PELANCARAN DENAI KONSERVASI MAXWELL BASE CAMP BUKIT LARUT | Assalammualaikum semua! Minggu ini, Ruby berkesempatan join Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 anjuran Tourism Malaysia selama tiga hari dua malam bermula dari 12-14 Julai 2023 di sekitar Taiping, Kuala Kangsar dan Kerian.
Sepanjang program, Taiping merupakan destinasi yang Ruby ingin teroka. Ternyata ia adalah pengalaman yang menakjubkan. Dari Taman Tasik Taiping yang unik, Taiping Bamboo Resort yang tenang dan Maxwell Hill di Bukit Larut. Pelbagai inisiatif alam telah dilaksanakan bagi menjaga kehijauan Taiping.
Kali ini Ruby ingin berkongsi tentang Denai Konservasi di Maxwell Base Camp yang telah dilancarkan oleh Dato' Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia siang tadi.
PELANCARAN DENAI KONSERVASI MAXWELL BASE CAMP BUKIT LARUT
Perjalanan ke Maxwell Base Camp di Bukit Larut hanya mengambil masa 10 minit dari Taiping Bamboo Resort. Cuaca di Taiping sentiasa nyaman dan redup. Kelihatan mendung tetapi tidak hujan. Keunikan cuaca di Taiping membuatkan kawasan Bukit Larut memiliki tanah yang lembab dan baik untuk alam semulajadi.
Maxwell Base Camp adalah satu projek pemuliharaan alam sekitar daripada Malaysia Mountain Trail Festival dibawah inisiatif #LoseYourMindDiscoverYourSoul oleh syarikat MMTF Consultant.
MMTF Consultant adalah sebuah syarikat "Pengurusan Acara Sukan Antarabangsa" yang berpusat di Taiping, Perak dan telah menganjurkan program Malaysia Mountain Trail Festival dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak sejak tahun 2018.
MMTF Consultant telah memulakan projek pembangunan alam sekitar berimpak rendah ini pada Ogos 2022 selepas mendapat kelulusan secara rasmi daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak. Kira-kita empat ekar tanah pada ketika itu.
Menurut Encik Ewegene Tan, Pengarah MMTF Consultant, "Fasa pertama projek pembangunan alam sekitar berimpak rendah ini telah menelan kos kira-kira RM650,000.00. MMTF Consultant telah dianugerahkan geran oleh Thinkcity di bawah “Cultural Economy Catalytic Geran” pada 10 Ogos 2022 untuk membiayai kos projek ini.Baki kos ditanggung oleh syarikat kami dengan penganjuran Malaysia Mountain Trail Festival yang telah disokong oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui Tourism Malaysia, dan Tourism Perak.Maxwell Base Camp ialah projek mesra alam yang memperjuangkan biodiversiti, pemuliharaan sejarah dan alam semula jadi, karbon rendah, kitar semula, kemampanan, ruang hijau dan tenaga guna semula.Kira-kira 5300 pokok telah ditanam semula di tapak ini sejak November 2022 dengan kerjasama rakan kongsi projek kami iaitu Convergence by Design.
YBhg. Dato’ Dr Ammar bin Abd. Ghapar telah dijemput untuk menanam semula pokok no. 5309 semasa majlis pelancaran di Maxwell BaseCamp, beliau melahirkan rasa gembira dalam ucapannya kepada media dengan memaklumkan bahawa 5309 akan menjadi nombor bertuahnya sekarang.
Projek pemuliharaan lestari ini merangkumi denai konservasi berinteraktif, laluan alam semula jadi, Suunto Vertical Segment, galeri, tapak perkhemahan, kafe dan rekreasi luar serta bilik pameran.Kami amat berbesar hati dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr Ammar bin Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia untuk perasmian Denai Konservasi Maxwell Base Camp. Pembangunan dan penambahbaikan Denai Konservasi Maxwell Base Camp adalah satu proses yang berterusan.Fasa pertama Denai Konservasi ini adalah sepanjang 220m dan apabila siap sepenuhnya akan meliputi jarak kira-kira 2.5KM secara keseluruhan. Denai Konservasi ini akan dijadikan interaktif dengan tujuan untuk memberi pendidikan kepada pengunjung mengenai flora dan fauna, pemuliharaan alam semula jadi, dan perkara yang berkaitan dengan alam sekitar."
YBhg. Dato' Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, "Pihaknya menyokong sepenuhnya projek Denai Konservasi di Maxwell Base Camp yang dilihat mampu memberikan nafas baharu selain menggalakkan kehadiran pengunjung ke Taiping khususnya Bukit Larut.Langkah ini bukan sahaja seiring dengan hala tuju industri yang menuju ke arah kelestarian pelancongan, malahan trend semasa menunjukkan kecenderungan pelancong untuk meneroka aktiviti-aktiviti pelancongan rekreasi termasuk pendakian," katanya.
Jenama global juga menyokong projek pemuliharaan lestari ini adalah Suunto Oy dari Finland dan Suunto Oy telah menganugerahkan Maxwell BaseCamp status "SUUNTO REGIONAL GREEN HUB". Ini merupakan penganugerahan pertama dari jenama ini di Rantau Asia Tenggara.
R.O.X. (Recreational Outdoor Exchange) telah memfrancaiskan bilik pameran buat kali pertama dalam sejarahnya kepada pengurusan Maxwell BaseCamp dengan pembukaan R.O.X. Maxwell BaseCamp. Antara produk luar yang ditawarkan untuk jualan di bilik pameran adalah seperti The North Face, Salomon, Aetrex, Hydro Flask, Milestone dan lain lain.
Persatuan Orienteering Malaysia dan Akademi Orienteering Malaysia juga telah mengiktiraf Maxwell BaseCamp sebagai Pusat Latihan Pembangunan Globalnya sejak Mei 2023.
Pihak pengurusan berharap bahawa projek ini akan memberikan Maxwell Hill penambahbaikan yang sebenar dan sebagai balasannya akan membawa lebih banyak pengunjung ke Maxwell Hill dan ke bandar Taiping.
Selain terdapat dua tapak perkhemahan di sini, terdapat empat denai yang digunakan untuk latihan larian pendakian mahupun aktiviti riadah.
Salah satu daripada denai tersebut akan digunakan sebagai laluan untuk cabaran larian “vertical kilometer” dalam penganjuran The North Face Malaysia Mountain Trail Festival (MMTF) yang bakal berlangsung pada 2-5 November ini.
Memasuki edisi keenam, MMTF merupakan acara larian pendakian yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Perak sejak tahun 2018. Seramai 2,500 peserta dari dalam dan luar negara bakal menyertai acara tersebut pada November nanti. Syabas saya ucapkan!
Perasmian Denai Konservasi di Maxwell Base Camp bertujuan untuk pembelajaran yang berkonsepkan informatif dan interaktif. Bahagian pertama denai ini adalah sepanjang 220 meter dan akan dipanjangkan secara berperingkat-peringkat sehingga ke bahagian keenam dari semasa ke semasa.
Pengunjung yang melalui Denai Konservasi ini boleh mendapatkan informasi mengenai kepelbagaian spesies flora dan fauna yang terdapat di sini dengan hanya mengimbas kod QR yang dipaparkan pada papan tanda di sepanjang laluan tersebut.
Di antara spesies flora yang terdapat di Denai Konservasi ini terdiri daripada pokok sentul, pokok pulai, pokok leban dan pokok membuluh manakala spesies fauna adalah seperti burung takau rimba (banded broadbill), burung murai cacing, kijang, lutung dan tupai pinang.
Malahan, kawasan di sekitar Bukit Larut ini juga menjadi salah satu lokasi tumpuan bagi peminat spesies burung untuk melakukan aktiviti pencerapan burung.
Langkah ini bukan sahaja seiring dengan hala tuju industri yang menuju ke arah kelestarian pelancongan, malahan trend semasa menunjukkan kecenderungan pelancong untuk meneroka aktiviti-aktiviti pelancongan rekreasi termasuk pendakian.
Hasrat kerajaan negeri untuk menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 tidak akan tercapai tanpa sokongan padu daripada pelbagai pihak, justeru projek kelestarian Maxwell Base Camp ini memanifestasikan satu kerjasama awam-swasta yang erat demi manfaat kita bersama dalam sektor pelancongan.
Dari kiri YBhg. Dato’ Dr Ammar bin Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia; Encik Ewegene Tan, Race Director MMTF Consultant & Encik Din.
#LoseYourMindDiscoverYourSoul bagi para atlet adalah dimana mereka dibawa ke lokasi eksotik dan diberikan cabaran yang akan membuat mereka “lose your mind; discover your soul”. Bagi organisasi kami, ia bermakna projek yang dapat memberi sumbangan kepada komuniti di mana projek itu diadakan.
Maxwell Base Camp
Kaki Bukit Larut
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan
Tags
Travelogue
aktif Perak promote tempat rekreasi berkonsepkan nature macam ni. Haritu nampak ekspo Mari Melawat Perak, ada banyak jugak aktiviti camping dalam hutan dan sungai. All the best untuk projek denai konservasi ni.
ردحذفdenai yg memberikan banyak info menarik . Ada tempat scan code lagi, untuk carian info. terbaik
ردحذفTahniah di atas usaha konservasi begini. Moga lebih banyak usaha konservasi dipertingkat dan didokong oleh industri di Malaysia dan di seluruh dunia.
ردحذفBagus initiative macam ni get to learnt to many things about the flora & fauna here
ردحذفBagusnya! Denai Konservasi Maxwell Base Camp merupakan satu langkah penting dalam menjaga keindahan alam semula jadi di Bukit Larut, Taiping. Inisiatif pemuliharaan ini sudah semestinya akan memberikan manfaat jangka panjang kepada alam sekitar dan juga kepada komuniti tempatan serta industri pelancongan. Terbaik!
ردحذفtahniah atas pelancaran denai konservasi maxwell base camp ni, semoga dengan insiatif sebegini orang ramai dapat mengenali, memulih dan memulihara alam. :)
ردحذفSo proud to have this trail launch for the visitors to enjoy the beautiful greenery of Maxwell hill, a nice walk in it. Cheers SiennyLovesDrawing
ردحذفIni yang kita nak kan! While we explore the fun, we conserve at the same time, ye lah untuk generasi masa depan juga kan... Love to see this initiative...
ردحذف