SURIA KLCC GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE DEKORASI PERAYAAN YANG DINANTIKAN!

SURIA KLCC GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE DEKORASI PERAYAAN YANG DINANTIKAN! | Assalammualaikum hai semua! Setiap kali musim perayaan hampir tiba. Pastinya kita sebagai rakyat Malaysia teruja. Ruby sentiass teruja ingin mengetahui apakah tema deko perayaan Suria KLCC Shopping Mall pada tahun ini? Sama ada Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas atau Tahun Baru Lunar. Suria KLCC pasti beri yang terbaik. Boleh dikatakan lain dari yang lain! 

Seperti biasa, jika ke Suria KLCC. Ruby akan memandu masuk ke perkarangan parkir melalui AKLEH. Buat pengetahuan anda semua, Suria KLCC ada 5400 kotak parking. Parking di Suria KLCC ni mudah sebab apabila masuk, sistem parking terus mengesan nombor plat kenderaan. Ini memberi pengalaman tempat letak kereta inovatif, malah pembayaran tanpa tunai. Ruby hanya perlu membayar dengan hanya sentuh Visa, Mastercard atau Touch N Go. Mudah kan?

SURIA KLCC GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE DEKORASI PERAYAAN YANG DINANTIKAN!


Suria KLCC megah berdiri sebagai destinasi membeli-belah terkemuka. Sejak di buka pada 1998, pusat membeli-belah enam tingkat ini merupakan lokasi warga kota memenuhi masa riadah bersama seisi keluarga. Sama ada membeli-belah, makan-makan, bersukan di Taman KLCC atau menonton persembahan Lake Symphony. Ia merupakan destinasi wajib buat pengunjung tempatan dan luar negara. 


Krismas kali ini, Suria KLCC membawakan kemeriahan sambutan yang penuh dengan kemilau cahaya Hari Krismas yang bertemakan ‘Gingerbread Christmas Village’. Berinspirasikan daripada tradisi membuat biskut ‘Gingerbread’ dan rumah ‘Gingerbread’ sepanjang perayaan Krismas, tema sambutan ini bakal mewarnai Suria KLCC mulai dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024.


Para pengunjung dijemput untuk melangkah ke dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di perkarangan Centre Court yang membawakan pelbagai binaan yang mempesonakan inspirasi dari ‘icing’ dan gula-gula yang berwarna warni. Sebuah air terjun cokelat ‘Gingerbread’ ditampilkan untuk menyerikan lagi suasana sambutan perayaan Krismas.

Dekorasi utama dilihat membawakan sebuah menara jam ‘Gingerbread Clock Tower’ interaktif dimana ‘Gingerbread Man’ akan menari apabila musik perayaan Krismas dimainkan pada setiap jam. 

Pengembaraan kampung Gingerbread diteruskan dengan ‘Gingerbread Toyshop’ yang dilengkapi ‘photobooth’ selain daripada pelbagai hadiah yang menarik buat para pengunjung untuk mencipta kenangan yang indah.


Pengalaman tidak terhenti disitu apabila para pengunjung berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna buat yang tersayang melalui pengeposan poskad. Poskad Krismas ini akan dilengkapi dengan setem istimewa Suria KLCC yang boleh didapati melalui pembelian Pin Suria KLCC. Sumbangan para pelanggan juga akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.

Selaras dengan sambutan Krismas kali ini, Suria KLCC juga telah menderma RM3,000 kepada Yayasan ‘Dignity for Children’ yang dilihat sebagai salah satu inisiatif murni untuk tanggungjawab sosial dan korporat.


Sepanjang sambutan perayaan kali ini, para pengunjung berpeluang untuk menyertai Kuiz ‘Gingerbread Man Personality’ bagi merungkai persona mereka selain menerima pin edisi terhad ‘Gingerbread Man’.

Sambutan di Suria KLCC disasarkan akan lebih meriah pada hujung minggu dan juga pada Hari Krismas dengan kemunculan ‘Santa Claus’ dan ‘Ms. Claus’. Sementara itu, ‘Gingerbread Bakery & Candy Shop’ juga menjemput para pengunjung untuk mendekorasi biskut Krismas yang menarik untuk dibawa pulang.


Di Esplanade KLCC, para pengunjung sekali lagi akan dipukau dengan kehadiran Pokok Krismas ikonik yang tertinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan perhiasan yang bertemakan ‘Gingerbread’. Untuk keriangan berganda, para pengunjung yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC yang bernilai RM100.


“Di Suria KLCC, semangat perayaan bukan lah hanya dengan membeli belah; tetapi ianya adalah sambutan yang melambangkan kegembiraan serta semangat kekeluaragaan pada setiap saat. Berdiri megah setinggi 100 kaki, Pokok Krimas ini melambangkan komitmen kami untuk memupuk keceriaan di seluruh bandar Kuala Lumpur,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

ALAMANDA SHOPPING CENTRE GINGERBRREAD CHRISTMAS VILLAGE


Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya Tema “Gingerbread Christmas Village’ juga membuat penampilan buat sambutan hujung tahun di Alamanda Putrajaya. Perkarangan ‘Centre Court’ ditransformasikan dengan hiasan dan dekorasi perayaan yang memukau bermula dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024. 


Tidak kurang dari itu, para pengunjung berpeluang untuk menonton persembahan dan juga menyertai aktiviti hiburan yang dilihat bakal menggamit lagi kemeriahan sambutan cuti akhir tahun.

Dalam tempoh keberlangsungan perayaan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak pada hujung minggu dan Hari Krismas. Persembahan tarian, persembahan silap mata, persembahan kawad pancaragam adalah antara pelbagai aktiviti menarik selain daripada persembahan joget dan berbasikal oleh Santa. 


Sesi beramah mesra bersama Santa Claus akan diadakan pada ambang malam Hari Krismas selain dari Hari Krismas tersebut. Bagi menyerlahkan bakat pengunjung kanak-kanak yang terdiri daripada ahli VIKids, mereka berpeluang untuk menyertai aktiviti istimewa dekorasi rumah ‘Gingerbread’ menggunakan ‘popsicle’.

Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Sementara itu, pembeli yang mencatat rekod tinggi dengan jumlah pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima baucar bernilai RM80. 

MESRA MALL 


Mesra Mall, Terengganu Keindahan sambutan Krismas bakal dirasai dan dilihat di Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman, Terenggan bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2023. Dalam tempoh ini, para pembeli yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus ‘Mesra Mall 2024 Planner’ yang terhad untuk 500 tebusan sahaja.

Berikutan sambutan cuti akhir tahun, Pusat Beli-Belah Mesra juga akan mengadakan Bengkel Sains VIKids bermula dari 21 sehingga 25 Disember. Bengkel yang berkonsepkan makmal mini ini akan menampilkan enam aktiviti interaktif. Peserta yang berjaya menyertai keseluruh aktiviti akan menerima Kit Eksperimen Sains yang dilihat akan memberikan sentuhan pendidikan untuk sambutan cuti akhir tahun mereka.


Untuk ahli VIKids dan juga ibu-bapa mereka, bengkel tanah liat ‘Gingerbread’ yang akan diadakan pada 16 dan 17 Disember ini akan menghalusi sudut kreativiti mereka bersama. Pada Hari Krismas, Santa Claus akan membuat penampilan istimewa dengan memberikan gula-gula secara percuma untuk mengimarahkan semarak sambutan cuti akhir tahun di Pusat Beli-Belah Mesra.

MENGENAI SURIA KLCC SDN BHD


Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. 

Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia.

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. decor kat klcc tak pernah mengecewakan. Setiap perayaan diorang sapu. paling happening, paling luas. patut la tourist terpegun!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال