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Berita gembira buat pengumpul figura popular. Selain dari mengumpul kereta Hot Wheels, Ruby juga meminati mengumpul figura mini. Kebiasaannya menunggu promosi Happy Meals dari McDonald's sahaja. 

Sekarang Ruby nak kongsikan dengan anda semua cara lebih mudah untuk mendapatkan figura mini yang lebih comel dan mempunyai pelbagai watak.

Memperkenalkan POP MART, figura comel dan berkualiti. Anda boleh lihat kualiti setiap figura. Penghasilan yang teliti dengan kekemasan yang jelas. Terus Ruby rasa sayang. 

Jika dulu, Ruby dapatkan POP MART di Kinokuniya. Sekarang POP MART dah ada kedai rasmi. Lebih banyak pilihan dan lebih mudah untuk memiliki watak figura kegemaran anda. 

POP MART BUKA CAWANGAN DI PAVILION KUALA LUMPUR


POP MART, syarikat hiburan berasaskan watak figura popular pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya, terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pembukaan kedai terbaharu di Asia Tenggara. 

Jenama tersebut telah merasmikan cawangan runcit terbaharunya dengan pembukaan rasmi kedai POP MART pertama di Malaysia di tingkat lima pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur (KL) di Jalan Bukit Bintang. 


Encik Justin Moon (tengah) bersama Encik Max Tan (kanan) dan Encik Lovell Ho (kiri) memotong riben semasa majlis perasmian pembukaan cawangan baharu POP MART di Pavilion Kuala Lumpur.

Presiden POP MART Global, Justin Moon, telah merasmikan majlis pembukaan kedai pertama Pop Mart Asia Tenggara dengan memotong reben bersama Pengarah POP MART South Asia Pte Ltd, Tan Tong Hong, Pengurus Besar POP MART Malaysia Sdn Bhd, Max Tan dan Pengarah Kanan, Bahagian Penyewaan Pavilion KL, Lovell Ho.

Malaysia ialah pasaran terbaharu di rantau ini yang menjadi tumpuan POP MART selepas jenama tersebut bertapak di Funan, Singapura pada tahun 2021. 

POP MART telah menembusi pasaran Malaysia buat kali pertama pada awal 2021 menerusi gedung e-dagang rentas sempadan. Dalam tempoh dua tahun, syarikat telah mengembangkan ke pasaran Malaysia dalam usaha membina landasan yang kukuh bagi membuka kedai fizikal tempatan. 

“Pembukaan kedai di Malaysia membuka lembaran baharu dalam memperluaskan perniagaan POP MART di Asia Tenggara. Malaysia berpotensi besar sebagai sebuah pasaran utama bagi kami selepas Singapura,” kata Moon. 

“Kedua-dua negara mempunyai budaya tempatan yang lebih kurang sama dan juga pasaran pengumpul koleksi mainan seni figura yang agak besar. Kami boleh memanfaatkan pencapaian kami di Singapura untuk membina operasi di Malaysia, dengan potensi meluaskan perniagaan ke negara-negara jiran yang lain.” 

PROMOSI PEMBUKAAN DI POP MART PAVILION KL


POP MART Pavilion KL mempunyai keluasan kedai 146 meter persegi (1,569 kps) telah direka bentuk untuk menarik perhatian golongan muda, dewasa dan milenial dengan lampu warna RGB berubah-ubah di pintu masuk. Rekaan hiasan dalaman yang meriah berwarna-warni dan menarik perhatian pengunjung.


Rangkaian figura di POP MART Malaysia termasuk produk edisi terhad bagi peminat tempatan seperti DIMOO Mango Jelly (Jeli Mangga) Plus, SKULLPANDA Dark Maid Edisi Terhad, Labubu Shepherd Edisi Terhad dan koleksi figura popular yang lain. 


POP MART juga meraikan satu lagi detik penting hari ini, iaitu hari jadi DIMOO, salah satu IP (harta intelek) utama dan watak paling disayangi jenama ini. 

Para peminat boleh menebus pelbagai cenderahati DIMOO dengan pembelian yang dibuat dan lebih penting lagi, menjadi antara yang pertama di rantau ini untuk memiliki Siri Retro DIMOO, yang dibawakan secara eksklusif di POP MART Pavilion KL hari ini.


MESIN LAYAN DIRI POP MART BAKAL DISEDIAKAN DI LOKASI ISTIMEWA


POP MART bercadang untuk terus meluaskan pasaran Malaysia dengan membuka lebih banyak gedung fizikal dan mesin layan diri (robo shop) di lokasi-lokasi utama di Malaysia, selain daripada saluran dalam taliannya. 

Sejak melancarkan perniagaan globalnya pada 2018, POP MART sentiasa memberi keutamaan kepada pasaran Asia Tenggara. 

Encik Justin Moon, Presiden POP MART Global.

Menurut Moon, bagi kebanyakan jenama China yang menceburi pasaran luar negara, Asia Tenggara adalah salah satu daripada pasaran utama buat mereka. 

“Negara-negara Asia Tenggara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, penggunanya mempunyai kuasa beli yang besar dan ruang pasarannya agak luas. 

Dalam pada itu, budaya penduduk di sini begitu terpelbagai, dan mereka sanggup menerima budaya dan produk asing.

Tahap pelaburan yang tinggi disertakan oleh sokongan kukuh bagi perusahaan yang dibiayai pelabur asing telah mewujudkan persekitaran perniagaan yang mantap,” tambahnya. 

"Pasaran Asia Tenggara ialah pasaran yang patut diterokai, dari segi potensi perniagaan di dalam atau di luar talian. Kami bermula di Singapura dan kini menceburi pasaran Malaysia.

Kami berharap untuk terus meluaskan pasaran kami di Asia Tenggara dan membina rangkaian jualan di dalam dan di luar talian, dengan menyesuaikan sepenuhnya kepada budaya tempatan,” kata Moon. 

MENGENAI POP MART


POP MART adalah salah satu daripada jenama mainan seni paling popular yang mendapat perhatian dan menjadi kegemaran generasi lebih muda pada hari ini. 

Terkenal dengan koleksi Kotak Misteri yang luas – dengan setiap kotak memuatkan satu figura misteri yang ditutup kedap untuk memberi kejutan kepada pemilik baharunya – POP MART mengubah tanggapan bahawa mainan adalah untuk kanak-kanak semata-mata. 

Sejak 2021, POP MART juga telah mengembangkan sayap untuk menceburi pasaran mainan seni mewah dan memperkenalkan Koleksi MEGA untuk memenuhi minat pelbagai pengumpul koleksi mainan seni. 
 
Syarikat ini telah bekerjasama degan jenama-jenama terkemuka di dunia, antara lain termasuk Disney, Sanrio, Warner Bros., dan pereka terkenal seperti Kenny, Pucky dan Kasing Lung untuk melancarkan pelbagai produk popular yang berasaskan watak-watak klasik yang menambat hati kumpulan peminat setianya. 

Bagi memberikan sokongan padu kepada pasaran mainan pereka asasnya, POP MART juga telah menambah baik pengalaman pengguna dengan memperkenalkan permainan mini dan aplet untuk terus menambat hati pelanggan. 
 
PDC (POP Design Centre) diasaskan pada 2017 dan memberi tumpuan terhadap IP asli sebagai sebahagian daripada pembangunan karyawan dan rancangan operasi IP global POP MART. PDC telah menarik ramai karyawan berbakat daripada industri media dan hiburan yang berkembang pesat. 

Dengan sumber yang luas dan pasukan produk profesional, PDC telah memupuk pembangunan ramai karyawan sedang meningkat naik untuk menghasilkan IP mereka sendiri dan menarik perhatian lebih ramai peminat di seluruh dunia menerusi ciri unik masing-masing. 

POP MART Pavilion KL 
LOT 5.39, Tingkat 5, 
Pavilion Kuala Lumpur 
Waktu Operasi: 10.00 AM - 10.00 PM
Dibuka setiap hari.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال