PERSIDANGAN SEKOLAH AMANAH 2023: KE ARAH KELESTARIAN TRANSFORMASI SEKTOR PENDIDIKAN

PERSIDANGAN SEKOLAH AMANAH 2023 KE ARAH KELESTARIAN TRANSFORMASI SEKTOR PENDIDIKAN | Assalammualaikum semua! Sebagai ibu bapa, adalah harapan tinggi kepada kita untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak dari awal usia. Malah, pada hari ini juga, kita didedahkan dengan berita tentang kecemerlangan dan kemenjadian pelajar. 

Sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Keseimbangan dua perkara ini akan menghasilkan pelajar cemerlang, berani, fokus dan tahu hala tuju kerjaya dengan bantuan para guru. Guru-guru sememangnya memainkan peranan besar, namun apabila penyertaan dari para pelajar membentuk persekitaran kelas lebih kreatif dan proaktif. 

PERSIDANGAN SEKOLAH AMANAH 2023: KE ARAH KELESTARIAN TRANSFORMASI SEKTOR PENDIDIKAN


Ruby berkesempatan ke Persidangan Sekolah Amanah 2023 yang berlangsung di Geno Hotel, Shah Alam. Persidangan berlangsung pada 25 Oktober 2023 hingga 26 Oktober 2023 dari seawal 8 pagi hingga 1 tengahari keesokan hari. Persidangan ini dihadiri oleh pasukan dari Yayasan Amir, penaja korporat, wakil guru dan pelajar Sekolah Amanah.

Pasti ramai tertanya-tanya apakah Sekolah Amanah? Kenapa ada Persidangan Sekolah Amanah setiap tahun? Adakah program Sekolah Amanah tertumpu kepada Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi? Perlukah bayaran untuk menyertai Sekolah Amanah? Senarai Sekolah Amanah dan bagaimana Sekolah Amanah beroperasi? Adakah Sekolah Amanah mempunyai silibus pendidikan berlainan dari sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Jom kita kupas lebih lanjut tentang Sekolah Amanah. Persoalan-persoalan bermain di minda Ruby sejak melihat keputusan cemerlang para pelajar dan Alumni. 


Setelah lima tahun menanti semenjak penganjuran di Kuching Sarawak pada tahun 2018, penganjuran pada kali ini merupakan satu lagi usahasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Yayasan AMIR, serta para penaja dari sektor korporat. Persidangan ini adalah bukti kepada komitmen kolektif semua untuk memperkasa sistem dan kualiti pendidikan negara, sekaligus mencorak kemenjadian generasi masa hadapan yang lebih baik dari sebelumnya. 

Dalam penganjuran pada kali ini, 9 sesi khusus telah disediakan. Sesi-sesi ini telah dipilih merangkumi aspek-aspek kemenjadian murid dan kompetensi guru, serta kupasan isu-isu penting yang bertepatan dengan tema Persidangan Sekolah Amanah 2023 ini. Setiap sesi memberi manfaat serta cetusan idea dan inspirasi buat kita semua khususnya para pendidik serta pelaksana dan penggubal dasar pendidikan dari semua peringkat. Istimewa pada penganjuran pada kali ini juga, Pertandingan Video Sekolah Amanah 2023 (Yayasan AMIR Trust Schools Video Challenge 2023).

APA ITU SEKOLAH AMANAH?


Sekolah Amanah merupakan sekolah berkonsepkan ‘Separa Korporat’ yang membenarkan pihak korporat terlibat secara langsung dalam kemenjadian pelajar dan guru. Melalui cara ini, sekolah yang terpilih mampu mencapai kecemerlangan dengan cara latihan berkumpulan. Ia secara tidak langsung mengangkat status sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah di bawah inisiatif Sekolah Amanah telah menghasilkan ramai pelajar yang berjaya melalui keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia. Setiap sumbangan dari sektor korporat akan disalurkan kepada pihak sekolah dan laporan prestasi akan dikemaskini setiap hari secara langsung agar dapat mengatasi kekurangan yang berlaku kepada pelajar.

Setiap sekolah mengalami berlainan permasalahan. Di antaranya kehadiran pelajar yang tidak memberangsangkan. Pelajar tidak memahami sesi pembelajaran dan memerlukan perhatian atau latihan tambahan. Dari itu, guru-guru akan mengambil berat tentang keadaan para pelajar dan sama-sama menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi dan solusi. 

Program Sekolah Amanah merupakan Pemerkasaan Sekolah Amanah yang telah dilancarkan pada tahun 2010. Sejak dari itu, Sekolah Amanah telah menunjukkan hasil yang positif dalam meningkatkan prestasi sekolah khususnya, guru-guru serta para pelajar. 

Rangkaian Sekolah Amanah di bawah Yayasan AMIR (yayasan yang disokong oleh Khazanah) mampu meningkatkan kualiti tranformasi sektor pendidikan. Program Sekolah Amanah merupakan satu program transformasi sekolah yang lestari dan komprehensif bagi menambah baik kemenjadian murid.

PERSIDANGAN SEKOLAH AMANAH 2023


Bagi melestarikan program ini, diadakan satu Persidangan Sekolah Amanah selama 2 hari bagi berkongsi mengenai agenda sebenar program ini serta kejayaan dan impak positif yang dicapai. Pelbagai pengisian padat telah dirangka bagi memberi informasi kepada orang ramai berkenaan proses transformasi dan pencapaiannya.

Majlis dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan AMIR.


Dalam majlis ini, turut dipamerkan kecemerlangan dan bakat murid SMK Lundu. Seterusnya, perkongsian ‘Suara Kami’, dimana pengalaman ini akan dikongsikan oleh mereka yang masih dan pernah mengikuti Program Sekolah Amanah sepanjang 12 tahun diperkenalkan.


Satu tayangan video: ‘Sebelum & Selepas’ Program Sekolah Amanah akan dipersembahkan bagi menunjukkan kejayaan dan keberhasilan dari program ini kepada umum.

Seterusnya, lawatan ke tapak pameran bagi memberi lebih banyak info dan kecerahan mengenai pencapaian dan penglibatan para guru serta murid. 


Persidangan 2 hari ini diisi dengan beberapa agenda dan forum, antaranya Sesi Perkongsian Pengajaran dan pandangan masa hadapan: Program Sekolah Amanah, diikuti Forum 1 yang membincangkan Perjalanan untuk Persediaan Masa Hadapan – Manifestasi Memupuk Pemikiran dan Sesi Perkongsian 2: Merapatkan Jurang Pembelajaran dan Memupuk Generasi Hilang.


Bagi hari kedua, perkongsian oleh Prof. Dato’ Dr. Aileen Tan Shau Wai, FASc, USM yang membawa tajuk Hari esok yang lebih baik: Penyelidikan berasaskan penglibatan komuniti dan seterusnya Sesi Perkongsian Inovasi - Digital Wow! Oleh Cikgu Shahril Bin Othman (SK Sri Samudera, Perak).

Bagi segmen bersama murid pula, adik Preetish Thanasegaran dan adik Yaalini Anna Dickson dari SJKT Viviekananda, Kuala Lumpur akan mengetengahkan topik Bagaimana Membentuk dan Menyakinkan Pendidikan untuk Persekitaran yang Lebih Hijau.

Seterusnya diikuti, Forum Pendidikan - Spotlight: Perjalanan Transformasi Pendidikan dan Langkah Seterusnya oleh Puan Juliana (Ketua, Program & Pembangunan, Yayasan Putera Sampoerna, Indonesia) dan Puan Azlina Binti Kamal (United Nation Children’s Fund – UNICEF) dengan moderator; Dato’ Dr. Mehander Singh Nahar Singh. Member, National Education Advisory Council. 

"MENDIDIK TANPA MEMILIH" - CIKGU SABARIAH

Tahniah Ruby ucapkan kepada Yayasan Amir yang telah berjaya mencipta budaya pendidikan baharu kepada sekolah-sekolah di Malaysia. Malah, Ruby sebagai ibu juga tertarik dengan pencapaian yang telah Sekolah Amanah perolehi. Sememangnya usaha ini bukan sehari dua atau setahun dua. Ia merupakan perjuangan yang berpanjangan. Setiap pembentangan yang dilaksanakan sepanjang Persidangan Sekolah Amanah 2023 oleh para guru dan pelajar sangat menarik dan quotes paling Ruby ingat adalah dari Cikgu Sabariah, SMKA Kimanis, Sabah iaitu "Mendidik Tanpa Memilih"

Sememangnya Mendidik Tanpa Memilih perlu diterapkan dalam kalangan guru-guru. Ini kerana budaya "anak emas" tidak harus diteruskan agar para pelajar boleh menyertai semua modul yang disediakan oleh Sekolah Amanah. Penyertaan guru yang sememangnya sibuk dengan urusan sesi sekolah dari Kementerian Pendidikan Malaysia, urusan keluarga dan kini masa guru-guru memberi perhatian lebih kepada pelajar di Sekolah Amanah memberi mereka kurang masa untuk diri sendiri. Namun, demi anak bangsa, apabila kejayaan dikecapi oleh pelajar. Itu sudah memadai bagi seorang guru. Seluruh kehidupan diberikan kepada sekolah. Maka, para pelajar sekalian, ambil peluang ini untuk belajar dan belajar. 

Tahun 1 sehingga Tingkatan 5, 11 tahun kita bersekolah. Fokus dan mula mengejar cita-cita yang diimpikan. Impian pasti menjadi kenyataan apabila kita berusaha. InsyaAllah. Buat pengetahuan anda semua, Cikgu Sabariah berasal dari Lundu, Sarawak dan telah berkhidmat di SMKA, Kimanis semenjak tahun 2004. Berpengalaman dalam subjek sains selama 23 tahun, beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2007, 2012 dan 2019. 

SEKOLAH-SEKOLAH AMANAH DI MALAYSIA


Semenjak diperkenalkan pada tahun 2011, kini terdapat 94 buah Sekolah Amanah di 11 buah negeri di seluruh negara. 83 buah sekolah adalah dari Program Sekolah Amanah 1.0 (PSA 1.0), manakala 11 lagi adalah dari Program Sekolab Amanah 2.0 (PSA 2.0).

KUALA LUMPUR

1. SK DESA PANDAN
2. SK CONVENT JALAN PEEL
3. SK SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SHAH
4. SJKT VIBEKANANDA
5. SMK COCHRANE
6. SMK TAMAN MALURI
7. SK BANGSAR
8. SMK BANGSAR

PERLIS 

9. SK BATU BERTANGKUP
10. SK SEBERANG RAMAI
11. SK SIMPANG AMPAT
12. SMK KUALA PERLIS
13. SMK SANGLANG 

PERAK

14. SK SERI BAYU
15. SK BATU TUJUH
16. SK SERI SAMUDERA 
17. SMK SERI SAMUDERA
18. SMK SRI TAPAH 
19. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR 

SELANGOR 

20. SK PULAU INDAH 
21. SK PULAU INDAH (2) 
22. SK KAMPUNG JAWA 
23. SJKT LADANG BATU AMPAT 
24. SK BANDAR SUNWAY 
25. SK LEMBAH SUBANG 
26. SK CYBERJAYA 
27. SK KLIA 
28. SMK BANDAR SUNWAY 
29. SMK LEMBAH SUBANG 
30. SMK CYBERJAYA
31. SMK PULAU INDAH
32. SMK KAMPUNG JAWA
33. SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI

NEGERI SEMBILAN 

34. KOLEJ TUNKU KURSHIAH 
35. SK TUNKU MUDA SERTING 
36. SK DATUK MANSOR 

KELANTAN 

37. SK AYER LANAS 
38. SMK AYER LANAS 
39. SK GEMANG 
40. SK JELI (1)
41. SMK JELI 

TERENGGANU 

42. SK BUKIT ANAK DARA 
43. SK IBOK 
44. SK JERONG 
45. SK KIJAL 
46. SMK KIJAL 
47. SK TELOK KALONG 
48. SK PAKA IIl 
49. SK PENGKALAN BERANGAN
50. SMK PENGKALAN BERANGAN
51. SK WAKAF TAPAI 
52. SMK WAKAF TAPAI
53. SMK SERI PAKA

PAHANG 

54. SK KEMPADANG 
55. SK TANJUNG LUMPUR
56. SMK TANJONG LUMPUR 

JOHOR 

57. SJKC YU MING 2
58. SJKT KANGKAR PULAI
59. SK BANDAR UDA 2
60. SK JERAM BATU 
61. SK KAMPONG LAYAU
62. SK LADANG PENDAS
63. SK MEDINI 
64. SMK MEDINI 
65. SK PASIR GUDANG 1
66. SK PASIR GUDANG 3
67. SK PASIR GUDANG 4
68. SMK PASIR GUDANG 2
69. SMK PASIR GUDANG 3
70. SK PEKAN NANAS
71. SM AGAMA BUGISIAH 
72. SMK GELANG PATAH
73. SMK PEKAN NENAS 
74. SMK SEMENCHU 

SABAH 

75. SK KIMANIS 
76. SK PEKAN KIMANIS
77. SMK AGAMA KIMANIS 
78. SK MANDAHAN 
79. SMK BONGAWAN 2

SARAWAK

80. SK TABUAN 
81. SK COMBINED 
82. SK KG EMPILA 
83. SK BUMIPUTERA 
84. SK NIUP 
85. SK SAMPADI 
86. SK SIAR CAMPURAN 
87. SK ST MICHAEL ENTINGAN
88. SK STUNGGANG MELAYU
89. SK KG TANJUNG TUANG 
90. SMK SERI SETIA 
91. SM SAINS KUCHING
92. SMK LUNDU 
93. SMK MUARA TUANG
94. SMK SG MAONG

MENGENAI YAYASAN AMIR


Amir (kata nama) ejaan lain bagi Emir iaitu pemerintah, ketua, komander.



Yayasan AMIR (YA) telah diperbadankan oleh Khazanah Nasional Berhad pada 26 Oktober 2010 sebagai sebuah Badan bukan Berasaskan Keuntungan, untuk memandu Program Sekolah Amanah melalui sebuah usahasama Kerjasama Awam-Swasta (PPP) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Hasrat utama YA adalah untuk meningkatkan keberhasilan pelajar melalui penambahbaikan amalan pengurusan sekolah serta penyampaian kurikulum dalam bilik darjah. Di samping itu, YA juga berhasrat untuk membentuk sebuah rangkaian Sekolah Amanah yang mampan, untuk menggalakkan transformasi yang meluas dan mapan dalam sistem pendidikan negara. 

YA berkongsi aspirasi dengan KPM untuk melahirkan pelapis pemimpin masa hadapan yang lebih berdaya-saing, dilengkapi dengan pengetahuan, kebolehan berfikir secara kritis, kemahiran, dan kreativiti yang diperlukan untuk mencapai potensi penuh mereka. Ini semua adalah seiring dengan harapan kerajaan dan pemimpin negara untuk membentuk masyarakat yang Madani: serba maju, berperadaban, berbudi-luhur, berakhlak mulia dan sejahtera. 

Melalui Program Sekolah Amanah, konsep Modal Insan turut diterapkan untuk melahirkan bukan sahaja murid yang holistik, malah barisan pendidik yang kompeten di peringkat global melalui penerapan nilai kualiti, integriti, dan moral yang teguh. 

VISI YAYASAN AMANAH


Untuk memacu proses transformasi sekolah dan keberhasilan pelajar di sekolah-sekolah awam melalui usahasama Perkongsian Awam-Swasta di Malaysia. 

MISI YAYASAN AMANAH 


Untuk menggalakkan kecemerlangan dalam sistem sekolah dengan menambah-baik pengurusan sekolah, kaedah penyampaian kurikulum dalam bilik darjah, kaedah pengurusan kewangan sekolah, serta mewujudkan rangkaian sekolah (yang telah ditransformasi) yang bersepadu dan mampan. 

Semoga Program Sekolah Amanah terus maju dan menghasilkan ramai pelajar cemerlang. InsyaAllah.

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. alhamdulillah bagus juga ni at least menaikkan sistem pendidikan di sekolah kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama