DUSUN ORGANIK HAJI IDRUS KUALA KANGSAR MENYEDIAKAN PAKEJ BUFFET DURIAN SERENDAH RM 25

DUSUN ORGANIK HAJI IDRUS KUALA KANGSAR MENYEDIAKAN PAKEJ BUFFET DURIAN SERENDAH RM 25 | Assalammualaikum semua! Apabila bercerita tentang buffet buah-buahan, pastinya yang sering dinantikan adalah buffet Durian. Jika di Kuala Lumpur, biffet Durian adalah merupakan festival besar-besaran diadakan. Namun, kadar harga pula agak mahal bagi mereka yang ingin bawa seisi keluarga enjoy makan durian.

Ruby ada solusi lain, iaitu jom ke Dusun Durian Haji Idrus yang terletak di Manong, Kuala Kangsar, Perak. Perjalanan ke dusun sedikit mencabar jika anda menaiki bas seperti Ruby. Namun, ia pasti seronok apabila datang dengan kenderaan pacuan 4 roda atau motosikal berkuasa tinggi. 

DUSUN ORGANIK HAJI IDRUS KUALA KANGSAR MENYEDIAKAN PAKEJ BUFFET DURIAN SERENDAH RM 25



Di Dusun Organik Haji Idrus kita boleh enjoy buffet makan buah-buahan tempatan juga. Macam-macam buah ada. Ada Durian, Rambutan, Manggis, Pulasan, Cempedak dan macam-macam lagi.

Dusun Organik Haji Idrus menyediakan pelbagai jenis Durian. Durian Kampung, Durian Musang King, Udang Merah, Black Thorn dan lain-lain.

Tuan Haji Idrus menyediakan pakej buffet, harga serendah RM 25 hingga RM 40 seorang. Makan sampai kenyang.

Pakej lain termasuk pakej ala-carte dan pakej bawa pulang. Haji Idrus juga menyediakan perkhidmatan COD di kawasan Manong untuk pembeli berdekatan. 

📍Dusun Organik Haji Idrus
Lot 1492A,
Kg Pulai Ara Panjang,
33800 Manong, 
Kuala Kangsar, 
Perak.
.
Utk tempahan & pertanyaan hubungi https://wa.me/60193305877

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال