TAHNIAH PEMENANG TIKTOK AWARDS MALAYSIA 2023 BIAR ORI, BARU SEMPOI | Assalammualaikum semua! 27 Ogos 2023 adalah hari yang dinantikan oleh TikTokers Content Creators. Ini adalah malam anugerah penghargaan buat mereka yang telah berusaha, bertungkus lumus, bersabar, disiplin dan konstisten menghasilkan kandungan di media sosial yang bermanfaat buat semua masyarakat di dunia.
Jika dulu anugerah ini hanya ada di Indonesia, Thailand dan Filipina, kini Malaysia juga mempunyai anugerah berprestij TikTok Awards Malaysia. TikTokers popular dan dikenali di persada dunia. Anugeah ini memberi anjakan paradigma buat calon-calon dan sudah semestinya kepada pemenang untuk memberi yang terbaik selepas ini.
TAHNIAH PEMENANG TIKTOK AWARDS MALAYSIA 2023 BIAR ORI, BARU SEMPOI
Tahniah Ruby ucapkan kepada semua pemenang. Kalian semua memang original dan sempoi! Macam F&N Teh Tarik. BIAR ORI, BARU SEMPOI! Kemenangan dan pencalonan anugerah bukan hanya untuk content creators, tetapi ia adalah untuk mereka menghargai sokongan insan di sebalik tabir, ibu bapa, pasangan suami/isteri, anak-anak, sahabat, agensi yang menjaga serta sentiasa push dan sudah semestinya followers yang setia. Melalui penerimaan penghargaan, kita tahu, kita tidak bersendirian.
Untuk dikenali, bukan bergerak solo. Ia memerlukan kerjasama berpasukan. Kita nak sustain dan kekal relevan dalam apa yang kita minat. Kita perlu sentiasa komited, berilmu, niat betul dan baik hati. Hargai orang sekeliling. Mungkin ada doa dikalangan mereka yang Allah s.w.t angkat. Doa kita sihat, doa kita berjaya, doa kita cekal dan doa yang baik-baik.
Terima kasih Ruby ucapkan kepada F&N Teh Tarik di atas jemputan ke TikTok Awards Malaysia. Buat pengetahuan anda semua, F&N Teh Tarik merupakan penaja rasmi di TikTok Awards Malaysia.
Jom Ruby kongsikan dengan anda semua kenangan manis di TikTok Awards Malaysia. Anugerah TikTok Shop Creator of the Year dan Best of Foodies disampaikan Tya Arifin dan Sheila Rusly.
TikTok Shop Creator of the Year - @anaszahrin
Best of Foodie - @syifajamill
Bagi kategori Best of Sports dan Best of gaming, anugerah disampaikan oleh MK K-Clique dan Farah Ann.
Best of Sports - @kkhaliishh
Best of Gaming - @sultan_riq
Kategori Best of Education dan Best of Beauty & Fashion disampaikan oleh Dr. Say Shazril dan Amber Chia
Best of Education - @sir_asai
Best of Beauty & Fashion - @shahirazlan
Best of Entertainment dan Popular Animation Account of the Year disampaikan oleh Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Yusry Abdul Halim.
Best of Entertainment - @eiqamaleq
Popular Animation Account of the Year - @upinipin.official
Kategori Live Creator of the Year dan Popular Creator of the Year disampaikan oleh Syamel dan Ernie Zakri.
Live Creator of the Year - @tigerlabu
Bagi kategori Rising Star of The Year, anugerah disampaikan oleh Amir Ahnaf, Bell Ngasri dan Aniq Durar.
Rising Star of the Year - @ikhmaInOur
Kategori yang paling mendapat perhatian dan menjadi tanda tanya adalah Celebrity of the Year. Anugerah ini disampaikan oleh Fattah Amin dan Redza Rosli.
Celebrity of the Year - @aerilzafrel8
Kategori yang paling mendapat perhatian dan menjadi tanda tanya adalah Creator of the Year. Anugerah ini disampaikan oleh Dato' Yusof Haslam dan Ziana Zain.
Creator of the Year - @khairulaming
PERSEMBAHAN MANTAP DI TIKTOK AWARDS MALAYSIA
Malam Anugerah, pastinya akan diserikan dengan persembahan dari pengacara, penghibur, penyanyi dan penari. Semuanya telah disusun rapi dan kami sangat terhibur. Tambahan apabila senarai playlist adalah lagi viral di TikTok Challenge. Kita auto angkat bahu joget-joget manja.
DARI LENSA RUBY.MY
Menghadiri majlis anugerah berprestij ini membuatkan Ruby menggamit memori ketika zaman blogger awards. Ya benar, internet telah mencetus fenomena yang memberi impak kepada masyarakat. Revolusi ini dari sekadar mengguna internet, bertukar kepada aplikasi dan malah ia memberi peluang kepada kita digelar content creators.
Blogger, Influencer, KOL dan kini content creator. Walau banyak transisi kita lalui, kita harus komited untuk menimba ilmu baru dan mencuba lakukan perkara baru seiring dengan peredaran zaman. Dulu, sedekad baru ada perubahan trend. Kini, belum sampai setahun kita akan jumpa trend baru dari TikTok. Dulu, trend fesyen yang berubah. Kini, trend muzik, hiburan, game, perniagaan dan content creators semakin meriah.
Jika zaman Ruby dulu yang kelakar adalah Mat Lutfi, kini kita ada Ryan Bakery. Sebagai milennials. Perubahan ini memang mudah kami terima. Tetapi sukar untuk kami mulakan langkah berTikTok. Ruby happy sangat dapat hadir ke TikTok Awards Malaysia yang berlangsung buat kali pertama di Malaysia. Terinspirasi dapat jumpa semua content creators walaupun Ruby hanya follow TikTok akaun Mek Dinda, Dr Ben Gee, Aniis Ismail, Zam Akmal, Zaid, Hilal Azmi dan Qim Ahmad.
Ruby masih lagi berjinak-jinak dengan tiktok. Masih memikirkan niche apa yang ingin Ruby kongsikan. Apabila bertemu dengan orang yang baik-baik, mereka beri galakan. Sebab tahu kita tidak asing dari industri digital entertainment.
F&N TEH TARIK BIAR ORI BARU SEMPOI
F&N Teh Tarik selaku penaja minuman. Sepanjang acara TikTok Awards Malaysia kita boleh minum teh tarik original atau kurang manis sejuk. Memang best. Jika anda tertanya-tanya sama ke dengam teh tarik mamak? Ye sama gais. Heyyy susu pekat F&N lah yang anney guna untuk buat teh tarik tu. Ofkoz sama. Hehehe.
Dapatkan F&N Teh Tarik sekarang! Tahniah buat semua pemenang TikTok Awards Malaysia.