ROADSHOW WARDAH COLOR STATION MERIAH DI SENAYAN CITY MALL JAKARTA

ROADSHOW WARDAH COLOR STATION MERIAH DI SENAYAN CITY MALL JAKARTA | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan ke roadshow atau lebih mesra dikenali sebagai Pop-Up Store. Pop-Up Store ini merupakan Wardah Color Station yang memberi peluang kepada pelanggan setia Wardah untuk mengetahui warna yang serasi dengan diri anda melalui Personal Color Analysis yang dilakukan oleh Wardah Beauty Advisor.

Selepas mengetahui jenis undertone dan warna pilihan. Kita dapat mencipta lip matte berdasarkan warna yang diinginkan. Best kan? Setelah tahu warna diri yang sesuai, sudah semestinya kita bersambung untuk membeli-belah lip matte baru dan eye shadow. Hahaha. 

ROADSHOW WARDAH COLOR STATION MERIAH DI SENAYAN CITY MALL JAKARTA 



Bermula 24 Julai sehingga 30 Julai 2023, Wardah Beauty telah mengadakan program istimewa di Lower Ground Floor, Senayan City Mall, Jakarta, Indonesia. Ruby berkesempatan membuat semua aktiviti. 

Sejak Wardah mula menyinari kehidupan para wanita di Indonesia dan Malaysia. Apa sahaja program yang diadakan pasti mendapat sambutan. Pelanggan setia Wardah sangat ramai sehinggakan aktiviti sebegini amat diperlukan bagi memberi galakan kepada para wanita agar kekal tampil kemas, cantik dan yakin. 

Kecantikan ini adalah usaha dan konsisten. Jika anda malas, tiada siapa boleh bantu. Wardah Color Station adalah insiatif jenama Wardah agar para wanita mengenali undertone dan seterusnya mengetahui warna yang paling serasi dengan anda. 

PERSONAL COLOR ANALYSIS


Beauty Advisor Risma dan Lia sangat sabar melayani pelbagai persoalan dari Ruby. Terima kasih banyak-banyak. Di Wardah Color Station ini anda boleh mengikuti beberapa aktiviti menarik seperti Personal Color Analysis dan membuat Lip Cream melalui keputusan personal color masing-masing.



Beauty Advisor di Wardah Color Station juga membantu menentukan warna kosmetik yang sesuai dengan warna kulit, pembayang mata hingga lipstik. Kemudian pakaian dan hijab yang menaikkan seri kita. Percayalah bahawa kita ada warna kita tersendiri. Ia membantu untuk anda tampil segar sepanjang hari.

RUBY PEMILIK WARNA NEUTRAL - WARM


Setelah membuat perbandingan bersama Wardah Beauty Advisor, barulah Ruby tahu bahawa Ruby memiliki undertone Neutral - Warm. Warna asas yang serasi adalah merah, coklat dan oren. Walaupun baru tahu, sebenarnya kebanyakan pakaian Ruby dan mekap ke arah warna coral. 

Bergambar bersama Karina Anindita, Ketua Pemasaran Antarabangsa Paragon Technology and Innovation (Paragon Corp).
Bergambar bersama Wanda Ismarosa, Pengurus Pemasaran Antarabangsa Paragon Technology and Innovation (Paragon Corp)

Itupun Ruby menemui warna Coral setelah jatuh cinta dengan See You Latte pada hari pertama Wardah di Malaysia sekitar Mei 2017. Inilah warna yang Ruby restock sampai bila-bila. Warna berasaskan Coral, Oren, Gold dan Coklat sememangnya menyerikan Ruby. Kini Ruby boleh tampil yakin dengan warna-warna bold begitu. Hehehe. 

WARDAH EXCLUSIVE MATTE LIP CREAM DENGAN FORMULASI BAHARU


Selain itu, Ruby dapat membeli Wardah Exclusive Matte Lip Cream yang baru sahaja dilancarkan dengan kemasan formula dry-free. Warna kegemaran Ruby adalah See You Latte. Kini, ada 6 shades baharu tau. Formulasi kali ini memberi kesan matte namun tidak mengeringkan bibir. Ia kekal ringan dan lembut. Memang best!

Wardah Exclusive Matte Lip Cream terdiri dari 18 warna termasuk enam warna terbaru yang sesuai digunakan pada bila-bila masa. Pilihan warna yang tersedia pada Wardah Exclusive Matte Lip Cream ini diinspirasikan dari ribuan warna kulit masyarakat di dunia.

Wardah Exclusive Matte Lip Cream merupakan lip cream pertama di Indonesia yang melindungi bibir anda dari sinar UV dengan kandungan SPF20 PA++. Kini hadir dengan botol baru serba elegan.


CUSTOMIZE LIP CREAM


Menentukan personal color menggunakan kain yang disebut drop color tersedia dalam beberapa warna terang hingga gelap. Pada saat menentukan personal color ia juga dipengaruhi dengan undertone. Undertone boleh dikenali melalui urat di pergelangan tangan kita.

WARDAH COLOR STATION 24 JULAI - 30 JULAI 2023


Untuk pengunjung yang ingin menyertai aktiviti seperti ini. Jom ke Senayan City Mall sekarang! 

Ruby berkesempatan hadir ke Wardah Color Station di Senayan City Mall melalui program Wardah Press Junket To Jakarta 24-26 Julai 2023. Terima kasih Wardah sudi jemput Ruby. 

2 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. belum pernah beli barangan wardah lagi

    BalasPadam
  2. nampak cantik warna tu. boleh try nanti,..suka juga dengan brand Wardah ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال