ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN | Assalammualaikum semua. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke - 66 tahun. 31 Ogos 2023 kali ini diraikan dengan memperingati bagaimana perjuangan rakyat Malaysia untuk merdeka dan selamat menduduki negara tercinta Malaysia.

Ruby masih ingat lagi, sepanjang membesar. Kita bebas bermain pelbagai permainan tradisional dan makan makanan snek pada bila-bila masa. Ruby dapat melihat pembangunan pesat bangunan dan banyak peluang pekerjaan. Itulah maksud kemerdekaan yang diidamkan oleh banyak negara. Beruntung kita berada di Malaysia. Syukur Alhamdulillah. 

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN


Pelbagai tawaran hebat dan aktiviti kanak-kanak menanti para pengunjung! Bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan yang ke-66, Pusat Beli-Belah Alamanda dengan bangganya membawakan Kempen Merdeka yang akan berlangsung dari 25 Ogos sehingga 16 September. 

Bagi memperingati Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September yang bakal kunjung tiba, Alamanda mengalu-alukan kehadiran para pengunjung dari semua lapisan umur untuk bersama-sama memeriahkan sambutan dengan ganjaran luar biasa yang menawarkan hadiah edisi terhad dan juga barisan aktiviti kanak-kanak yang menarik.

TEBUSAN MERDEKA


Pengunjung yang berbelanja RM500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima T-Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad sepanjang tempoh Kempen Merdeka yang sedang berlangsung selama 23 hari. Tawaran ini adalah terhad untuk satu tebusan bagi setiap pelanggan, setiap hari. 

Bagi pelanggan yang beberlanja lebih dari RM1,500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih juga akan menerima tambahan Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada T-Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad. Ganjaran ini adalah khusus untuk 350 pelanggan yang  berbelanja RM1500 dan ke atas. 

Seiring dengan usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisma pada 31 Ogos, 1000 pengunjung pertama bakal menerima sehelai bendera tangan “Jalur Gemilang”. 

KEMPEN “MERDEKA FUNTIME VIKIDS” 


Sambutan Merdeka pada kali ini juga turut menampilkan Kempen “Merdeka Funtime VIKids” buat pengunjung kanak-kanak. Kempen ini berlangsung dari 25 Ogos sehingga 3 September. Ruang legar utama Pusat Beli-Belah Alamanda bakal dihiasi dengan dekorasi yang bertemakan permainan tradisional, dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak.


Ahli VIKids akan menerima pek percuma “Merdeka Funtime” yang mengandungi Set Seni dan Kraf, Permainan Ular dan “Rainbow Magic”. Tidak kurang dari itu, ahli VIKids juga berpeluang untuk menyertai aktiviti permainan tradisional seperti Ular dan Tangga, Congkak, Dam, Colek Lidi dan juga Ting-Ting. 

Sebahagian daripada permainan ini menawarkan hadiah eksklusif seperti set seni dan kraftangan, patung lembut, botol air, kotak makan tengahari, yoyo, batu seremban dan juga permainan papan untuk para pemenang.


Ahli VIKids yang berumur 6 sehingga 12 tahun berpeluang untuk menyertai pertandingan yang diadakan pada hujung minggu dan Hari Merdeka. Pertandingan Kostum Pakaian Tradisional dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik akan diadakan pada 31 Ogos. Hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga adalah Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM300, RM200 dan RM100.

Pada masa yang sama, kempen “Merdeka Funtime VIKids” turut menganjurkan pertandingan mewarna yang terdiri daripada dua kategori iaitu, Kategori Junior (untuk kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 9 tahun) dan Kategori Senior (bagi kanak-kanak yang berusia 10 sehingga 12 tahun).

Pertandingan mewarna ini akan diadakan pada hujung minggu sepanjang tempoh “Merdeka Funtime VIKids”. Hadiah pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada Baucar Beli Belah Alamanda. Kemeriahan Hari Merdeka tidak terhenti disitu. 

Para pelanggan akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang menampilkan kanak-kanak yang berbakat dalam acara “choral speaking”, pertunjukan bakat dan juga persembahan seni dan kebudayaan. 

“Sebagai salah sebuat Pusat Beli Belah yang mesra keluarga di Putrajaya, kami amat berdedikasi untuk terus memberikan pengalaman yang bermakna buat rakyat Malaysia. Seiring dengan ulangtahun kemerdekaan yang ke-66, kami bukan sahaja berbangga untuk memperingati kejayaan masa lampau malah, kami juga ingin memberikan sinar baru untuk barisan bakal pemimpin kita di masa hadapan. Program seperti VIKids adalah ruang untuk kanak kanak mendapatkan peluang untuk berkembang dari sudut daya ketahanan selain daripada membantu tumbesaran kanak-kanak melalui rangsangan bermain.” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd

CABUTAN BERTUAH “BLOOM IN STYLE” 


Ekoran dari sambutan Hari Merdeka juga, kempen “Bloom in Style” yang diadakan bermula dari 21 Julai sehingga 13 Ogos 2023 adalah sambutan kemuncak yang telah diadakan dimana pelanggan membawa pulang Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai sehingga RM 3,000.

Terdahulu, pembeli yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai fesyen dan kecantikan yang terpilih, telah menerima ganjaran serta merta yang merupakan sebuah beg tot Alamanda. Pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM800 telah menerima Baucar Fesyen Alamanda tambahan yang bernilai RM50 selain daripada beg esklusif Alamanda.

Tidak kurang dengan ganjaran istimewa tersebut, pelanggan juga diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan Baucar Fesyen Alamanda yang bernilai RM 3000 bagi setiap RM300 yang dibelanjakan. Cabutan bertuah tertutup juga diadakan bagi memilih 10 pemenang bertuah hasil kesinambungan daripada cabutan yang dilakukan secara terkemuka. 

Para pemenang telah diundang untuk menghadiri Majlis Cabutan Bertuah yang diadakan di Pusat Beli-Belah pada 29 Ogos 2023 yang mana kesemua pemenang bertuah tersebut akan mencabut hadiah mereka bagi menentukan nilai baucar yang mereka menangi. 

PUSAT BELI-BELAH MESRA MALL


Keharmonian dan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan turut dirai di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman Terengganu. Pusat Beli-Belah Mesra Mall terjemah sambutan kali ini dengan konsep “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,” yang juga menonjolkan pelbagai kempen hebat mulai 26 Ogos sehingga 16 September 2023.

Sepanjang keberlangsungan kempen tersebut, para pelanggan yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menebus sehelai Merdeka T-Shirt edisi terhad. Sambutan yang mengetengahkan aspek perpaduan dilihat menjadi sentuhan istimewa untuk kempen kali ini.

Dalam usaha mengibar Jalur Gemilang, pihak Mesra Mall bakal mengedarkan bendera dan kek cawan secara percuma kepada 100 pelanggan yang pertama pada 31 Ogos 2023. Edaran percuma ini akan berlangsung pada jam 11 pagi sehingga jam 2 petang. Tidak dilupakan, pertandingan Kostum Tradisional Kanak-Kanak bakal berlangsung pada 16 September 2023. 

Pertandingan ini diadakan bagi memberi ruang kepada kanak-kanak untuk mempersembahkan bakat mereka melalui peragaan pakaian tradisional. Pemenang akan menerima hadiah hamper dan baucar tunai. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال