Papan kekunci permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED dan tetikus permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 memberi prestasi, ketepatan dan reka bentuk generasi akan datang untuk Atlet Elit Dunia.
Logitech G, jenama di bawah Logitech (SIX: LOGN) (NASDAQ: LOGI) dan inovator terkemuka bagi teknologi dan peralatan permainan, memperkenalkan dua produk terbaharu dalam barisan Siri PRO yang memenangi anugerah – Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED dan Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2.
LOGITECH G BAWA PRESTASI ESPORTS KE TAHAP BARU DENGAN PERKAKAS SIRI PRO BAHARU
Sepanjang tiga tahun lepas, Logitech G telah bekerjasama dengan ratusan atlet esport profesional paling mahir di dunia untuk mencipta peralatan Siri PRO generasi akan datang. Produk baharu ini, apabila digabungkan dengan Set Kepala Permainan Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED yang dilancarkan awal tahun ini, melengkapkan barisan Siri PRO dengan menawarkan tahap prestasi PC tertinggi merentasi tetikus, papan kekunci dan set kepala.
"Portfolio Siri PRO baharu yang menarik mewakili koleksi produk yang tulen dan tanpa kompromi, direka untuk prestasi maksimum bagi profesional elit esport dan pemain berdaya saing yang bermain di tahap kemampuan tertinggi" kata Brent Barry, Ketua Esports dan Siri PRO di Logitech G.
"Produk ini menunjukkan komitmen kami untuk meningkatkan tahap prestasi, kelajuan dan kebolehpercayaan yang hanya boleh dilaksanakan melalui proses kerjasama reka bentuk bertahun-tahun kami dengan atlet esport profesional. Rakan kongsi atlet elit kami membantu mereka bentuk, membangun dan menguji produk kami untuk memastikan ia membawakan tahap prestasi tertinggi, kualiti dan inovasi termaju.”
“Tetikus dan papan kekunci adalah bahagian terpenting dalam Permainan PC. Jika tetikus saya tidak terasa seperti tangan saya sendiri, saya tidak dapat bermain dengan baik. Superlight 2 terasa ringan dan saya tidak perlu memikirkannya. Superlight 2 adalah seperti Superlight pertama tetapi lebih baik. Dengan reka bentuknya yang kompak dan teknologi wayarles lightspeed yang dipercayai, Pro X TKL sesuai untuk anda yang mahukan persediaan yang kemas. Kedua-duanya wajib ada jika matlamat anda adalah untuk menang!” jelas Oleksandr "s1mple" Kostyliev, pemain Counter-Strike untuk NAVI.
Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 menggabungkan ketepatan, prestasi dan kebolehpercayaan, menjadikannya kelebihan yang amat diperlukan untuk permainan peringkat-elit.
Teknologi dan ciri-ciri terkini termasuk Kekunci Hibrid LIGHTFORCE, teknologi kekunci optik-mekanikal hibrid baharu yang menggabungkan prestasi luar biasa sensor optikal dalam kelajuan dan kebolehpercayaan sambil memberikan tindak balas yang tepat dan rasa mekanikal yang disukai oleh Pro.
Tetikus baharu ini juga dilengkapi Sensor HERO 2 serba baharu, dengan kemampuan menjejak lebih 500 inci sesaat dan sehingga 32,000 DPI. Reka bentuk dwi tatasusunannya yang unik meningkatkan julat kerja dan mengekalkan prestasi penjejakan, walaupun semasa mengangkat atau mencondongkan tetikus.
Berdasarkan maklum balas daripada pemain pro, PRO X Superlight baharu mengekalkan bentuk dan geometri PRO Superlight asal yang memenangi anugerah dan juga berat hanya 60 gram.
Ciri tambahan termasuk: teknologi gred PRO, USB-C, hayat bateri 95-jam, saiz tatasusunan yang lebih besar dan kadar bingkai maksimum 25 kilohertz terbaik dalam kelasnya. Kaki tetikus PTFE sifar aditif memberikan peluncuran yang licin untuk kereaktifan yang lancar kepada mana-mana permainan.
Seperti Tetikus Permainan PRO X Superlight 2, Papan Kekunci Wayarles Logitech G PRO X TKL yang baharu turut direka bentuk dengan profesional elit bagi menyampaikan permainan kompetitif tahap tertinggi. Faktor bentuk “tenkeyless” menampilkan kekunci boleh atur cara, pencahayaan RGB dengan LIGHTSYNC, kawalan media khusus dan pemutar kelantangan bunyi, serta prestasi dan kebolehpercayaan teknologi wayarles Logitech G LIGHTSPEED yang dipercayai. Selain dongle LIGHTSPEED, pemain boleh menyambung secara Bluetooth® atau melalui kabel USB-C ke USB-A yang disertakan.
PRO X TKL menampilkan penutup kekunci PBT dwi-tangkapan yang membolehkan LIGHTSYNC RGB menyerlah. Reka letak standard membenarkan keserasian penutup kekunci pihak ketiga, dan kekunci media tambahan mencipta akses pantas semasa bermain, butiran yang diminta oleh ramai pemain profesional. Selain itu, dengan “tenkeyless” bermakna lebih banyak ruang untuk pergerakan tetikus, kelebihan terpenting untuk pemain yang berdaya saing.
Pemain boleh bermain menggunakan papan kekunci di mana sahaja menggunakan sarung yang disertakan dan memilih antara Kekunci Taktil (GX Brown), Kekunci Linear (GX Red) atau Kekunci Clicky (GX Blue).
Untuk pemain profesional, perubahan tetapan terkecil boleh memberi perbezaan antara kemenangan dan tempat kedua. Dalam produk Siri PRO baharu, DPI, sensitiviti, kadar laporan, permukaan, tetapan permainan dan banyak lagi semuanya saling berkaitan. Dan dengan kemas kini G HUB dan perisian Pengurusan Memori Atas Papan (OMM), pemain kini mempunyai lebih banyak kawalan dan keupayaan konfigurasi:
UI sensitiviti baharu dalam G HUB dan OMM untuk mengubahsuai DPI dengan pratetapan penuh, kawalan paksi X/Y yang berasingan dan banyak lagi.
Sensor HERO 2 yang boleh menyalin tetapan dari satu tetikus ke tetikus yang lain untuk memastikan anda mendapat DPI yang tepat daripada tetikus lama anda.
Kekunci F boleh atur cara sebagai kekunci G pada Papan Kekunci PRO X 2 untuk membolehkan kawalan menyeluruh desktop anda. Tukar pratetapan DPI tetikus, laksanakan makro berbilang cara, gabungkan mantera dan kebolehan, malah mengawal strim anda melalui palam yang berkuasa, termasuk palam daripada Streamlabs.
DIREKA UNTUK MASA DEPAN YANG POSITIF
Selain mencipta peralatan berprestasi tertinggi di dunia, Logitech juga komited untuk mencipta dunia yang lebih saksama dan positif iklim dengan mengurangkan kesan karbon kami secara aktif. Dengan reka bentuk yang dipertingkatkan dan disengajakan, menggunakan produk permainan baharu ini adalah pilihan yang boleh memberi rasa bagus untuk pemain.
Siri Pro termasuk plastik kitar semula pasca pengguna yang diperakui untuk memberikan hayat kedua kepada plastik penggunaan akhir daripada peralatan elektronik lama pengguna.
Pembungkusan kertas berasal dari hutan yang diperakui FSC™ dan sumber terkawal lain. Dengan memilih produk ini, pemain menyokong pengurusan hutan dunia yang bertanggungjawab.
Semua produk Logitech G diperakui neutral karbon dan menggunakan tenaga boleh diperbaharui setiap kemungkinan semasa pembuatan. Apabila pemain membeli produk Logitech G, jejak karbon produk tersebut telah dikurangkan kepada sifar dengan menyokong perhutanan, boleh diperbaharui dan komuniti yang terjejas oleh iklim.
HARGA DAN KETERSEDIAAN
Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED, Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 dan Set Kepala Wayarles PRO X 2 LIGHTSPEED tersedia dalam warna merah jambu, hitam dan putih.
Papan kekunci permainan wayarles PRO X TKL (SRP: RM799), tetikus permainan wayarles PRO X SUPERLIGHT 2 (SRP: RM689) dan set kepala permainan wayarles PRO X 2 LIGHTSPEED (SRP: RM1,099) kini boleh didapati di lama rasmi Logitech G Lazada dan Shopee.
Untuk maklumat lanjut tentang portfolio Siri PRO yang lengkap, sila layari https://www.logitechg.com/en-my.
MENGENAI SIRI PRO
Siri Logitech G PRO merupakan barisan set kepala gred profesional, tetikus dan papan kekunci yang memenangi anugerah, direka mengikut spesifikasi tepat bagi atlet esports terkemuka dunia. Dicipta melalui program Rekaan oleh Kerjasama yang ketat, produk siri PRO menyertakan ciri dan inovasi yang dipilih dengan teliti untuk mencapai kemuncak prestasi mutlak sambil menyediakan keselesaan sepanjang hari yang dituntut oleh pemain profesional.
MENGENAI LOGITECH G
Logitech G, jenama Logitech, ialah peneraju global yang berdedikasi untuk memenuhi keperluan pemain dan pencipta dengan perkakasan, perisian dan solusi yang memenangi anugerah. Produk terkemuka industri Logitech G termasuk papan kekunci, tetikus, set kepala, pad tetikus dan produk simulasi seperti roda dan kayu penerbangan, kamera web, lampu dan mikrofon, dan solusi perabut khusus; diwujudkan melalui reka bentuk yang inovatif, teknologi canggih dan minat yang mendalam untuk komuniti pemain dan pencipta.
Logitech membantu semua orang mengejar minat mereka dan komited untuk melakukannya dengan cara yang baik untuk orang ramai dan planet ini. Ditubuhkan pada tahun 1981 dan beribu pejabat di Lausanne, Switzerland, Logitech International ialah syarikat awam Switzerland yang tersenarai di SIX Swiss Exchange (LOGN) dan di Nasdaq Global Select Market (LOGI). Ketahui mengenai Logitech G di logitechG.com, blog syarikat, atau @LogitechG.
Logitech dan tanda Logitech lain ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Logitech Europe S.A dan/atau sekutunya di A.S. dan negara lain. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing. Untuk maklumat lanjut tentang Logitech dan produknya, layari laman web syarikat di www.logitech.com.
berkenan betul dengan keyboard tu. nampak sleek and ada bunyi thok thok hehe. dah masuk dalam wish list dah. :) artikel berkaitan - Android Box Boleh Tengok Astro
ردحذف