PENCERITAAN DIGITAL MODACHI BERI NAFAS BAHARU KEPADA PEMILIK PERNIAGAAN DAN SYARIKAT KORPORAT

PENCERITAAN DIGITAL MODACHI BERI NAFAS BAHARU KEPADA PEMILIK PERNIAGAAN DAN SYARIKAT KORPORAT | Assalammualaikum semua! Ruby tertarik ingin berkongsi satu perkhidmatan yang membantu ramai usahawan dan syarikat secara diam-diam. Umum mengetahui apabila sesuatu jenama mula dikenali, kita hanya tahu nama jenama dan pengasas. Namun, hakikatnya perancangan kandungan melalui penceritaan atau lebih tepat storytelling memainkan peranan penting. Setuju?

Ramai pemilik syarikat kecil, sederhana, korporat sering melalui fasa stuck atau jammed untuk terus kekal relevan di dalam industri yang semakin mencabar. Jika dulu kaedah pemasaran, pengiklanan dan jualan secara tradisional lebih kepada kelajuan fizikal sahaja. Kini, pada era digital, cara tradisional harus seiring dengan perkembangan teknologi pada hari ini dan pada masa akan datang. 

PENCERITAAN DIGITAL MODACHI BERI NAFAS BAHARU KEPADA PEMILIK PERNIAGAAN DAN SYARIKAT KORPORAT



Ramai menyukai storytelling stail sejarah. Menggamit memori dan perasan. Terutama kisah membesar, lagu lama-lama. Banyak cara storytelling boleh kita teroka. Tetapi, ia bukan mudah. Storytelling bukan bercerita semata-mata. Ia merangkumi stratergi. Jadi, disinilah perkhidmatan Modachi Sdn. Bhd. amat diperlukan.

Ruby sebagai blogger juga berasa terinspirasi apabila nama wartawan tersohor mengemudi syarikat Modachi Sdn Bhd. Encik Faizal Zakaria dan Puan Maryam Elias telah melalui fasa perbezaan zaman. Mereka lebih peka dengan perubahan-perubahan pengiklanan dan pemasaran. 

Ramai usahawan dan pelanggan melalui fasa anjakan paradigma. Ini kerana, pelanggan setia tidak semestinya akan terus setia. Para usahawan harus sentiasa pandai beli jiwa dan menangani permintaan terkini. Kemaskini setiap laman sosial dengan lebih kerap dan menyeronokkan. Bagaimana ingin capai itu semua? Sudah semestinya dengan storytelling di pelbagai paltform. 

Modachi Sdn. Bhd. (Modachi) syarikat bumiputera yang terlibat dalam pengukuhan jenama syarikat melalui penceritaan (story­telling), mahu mempergiatkan usaha untuk meningkatkan ilmu dalam kalangan syarikat korporat selain ­perusahaan kecil dan seder­hana (PKS) tentang pen­tingnya jenama storytelling dalam kelangsungan syarikat berdepan perubahan arus digital masa kini.

Pengasas Modachi, Mohd. Faizal Zakaria berkata, "Melalui penceritaan yang tepat dengan kandungan yang bernas dan lengkap, ia dapat mempromosikan produk serta perkhidmatan sesebuah syarikat dengan lebih baik kepada umum melalui ilmu terma­suk kajian yang dijalankan oleh pihaknya.

Berbanding promosi dan gimik jualan atau pengiklanan yang dibuat secara spontan serta tiada rujukan dibuat, membuatkan ia tidak berkekalan lantas tidak dapat memenuhi objektif jualan serta promosi syarikat.

“Storytelling yang kami hasilkan memiliki maklumat yang lengkap untuk mencapai misi yang lebih besar selain gimik promosinya juga lebih berdaya saing berbanding pemain lain.


“Kami menggunakan semua platform media sosial terkini untuk menyampaikan jenama storytelling pelanggan agar ia mudah diakses oleh pelanggan di pasaran.

“Dengan serendah RM5,000, kami mampu memenuhi permintaan pelanggan untuk menambah nilai promosi dan pemasaran” katanya dalam satu temubual di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Mohd. Faizal berkata, platform pemasaran terbaharu seperti TikTok yang popular kini adalah peluang terbaik untuk pengusaha melengkapkannya dengan storytelling yang baik.

Sehubungan itu, jelasnya misi promosi syarikat bakal mendapat tempat dalam kalangan pe­langgan sekali gus jualan turut bertambah.

Disarankan juga, agar sesebuah syarikat itu memperuntukkan bajet yang bersesuaian untuk membuat pemasaran melalui storytelling kerana masyarakat pada hari ini lebih suka dan mudah ingat dengan kaedah penjenamaan tesebut. 

Tambah beliau, sehingga kini, lebih daripada 50 jenama syarikat telah berjaya ditingkatkan melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Modachi.

Bersandarkan permintaan yang semakin baik kini, syarikat mengunjurkan perolehan jualannya bertambah kepada RM10 juta tahun depan berbanding RM5 juta yang bakal dicapai pada akhir tahun ini.

SIAPA FAIZAL ZAKARIA?


Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Modachi, Faizal Zakaria. Beliau mengetuai agensi pemasaran kandungan yang membantu perniagaan mencipta dan mengedarkan cerita yang menarik dan berkesan. 

Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penulisan profesional, merangkumi pelbagai platform dan genre media, daripada kewartawanan kepada perhubungan awam kepada pengiklanan. 

Dengan pengalaman penulisan profesional hampir 20 tahun, Faizal Zakaria adalah seorang penulis yang berkemahiran tinggi dan berprestasi. Kerjayanya bermula sebagai wartawan kadet di Kosmo!, salah sebuah akhbar Bahasa Malaysia terkemuka, pada tahun 2004. 

Sepanjang berkhidmat di Kumpulan Utusan, Faizal mendapat pendedahan yang tidak ternilai dengan pelbagai meja, termasuk Meja Laporan Khas, Berita, Ekonomi, Asing, dan Meja Ahad. Jawatan terakhirnya di organisasi itu ialah Sub Editor, yang disandangnya sehingga Disember 2018. 

Faizal juga menjadi hos bersama program televisyen secara langsung berjudul “Sila Duduk Jangan Lari” selama satu musim. Faizal juga seorang pensyarah berlesen, perunding media, jurulatih, dan pakar industri penulisan. 

Sumbangan Faizal dalam bidang kewartawanan diiktiraf pada 2004 apabila beliau menerima Anugerah Kajai, anugerah kewartawanan berprestij yang disampaikan oleh Institut Akhbar Malaysia dan Petronas. Beliau juga dilesenkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengajar di universiti dan pernah memberi syarahan di institusi berprestij seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Selangor, Universiti SEGI, Universiti Curtin, dan Universiti Upper Iowa.

Selain kerja menulis dan menyunting, Faizal berkhidmat sebagai perunding media di beberapa jabatan kerajaan. Beliau juga terlibat dalam program Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia sebagai Pakar Industri (Penulisan), terutamanya dalam program Skim Latihan Dual Nasional (SLDN). 

Faizal ialah seorang jurulatih yang cemerlang dan memegang sijil Train-The-Trainer (TTT). Beliau telah melatih ramai profesional dari dalam dan luar negara.

Faizal memiliki Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara, serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Diploma Mikrobiologi. Beliau kini sedang mengikuti pengajian DBA (Doktor Pentadbiran Perniagaan) di Arshad Ayub Graduate Business School, UiTM, di mana beliau sedang menyelidik kesan pemasaran kandungan terhadap tingkah laku pengguna dan kesetiaan jenama.

Beliau bersemangat untuk memperkasakan perniagaan dan individu untuk menceritakan kisah mereka dengan berkesan dan tulen, menggunakan kuasa pemasaran kandungan dan media baharu.

KENALI MARYAM ELYAS


Maryam Elyas, Strategies Director Modachi Sdn Bhd.  Mesra dikenali sebagai Cik Yam Cik Yam. Berpengalaman sebagai wartawan dan penulis profesional selama 19 tahun. Sejak 2004 dalam dunia penulisan sehinggalah 2023. Selama itulah Cik Yam telab mengabadikan diri dengan kerjaya kewartawanan sehinggalah COVID-19 melanda dunia. Cik Yam hilang sumber pendapatan kerana syarikat akhbar melalui fasa pengurangan kos.

Cik Yam diiktiraf sebagai Penulis Rencana Bahasa Melayu Terbaik pada Anugerah Kewartawanan Malaysia 2007 anjuran Malaysia Press Institute (MPI). Anugerah sijil dan wang tunai RM5,000 disampaikan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak. Tahniah Cik Yam.

“Kalau menulis itu buat aku gembira, aku akan menulis kalau aku sedih. Kalau menulis itu buat orang gembira, aku akan menulis selamanya.” Maryam Elyas.


Terinspirasi dengan pasukan Modachi? Hubungi mereka untuk sesi perundingan. Selamat maju jaya! 


Modachi Sdn Bhd
13M Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, 40100 Shah Alam, Selangor. Contacts: +60123709293 


1 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال