CERMIN MATA KANAK-KANAK EYE PRO VISION

CERMIN MATA KANAK-KANAK EYE PRO VISION | Assalammualaikum semua! Sejak anak-anak dah masuk sekolah rendah. Tumpuan mereka kepada penggunaan gadget memang bertambah bermula PdPR semasa pandemik COVID-19. Kemudian fasa bersekolah secara bersemuka lebih menggunakan buku teks dan buku aktiviti. Tiada lagi masuk ke youtube untuk tonton video guru, tiada lagi buka nota di laman web anyflip dan lain-lain. 

Cuma, sekarang ni anak-anak aktif dengan permainan dalam aplikasi roblox dan siap ada kumpulan kenalan. Ruby rasa itu tidak menjejaskan penglihatan. Sebab jangka masa penggunaan telefon kami sudah set dengan Google Family Link. 2 jam maksima untuk bermain game dalam satu hari. Selebihnya aktiviti di sekolah dan rumah. 

CERMIN MATA KANAK-KANAK EYE PRO VISION

Nak dijadikan kegelisahan Ruby berganda tentang kesihatan mata anak-anak. Ruby perhatikan anak Ruby sering kecilkan mata semasa pulang dari sekolah. Ruby ada bertanya

"Alif okay ke? Kenapa kecil kan mata macam tu?"

"Alif tak nampak ibu sebab ramai ibu bapa di pagar sekolah, Alif jadi keliru"

Selepas perbualan itu, Ruby fikir sebab Alif baru di tahun 1, maka tahap penglihatan terbatas sebab faktor ketinggian dan jarak jauh. Kemudian beberapa hari lepas, Ruby dapat whatsapp dari guru kelas Alif untuk Ruby bawa pergi cek mata. Sebab Alif tak nampak tulisan di papan putih.

Baru usia 7 tahun, alamak risau pula kan. Untuk mendapatkan slot rawatan pakar mata, sekurang-kurangnya dua bulan perlu buat temu janji. Kebanyakan masa sangat terhad sebab permintaan tinggi setiap hari. 

Jadi, solusi sementara menunggu tarikh temu janji tiba. Ruby buatkan cermin mata untuk Adam dan Alif di Eye Pro Vision. Encik William siap pesan awal-awal, ini pelan sandaran sahaja. Pastikan cek mata anak-anak dengan pakar mata agar dapat mengesan lebih awal. Walaupun faktor genetik ramai dalam keluarga pakai cermin mata pada awal usia. Namun hasil keputusan setiap individu berbeza. Jadi, rawat sebelum terlambat.

EYE PRO VISION - SUNGEI WANG KEDAI VIRAL NO.1

Ramai dah tahu Eye Pro Vision adalah Sungei Wang Kedai Viral No.1. Eye Pro Vision viral sebab servis mesra pelanggan, penerangan jelas, harga berbaloi-baloi, semua koleksi cermin mata ikut trend masa kini dan cepat siap. Sebab itu, Ruby setiap tahun tukar bingkai cermin mata. Semua koleksi baharu menunjukkan Ruby comel dan muda. Hahaha.

Kini, giliran anak-anak Ruby pula. Bersyukur dapat mengenali kedai cermin mata Eye Pro Vision ni tau. Jika dulu, zaman adik Ruby cek mata hanya ada kedai Fxxxx Pxxxx dan Exxxxxx Oxxxxxx sahaja. Tahun 1999 adik dah pakai spek mata sebab rabun dan silau tinggi. Harga masa cecah melebihi RM 1000 lebih. Zaman kepakaran cermin mata sangat terhad. Maka, lagi terhad, lagi mahal. 

Sejarah Ruby mula mengenali Eye Pro Vision sebab berjalan-jalan di Sungei Wang. Al maklumlah membesar di Selanor, Pusat Membeli-Belah Sungei Wang ni dekat aje. Naik LRT dan Monorail dah sampai. Sekarang Level Ground Floor ni dah diberi nama khas Optical Street tau. Gara-gara kedai Eye Pro Vision viral lah tu. Hehehe.

PILIH CERMIN MATA

Saat melangkah masuk ke dalam kedai Eye Pro Vision, perkara pertama akan di tanya oleh staff bertugas adalah cermin mata untuk siapa? 

Kemudian akan dibawa ke ruang untuk memilih cermin mata kanak-kanak. Adam dan Alif memilih cermin mata jenis transparent yang tidak berwarna. Yang membezakan cermin mata mereka berdua iaitu bentuk segi empat sama sisi dan separa bulat. Jadi tidak tertukar cermin mata abang dan adik. 


CEK MATA


30 MINIT DAH SIAP


ALPHA BLUE 420

STOPPER DI BINGKAI CERMIN MATA


SELESA BELAJAR DI SEKOLAH

SANTAI HUJUNG MINGGU





EYE PRO VISION
G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11 pagi - 8 malam setiap hari

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم