BELI BARANG KELENGKAPAN RUMAH DI HOME LIVING EXHIBITION

BELI BARANG KELENGKAPAN RUMAH DI HOME LIVING EXHIBITION | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Semalam, Ruby dan suami buat kerja gila pergi HOMEs - Home Living Exhibition di Bukit Jalil Parking Carpark B. Niat kami nak survey harga dan tengok idea dekorasi memandangkan kami akan berpindah masuk ke rumah pertama kami yang hanya tinggal pemaju SkyWorld Development membaiki kerosakan selepas House Defect Inspection oleh House Inspection Expert Malaysia (HIER)

Di bawah Housing Development Act (HDA) Malaysia, Defect Liability Period (DLP) adalah 24 bulan, bermula dari tarikh kami menerima kunci Vacant Possession (VP) atau kata nama lain Serahan Milikan Kosong. Dalam tempoh ini, pemilik rumah perlu menyemak sebarang kerosakan, kecacatan, serta mutu kerja yang kurang baik atau rosak. Sebarang isu perlu dilaporkan kembali kepada pihak pengurusan untuk membaikinya secara percuma.

BELI BARANG KELENGKAPAN RUMAH DI HOME LIVING EXHIBITION


Rumah kami sedang menunggu giliran untuk pemaju baiki sahaja. Selesai semua itu, kami akan pindah masuk. Sementara menunggu, kami perlu mengumpul wang dan berjimat menguruskan bajet dekorasi. Sebab nak pindah nanti, mudah sikit terus simpan barang masuk dalam kabinet. 

SkyWorld Development telah memudahkan pemilik rumah dengan menyediakan aplikasi SkyWorld Connects 2.0 yang menghimpunkan fungsi-fungsi penting untuk berurusan dengan pihak pengurusan. Malah ada e-dagang untuk pemilik mencari produk keperluan rumah dari penghawa dingin, kitchen cabinet, wardrobe, rak kasut, peti sejuk, mesin basuh, langsir, daftar telco pilihan dan banyak lagi. 

Namun, sebagai pemilik rumah, kita boleh berkunjung ke HOMEs - Home Living Exhibition untuk melihat sendiri dekorasi atau membeli produk keperluan rumah seperti kipas siling, tempat gantung pakaian di halaman rumah dan Multi-functional Electric Inductuin & Infrared Ceramic. Kami plan nak guna dapur elektrik dari menggunakan dapur gas demi keselamatan keluarga di rumah. 

AMPAIAN PAKAIAN ELEKTRIK ALUMINIUM ALLOY


Keringkan pakaian di rumah kondominium sememangnya memerlukan sistem agar keadaan rumah rapi dan kemas. Ruby dan suami memilih tempat sidai pakaian pelbagai fungsi. Di antara fungsinya adalah kipas pengering, lampu UV, dan tempat sidai eletrik boleh turun naik.

Reka bentuk yang padat dan ergonomik hanya mengambil ruang minimum rumah kita. Sesuai untuk pangsapuri, asrama, dan rumah kecil. Melabur dalam kemudahan dan kecekapan hari ini.


1. Tiup udara Panas & Sejuk. Ampaian elektrik ini dilengkapi dengan blower dan pemanas yang membolehkan pengguna menggunakan semasa kering sejuk atau kering panas. Maksimum 40°C. Pakaian dan haba lembut tidak merosakkan fabrik.  Ia akan berhenti secara automatik selepas 2 jam.
2. Lampu putih LED besar menggantikan lampu asal. Dilengkapi dengan lampu putih LED 6000K pintar yang padam secara automatik selepas 2 jam.
3. Cahaya UV untuk pembasmian kuman dan membunuh bakteria pada pakaian dan juga untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan yang disebabkan oleh mikroorganisma yang akan mati secara automatik selepas 30 minit.
4. Didatangkan dengan alat kawalan jauh yang membolehkan anda mengendalikannya walaupun dari ruang tamu.
5. Boleh angkat dan tahan sehingga 40kg. Dengan satu klik pada alat kawalan jauh, rak akan turun serendah 1.4m dan mengangkat semula pakaian basah ke siling.
6. 20 lubang untuk menyidai pakaian, 9 rel silang, 2 tiang yang boleh dikembangkan. Hampir boleh mengeringkan apa sahaja dari pakaian kecil sehinggalah ke cadar.
7. Waranti: 2 tahun

Info Produk

1. Tapak Pengering: L1350mm x W350mm x H90mm
2. Tiang Boleh Dibesarkan:
Sebelum bukaan: 1250mm
Selepas bukaan penuh: 2400mm
3. Maksimum Ketinggian Angkat: 1400mm
4. Bahan: Aloi aluminium + Plastik ABS
5. Berat bersih: 13.5kg
6. Kuantiti poles (boleh dikembangkan):  2+2
7. Kuantiti crossrails:  9

Info Penggunaan Elektrik

Voltage : AC 220 - 240V, 50Hz - 60Hz
 1) Penggunaan kuasa motor (semasa mengangkat sahaja): 133W
 2) Peniup Udara Sejuk : 26W x 2
 3) Peniup Udara Panas: 400W x 2
 4) Cahaya UV: 3W
 5) Lampu Balkoni LED: 24W

Seronoknya berbelanja di HOMEs - Home Living Exhibition, kami dapat harga yang berpatutan, penghantaran ke rumah, sekali pemasangan dan kedai boleh simpan produk sampai Ruby bersedia untuk masuk rumah dengan syarat wajib maklum mereka 2 minggu awal. 


Ampaian elektrik ini dari bahan Aluminium Alloy dan ada 3 warna, Grey, Rosegold & Silver. Jika ada Hitam memang Ruby akan pilih hitam. Hehe. Suka warna solid kalau barang rumah. Harga jualan RM 1900. Selepas diskaun RM 1700. Ruby dapat hadiah basket hanger, 20 hanger pakaian dan hanger bulat untuk stokin.


DAPUR INDUKSI DAN INFRA MERAH SERAMIK SMARTCOOKER SUGAWA


Kami dah set dalam minda, nak tengok-tengok, survey harga dan mencari idea dekorasi rumah sahaja. Kami berjalan-jalan. Kemudian di panggil oleh seorang uncle dari booth SUGAWA. Masa tu tengok aje dan tak nak ambil tahu sangat berkenaan dapur induksi. Sebab kami ada satu di rumah dari jenama lain. 

Memasak guna dapur induksi ni slow. Goreng ayam dan ikan pun tidak garing. Memang dapur elektrik ni tiada dalam list. Sebab tak feel semasa memasak. Hahaha. Tapi, kami digoda dengan penerangan Stephy Wong dari SUGAWA. Dia buat kongsi tentang info jenama dan produk. Rupanya SUGAWA ni dah lama ada di Malaysia.

Dari uncle yang memanggil kami, beri layanan baik, siap sediakan kerusi. Kemudian Stephy Wong yang buat demo semua. Teamworks lain macam stail SUGAWA ni. Hahaha. Kami dipersembahkan dengan demo yang agak cepat dan jelas. Tapi bahagian yang buat kami tertarik adalah material dapur elektrik ni ada dua iaitu induksi yang boleh digunakan oleh kuali besi melengkung dan dapur infra merah seramik untuk pelbagai jenis periuk yang permukaan rata. 

Faktor lain juga adalah keselamatan dan tiada kepanasan asap yang banyak ketika memasak. Stephy ni pandai menerangkan fungsi dapur Smartcooker, tapi Ruby tertanya-tanya berapa harga? 


Harga asal adalah RM 5000 lebih rasanya. Kami ingat-ingat lupa. Disebabkan hari terakhir HOMEs - Home Living Exhibition, harga yang ditawarkan kepada kami adalah RM 4098 dan dapat 6 hadiah. Aje giler Stephy ni tau. Kami memang dah takda cara lain nak beredar dari booth SUGAWA. Semuanya best. Maka, kami setuju membeli SUGAWA Smartcooker. 

Di booth SUGAWA juga kami minta mereka simpan produk sehingga tarikh yang ditetapkan. Tempoh masa dalam 1 tahun mereka boleh simpan. Nanti bagi tahu 2 minggu sebelum untuk plan penghantaran. Penghantaran juga sudah masuk dalam harga. Malah jika perlu penerangan lagi tentang SUGAWA Smartcooker, mereka boleh ajar lagi sekali. Waranti selama 3 tahun bermula selepas pemasangan di rumah. Best! 


KIPAS SILING JENAMA DEKA


Rumah baru kami, kami plan pasang kipas dulu sebelum penghawa dingin. Sebab budget susut sikit. Hahaha. Jadi kami ke booth DEKA. Sebelum kami beli kipas, kami tengok ulasan dan tanya jiran yang dah pasang kipas. Mereka cakap cadi DEKA DC. Kami tak faham. Terus Ruby masuk dalam booth dan tangkap seorang staff untuk melayan soalan kami. 


Terima kasih Chien melayani kami, . Kami terkejut, wajah Cina, tetapi bercakap Bahasa Melayu fasih. Lagi lah kami selesa. Kami tanya apa perbezaan DEKA DC dan DEKA AC?

Terdapat dua jenis motor elektrik am, AC (Alternating Current), iaitu arus elektrik yang menterbalikkan arah dan DC (Direct Current), yang mana seperti namanya, arus elektrik yang hanya mengalir dalam satu arah. 

Kebanyakan kipas siling, serta kebanyakan perkakas rumah, menggunakan motor AC, kerana AC ialah jenis arus yang diedarkan oleh syarikat kuasa. Motor AC berfungsi dengan disambungkan terus ke sumber kuasa. 

Sumber kuasa inilah yang menghasilkan momen daya yang diperlukan untuk memutarkan pemutar motor. Dengan kipas DC, sumber kuasa langsung (AC), bersambung kepada pengubah yang menukar kuasa kepada DC. 

Kesannya ialah ia mengurangkan jumlah kuasa yang digunakan dengan hanya menggunakan arus terus dan bukannya arus ulang alik. Untuk kemudian mencipta daya yang diperlukan untuk memutarkan pemutar motor, motor DC menggunakan sistem magnet kekutuban menentang.

Kami beli model DEKA KRONOS F5DC saiz 46 inci dan 56 inci. Yang 46 inci sebanyak 2 unit untuk bilik anak-anak. Harga RM 190 setiap satu. Seterusnya saiz 56 inci kami beli 3 unit. Ia untuk ruang tamu dan bilik utama. Harga RM 188 seunit. Harga termasuk penghantaran. Ruby disarankan buat buat temujanji dua minggu awal.


Kelebihan kipas siling motor DC berbanding kipas siling motor AC:

1. Dalam kebanyakan kes, DC menggunakan kurang tenaga sehingga 70% daripada kipas AC standard.

2. DC biasanya sangat tenang.

3. DC selalunya akan mempunyai lebih banyak pilihan kelajuan, fungsi terbalik pada alat kawalan jauh, dan secara amnya lebih pantas untuk memulakan, berhenti dan menukar kelajuan.

4. Motor DC biasanya direka lebih padat dan lebih ringan.



HOMEs - Home Living Exhibition menggabungkan jenama barangan rumah dan kediaman terbaik di Malaysia sambil bertindak sebagai platform pertemuan untuk kedua-dua pempamer dan pemilik rumah, anda pasti tidak mahu terlepas. 

Ia adalah penyelesaian sehenti untuk pemilik rumah mendapatkan segala-galanya untuk rumah mereka sendiri, pejabat dan juga hartanah homestay. Daripada perkhidmatan reka bentuk dalaman hingga pengubahsuaian, serta kelengkapan perabot, landskap luar dan juga kolam renang, HOMEs – Home Living Exhibition ialah tempat untuk mendapatkan keperluan reka bentuk rumah dan dalaman anda.

Penjimatan dan tawaran hebat yang lebih berbaloi memberikan pembeli peluang untuk melihat, bertanya dan membeli di sini. Masuk adalah percuma dan pendekatan berorientasikan pengguna, kami meliputi semua julat harga jenama rendah hingga mewah dan merupakan acara yang dijamin ramai hadir setiap tahun. 


Nikmati hadiah percuma jaminan eksklusif HOMEs untuk pembelian melebihi RM500 dan bahagian yang terbaik ialah anda boleh mengumpul pembelian anda. Semua pembelian yang dibuat di HOMEs layak mendapat Perlindungan Pembeli HOMEs dan pelbagai tawaran terhad seperti baucar tunai HOMEs. 


Purata penglibatan lebih daripada 500 jenama dan 300 gerai untuk anda bandingkan dan berunding untuk tawaran terbaik yang menjadikan HOMEs – Home Living Exhibition kaedah paling berkesan untuk membeli produk kelengkapan rumah di Malaysia. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال