ALAM FLORA SUSTAINABILITY HUNT 2023 MENDIDIK MASYARAKAT DENGAN CARA LEBIH INTERAKTIF DI FASILITI INOVASI KITAR SEMULA (FIKS) PUTRAJAYA

ALAM FLORA SUSTAINABILITY HUNT 2023 MENDIDIK MASYARAKAT DENGAN CARA LEBIH INTERAKTIF DI FASILITI INOVASI KITAR SEMULA (FIKS) PUTRAJAYA | Assalammualaikum semua! Pada 24 Jun 2023 Ruby menyertai Alam Flora Sustainability Hunt 2023. Program ala-ala pencarian harta karun ni memang kegemaran Ruby sejak dari kecil. Setiap hunt yang Ruby sertai pasti berbeza konsep. Ada yang mengikut ketepatan masa untuk selesai tugasan. Ada yang berdasarkan pemarkahan juri selain dari pemarkahan aktiviti di lapangan. Ada yang mengadili dari segi kreativiti dan kerjasama berpasukan. 

ALAM FLORA SUSTAINABILITY HUNT 2023 MENDIDIK MASYARAKAT DENGAN CARA LEBIH INTERAKTIF DI FASILITI INOVASI KITAR SEMULA (FIKS) PUTRAJAYA



Program Sustainability Hunt 2023 pemarkahannya adalah secara individu, garis masa tamat tugasan 8:30am - 10am dan wajib muat naik jawapan di media sosial melalui Instagram Story. 

Program bermula dari jam 8:30 pagi flag off sehingga 10 pagi. Namun, pihak penganjur memberi peluang kepada peserta muat naik Instagram Story sehingga jam 11 pagi. 


Ruby ditempatkan di dalam Kumpulan 3 untuk memudahkan pergerakan dan menjadi tanggungjawab Ruby untuk mengingatkan peserta lain menjaga masa. Semua ahli pasukan selesai muat naik video tepat jam 10 pagi dan kami boleh rehat makan brunch Nasi Ayam, Laksa dan minum air oren. Sedap gilerrr. Terima kasih Alam Flora Sdn Bhd sudi jemput Ruby untuk hunt kali ini. Tahun depan nak join lagi. Hehehehe.


Sustainability Hunt 2023 merupakan program tahunan kali pertama yang Ruby sertai dan ia  telah dianjurkan buat kali kedua pada tahun ini. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam membudayakan kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kehidupan seharian melalui pendidikan.

Orang awam, media arus perdana dan rangkaian komuniti media sosial termasuk Key Opinion Leaders (KOL), pempengaruh media sosial dan penulis blog telah dijemput untuk menyertai program tahunan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) ini, bagi meneruskan inisiatif syarikat dalam menyampaikan mesej-mesej kelestarian alam.

Pada 2023, seramai 32 orang peserta menyalurkan informasi berkaitan kepentingan kelestarian alam sekitar dengan memanfaatkan populariti serta jumlah pengikut yang ramai di platform media arus perdana dan media sosial dengan lebih komprehensif.

Penularan informarsi ini di harap dapat membentuk masyarakat yang memilih gaya hidup yang lebih lestari demi kepentingan alam sekitar di masa hadapan. 

TUGASAN SUSTAINABILITY HUNT 2023 


TRASH YOUR TREASURE (BUY BACK CENTRE FIKS PUTRAJAYA)


Tugasan 1: Anda akan diberi lima soalan Treasure Items tentang barang di rumah yang boleh dikitar semula. Markah akan diberi untuk jawapan dan barang yang dibawa adalah betul. 

Seterusnya anda perlu membuat transaksi dengan menjual barangan yang boleh di kitar semula di Buy Back Center. Peserta yang mendapat lebih daripada RM5 jumlah jualan akan mendapat mata tambahan.

Ia adalah untuk mendidik orang ramai dan mewujudkan kesedaran bahawa barang terpakai juga berhak mendapat peluang kedua bak kata pepatah lama ‘YOUR TRASH IS ANOTHER MAN’S TREASURE’.

Sila bawa barang-barang treasure ke FIKS pada hari Sustainability hunt, untuk tugasan seterusnya. Bawa lebih! Mungkin akan dapat markah lebih!

Soalan No. 1: 
Dulu di kampung-kampung memang budak budak cari,
Dapat 10 ke 15 biji barulah boleh jadi,
'Tembak' dengan bola atau selipar,
lengkaplah sejenis permainan tradisi, Bawakan juga dua yang sudah tiada isi.

Jawapan: Tin Kosong


Soalan No. 2: 
Pada 1.1, 6.6., 11.11, antara promosi yang biasa,
Dengan ini Rasanya anda sudah tahu apa maksudnya,
Kami mahukan pembungkusnya, lagi banyak lagi kami suka,
Baiklah, bila dua otak digabung, akan nampak jawapannya.

Jawapan: Kotak Parcel


Soalan No. 3: 
Ia tersedia dalam pelbagai saiz isipadu,
Dan memang terkenal sebagai pembungkus jus dan susu,
Untuk 'protects what's good' kita diberitahu,
Sekarang bawakan dua yang kosong, 1 liter setiap satu.

Jawapan: Kotak Minuman Tetra Pak 1 Liter Jus & Susu

Soalan No. 4: 
Yang no. 3 lebih besar dari yang no. 4, Tapi yang no 5 lagi kecil dari yang no 4, Bawakan sekilo apa saja yang terpakai atau terlipat. Markah penuh diberi kalau dapat.

Jawapan: Surat Khabar Lama


Soalan No. 5:
Barang seterusnya mudah didapati di mana jua, 
Fungsinya penting untuk mengisi apa saja, 
Polimer organik sintetik bahan utamanya, 
Bawa apa sahaja terpakai, 
Pelbagai bentuk untuk kita selamatkan dunia.

Jawapan: Plastik - Beg Plastik / Botol Plastik


UPCYLING (48 JAM SEBELUM PROGRAM)


Tugasan 2: Semasa sesi taklimat, anda akan diberikan tugasan Projek Upcycling untuk memilih DUA barangan yang tidak digunakan lagi di rumah dan menggabungkan barangan tersebut secara kreatif untuk mencipta SATU barang baru yang pratikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Proses kreatif ini perlulah dirakam dalam bentuk video berdurasi maksima 1 minit dan dimuatnaik dalam Instagram (Reels)
atau Tiktok, sebelum 8 pagi 24 Jun 2023.

Objektif tugasan ini untuk mewujudkan kesedaran dan memberi idea mudah kepada orang ramai untuk memulakan 'upcycling' dari rumah dan bukannya terus membuang.


GO GREEN (TAMAN HAB ILMU) 


Tugasan 3: Salah 1 barang dari "Treasure Item" akan digunakan semula (upcycling) sebagai bekas tanaman. Bekas ini boleh digunakan beberapa kali sebagai tapak penanaman sebelum kita memindahkan anak benih ke pasu yang lebih besar, selepas 1 minggu. Tumbuhan untuk dipilih adalah pokok herba yang mudah dijaga dan boleh digunakan dalam masakan atau penggunaan harian seperti pudina dan daun selasih. 

Aktiviti ini menggalakkan kitar semula dan menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli tumbuhan herba setiap kali ingin menggunakannya dan untuk menggalakkan gaya hidup sihat. 


RECYCLE MASTER (LEVEL 1: HAB ILMU)


Tugasan 4 : Para peserta akan diberikan satu beg dan akan ditugaskan untuk mengasingkan barang-barang tersebut mengikut kategori kitar semula barang tersebut. Setiap jawapan yang betul akan mendapat mata, untuk dikumpul dalam jumlah mata keseluruhan. 

Tugasan ini ialah untuk memastikan peserta-peserta mempunyai pengetahuan tentang pengasingan sisa mengikut kategori dan mempraktikkan amalan ini dalam kehidupan seharian. Contohnya, botol plastik dan sampah makanan perlu diasingkan dan diletakkan di dalam plastik sampah yang berbeza. 


SUSTAINABILITY CHAMPION (KOC ILMU)


Tugasan 5: Anda perlu menjawab kuiz berkaitan soalan amalan kelestarian alam sekitar untuk mengetahui sejauh mana anda memahami maksud carbon footprint dalam berdasarkan gaya hidup. 

Untuk jawapan yang betul, kosong (0) markah akan diberi kan. Semakin kurang markah anda, lebih peluang anda untuk menjadi SUSTAINABILITY CHAMPION!


1. Selamat Pagi! Let's get some coffee untuk mulakan hari. Tapi, apakah pilihan terbaik untuk anda dapatkan secawan kopi panas dengan kadar carbon footprint yang paling kecil?

✅️ Buat kopi di pejabat, secawan hanya untuk anda seorang
❎️ Berjalan kaki ke kedai kopi berdekatan anda

2. Adakah anda menutup semua suiz lampu dan peralatan elektrik sebelum keluar rumah?

❎️ Kadang-kadang
✅️ Ya, semestinya

3. Untuk ke sesebuah destinasi, apakah cara yang paling kurang intensif karbon yang boleh ada pilih?

❎️ Lebih baik naik bas
✅️ Lebih baik menggunakan skuter elektrik

4. Masa membeli belah! Adakah anda sentiasa :

✅️ Membawa 'shopping bag' yang boleh diguna semula bersama anda.
❎️ Menggunakan 'shopping bag' yang boleh diguna semula yang anda beli di pasaraya tersebut.

5. Kalau anda nak membeli baju, apakah pilihan fabrik yang paling kurang carbon footprint?

❎️ Kemeja atau blouse Cotton
✅️ Kemeja atau blouse Linen

6. Samada bersenam di waktu pagi atau petang, pilihan yang manakah yang memberi impak yang besar kepada persekitaran?

❎️  Berlari atas threadmill atau di rumah
✅️ Bersenam di luar

7. Minyak masak terpakai boleh dikitar semula. Produk yang boleh dihasilkan dari minyak masak adalah :

✅️ Sabun, pelincir dan makanan haiwan
❎️ Minyak masak gred rendah dan marjerin

8. Panasnya cuaca hari ni. Pilihan anda untuk hilangkan dahaga :

✅️ Minum dari air yang dibawa dalam bekas sendiri
❎️ Singgah beli di kedai serbaguna

APA ITU CARBON FOOTPRINT?


Buat pengetahuan kalian semua,  Carbon Footprint ni adalah pertama kali Ruby baca dan dengar dengan terma Carbon Footprint. Untuk generasi Ruby, kami mengenali CO₂ melalui manfaat dan bahayanya. 

Namun, hari ini ada nama khas telah dipertemui iaitu Carbon Footprint atau Greenhouse Gas Footprint. Menurut carta dunia worldometers pada tahun 2016, China merupakan negara paling banyak penghasilan Carbon Emissions. Manakala Malaysia di tangga 23. 

Carbon Footprint merupakan definisi jumlah pelepasan gas Carbon Dioxide (CO₂) yang berkaitan dengan perubahan iklim dan dikaitkan dengan aktiviti pengeluaran atau penggunaan manusia.

Karbon dioksida adalah gas atmosphera yang terdiri daripada satu atom karbon dan dua atom oksigen. Karbon dioksida merupakan sebatian kimia yang dikenali ramai, ia biasanya dikenali dengan formulanya CO₂.

Konsep Carbon Footprint dipertemui sebagai sebahagian daripada Ecological Footprint, sebagai salah satu penunjuk kesan kita terhadap Bumi. Tetapi idea itu mendapat populariti pada tahun 2003 apabila syarikat minyak dan gas British Petroleum melancarkan kempen pengiklanan yang bertanya kepada orang ramai tentang Carbon Footprint mereka.

Melalui kempen kesedaran Carbon Footprint, penghasilan gas CO₂ bukan hanya dari kawasan industri sahaja. Ia juga terhasil dari gaya hidup manusia. Penggunaan produk eletronik di dalam rumah juga penyumbang kepada Carbon Footprint. 

Ramai ambil mudah dan fikir bahawa mereka bukan penyumbang utama. Jika digabungkan berjuta rakyat Malaysia dan penduduk di dunia. Anda boleh bayangkan bagaimana impak Carbon Footprint kepada Bumi. Bimbang? Ya itu sangat membimbangkan. 

TAHNIAH BUAT SEMUA PEMENANG


MENGENAI ALAM FLORA


Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah.

Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

19 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Suatu aktiviti yang sangat bermanfaat dan berkesan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Sungguh kreatif Ruby membuat bekas alat tulis dengan menggunakan bahan-bahan guna semula.

    ردحذف
    الردود
    1. Setuju. Program begini perlu sekali sekala ada untuk mengingatkan kita. Hehe terima kasih. Pencil case tu Dixon boleh cuba. Memang praktikal tau.

      حذف
  2. Wah. Best gak a day gini kan. Banyak pengetahuan yang diperolehi sambil having fun. Next year nak join gak

    ردحذف
  3. Bagusnya program macam ni. Boleh tingkatkan kesedaran tentang alam sekitar. Yaya pun kumpul kotak parcel, tin, botol sabun dan minyak masak terpakai. Setiap minggu ada la dalam sehari lori sampah kering datang ambil kat area rumah

    ردحذف
    الردود
    1. Bagusnya kawasan yaya ada buat program recycle. Seminggu pun dah banyak barang boleh kitar semula kita kumpul. Keep it up tau.

      حذف
  4. Bagus aktiviti macam ni, selain dapat belajar tentang kitar semula, dapat banyak info baru juga.

    ردحذف
    الردود
    1. Setuju. Macam statistik dan carbon footprint tu sangat baru untuk akak. Bila tanya anak-anak, suprisingly mereka tahu!

      حذف
  5. I had a great time and also learnt about so many things about sustainability

    ردحذف
  6. Besides the fun, there are so many things and tips we can learn from this hunt

    ردحذف
    الردود
    1. Ya betul! I baru tau jika sisa makanan ada dekat plastik, terus jadi food waste. Hahaha. Ingat plastik tu akan di cuci oleh siapa? Now i know.

      حذف
  7. bagusnya kempen yang dilakukan oleh Alam Flora ini. AM sangat suka kempen yang melibatkan kitar semula barangan. memang mencabar minda dan kreativiti kan..

    ردحذف
    الردود
    1. Hunt zaman sekarang melibatkan konsep digital. Kena laju edit video beserta kapsyen or terus voice over. Lepas tu internet perlu lancar. Hehehe

      حذف
  8. Bestnya Alam flora sustainability hunt tahun ni! suka dengan inisiatif alam flora untuk educate orang ramai :)

    ردحذف
    الردود
    1. Kan Aerill, program macam ni perlu ada untuk sentiasa mengingatkan bahawa penjagaan alam sekitar harus berpanjangan. Bukan sekali setahun atau sekali seumur hidup.

      حذف
  9. Wowo....bravo to akak for joining in this meaningful hunt. We all play a role in ensuring greater living environment. Love the idea of this hunt to create awareness to the public. Cheer SiennyLovesDrawing

    ردحذف
    الردود
    1. Akak also happy dapat join. Berdebar pada mulanya sampa tak boleh tidur malam tau. Hahaha

      حذف
  10. Kempen yang dijalankan oleh Alam Flora ini memang luar biasa dan sangat menarik! Tini benar-benar teruja dengan inisiatif mereka yang melibatkan kita secara aktif dalam pengitaran semula barang. Ia benar-benar merupakan cabaran intelektual yang membangkitkan kreativiti kita kan? Next year, kalau ada lagi, nak joinlah!

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال