CYBER ECO HUNT 2023: BUKIT BINTANG | Assalammualaikum semua! Hari ini 23 September 2023, Jumaat. Seawal jam 5 pagi Ruby sudah bersiap-siap untuk daftar diri untuk Cyber Eco Hunt 2023. Lokasi berkumpul di Elephant Republic: Coconut Coffee & Tea, Jalan Rembia, Bukit Bintang.
Ruby seterika pakaian sekolah anak-anak dan bersiap. Kemudian hantar anak-anak ke sekolah. Cuaca macam nak hujan. Alhamdulillah anak-anak masuk dalam kawasan sekolah semasa hujan baru renyai-renyai. Hari ini ada parent teacher day dan merupakan hari terakhir Adam dan Alif di sekolah ini.
Kami pindah ke rumah baru dan alhamdulillah juga anak-anak diterima di sekolah baru. Sekolah idaman ibu bapa di Kuala Lumpur. Hehehe. Anak-anak akan lapor diri pada 25 September 2023 Isnin hadapan. Jadi, hari ini kami suami isteri berbahagi tugas. Agar semua berjalan lancar. Mana tahu ada rezeki Ruby menang Cyber Eco Hunt 2023.
Pendidikan anak-anak tetap menjadi keutamaan, suami akan bersemuka dengan guru kelas untuk memahami Pentaksiran Bilik Darjah Adam di tahun 3 dan Alif di tahun 1. Alhamdulillah semua dipermudahkan urusan walau hujan lebat melanda.
CYBER ECO HUNT 2023: BUKIT BINTANG
Cyber Eco Hunt merupakan kali ketiga penyertaan Ruby. Sebenarnya Cyber Eco Hunt sudah empat kali diadakan. Tahun pertama pada 2018 Ruby tidak mengenali lagi program ini. Pada tahun 2019 apabila mengetahui pendaftaran bermula. Terus Ruby daftar diri dan pada tahun itu program berlangsung di Putrajaya. Kemudian pandemik Covid-19 melanda dunia dan program ini berehat selama dua tahun. Tahun 2022 Cyber Eco Hunt kembali dengan lokasi baru di Kuantan, Pahang.
Sejujurnya Ruby happy sertai Cyber Eco Hunt sebab Ruby sejenis suka melakukan kerja pembersihan di rumah dan kawasan sekitarnya. Malah, kalau nampak sampah, Ruby memang akan kutip dan buang ke dalam tong sampah berdekatan. Ruby juga mengasingkan sisa dan akan jual di Buy Back Center, Lorong Jalan Bunus, Kuala Lumpur.
Tempat ni di buka setiap Isnin, Rabu dan Sabtu 11pagi - 4 petang. Jam 1-2 petang staff rehat. Jadi, kita boleh plan lah bila nak datang. Ruby akan kumpul semua botol sabun, minyak masak, kertas dan buku. Biasanya dua bulan sekali Ruby akan ke sini. Barulah banyak RM kita dapat. Hahaha.
Sikap begini juga Ruby terapkan kepada anak-anak dan suami. Kalau kita nak sihat, persekitaran kita mesti bersih. Asingkan sisa, basuh botol, keringkan, ikat rapi dan susun elok-elok di sudut rumah yang kami sudah sediakan. Nanti hari Sabtu hujung bulan kita pergi Buy Back Center.
Menjaga kebersihan amat dituntut dalam Islam. Islam menganjurkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan, iaitu kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal, tempat beribadat, tempat awam dan sebagainya. Apabila kita yakin bersih, kita boleh lakukan amal ibadat dengan sempurna.
Ruby tidak pernah bosan join Cyber Eco Hunt. Walau tak menang kan. Hahaha. Ruby akui dah menua dan hilang sparks buat content dan laju-laju upload. Malah telco DiGi pun sabotaj Ruby semasa gigih muat naik Instastory. Boleh dia loading upload! Astaghfirullahalazim sabar je la kan. Hahaha. Tapi, jangan sesekali mengalah. Buat lengkap selesaikan tugasan. Barulah kita bersyukur join program.
Korang, setiap kali join Cyber Eco Hunt, Ruby dapat menimba ilmu yang baru. Setiap kali itu, Ruby dapat lihat pelbagai jentera Alam Flora. Malah, profession pekerja Alam Flora juga Ruby dapat kenali. Bukan setakat tukang sapu sampah sahaja. Alam Flora mempunyai pasukan yang komited dari staff di lapangan hingga ke peringkat tertinggi iaitu YB Dato’ Haji Mohd Zain Hassan, Chief Executive Officer - Alam Flora Sdn. Bhd. Masing-masing memahami peranan untuk kelestarian masa hadapan. Tahniah Alam Flora.
Pemarkahan di Cyber Eco Hunt sangat mudah. Peserta perlu selesaikan tugasan sebelum tugasan seterusnya bermula. Medium yang digunakan adalah Instagram Story. Setiap tugasan diberi 10 markah. Pemarkahan dari kreativiti video dan isi kandungan video. Total ada 4 cabaran, maka 80 markah penuh akan diberikan.
OBJEKTIF CYBER ECO HUNT 2023
Meningkatkan komitmen Alam Flora dalam mempromosikan amalan pengurusan sisa bertanggungjawab dan menanam budaya kelestarian ke arah mencapai matlamat kerajaan untuk mencapai 40% sisa kitar semula menjelang tahun 2025.
Manfaatkan daripada rangkaian media sosial melalui KOL, influencer & blogger untuk menyampaikan maklumat mengenai kebersihan demi kelestarian alam sekitar Ke Arah Bandar Lestari Untuk mendidik orang ramai secara tentang amalan menguruskan sisa sisa di rumah atau pejabat dengan cara yang mudah dan betul.
Pada jam 8 pagi kami Flag Off dan terus mula tugasan di Checkpoint pertama.
CHECKPOINT 1 : ECO WASTE CHALLENGE
Peserta menerima penerangan ringkas mengenai pengurusan sisa untuk lebih bertanggungjawab. Idea ini adalah untuk mendidik orang awam dalam menguruskan sisa dengan betul.
EMPAT kunci utama pengurusan sisa adalah:
1. ASINGKAN SISA : Ini merupakan aspek terpenting. Peserta wajib asingkan barangan yang boleh di kitar semula daripada sisa domestik/dapur. Ini termasuk mengasingkan plastik, kertas, kaca, dan bahan kitar semula lain dengan betul.
2. IKAT BEG PLASTIK DENGAN RAPI : Pastikan beg plastik diikat dengan rapi untuk mengelakkan tumpahan sampah, pencemaran dan memudahkan kerja-kerja kutipan.
3. GUNA TONG YANG DITETAPKAN : Buang sisa domestik/dapur ke dalam tong yang disediakan dan jangan tinggalkan sisa di sebelah tong (kecuali sampah kebun).
4. MEMATUHI JADUAL KUTIPAN : Ambil tahu jadual kutipan sisa domestik/ dapur dan kitar semula/kebun di kawasan anda dan buanglah sampah sebelum masa/hari yang ditetapkan.
Peserta perlu mempersembahkan proses pengasingan dan pengurusan sisa - mengikat beg plastik dengan rapat, menggunakan tong yang ditetapkan, dan mematuhi jadual pengutipan sisa. Muat naik 1 video Instagram Story yang menunjukkan proses pengasingan dan pengurusan sisa yang mudah dan betul.
CHECKPOINT 2 : ZERO FLYING TRASH CHALLENGE
Untuk meningkatkan kesedaran dalam tentang kepentingan mengelakkan dan mengurangkan aktiviti ‘sampah terbang’ di kawasan awam yang boleh memberi kesan kepada orang awam dan alam sekitar:
1.Perlindungan Alam Sekitar : Aktiviti ‘sampah terbang’ boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Kebanyakkan sampah yang di buang, akan berakhir di kaki-kaki lima dan longkang-longkang yang boleh menyebabkan pencemaran air.
2.Kesihatan dan Keselamatan Awam : ‘Sampah terbang’ amat bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan awam. Kepingan kaca, objek tajam, dan bahan berbahaya boleh menyebabkan kecederaan kepada pejalan kaki, terutamanya kanak-kanak dan haiwan. Pengurusan sisa yang bertanggungjawab membantu mencegah kemalangan dan risiko kesihatan.
3.Kelestarian Jangka Panjang : Pendidikan awam tentang kesan sampah terbang dapat memberi asas kepada kelestarian jangka panjang terhadap kebersihan alam sekitar.
Wakil Alam Flora akan memberi penerangan tentang kesan sampah terbang di kawasan awam terhadap kejiranan dan alam sekitar. Demonstrasi tentang sampah terbang untuk memberi pengalaman sebenar tentang isu ini dan membantu mencipta kesedaran tentang tabiat buruk tersebut.
Muat naik 1 video Instagram Story tentang kesan sampah terbang terhadap alam sekitar menekankan kelestarian alam sekitar jangka panjang.
CHECKPOINT 3 - WASTE-FREE DRAINS CHALLENGE
Mendidik masyarakat tentang pengurusan sisa dengan betul. Adalah penting untuk menekankan kepentingan agar tidak membuang sampah ke dalam longkang.
1. Longkang direka untuk memudahkan aliran air dan tidak sepatutnya digunakan sebagai tempat pembuangan sampah. Pembuangan sampah yang tidak betul ke dalam longkang boleh menyebabkan longkang tersumbat, banjir dan masalah alam sekitar lain.
2. Apabila sisa makanan dibuang ke dalam longkang, ia boleh menjadi pepejal dan menghalang aliran air, yang lebih memburukkan lagi masalah saliran. Ini boleh menyebabkan banjir kilat dan merosakkan sistem perparitan, yang memberi kesan kepada kesejahteraan komuniti dan infrastruktur.
3. Cabaran menjalankan pembersihan longkang apabila terlalu banyak sampah yang tidak perlu dibuang ke dalam longkang. Ini bukan sahaja mengambil masa operasi mereka tetapi juga menghalang kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu dengan segera.
Wakil Alam Flora memberi penerangan tentang fungsi longkang kepada peserta-peserta dan menekankan kepentingan menjaga longkang serta apakah kesannya jika longkang tersumbat disebabkan sampah yang dibuang.
Alam Flora akan membuat demonstrasi pembersihan longkang secara mekanikal (jentera Vacall-Water jetter) dan peserta akan diberi peluang untuk melihat atau turut terlibat dalam proses tersebut.
Muat naik 1 video Instagram Story tentang fungsi longkang dan langkah untuk kita mengelakkan longkang tersumbat yg boleh menjadi punca banjir kilat di Kuala Lumpur.
CHECKPOINT 4: LITTER CLEAN-UP CHALLENGE
Bertempat di Mural Area @ Lorong Bukit Bintang yang dulunya tempat pembuangan sampah. Kini ia menjadi tempat lukisan mural yang cantik. Untuk mendidik orang awam tentang kesan pembuangan sampah terhadap alam sekitar dan menggalakkan pengurusan sisa yang bertanggungjawab:
Inisiatif PBT: Inisiatif murah oleh PBT bertujuan untuk menunjukkan kepada orang awam mengenai projek yang telah dimulakan untuk mencegah pembuangan sampah yang tidak betul.
Perlindungan Alam Sekitar: Pembuangan sampah menyumbang kepada pencemaran dan kemerosotan alam sekitar. Mendidik orang awam tentang kesan negatif pembuangan sampah membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara habitat dan ekosistem semula jadi.
Estetika dan Pelancongan: Kawasan yang penuh dengan sampah kelihatan tidak menarik dan menghalang pelancong. Mendidik orang awam tentang impak visual pembuangan sampah menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab, meningkatkan estetika keseluruhan komuniti.
Cadangan: Mengadakan bengkel seni di mana peserta boleh menggunakan sampah yang dikutip semasa plogging untuk mencipta karya seni. Ini membantu menunjukkan cara kreatif untuk memanfaatkan semula sisa dan mempromosikan kitar semula.
AKTIVITI: THE ART OF TRASH
Untuk cabaran ini, bengkel seni dijalankan dan peserta akan diberi alatan dan sampah untuk mencipta sebuah karya seni daripada barangan kitar semula. Ini adalah untuk menunjukkan bagaimana sampah boleh diubah menjadi sesuatu yang menarik dan berfungsi melalu proses upcyling.
Muat naik 1 video Instagram Story tentang keseronokan mencipta karya seni bersama kenalan.
CHECKPOINT 5: THE CYBER ECO WARRIOE PLEDGE CHALLENGE
Bertempat di Ain Arabiah @ Bukit Bintang. Bagi mewujudkan komitmen peserta dalam memberikan impak positif kepada alam sekitar dengan mengamalkan amalan pengurusan sisa yang mampan. Caranya, dengan berjanji untuk menunjukkan dedikasi, peserta menggalakkan orang ramai untuk terlibat dalam usaha ini dan membangunkan komuniti yang lebih peka terhadap alam sekitar.
Peserta juga berjanji untuk mengamalkan tingkah laku yang bertanggung jawab berkaitan dengan:
✅️ Pengasingan sisa di punca & ikat plastik sampah dengan rapi
✅️ Buang sampah ke dalam tong yang ditetapkan/disediakan untuk sisa dapur/domestik
✅️ Ambil tahu dan mematuhi jadual kutipan sisa ikut kawasan masing-masing
✅️ Mengelakkan pembuangan sampah merata dan sampah terbang, tidak membuang sampah ke dalam longkang dan mempromosikan amalan pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab.
WE ARE THE CYBER ECO WARRIOR!
Peserta perlu menyenaraikan komitmen mereka kepada bumi mengikut cara masing-masing dan berjanji untuk mengamalkan tingkah laku yang bertanggung jawab berkaitan semua cabaran di Checkpoint 1-4. (asingkan sisa, ikat plastik sampah dengan rapi dan gunakan tong yang ditetapkan, ambil tahu dan mematuhi jadual kutipan sisa, dan mengelakkan pembuangan sampah merata (littering) dan sampah terbang, tidak membuang sampah ke dalam longkang (fungsi longkang untuk salurkan air dan bukan sampah) dan mempromosikan amalan pengurusan sisa yang bertanggung jawab ke arah bandar lestari. Komitmen akan ditulis di atas Cyber Eco Warrior Pledge card.
Muat naik 1 video Instagram Story tentang pledge Card dan bagaimana kita menggalakkan orang awam untuk menyertai usaha ini. Peserta akan mencipta pledge versi digital dan disertakan dalam kandungan reels (selepas program).
PEMENANG KATEGORI BLOGGERS
1st RM500 - Momi
2nd RM300 - Neyra
3rd RM150 - Moka
PEMENANG KATEGORI KOL'S
PEMENANG KATEGORI INFLUENCERS
1st RM500 - Nazirul
2nd RM300 - Mia
3rd RM150 - Amirah
SAGUHATI
Kapsyen Paling Menarik - Evan
Instastory Paling Menarik - Eyta Juwita
Instastory Terbaik - Amirah
Instastory Paling Kreatif - Momi
Peserta Paling Engaging - Satthiya Kandi
Tahniah Ruby ucapkan kepada semua pemenang. Jangan kome tanya kenapa Ruby tak menang walau dah kali ketiga join ehhh. Yihhhhh... 🤪🤪🤪
MENGENAI ALAM FLORA SDN BHD
Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah.
Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.
Alam Flora telah memperkenalkan program Saya Sayang Bumi untuk memainkan peranan aktif ke arah melindungi dan memelihara alam sekitar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau SDG.
Tags
Travelogue
Tahniah Ruby di atas komitmen untuk meneruskan usaha dalam memperjuang nasib bumi demi masa depan
BalasPadamThis is a good initiative by Alam Flora to create more awareness to all, keep our city clean and safe
BalasPadamWah! Meriahnya event Cyber Eco Hunt nie. It's good that you experienced it. Thank you for sharing.
BalasPadamThis is one of the great initiative to create awareness and also cultivate sustainable lifestyle
BalasPadamOhh wowo...bravo to all joined as raining, you all still there to support this great 👍🏻 initiative. Nice one. cheers, SiennyLovesDrawing
BalasPadamNell suka initiative from them bah! Good to have event macam ni to raise awareness for everyone kan! This is share-responsibility to keep our city clean.
BalasPadam