FILEM ERASER LAKONAN TERAKHIR ADIBAH NOOR DI PRIME VIDEO

FILEM ERASER LAKONAN TERAKHIR ADIBAH NOOR DI PRIME VIDEO | Assalammualaikum semua. Rindu dengan lakonan Kak Dib? Ruby kalau filem dan drama Kak Dib berlakon. Mesti tengok. Sebab semua hasil lakonan atau nyanyian Allahyarhamah memang sangat best. 

Filem lakonan terakhir Allahyarhamah Adibah Noor, mengangkat tema perpaduan, ihsan, kasih sayang, setia, hormat, harmoni dan tiada yang dapat memisahkan pertalian sesama manusia walau hanya kerana berbeza agama.

FILEM ERASER LAKONAN TERAKHIR ADIBAH NOOR DI PRIME VIDEO


Filem: ERASER
Pengarah / Penulis Asal: Mark Lee See Teck
Idea Asal: Mark Lee See Teck
Penulis Bersama: Tang Yen Yen, Mark Lee, Siti Jasmina Ibrahim
Penerbit: Fiery Films 
Pengedar: MyContent
Tayangan: Prime Video
Durasi: 1 jam 42 minit
Genre: Drama, Kekeluargaan, Romantik
Pelakon: 
Nam Ron sebagai Ahmad
Allahyarhamah Adibah Noor sebagai Khadijah
Angela Chan sebagai Ah Yoke
Dhiyauddin Ariffin sebagai Azman
Alyssa Lee sebagai Xiao Li
Danish Adam sebagai Ari
Freedie Wong sebagai Tan

SINOPSIS ERASER


ERASER yang mengisahkan tentang Ahmad, anak kepada pembuat batu nisan, Azman mempunyai impian besar untuk memberi kesenangan kepada keluarga yang berdepan dengan cabaran apabila Xiao Li, gadis yang didera hadir bersama ibunya, Ah Yoke dalam hidup mereka.


Keluarga Ahmad menerima kedua beranak tersebut dengan tangan terbuka, menyediakan tempat berteduh, namun hidup tidak mudah bagi Xiao Li apabila dirinya dibuli di sekolah.

Namun kehidupan Xiao Li dan Ahmad berubah selepas mereka menyertai Pertandingan Seni Peringkat Kebangsaan yang mengusung tema Wawasan 2020.

Apakah kesudahan ERASER edaran MyContent ini? Saksikannya di platform Prime Video mulai 1 Jun 2023. 

ERASER MEMPUNYAI MAKSUD YANG BESAR UNTUK MASYARAKAT MALAYSIA


ERASER termasuk dalam kategori filem Malaysia wajib tonton di platform Prime Video mulai 1 Jun 2023 dan tersedia di seluruh Asia Tenggara. Filem arahan oleh Mark Lee See Teck ini menjadi cenderahati terakhir daripada pelakon seni berprofil tinggi yang telah pulang ke Rahmatullah pada 18 Jun 2022, Allahyarhamah Adibah Noor.

Kerinduan peminat melihat lakonan Adibah yang bersahaja namun memberi kesan akan mengubati rindu dengan menonton filem ERASER yang turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Nam Ron, Angela Chan, Dhiya Ariffin dan Alyssa Lee.

ERASER atau terjemahannya dalam bahasa Melayu bermaksud Pemadam atau hapus mempunyai simbolik tersendiri untuk difikir dan diterima dengan hati terbuka oleh seluruh penonton berbilang bangsa di negara kita.


Pemadam Bendera Malaysia pula dijadikan metafora jika tiada perpaduan, negara akan ‘lenyap’ perlahan-lahan. Dihasilkan dalam durasi 94 minit dengan genre drama, kekeluargaan dan romantik. 

ERASER yang ditulis oleh Mark Lee, Tang Yen Yen dan Siti Jasmina Ibrahim ini adalah sebuah naskhah ‘Malaysia’ yang bermula dengan kisah keluarga yang porak peranda namun bertahan dalam kerasnya kehidupan. 

Ia turut menampilkan konflik di mana perselisihan faham terus berterusan di antara kaum, maka tiada perpaduan dapat dibentuk. Satu-satunya faktor yang membuat cabaran menjadi lebih hebat apabila ERASER digarap sewaktu pandemik COVID 19 melanda dunia.


“Kekangan dan cabaran yang kami lalui adalah ERASER dihasilkan sewaktu pandemik COVID 19 melanda dunia.Kami perlu memastikan semua kru berada dalam keadaan sihat dan mengamalkan SOP yang ketat supaya tiada penularan wabak berlaku di set penggambaran.

Dan terus terang, pembikinan filem pada musim pandemik membuatkan kos bertambah, ini termasuk lima sehingga 10 peratus kos digunakan untuk memastikan keselamatan semua terjamin.

Bagaimanapun pihak kami bersyukur kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang 20 hari penggambaran dijalankan,” ujar penerbit, Mandy Yap.

Pihak penerbit pula menyifatkan walaupun berdepan dengan kekangan sepanjang pandemik, namun mereka percaya setiap kesukaran akan terbalas dengan sesuatu yang berharga sehingga ERASER mampu disiapkan dan kini bersedia untuk tontonan umum.

Sementara itu, pengarah Mark Lee mengatakan produksi tidak berdepan banyak kekangan untuk menukar format filem pendek dengan durasi tiga minit kepada sebuah naskhah menelan masa tayangan 94 minit.

Mereka berjaya menghasilkan ERASER seperti yang diinginkan dengan menjadikan ‘cinta’ sebagai asas yang tidak boleh ditinggalkan dalam naskhah ini.

“ERASER adalah kisah kembara keluarga yang porak peranda namun bertahan kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi walaupun berbeza keyakinan agama.

Ia membuktikan dengan kasih sayang dan cinta, tanpa perbezaan jantina, bangsa atau agama. Sifat kemanusiaan mengatasi segalanya,” kata Mark Lee.


Saksikan filem ERASER di platform Prime Video mulai 1 Jun 2023 dan tersedia di seluruh Asia Tenggara

1 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال