PENCALONAN 100MIYE 2023 SUDAH BERMULA!

PENCALONAN 100MIYE 2023 SUDAH BERMULA! | Assalammualaikum semua! Ruby teruja ingin berkongsi berita bahawa 100MIYE (100 Most Influential Young Entrepreneurs) 2023 bakal berlangsung tidak lama lagi! Anugerah berprestij 100 Most Influential Young Entrepreneurs saban tahun diadakan sejak 2016 dan tahun ini pastinya lebih meriah! Selama 8 tahun 100MIYE telah melakar sejarah penganugerahan istimewa buat usahawan-usahawan di Malaysia. 


Penganugerahan 100MIYE 2023 semestinya memberi kepuasan, keyakinan dan anjakan paradigma buat semua usahawan untuk terus berjaya dalam perniagaan masing-masing. Harapan 100MIYE adalah ingin para usahawan terus berusaha bersama pasukan mereka sampai ke peringkat tertinggi. Manisnya sebagai usahawan apabila susah payah dan perjuangan dihargai dengan pengganurgerahan berprestij 100MIYE. Setuju?


PENCALONAN 100MIYE 2023 SUDAH BERMULA!




Majalah Entrepreneur Insight terbitan Armani Media Group Berhad, menganjurkan 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100MIYE) kali kelapan untuk memberi pengiktirafan kepada usahawan muda yang paling berpengaruh. Majlis penganugerahan 100MIYE 2023 akan berlangsung di Shangri-La Kuala Lumpur pada November ini, bertemakan ‘Black Tie’. 


Anugerah 100MIYE 2023 mengiktiraf usahawan muda di negara ini yang berani, kreatif dan inovatif yang menjadi piawaian semangat keusahawanan Malaysia dalam pelbagai bidang dan industri yang mereka ceburi.



Pengerusi Penganjur 100MIYE, Datuk KK Chua berkata, memiliki kecemerlangan keperibadian dalam merintis usaha mereka dan melakukan usaha yang luar biasa, membuktikan bahawa tiada apa yang dapat menggantikan kerja keras melainkan ketabahan serta sedikit kepintaran untuk mencapai kedudukan yang dikecapi mereka pada hari ini.


Bagaimanapun untuk  anugerah tahun ini, Datuk KK Chua berkata, penganjur mahu meletakkan 100MIYE pada tahap yang lebih tinggi iaitu dengan menaik taraf kejayaan yang lebih berganda merangkumi kemahiran dan gaya pemikiran usahawan.


“Bagi membantu usahawan menuju ke arah itu, kami akan mengadakan Konvensyen Usahawan Bumiputera untuk menggandakan lagi kejayaan perniagaan mereka.


“Kami juga mahu menjadikan mereka komuniti yang saling membantu menerusi rangkaian hubungan (networking) masing-masing dengan bertukar pendapat bagi melahirkan idea baru,” katanya. 


Datuk KK Chua berkata, sejak 100MIYE diadakan pada tahun 2016, anugerah itu tidak pernah gagal meraikan usahawan muda yang sentiasa bekerja  keras untuk berjaya, berani mengambil risiko, menjadi ketua, pemimpin dan majikan yang dihormati pekerja.


“Semua kriteria yang disebutkan itu perlu ada dalam diri setiap usahawan kerana kejayaan itu bukan semata mata berpaksi kepada dirinya sendiri tetapi sokongan daripada orang disekelilingnya.


“Mereka juga pasti akan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran baru dan persaingan. Hanya mereka yang mempunyai sikap yang betul, keazaman dan kesungguhan dalam perniagaan yang diusahakan akan beroleh kejayaan,” katanya.



KRITERIA KELAYAKAN PENCALONAN 100MIYE



✅️ Calon mestilah berusia 45 tahun dan ke bawah, terbuka kepada lelaki dan wanita.

✅️ Beliau mestilah berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Urusan.

✅️ Berada di dalam pengurusan syarikat minimum dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat.

✅️ Syarikat mestilah mengusahakan perniagaan yang sah dan perolehan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas.

LATAR PENGANJURAN 100MIYE


Cetusan untuk mengadakan 100MIYE ini bermula dengan kejayaan majalah keusahawan iaitu Entrepreneur Insight yang kini adalah majalah keusahawanan terlaris nombor satu di Malaysia.




Untuk rekod, terdapat kira-kira 3.2 juta pengusaha kecil dan sederhana (SME) di Malaysia. Daripada jumlah ini, hanya 100 usahawan dipilih - bermakna hanya terdapat 0.03% daripada majoriti yang dipilih.


Setiap tahun penganjur menerima lebih daripada 1,000 penyertaan untuk 100MIYE dan hanya memilih yang terbaik. Inilah antara sebab mengapa Anugerah 100MIYE menjadi majlis anugerah berprestij di kalangan usahawan dan SME adalah tulang belakang ekonomi Malaysia.


Sepanjang perjalanan selama lapan tahun ini,  penganjur telah berjaya memupuk hubungan dan persahabatan yang sangat baik di kalangan usahawan. 


Secara tidak langsung, ia membuktikan  Anugerah 100MIYE bukan hanya satu pengiktirafan kepada usahawan tetapi lebih daripada itu kerana ia turut menyediakan platform dan jaringan perhubungan bagi membantu membina hubungan yang kukuh dalam masyarakat perniagaan. 




“Business is all about people; people are all about networking.”



100 USAHAWAN MUDA PALING BERPENGARUH


100 MIYE mengiktiraf usahawan muda Malaysia yang berani, kreatif dan inovatif yang menetapkan piawaian semangat keusahawanan Malaysia. Personaliti cemerlang ini adalah perintis industri mereka yang menjalankan usaha yang luar biasa, membuktikan bahawa tiada pengganti untuk kerja keras, ketabahan dan sedikit kepintaran untuk mencapai kedudukan mereka hari ini.


Dengan liputan media yang meluas melalui Majlis Makan Malam Gala 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100MIYE) dan penerbitan tahunan buku eksklusif, inisiatif oleh Entrepreneur Insight ini berfungsi untuk memberi inspirasi kepada usahawan Malaysia dengan kualiti dan karisma peneraju industri dalam art & style, education, entertainment, fashion design, finance & investments, food & beverage, gaming, law & policy, manufacturing, marketing, advertising & public relations, e-tailers, real estate, retail & commerce, science, medicine, sports, technology dan lain-lain.


SELEBRITI DAN PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL JUGA BERPELUANG MENYERTAI PENCALONAN 100MIYE JIKA MEMILIKI PERNIAGAAN


Menariknya 100MIYE tahun ini, pencalonan bukan sahaja untuk pemilik perniagaan dari sektor professional dan syarikat sudah dikenali. Selebriti dan pempengaruh media sosial juga boleh dicalonkan. Ramai yang mengetahui pencapaian mereka melalui media sosial. 



Ruby ingin mencalonkan Khairul Aming (KA) yang merupakan Pemilik Perniagaan Khairulaming Brand. Perniagaan Sambal Nyet seharusnya menerima anugerah 100MIYE 2023. Ruby dan pengikut KA melihat perjalanan perniagaan dia yang sangat legit dengan jualan secara LIVE telus di papar. Malah beliau siap buat video tentang hasil jualan tahunan dan bagaimana perniagaan terus maju.


Paling best adalah bagaimana beliau bertanggungjawab dalam menjaga pasukan beliau. Siap bawa travel! Best betul! Dah la ramai! Kemudian, kualiti, keselamatan, kebersihan dan komitmen menghasilkan Sambal Nyet ternyata menjadi perkara utama. Itu yang buat ramai suka! 


Hasil jualan Sambal Nyet di dalam talian juga memberi impak bahawa perniagaan dijual secara digital di Shopee dan TikTok juga boleh berjaya. 


Jom hantar pencalonan usahawan kegemaran anda di 100MIYE 2023


MENGENAI ENTREPRENEUR INSIGHT


Entrepreneur Insight (EI) ialah jenama di bawah naungan Armani Media Sdn Bhd. Dengan moto ENTREPRENEURS GROWING ENTREPRENEURS, Entrepreneur Insight diumumkan secara rasmi pada MEC 2016 (Malaysian Entrepreneur Convention) iaitu Konvensyen Usahawan Terbesar Malaysia yang diiktiraf di dalam The Malaysia Book of Records dengan 3,036 peserta.


ENTREPRENEUR INSIGHT

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال