RIGHTSIDE MENAWARKAN HIDANGAN BERASASKAN TUMBUHAN BAGI MEMENUHI PERMINTAAN PENGAMAL DIET VEGAN

RIGHTSIDE MENAWARKAN HIDANGAN BERASASKAN TUMBUHAN BAGI MEMENUHI PERMINTAAN PENGAMAL DIET VEGAN | Assalammualaikum semua! Hampir setahun Ruby mengamalkan diet Vegan. Diet bukan bererti ingin kurus semata-mata, tetapi lebih kepada gaya hidup sihat. 

Memandangkan Ruby membesar dengan sihat dengan makan makanan halal lazat dari seluruh dunia. Ruby memang sangat suka daging lembu. Tetapi daging lembu beri kesan sampingan kepada diri Ruby. Jadi, pilihan lain, Ruby amalkan pemakanan seimbang melalui Diet Vegan. 

Diet Vegan ni sebenarnya tidak susah mana pun, rupa-rupanya ia telah menjadi sebahagian dari gaya hidup Ruby yang suka makan nasi putih dan ulam. Ulam pula ada sambal tempoyak. Makan macam tu sahaja sudah mengenyangkan. Cuma, Ruby nak meneroka lebih banyak menu Vegan. So disinilah bermula Ruby mengenali RIGHTSIDE.

RIGHTSIDE MENAWARKAN HIDANGAN BERASASKAN TUMBUHAN BAGI MEMENUHI PERMINTAAN PENGAMAL DIET VEGAN


Diet vegan adalah diet berdasarkan tumbuhan seperti sayur-sayuran, bijirin, kacang dan buah-buahan. Senang cerita, ia makanan yang diperbuat daripada tumbuhan. Pengamal diet Vegan tidak makan makanan yang berasal dari haiwan, termasuk produk tenusu dan telur. Pilihan lain kepada susu adalah Ruby minum Almond Milk dan Oatmeal Milk.

Menurut Chairman RIGHTSIDE, Datuk Zhafran Md. Yusof, "RIGHTSIDE adalah restoran yang menghimpunkan pelbagai bangsa dan agama dari seluruh dunia. Di sini kita dapat melihat semua pelanggan menikmati hidangan berasaskan Plant Made dengan gembira sekali. 

Anak-anak, ibu bapa, warga emas dan seluruh masyarakat di dunia boleh menikmati makanan berasaskan tumbuhan tanpa sebarang sekatan. 

Kami merancang untuk buka lagi beberapa cawangan RIGHTSIDE pada tahun ini. InsyaAllah."

LEBIH 20 MENU DI RIGHTSIDE


RIGHTSIDE memiliki dua cawangan dan cawangan yang Ruby pergi adalah di 163 Mont Kiara. Lokasi yang selesa dan mudah di akses. Berikut adalah menu-menu yang terdapat di RIGHTSIDEN. Jangan tidak percaya, itu semua Vegan tau. 

Melihat kepada menu yang disediakan. Rasa macam berada di restoran fast food kan? Bagi anda yang ada diabetik, teringin nak makan burger, craving ais krim, mengidam macam-macam. RIGHTSIDE adalah restoran wajib korang datang. 


RIGHTSIDE memiliki kilang Vegan mereka tersendiri yang mampu menghasilkan produk untuk restoran, ready-to-eat dan sejuk beku. Buat pengetahuan anda, sos mayonaise, keju dan madu juga RIGHTSIDE jual dalam bentuk pouch yang mudah dibawa kemana-mana.

RIGHTSIDE @163
8 Jalan Kiara Mont Kiara Mont Kiara, GF-02, 50480, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Phone: +60 12-906 2994
Waktu Beroperasi: Isnin - Ahad | 11:30 AM - 10:00 PM

RIGHTSIDE @ SRI PETALING
No 147-1, Jalan Radin Bagus,
Bandar Baru Sri Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia, 57000
Phone: +60 12-570 3608

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال