PANDUAN PENGAMBILAN MINUMAN ALOE SERTA RAMUAN DAN MANFAATNYA


PANDUAN PENGAMBILAN MINUMAN ALOE SERTA RAMUAN DAN MANFAATNYA | Assalammualaikum semua! Siapa peminat Aloe Vera? High 5! Ruby sangat suka Aloe Vera ni, dari minuman hingga penjagaan kulit. Kalau tiada Aloe Vera ni, memang tak dapat bertahan dengan cuaca panas di Malaysia ni. Sekarang ni, kulit kering, tekak kering. Tapi kalau minum air banyak, rasa muak pula. Masukkan Aloe Vera kegemaran, macam Ruby suka Herbalife Nutrition Herbal Aloe Concentrate. Di Herbalife, Aloe mereka dah siap ada rasa Mango, Cranberry, Mandarin atau Original. Semua sedap!

PANDUAN PENGAMBILAN MINUMAN ALOE SERTA RAMUAN DAN MANFAATNYA


Sebahagian besar daripada badan kita terdiri daripada air. Sama ada kita mendapatkan air daripada makanan atau minuman, air diperlukan untuk fungsi harian yang optimum. 

Air penting untuk setiap sel hidup di dalam badan, dan memberikan pelbagai manfaat, daripada kawalan metabolisme dan suhu kepada penghadaman dan pelinciran sendi. Dengan gelombang haba yang sedang melanda negara ini, rakyat Malaysia dinasihatkan agar minum air dengan secukupnya untuk mengekalkan penghidratan dan mencegah strok haba. 

Rak minuman di pasar raya dan kedai runcit dipenuhi dengan pelbagai jus berwarna-warni, soda berkarbonat dan minuman pemberi tenaga yang boleh dibeli dan dinikmati oleh pengguna. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa produk-produk tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi. Oleh yang demikian manfaat penghidratannya diatasi dengan risiko kandungan pemakanan yang kurang sihat.

KEPENTINGAN PENGHIDRATAN UNTUK PENGHADAMAN


Dr Luigi Gratton M.D., MPH – Naib Presiden Latihan Pemakanan, Herbalife Nutrition

Bagi mereka yang mengamalkan diet seimbang, lebih 70% daripada pengambilan cecair diperolehi daripada minuman seperti air, kopi, susu, jus, soda dan teh. Kebanyakan orang tidak sedar bahawa sejumlah besar cecair diambil menerusi pengambilan makanan harian kita. 

Hampir semua makanan mengandungi air, tetapi buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan air yang tinggi, menjadikannya pilihan bijak untuk dinikmati. 

Air terlibat dalam seluruh proses penghadaman dari mula hingga akhir.

Semuanya bermula dengan air liur, di mana mulut anda memulakan proses menguraikan makanan anda. 
Makanan sampai ke perut dan jus gastrik kemudian dibebaskan. Persekitaran kandungan asid tinggi ini menghancurkan makanan menjadi pes yang kemudian dihadamkan dalam usus kecil.


Dalam usus besar, air membantu melarutkan serat larut, membolehkannya mengembang dan menambah jisim. Begitu juga, serat tidak larut yang anda makan lazimnya memerangkap dan menarik air dan tidak menyerapnya, lantas menggalakkan pergerakan usus dan pembuangan air secara berkala.

Ini bermakna dari mula hingga akhir, air memainkan peranan penting dalam proses penghadaman. Kita semua tahu bahawa soda (minuman bergas), minuman pemberi tenaga dan adunan kopi mungkin mempunyai kandungan gula tinggi yang mengurangkan manfaat pengambilannya dengan ketara.

Satu persoalan penting ialah apakah pilihan sihat bagi pengguna selain daripada air kosong? Ada banyak jenis nutrien berasaskan tumbuhan yang boleh ditambah ke dalam air kosong untuk menyediakan minuman yang lazat dan menyegarkan. Aloe vera adalah salah satu pilihan yang sangat baik

MANFAAT JUS ALOE


Jus aloe yang diperbuat daripada tumbuhan aloe vera ialah minuman yang memenuhi keperluan penghidratan anda sambil memberikan manfaat penghadaman. Tumbuhan aloe vera semula jadi mengandungi mineral, protein dan polisakarida, selain bahan lain yang dinamakan fitonutrien yang merupakan sebatian yang menggalakkan kesihatan yang ditemui dalam tumbuh-tumbuhan.


Selain daripada kandungan nutriennya, aloe vera juga mengandungi komponen pahit yang dinamakan aloin. Aloin mempunyai ciri-ciri laksatif dan tidak harus dimakan. Untuk diambil dengan selamat, ahli-ahli sains telah mencipta proses penulenan yang dikenali sebagai penyahwarnaan untuk menyingkirkan aloin daripada jus aloe. 

Anda mungkin tidak percaya tetapi arang ialah bahan yang sangat berkesan untuk mengikat dan membuang aloin. Dengan menggunakan proses penyahwarnaan, jus yang diperah disalurkan menerusi penapis arang aktif untuk mengeluarkan komponen laksatif seperti aloin sehingga ke tahap yang boleh diabaikan sambil mengekalkan komponen penting yang diberikan oleh aloe vera.

Pada hari ini, pengguna boleh meraih manfaat aloe dalam pelbagai bentuk – jus, pekatan atau ekstrak serbuk – untuk dicampurkan dengan minuman lain seperti teh atau air. Penambahan aloe ke dalam minuman pilihan anda meningkatkan tahap penghidratan anda dan memberikan sokongan penghadaman yang anda perlukan.


Herbalife ialah pemimpin industri global dalam piawaian kualiti dan ketulenan aloe vera. Komitmen Benih kepada Makanan kami menjamin tahap kualiti yang tinggi menerusi proses teliti yang menyingkirkan ketidaktulenan, memastikan keselamatan produk akhir, termasuk Campuran Pekatan Aloe Herba yang berkualiti premium keluaran kami. 

MENGENAI HERBALIFE


Herbalife (NYSE: HLF) adalah sebuah syarikat serta komuniti kesihatan dan kesejahteraan terulung yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan bagi ahli-ahli bebasnya sejak 1980. Syarikat ini menawarkan produk-produk bermutu tinggi berlandaskan sains kepada pengguna di lebih 90 negara oleh pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال