BARIISTAR HASILKAN 3O JENIS PERISA SIRAP LOKAL

BARIISTAR HASILKAN 3O JENIS PERISA SIRAP LOKAL | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby telah menghadiri program MARA Brew '23 yang menghimpunkan pengusaha kafe. Uniknya di sini, selain penyertaan jenama kedai kopi terkemuka, syarikat pengusaha sirap BARIISTAR juga turut memperkenalkan produk mereka.

30 jenis perisa sirap BARIISTAR terdiri daripada Salted Caramel, Hazelnut, Caramel, Vanilla dan lain-lain. Perisa ini tersedia dalam 4 saiz iaitu minipack, 100ml, 380 ml dan 1000ml.

Fungsi sirap ini sangat sinonim dengan mereka yang suka minum kopi di kafe. Seperti Ruby yang menggemari Vanilla Latte dan Hazelnut Latte, hanya mengguna beberapa pam perisa sirap BARIISTAR, anda boleh enjoy minuman anda. 

Sirap BARIISTAR ini sudah mengandungi gula dan perisa. Jadi anda tidak perlu menambah gula dalam miuman lagi. BARIISTAR menyempurnakan pelbagai jenis minuman daripada mocha, latte, smoothie, shake dan koktel. Memang sedap!

BARIISTAR HASILKAN 3O JENIS PERISA SIRAP LOKAL


Majlis Amanah Rakyat (MARA) menganjurkan MARA Brew '23 iaitu sebuah program untuk memperkenalkan dan mempromosi industri makanan dan minuman (F&B) dari pengusaha kafe khususnya kopi.

Sebanyak 10 vendor kopi menyertai program yang dijalankan selama empat hari bermula 22 hingga 25 Jun 2023 bertempat di Medan Mara. 

Pengasas BARIISTAR, Dr Shahir Suhaimi, 35, berkata, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan beberapa buah syarikat dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam.

"Kerjasama yang dijalinkan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan ekonomi terutama bagi perniagaan berskala sederhana.

"Selaku jenama pengeluar pati sirap, saya mensasarkan untuk menjadi pengeluar pertama bumiputera dengan memfokuskan rasa tempatan seperti onde-onde, durian, tembikai, kelapa, nenas, ros dan berbagai-bagai lagi.

“Bariistar berkembang dengan bantuan MARA yang diberi dalam bentuk geran, pembiayaan dan bantuan kilang bagi melancarkan lagi perniagaan ini.

“Jadi sudah sampai masanya, untuk lebih berkembang maju, saya perlu pandang ke hadapan dengan mengangkat jenama ini ke seluruh Asia, apatah lagi budaya meminum kopi lebih tinggi terutama di Indonesia dan Vietnam,” katanya.

Tambahnya, dalam masa setahun, Bariistar telah berjaya mencapai target jualan sebanyak RM1 juta dan sasaran pada 2024 pula melebihi RM5 juta sementelah melihat trend peningkatan permintaan di seluruh negara.

“Bariistar diedarkan ke kafe kopi dan kedai-kedai bahan makanan dengan harga berpatutan. Ia disediakan dalam botol bersaiz besar dan menjimatkan, sesuai untuk usahawan yang menjual kopi.

"Tidak ketinggalan, Bariistar juga terdapat dalam botol kecil untuk kegunaan persendirian di rumah,” ujarnya.


Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi berkata, program tersebut adalah platform bagi menarik lebih ramai usahawan bumiputera, terutamanya belia untuk menceburi perniagaan yang mempunyai ramai peminat.

“Hasrat itu juga sejajar dengan ikutan dan permintaan kebanyakan warga kota masa kini yang menjadikan minuman berkenaan sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

“Kita perlu mengambil trend itu sebagai peluang yang boleh memberi impak kepada ekonomi negara termasuk membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat,” katanya. - MARA

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال