KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023 KINI LEBIH HIJAU, MESRA ALAM SEKITAR DAN MAMPAN!

KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023 KINI LEBIH HIJAU, MESRA ALAM SEKITAR DAN MAMPAN! Assalammualaikum semua! Sesuai dengan tema "Unplug & Reconnect", festival ini berterima kasih atas sokongan dan kerjasama besar yang terjalin antara penganjur dan lebih daripada 35 komuniti yang terlibat untuk menyokong langkah itu.

Selepas dijenamakan semula kepada “KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023 - (ODF23)” baru-baru ini, festival aktiviti luar pertama di Malaysia kini bergerak ke hadapan dengan langkah yang lebih hijau di mana tahun kedua ini dengan lebih menggalakkan kesedaran dan tindakan alam sekitar.

KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023 KINI LEBIH HIJAU, MESRA ALAM SEKITAR DAN MAMPAN!



Berlatarbelakangkan lokasi Resort Tasik Raban, Lenggong di negeri Perak, kerjasama dengan Majlis Daerah Lenggong dijangka dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih untuk semua demi kebaikan semua.

Kempen "Total Clean-up Day @ Lenggong" turut akan dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong ketika perasmian ODF23, yang akan dihadiri oleh penduduk setempat dan komuniti yang tinggal berhampiran.


Pengarah Bersama LOCCO, Shamsul Bahrin Zainuzzaman, dan Ridzwan Nazari berkata, "Kami teruja untuk menganjurkan acara ini dan menyatukan semua peminat aktiviti luar dari semua lapisan masyarakat untuk belajar tentang kelestarian dan mengambil tindakan yang tepat.

"Kemampanan bukan hanya mengenai tindakan individu. Kemampanan adalah tentang mencari cara untuk hidup dan bekerja tanpa mengabaikan alam sekitar. Ia adalah tentang menggunakan sumber dengan bijak, mengurangkan sisa dan melindungi sumber semula jadi kita.

"Menampilkan pelbagai aktiviti, pertandingan, perbincangan dan perkongsian ilmu, kami berharap untuk mula membuat perubahan kecil dalam kehidupan seharian kita dan kita boleh membuat perubahan melalui kesedaran dan usaha bersama-sama dengan semua peserta ODF23. Mari kita bersama-sama mewujudkan masa depan yang lebih mampan untuk diri kita sendiri dan untuk generasi akan datang.

Billy Dharmawan, Pengurus Jenama Kahf mengulas, "Kami gembira dengan peluang untuk menyokong Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) sebagai bukti bahawa kami komited untuk menyokong kebaikan dan berusaha ke arah meninggalkan kesan sosial yang positif kepada peserta festival, alam sekitar, dan komuniti ini secara amnya."

Kahf adalah jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dan diilhamkan oleh alam semula jadi yang menawarkan pelbagai produk seperti pencuci muka, EDT, pelembap dan rawatan janggut. Dengan formulasi ringan dan imej yang moden untuk membangkitkan manfaat dari segi fungsi, emosi, dan rohani, jenama itu sentiasa berusaha untuk mengutamakan kualiti dalam menyokong gaya hidup aktif lelaki.

Dengan lebih daripada 1,500 peserta tahun ini, ODF23 disokong oleh lebih daripada 35 kumpulan komuniti dan penaja bersama iaitu ANBOT, HAUSBOOM, BOOM+, Lost World of Tambun dan Kembara Meals. Rakan strategik kami juga termasuk RNR Adventures, Skycamp, Santrav, Rileklah, Pretty World, 30 Ascend, Project Vacation, Santrav, Tanjak, Decathlon dan Nomadism.

Pada tahun ini, Canon Marketing Malaysia ("Canon") telah menjadi Rakan Pengimejan Rasmi untuk ODF23 untuk merakamkan pelbagai momen yang tidak dapat dilupakan peserta festival dan penonton. Selain itu, Canon mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam mempromosikan kelestarian dan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar melalui penceritaan yang berkesan. Kerjasama ini menjanjikan peningkatan pengalaman keseluruhan dan mencipta kenangan yang berkekalan untuk saat-saat yang penting.

Aktiviti yang disediakan termasuk perkhemahan, berkayak, Stand Up Paddling, Bridge Rappelling dan memanah. "Merentas Desa" juga turut diteruskan pada tahun ini, dengan aktiviti lain yang baharu diperkenalkan iaitu ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing. Beberapa bengkel akan dijalankan, antaranya handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik serta keselamatan air.

Bagi menyemarakkan lagi suasana hari dan malam semasa ODF23, sesi perkongsian dan forum juga dijadualkan termasuk Cerita Kedai Kopi, Sembang Bawah Fly, kesedaran komuniti dan bengkel mengenai teknik berbasikal.

Para peserta juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh gig dan pemuzik tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan banyak lagi.

Ikuti ODF23 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال