PROJEKTOR INLAB SENZ WAJIB ADA DALAM SETIAP RUMAH!

PROJEKTOR INLAB SENZ WAJIB ADA DALAM SETIAP RUMAH! | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin berkongsi dengan anda tentang produk yang memberi lebih manfaat kepada gaya hidup keluarga kita pada hari ini. Memperkenalkan Projektor INLAB Senz! Projektor INLAB Senz wajib ada dalam setiap rumah sebab kepuasan menonton dan kualiti masa bersama keluarga lebih menyeronokkan. Ibarat cinema di rumah! Betul!

Sebenarnya, Ruby dah lama fikir tentang peranti hiburan yang boleh menjimatkan ruang di rumah baru kami nanti. Ruby nak konsep rumah lebih minimalist dan tenang. Gaya hidup minimalis adalah memfokuskan hanya peranti yang diperlukan oleh keluarga kita. Rumah selesa dan mudah untuk ibu-ibu mengemas.

Perasaan apabila pulang ke rumah pun mendamaikan jiwa. Jika ingin menonton rancangan hiburan seperti K-Drama, Filem dari Netflix atau drama dari aplikasi Disney+, kami hanya perlu ON INLAB Senz sahaja. Menarik bukan?

PROJEKTOR INLAB SENZ WAJIB ADA DALAM SETIAP RUMAH!

Sejujurnya kami baru beralih dari televisyen kepada projektor. Ia adalah pilihan yang tepat dan melalui pengalaman itulah, kami ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan projektor INLAB Senz.

Mengenali projektor semestinya melalui zaman sekolah ketika subjek Sains. Bagaimana projektor berfungsi dan memberi impak kepada sesi pembelajaran seseorang guru. Zaman itu hanya menggunakan Transparent Sheet untuk papar kandungan subjek pembelajaran. Jenuh guru perlu menulis dan melukis. Demi memberi yang terbaik kepada murid-murid.

Zaman sekarang, guru tidak perlu melukis dah, INLAB Senz boleh papar kandungan pelajaran secara terus melalui video atau softcopy buku teks yang dimuat turun dari internet atau power point presentation yang disediakam sendiri oleh guru. Ia akan terpapar jelas dan besar di dalam kelas. 

Begitulah inovasi teknologi dari idea Overhead Projector kepada projektor INLAB Senz. Kedua-duanya memberi manfaat kepada gaya hidup kita semua. 

BUKA KOTAK INLAB SENZ

Penghantaran INLAB Senz dari Penang hanya mengambil masa beberapa hari sahaja. Parcel dibalut kemas dan kotak INLAB Senz juga melindungi peranti sebaiknya. Sehingga hari ini, Ruby masih bawa INLAB Senz dengan kotak asal sahaja. Ruby belum berkesempatan membeli bag khas untuk projektor kesayangan kami ni. Kalau boleh, nak cari bag warna hitam yang ada petak khas untuk 5 barang iaitu projektor INLAB Senz, wayar power supply, wayar HDMI, alat kawalan jauh dan wayar extension. Supaya tidak calar-balar terkena dengan INLAB Senz warna Simply White.

Di dalam kotak INLAB Senz terdapat 4 barang wajib iaitu, INLAB Senz, wayar power supply, wayar HDMI dan alat kawalan jauh. Anda hanya perlu tambah bateri untuk alat kawalan jauh sahaja. 

SAIZ SKRIN BOLEH DIUBAHSUAI, LEBIH BESAR DAN LEBIH JELAS


Skrin projektor datang dalam sekurang-kurangnya tiga nisbah aspek berbeza: 4:3, 16:9 dan 2:35:1. Kandungan yang diformatkan dalam 4:3 adalah standard dalam rancangan TV lama dan hampir tidak digunakan sepenuhnya hari ini. Maka ia telah digantikan dengan 16:9. Walau bagaimanapun, jika anda ingin berasa seperti berada di panggung wayang, 2.35:1 ialah pilihan terbaik.

INLAB Senz adalah projektor yang terbaik bagi menggantikan cara menonton di rumah yang masih menggunakan televisyen. Cara lama itu memerlukan kos yang tinggi di mana semakin besar saiz televisyen, semakin mahal harganya. Semakin berkembang teknologi, semakin perlu tukar beberapa kali televisyen baru. INLAB Senz boleh beri anda penjimatan berganda bertahun lamanya. 

SISTEM AUDIO DOLBY


Ruby paling terkesima dengan audio dari pembesar suara INLAB Senz. Saiz INLAB Senz ni tidak besar mana, tapi audio dia gempak tau. Bunyi jelas, siap macam dalam panggung wayang! Kami sekeluarga gembira sangat menggunakan INLAB Senz sepenuhnya. Tidak perlu ada soundbar, tidak perlu ada pembesar suara extra. Semuanya all-in-one tersedia. Tonton video youtube Ruby dibawah untuk lihat movie night kami yang penuh aksi!

TAPAK MUDAH LARAS

Sebagai pengguna, anda pasti tertanya-tanya, adakah paparan projektor INLAB Senz hanya satu arah? Jangan bimbang, ini kerana di bawah projektor INLAB Senz mempunyai skru pelaras mengikut keperluan yang anda inginkan semasa menonton. Hanya perlu selaraskan sahaja. Kami suka ketinggian yang sederhana dan kadang-kala tidak mengubah ketinggian INLAB Senz kerana kami menyediakan meja khas.


KESELESAAN MATA TERJAMIN 

Jika anda perasan, cara kita menonton drama atau filem di televisyen, telefon pintar dan tab sememangnya memerlukan jarak penglihatan yang dekat. Walaupun skrin televisyen luas, kita ingin tengok dengan lebih dekat.

Namun, menonton apa sahaja rancangan bersama INLAB Senz, kita automatik duduk di kerusi yang selesa pada jarak yang jauh. Walaupun pada jarak jauh, kita dapat melihat dengan jelas. Cara begini dapat menjaga dan melindungi mata.


Kami sekeluarga juga enjoy movie night sambil baring di atas tilam. Pengalaman selesa begini tidak akan dapat di panggung wayang. Betul tak? Di rumah, kami sediakan makanan seperti pop corn, snacks, minuman, bantal yang banyak, selimut tebal, kipas yang tidak terlalu sejuk seperti penghawa dingin di pawagam dan paling best tandas berdekatan. Mudah kemana-mana tanpa tertinggal babak best filem yang kami tonton.

MAIN GAME LEBIH MENYERONOKKAN

Sejak Ruby menggunakan INLAB Senz, Ruby perhatikan rutin anak-anak bermain permainan dalam talian, PS4, XBOX dan Nintendo Switch mempunyai garis masa. Mereka lebih cepat puas. Pembahagian masa diantara game dengan pelajaran adalah saat paling Ruby suka apabila mereka tidak berasa terkejar-kejar untuk Solat. Mereka lebih santai dan disiplin menjaga masa. 


MUDAH DI BAWA KEMANA-MANA

Sejak memiliki INLAB Senz, kami membawa projektor ini kemana-mana sahaja. Malah, menggunakan ia semasa pulang ke kampung, berkhemah dan di rumah juga! Di rumah, kami boleh pasang di mana-mana sahaja tanpa perlu pakai projector screen, asalkan ada dinding cerah, INLAB Senz mula beroperasi. 


INLAB Senz semasa kami bawa camping. Mudah dipasang, asalkan ada saluran elektrik dan cuaca yang baik.  

SPESIFIKASI INLAB SENZ

  • Native 1080P Resolution Full High-Definition menyokong sehingga 4K
  • Dolby-Audio Certified Sound System
  • Latest Android 9.0 Version
  • Youtube & Netflix Application Preinstalled
  • Electronic Keystone Correction
  • Seamlessly Screen Mirroring
  • Built in Wi-Fi and Bluetooth


PAPARAN

  • Imaging Technology - IPS 1LCD Panel
  • Native Resolution - 1920 x 1080 (Full HD)
  • Max. Supported Resolution - up to 4K
  • Brightness - 7000 LUX
  • Contrast Ratio - 10,000:1
  • Light - RGB LED 
  • Projection Distance - 1.5 - 7M
  • Screen Size - 50" to 170" 
  • Focus - Auto & Electronic Focus & 4 Point Keystone
  • Keystone - Vertical - 45 degree , Horizontal - 45 degree (Electronic)
  • System - Android 9.0
  • Projection Method - Front/Rear/Ceiling


INPUT / OUTPUT


  • HDMI 2.0 - (2 Ports)
  • USB 2.0 - (1 Port)
  • USB 5V - (1 Port)
  • Audio Out (3.5mm Headphone Jack) - (1 Port)


PERKAKASAN

  • Speaker - 5W Dolby Audio Certified Speakers
  • Aspect Ratio - 4:3/16:9
  • Power Input - < 150 Watt
  • LED Lamp Life - 50,000 Hours (for normal daily usage of 20 hours/day, it can last for at least 5 years)


JENIS FAIL YANG DISOKONG

  • Picture File - BMP/JPG/PNG/GIF/BMP
  • Text File - TXT
  • Audio File - MP3/WMA/AAC
  • Video File - MPEG1/MPEG2/MPEG4/H264/RM/RMVB/MOV/AV/TS/MKV 

Dengan INLAB Senz, anda boleh membawa seluruh pengalaman hiburan anda ke peringkat seterusnya.  Kini tiada alasan lagi untuk berkata tidak kepada paparan skrin besar dan jelas pada harga mampu milik. 

Anda kini boleh menikmati filem kegemaran, drama bersiri, permainan dalam talian yang lancar kerana INLAB Senz menyokong HDR untuk grafik yang memberi ton warna terang yang cemerlang!

Selain itu, INLAB Senz sangat mudah untuk diselenggara oleh seluruh ahli keluarga anda. Sistem Dolby Audio membolehkan anda mengalami bunyi yang mengasyikkan seakan-akan panggung wayang di rumah dan kawasan outdoor!  Jadi, dapatkan INLAB Senz anda sekarang!

HARGA MAMPU MILIK!


Ternyata INLAB Senz adalah peranti yang sempurna untuk keluarga kami. Inilah cara kami memanfaatkan masa yang berkualiti menonton filem dan bermain permainan dalam talian bersama. 

Memiliki projektor adalah pilihan tepat, sekarang INLAB Senz ada promosi sehingga 65% dan dijual pada harga RM 989.90 sahaja! Mana nak dapat harga projektor berbaloi-baloi begini? 

Untuk fungsi dan teknologi projektor INLAB Senz, harga sebenar adalah RM 2899. Sebab itu Ruby cakap, ia adalah pelaburan yang menguntungkan! Tak perlu beli televisyen besar, INLAB Senz boleh papar skrin sehingga 130 inch dari televisyen tauuu. Hehehe.

RM 30 DISKAUN UNTUK PENGIKUT RUBY.MY


INLAB Senz masih mengekalkan promosi diskaun 65% dan dari promosi tersebut, anda boleh tambah lagi diskaun RM 30 dengan menggunakan kod baucar INLA0030 semasa proses pembayaran di laman web rasmi INLABShopee atau Lazada. Mudah kan? Terima kasih INLAB Malaysia kerana jual projektor pada harga berpatutan dan mampu milik!

Buat kalian semua, selamat datang ke keluarga INLAB! 

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Pergi camping pun boleh bawak, tak bosan la budak-budak kalau takde aktiviti luar. Design pun cantik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال