SPACONCEPT KONGSI RAHSIA SPA BALI DENGAN SIRI PENJAGAAN WAJAH, BADAN DAN WANGIAN RUMAH

SPACONCEPT KONGSI RAHSIA SPA BALI DENGAN SIRI PENJAGAAN WAJAH, BADAN DAN WANGIAN RUMAH | Assalammualaikum semua! Umum mengetahui kalau ingin menikmati pengalaman spa yang terbaik adalah dengan melancong ke negara memiliki an enjoy spa adalah dengan bercuti ke Bali, Indonesia. Di sini dikategorikan sebagai World The Best Spa untuk urutan Balinese dan Javanese. 


Suasana di Spa di Bali paling digemari pengunjung. Mereka akan relax enjoy setiap langkah penjagaan diri. 2 jam seakan tidak mencukupi. Tahu-tahu sudah selesai urutan tradisional satu badan dengan minyak pati natural, scrub seluruh badan, mandi bunga dan asas rawatan wajah. Sangat tenang kan? Serius Ruby rindu Bali! Tapi jangan bimbang, kita dah ada SpaConcept yang sememangnya di bawa khas dari Bali untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. 


SPACONCEPT KONGSI RAHSIA SPA BALI DENGAN SIRI PENJAGAAN WAJAH, BADAN DAN WANGIAN RUMAH



Mentakrifkan semula kecantikan, SpaConcept rasmi dilancarkan pada 9 September 2023 setelah beroperasi sejak 2019. Pandemik COVID-19 tidak mematahkan semangat usahawan kecantikan dan kesejahteraan iaitu Encik Kenny Lai, Pengasas SpaConcept. Matlamat utama beliau adalah ingin berkongsi bahan-bahan terbaik dan natural kepada pengguna. Produk keluaran SpaConcept mampu memberi sinar baharu kepada kulit pengguna dengan rahsia Spa Bali.


Rahsia tidak dapat disembunyikan. SpaConcept, terkenal dengan inspirasi Bali yang unik dan penggunaan bahan bahan natural, adalah jenama yang berasal dari Malaysia. Jenama ini menggunakan gabungan resipi tradisional Bali dengan teknologi sains terkini untuk memberikan penjagaan dan perlindungan yang terbaik kepada kulit kita. 


Dengan formula unggul ini, ia mentakrifkan semula makna kecantikan, memberi inspirasi kepada wanita, menggalakkan wanita memahami makna kecantikan yang datang dari dalam dan dalam masa yang sama mendidik individu mempelajari penjagaan kecantikan secara holistik.


Produk SpaConcept terbahagi kepada 3 segmen utama iaitu Siri SpaConcept Skincare, Siri SpaConcept Body Care, dan Siri SpaConcept Home. Sasaran pelanggan utama merangkumi wanita dari lingkungan usia 25 hingga 45 tahun. SpaConcept hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi agar ia mencapai penjagaan kecantikan yang diinginkan dalam masa yang sama para wanita dapat menikmati terapi spa.



Antara produk SpaConcept yang terlaris adalah Siri Lilylight. Siri ini diilhamkan daripada bunga teratai dan pati betik terkenal di Bali, dan dihasilkan menggunakan gabungan pati daripada bunga semula jadi yang bermanfaat, memberikan kesan melembapkan dan mencerahkan pada kulit.


Tidak kira sama ada kulit anda memerlukan pelembap, keserian atau anti-penuaan, siri SpaConcept mampu memenuhi semua keperluan seseorang, seolah-olah seseorang individu sedang mengalami perjalanan rawatan kecantikan spa yang sebenar di Bali.


Selain daripada siri tersebut , siri-siri lain yang ditawarkan oleh SpaConcept masing-masing mempunyai ramuan dan fungsi tersendiri, membantu kulit kita mendapatkan semula keseimbangan, kecergasan dan keremajaan. 


HYDRATING MIST PRODUK TERBAIK SPACONCEPT



Sama ada jenis kulit seseorang itu kering, sensitif atau mudah berjerawat, SpaConcept mampu memberikan penyelesaian penjagaan kulit yang diperibadikan kepada pengguna, terutamanya dengan penggunaan Hydrating Mist dan Brightening Serum yang menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi natural, membolehkan seseorang mengalami sensasi keremajaan kulit yang baik. 


Sama ada pada permulaan hari yang baru, atau pada penghujung hari, kulit kita masih menikmati kelembapan yang mencukupi sepanjang hari. Hydrating Mist ini bukan sahaja memberikan penghidratan yang mendalam, tetapi juga boleh digunakan untuk meremajakan kulit, menjadikan kulit kita berseri.


Selain itu, ia juga sangat sesuai digunakan selepas pemakaian solekan kerana ia dapat membantu menetapkan solekan dan menjadikan solekan tahan lebih lama. Lebih penting, semburan ini tidak mengandungi alkohol. Oleh itu, ia amat lembut dan sesuai untuk kulit.


SIRI SPACONCEPT SKINCARE - HOLISTIC WELLNESS FROM ANCIENT BALI 


  1. Gentel Clensing Gel with Frangipani
  2. Hydrating Mist with Frangipani (Toner) - 12 jam hidration. 
  3. Hydrating Moisturizer 1 with Frangipani (dry and combination skin)
  4. Hydrating Moisturizer 2 with Jasmine Ylang Ylang (dry and dull skin)
  5. Lilylight Sunscreen SPF30 with Waterlily
  6. Lumicious Facial Oil with Jasmin Ylang Ylang (dry skin and dull skin)
  7. Lilylight Radiance Plus Serum with Water Lily
  8. Lilylight Brightening Scrub with Waterlily (deep cleansing and exfollation)
  9. Orchida Advance Firming Serum with Orchid (serum for face contour and youthful skin).
  10. Orchida Advance Firming Eye Gel with Orchid (eye contour and fading fine line and wrinkle around eye area)


SIRI SPACONCEPT BODY CARE


  1. Lilylight Brightening Shower Gel
  2. Lilylight Brightening Mask
  3. Lilylight Brightening Body Scrub
  4. Lilylight Brightening Body & Hand Lotion

SIRI SPACONCEPT HOME


  1. Aromatic Diffuser Elegant
  2. Aromatic Diffuser Serene
  3. Aromatic Diffuser Calming


BERPENGALAMAN LEBIH 20 TAHUN DALAM INDUSTRI KECANTIKAN


Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman, SpaConcept sudah pasti antara pakar terkemuka dalam industri kecantikan. Identiti jenama ini boleh ditonjolkan melalui penekanan unsur ketulenan dan semula jadi dalam bahan-bahan yang digunakan, dan tegasan mereka bahawa semua produk perlu dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan kerana mereka percaya bahawa bahan-bahan botani adalah elemen asas yang paling penting untuk kulit yang sihat.




Encik Kenny Lai, Pengasas SpaConcept, percaya bahawa kecantikan sebenar boleh membawa pengaruh positif kepada minda, emosi dan jiwa. Ia bukan hanya tertaluk kepada keindahan luaran, tetapi kecantikan asli berasal dari dalam, dan hasrat beliau untuk berkongsi mesej ini kepada semua wanita adalah misi SpaConcept yang termulia.

Menurut Encik Kenny Lai, 45 tahun, "Kami membuat produk kami dengan integriti, semua produk SpaConcept menjanjikan anda tanpa sebarang bahan yang berbahaya kepada kulit seperti SLS (Sodium Laureth Sulphate), Paraben atau Silicon. Untuk memastikan produk kami adalah selamat, mesra alam dan 100% semula jadi tanpa ujian terhadap haiwan. Nama SpaConcept diinspirasikan dari konsep spa. Kenapa Bali? Ia lokasi World The Best Spa. Pastinya saya ingin beri yang terbaik untuk para pengguna." jelasnya.


Percutian beliau di Bali pada tahun 2017 memberi inspirasi untuk membawa bahan-bahan asli dari Bali agar keberkesanan produk terjamin. 2019 memulakan perniagaan, namun pandemik melanda dunia. Perniagaan tetap diteruskan dengan jualan kepada kenalan rapat dan saudara mara. 


9 September 2023, rasmi SpaConcept dirasmikan dengan rangkaian 17 produk telah terhasil. Pelan masa hadapan SpaConcept adalah pembukan Spa fizikal di Penang dan Sabah. Dijangka ia akan mula beroperasi pada 2024. 


SpaConcept juga membuka peluang untuk kerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin berkolabrasi. Selain itu, SpaConcept juga akan menghasilkan makanan tambahan untuk kecantikan dan kesejahteraan dalaman. 


Siri lengkap untuk produk penjagaan wajah untuk masalah Acne dan Anti Aging juga akan dilengkapkan. Sekarang ada dua produk Anti Aging iaitu serum dan krim mata, pada masa akan datang akan ada pencuci wajah, toner dan lain-lain. 


Permintaan pengguna setia memberi harapan untuk SpaConcept terus meneroka peluang. Dijangka pada tahun 2025, SpaConcept akan mula mengeluarkan Mens Series untuk para lelaki yang ingin menjaga penampilan diri. Masih ramai lelaki perlu pendidikan penjagaan wajah optimum. 



Setiap produk SpaConcept boleh mula dipakai seawal usia 25 tahun. Menggunakan formula lembut pada kulit, ia sesuai untuk semua jenis kulit. Memandangkan ia tiada bahan pengawet. Jangka hayat produk SpaConcept adalah selama satu tahun. Apabila ia telah di buka, ia boleh tahan sehingga 6 bulan. 


Research and Development (R&D) untuk satu produk mengambil masa enam bulan. Jika tiada pengalaman, mungkin satu tahun hingga dua tahun baru selesai. Pengalaman Encik Kenny Lai selama 20 tahun berkhidmat dalam bidang kecantikan dan kesejahteraan amat membantu dalam semua penghasilan rangkaian produk SpaConcept.


Encik Kenny Lai merupakan Product Consultation di syarikat kecantikan terkemuka antarabangsa dan mula mengambil langkah drastik untuk memulakan perniagaan sendiri selepas pengalaman spa yang menakjubkan di Bali, Indonesia. Di Bali, semua bahan spa adalah dari bahan segar secara langsung. Buah betik diramas, kopi scrub di kisar. Wajah cerah berseri dengan hanya sekali rawatan spa. 


Untuk mendapatkan produk SpaConcept, kunjungi laman e-dagang rasmi atau kedai dalam talian seperti berikut.


SPACONCEPT OFFICIAL | SHOPEE 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال