CTAH MINUMAN TENAGA FORMULASI DARI BAHAN ORGANIK
Rabu, September 27, 2023CTAH MINUMAN TENAGA FORMULASI DARI BAHAN ORGANIK
"Ramuan dan formulasi tersendiri ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pelanggan boleh minum CTAH untuk menambah tenaga dan fokus semasa memandu perjalanan jauh. Malah, pelajar universiti, pekerja buruh dan mereka yang memerlukan tenaga untuk terus kekal fokus juga boleh minum. CTAH sangat sedap apabila minum semasa sejuk.""Minuman Tenaga CTAH juga memiliki Pensijilan Halal dan merupakan jenama tempatan (Malaysia) baharu yang diformulasikan menggunakan bahan organik, tidak berbahaya dan mempunyai paras kalori & gula yang paling rendah di pasaran."
Vitamin B3
Digunakan untuk merawat gangguan mood, kemurungan dan kebimbangan. Vitamin B3 menjalankan tugas penting untuk menukar KARBOHIDRAT, PROTEIN dan LEMAK kepada tenaga.
Vitamin B6
Menyokong fungsi otak utama, sistem imun dan pengangkutan oksigen ke seluruh badan.
Vitamin B12
Peranan penting dalam banyak aspek kesihatan dan boleh menyokong kesihatan tulang, pembentukan sel darah merah, tahap tenaga dan mood.
Senarai Isi Kandungan Minuman:
Water, Sugar, Contain Acidity Regulatory (Citric Acid E300), Taurine, Permitted Food Conditioner (Sodium Citrate E331), Glucono-Delta-Lactose, Sodium Gluconate, Permitted Food Flavour, Permitted Stabilizer, Inositol, Caffeine, Preservative (Sodium Benzoate E211), Sucralose, Contain non-nutritive sweetener (Acesulfame Potassium), Vitamin B3, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin B12 and Colouring Substances (Sunset Yellow E110 and Tartrazine E102).
CTAH PADA MASA AKAN DATANG
CTAH DI PASARAN TEMPATAN DAN ANTARABANGSA
“Saya lakukan kajian sendiri dengan menguji kelebihan ratusan botol air minuman bertenaga bukan sahaja di pasaran lokal tetapi turut mencuba produk dari negara jiran termasuk Thailand dan Indonesia.“Disebabkan keterujaan mendapatkan air minuman bercirikan perisa kegemaran rakyat di negara ini, tidak bergantung kepada sumber gula sebagai kelebihan tubuh lebih bertenaga dan kurang caffein saya menguji kesannya ke atas diri sendiri. Akibatnya pernah satu ketika saya terlena beberapa jam kesan daripada minum sebotol air minuman dari negara luar,” katanya.
“Saya sanggup mengambil masa dalam tempoh agak lama untuk mencari idea kerana di awal operasi syarikat, tumpuan diberikan untuk membuat kajian, mendapatkan formula terbaik dan melabur modal.
“Kini adalah mengadakan promosi jualan ke seluruh negara (road show) termasuk menjalankan aktiviti pemasaran secara besar-besaran termasuk hebahan di media sosial , platform e -dagang dan premis serbanika.“Saya menyasarkan jualan sehingga 5,000 karton sebulan yang setiap karton mengandungi enam tin minuman sehingga hujung tahun ini dapat dicapai. Pelawaan kini dibuka kepada mereka yang berminat untuk mencari pengedar yang akan dilantik sehingga 1,000 orang di seluruh negara.“Tujuannya untuk melonjakkan jualan di samping membantu orang ramai untuk menjana pendapatan sampingan. Sempena pelancaran kami mengadakan harga promosi jualan runcit sebanyak RM2.99 setiap tin sehingga bulan Disember,” ujarnya.
0 comments