GOODMORNING GLOBAL LANCAR WONDERMEAT DAGING BERASASKAN TUMBUHAN DALAM BENTUK DRY-MIX PERTAMA DI MALAYSIA

GOODMORNING GLOBAL LANCAR WONDERMEAT DAGING BERASASKAN TUMBUHAN DALAM BENTUK DRY-MIX PERTAMA DI MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Ruby nak kongsikan dengan anda semua tentang produk berasaskan tumbuh-tumbuhan. Jika dulu kita tahu komuniti Vegan sahaja menyukai produk begini. Pada zaman ini, pendedahan tentang kebaikan makanan dan bagaimana ia mampu menjadi diet masyarakat bagi mendapatkan kualiti hidup yang sihat. 

Uniknya WonderMeat dari GoodMorning Global adalah satu-satunya pengeluar produk berasaskan tumbuh-tumbuhan yang kita tidak perlu bimbang kualitnya. Ini kerana WonderMeat dalam bentuk kering, disimpan dalam beg ziplock, tidak perlu peti beku, Bebas Lemak Trans, Bebas Kolestrol, Tiada bahan pengawet, Tinggi Protein, Tinggi dengan Serat Pemakanan dan Tiada Bawang Putih & Bawang Besar.

Daging WonderMeat berasaskan tumbuhan dengan nutrisi lengkap dalam bentuk kering diperkaya dengan Ca-HMB dan 28 jenis vitamin & mineral. Ia tinggi dengan protein, serat makanan dan diperbuat daripada kacang non-GMO iaitu kacang Soya dan kacang Pis. 🫛🫛🫛

GOODMORNING GLOBAL LANCAR WONDERMEAT DAGING BERASASKAN TUMBUHAN DALAM BENTUK DRY-MIX PERTAMA DI MALAYSIA 


Syarikat teknologi makanan tempatan, GoodMorning Global Group Holdings Berhad hari ini secara rasmi melancarkan daging berasaskan tumbuhan atau plant-based meat (PBM) pemakanan lengkap campuran kering yang pertama di Malaysia. Syarikat menjangkakan pelancaran ini akan memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk pilihan makanan berasaskan tumbuhan.

Produk makanan yang didatangkan dalam bentuk serbuk dan dinamakan ‘WonderMeat’ ini sudah pun memperoleh pencapaian ketara, seperti yang dapat dilihat daripada kemasukannya ke dalam The Malaysia Book of Records.


Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, yang menjadi tetamu kehormat pada majlis pelancaran yang diadakan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, memuji GoodMorning Global atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang bioteknologi makanan.

Beliau menambah, "Saya yakin produk protein alternatif Malaysia seperti WonderMeat akan dapat berkembang dalam pasaran global dan bersaing dengan jenama yang lebih mantap, seterusnya memberi inspirasi kepada pembangunan yang selanjutnya bagi penyelesaian makanan yang mampan."


“Kami percaya bahawa teknologi makanan mempunyai potensi yang tidak terhad dan membuka jalan bagi kehidupan yang lebih sihat dan lebih lengkap. Wondermeat bukan sekadar produk makanan malah menjadi satu lonjakan ke arah masa depan yang mampan,” kata Pengerusi Eksekutif dan Pengasas GoodMorning Global Group, Dato’ Dr Lim Sin Boon.

Beliau menambah, "Komitmen kami terhadap kesejahteraan telah membawa kepada penciptaan pengalaman kulinari yang lazat dan mampu milik yang menyediakan protein berasaskan tumbuhan dengan pemakanan yang mencukupi dan seimbang untuk keperluan harian kita!"

WonderMeat sebagai produk daging berasaskan tumbuhan dibangunkan untuk meniru rasa dan tekstur daging haiwan, bukan sahaja memberi para pemakan sayuran dan vegan dengan opsyen yang lebih luas dalam pilihan makanan, tetapi juga satu perubahan yang secara asasnya akan mengubah cara orang melihat daging dengan menukar industri daging kepada industri yang berasaskan tumbuhan. Perkembangan ini akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada protein haiwan untuk mencapai keselamatan makanan dan matlamat iklim.

Dengan keupayaan pengangkutan yang diperkemas, hayat simpan yang lebih lama, kos serta jejak karbon yang lebih rendah, serbuk WonderMeat mengubah industri makanan untuk menjadi lebih mampan. Dengan tekstur daging yang asli, kemudahan dan harga mampu milik, produk ini menandakan era baharu dalam inovasi kulinari.

WonderMeat diperbuat daripada soya dan kacang pis serta kaya dengan serat makanan dan protein. Ia juga diperkaya dengan CaHMB dan 28 jenis vitamin dan mineral bagi memastikan pemakanan yang lengkap dalam setiap hidangan.


Penghasilan inovasi WonderMeat dicapai berikutan beberapa kejayaan awal. Pada bulan Julai, syarikat telah memperoleh dana sebanyak RM20 juta (AS$ 4.4 juta) daripada 1,046 pelabur dalam kempen pendanaan ramai ekuiti untuk memacu penyelidikan bioteknologi dan teknologi makanan syarikat ke peringkat yang lebih jauh lagi. Terdahulu, pada bulan Mac, minuman pemakanan berasaskan tumbuhan GSure keluaran syarikat telah mendapat kelulusan Pusat Keselamatan dan Kualiti Makanan Kesultanan Oman.

GOODMORNING RAHMAH


Bersempena dengan pelancaran WonderMeat, pihak GoodMorning Global juga melancarkan pakej GoodMorning Rahmah. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menggalakkan semua masyarakat dapat nutrisi dan diet seimbang. Ia juga merupakan kempen Tiada Siapa Berlapar Sebelum Tidur. Produk GoodMorning merupakan makanan gantian yang mengenyangkan dan dijual pada harga berpatutan. Sesuai untuk seisi keluarga.
Dapatkan pakej Rahmah di laman sesawang 

GOODMORNING WONDERMEAT TERIMA PENGIKTIRAFAN DARI MALAYSIA BOOK OF RECORDS



Tahniah GoodMorning Global di atas pengiktirafan kepada produk WonderMeat. WonderMeat merupakan "Malaysia's First Dry-Mix Complete Nutrition Plant-Based Meat"

MENGENAI GOODMORNING GLOBAL


Ditubuhkan pada tahun 2008, GoodMorning Global ialah syarikat teknologi makanan dan multigrain dengan tumpuan kepada makanan dan minuman yang sihat. Syarikat memasarkan pelbagai jenis produk termasuk GoodMorning VPlus 18 Grains. 

Dengan memegang falsafah 'berkhasiat juga boleh lazat’, syarikat komited untuk mengubah industri makanan dengan menggunakan bioteknologi untuk membangunkan penyelesaian makanan berasaskan tumbuhan yang mampan, sihat dan inovatif.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال