ROCHE LANCAR INTEGRATED PERSONALISED DIABETES MANAGEMENT (IPDM) SOLUSI BIMBINGAN KEPADA PENGHIDAP DIABETES

ROCHE LANCAR INTEGRATED PERSONALISED DIABETES MANAGEMENT (IPDM) SOLUSI BIMBINGAN KEPADA PENGHIDAP DIABETES | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan menyertai sesi ilmiah tentang integrated Personalised Diabetes Management (iPDM) yang dianjurkan oleh Roche. Sesi ini menerangkan bagaimana kita seisi keluarga boleh mengawal Diabetes sebagai gaya hidup harian. Ini kerana di Malaysia, Diabetes telah menjadi kebimbangan. 


Menurut data daripada National Health and Morbidity Survey (NHMS) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Diabetes telah meningkat secara berterusan. Dalam NHMS 2019, dilaporkan bahawa kira-kira 18.3% orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas di Malaysia menghidap Diabetes.


Statistik ini mungkin telah berubah pada 2024, kerana kelaziman Diabetes dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti perubahan gaya hidup, inisiatif penjagaan kesihatan dan kemajuan dalam rawatan perubatan. Sehingga 2021, seramai 537 juta orang dewasa di seluruh dunia, berumur antara 20-79 tahun menghidap Diabetes. Ini bermakna, kadar prevalens (kelaziman) ialah 1 dalam kira-kira 10 orang (10.5%) menghidap Diabetes. 

ROCHE INTEGRATED PERSONALISED DIABETES MANAGEMENT (IPDM) SOLUSI BIMBINGAN KEPADA PENGHIDAP DIABETES

International Diabetes Federation (IDF) menjangkakan peningkatan kepada 643 juta pada 2030 dan mencecah 783 juta menjelang 2045, iaitu peningkatan sebanyak 46%. Prevalens di Malaysia juga agak membimbangkan kerana 1 dalam 5 orang menghidap diabetes (18.3%) dengan hampir 3.9 juta orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas hidup sebagai pesakit diabetes. Angka yang kita catatkan ini hampir dua kali ganda berbanding prevalens global. 


DIABETES TIDAK MENGENAL USIA, SEIMBANGKAN GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN MULAI SEKARANG!
Dari kiri Dr Lim Lee Ling, Mr Bryan Koh, Ms Heng Chai Yin, General Manager of Roche Diagnostic Malaysia

Kebiasaannya, masyarakat akan mula mengambil berat tentang tahap glukosa dalam darah mereka apabila sudah mendapat tahu mereka adalah penghidap Diabetes. Namun, Ruby tertarik dengan perkongsian dari Encik Bryan Koh, Cluster Head of Asia Pacific Mature Markets, Roche Diabetes Care, Dr. Lim Lee Ling, Associate Professor of Medicine and Head of the Diabetes Care Unit, University of Malaya Medical Centre (UMMC) dan Nurse Yong Lai Mee, President of the Malaysian Diabetes Educators Society (MDES), Senior Nurse Diabetes Educator and Manager of Diabetes Care Services, at Subang Jaya Medical Centre (SJMC) bahawa Diabetes boleh dicegah dengan melakukan gaya hidup yang seimbang, dan menjalani saringan awal dengan profesional penjagaan kesihatan, terutamanya bagi mereka yang mengalami faktor risiko diabetes seperti sejarah keluarga diabetes, berat badan berlebihan, mempunyai tekanan darah tinggi, antara lain. Seimbang dari pemakanan, rutin harian, kekal aktif dengan bersenam, tidur yang mencukupi, hindari stress dan berada dalam kalangan mereka yang positif serta memberi sokongan untuk kita mencapai matlamat kesihatan yang holistik.


DIABETES TIDAK MENGENAL USIA, SEIMBANGKAN GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN MULAI SEKARANG!


Penghidap Diabetes memerlukan sokongan untuk mendapatkan kehidupan yang sihat. Mulakan gaya hidup yang seimbang dari rumah bersama keluarga kita, kemudian bersama masyarakat. Tahukah anda bahawa Diabetes tidak mengenal usia? 

Roche Diagnostics Malaysia (Roche) menjalin kerjasama dengan pakar kesihatan untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran Diabetes mengenai pengurusan kendiri Diabetes menggunakan aplikasi pengurusan Diabetes digital.

Memandangkan diabetes sudah menjadi wabak global kerana ia paling cepat berkembang dalam abad ke-21 ini, Roche berusaha mengumpulkan beberapa pakar penjagaan kesihatan supaya mereka dapat membincangkan topik penting berkaitan cara pengurusan kendiri yang berkesan untuk individu yang menghidap diabetes.

Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek asas yang penting iaitu pengurusan harian Diabetes iaitu pemantauan glukosa darah berstruktur di mana pesakit dan penjaga menggunakan meter glukosa darah (BGM). Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan BGM sebagai ‘intervensi bukan pembedahan yang utama’ dengan meter glukosa darah mudah alih sebagai ‘alat perubatan utama’ untuk penghidap Diabetes.

Bagi memudahkan pengurusan diabetes dan memperkasakan penghidap Diabetes untuk meningkatkan kualiti hidup mereka, Roche membangunkan satu pendekatan iaitu integrated Personalised Diabetes Management (iPDM). 

INTEGRATED PERSONALISED DIABETES MANAGEMENT BERKALA (iPDM)


ROCHE integrated Personalised Diabetes Management (iPDM) menawarkan pendekatan holistik, mengutamakan pengurusan diabetes untuk penghidap Diabetes di seluruh dunia dengan pendigitalan di hujung jari. Penyelesaian yang membantu mengikuti perkembangan penghidap Diabetes dengan bekerjasama Healthcare Professional (HCP) serta meningkatkan sokongan kepada kemampanan sistem penjagaan kesihatan.




DIABETES TIDAK MENGENAL USIA, SEIMBANGKAN GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN MULAI SEKARANG!


Penjagaan Diabetes Roche telah merintis teknologi dan perkhidmatan Diabetes yang inovatif selama lebih 40 tahun. Diwujudkan dengan matlamat untuk penyediaan struktur penjagaan yang mampan yang merangkumi pemantauan glukosa, sistem penghantaran insulin dan penyelesaian digital. Penjagaan Diabetes Roche bersatu dengan rakan sealirannya untuk mencipta nilai berorientasikan pesakit. 

Membina kerjasama dalam ekosistem terbuka. Menghubungkan peranti dan solusi digital serta pengamatan data yang berkaitan, Penjagaan Diabetes Roche membuka laluan kepada wawasan yang lebih mendalam dan pemahaman yang lebih baik mengenai keadaan kronik ini. Seterusnya membawa kepada penyesuaian terapi yang diperibadikan. Demi memberikan hasil yang lebih baik dan kelegaan sebenar kepada penghidap Diabetes. 


DIABETES TIDAK MENGENAL USIA, SEIMBANGKAN GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN MULAI SEKARANG!


Menurut Bryan Koh, Cluster Head of Asia Pacific Mature Markets, Roche Diabetes Care, “Roche berdedikasi untuk memajukan penjagaan Diabetes yang boleh diakses dan menggalakkan penjagaan kesihatan berstruktur yang mampan dengan rakan-rakan sealiran bagi mengurangkan peningkatan penghidap Diabetes. Roche menyediakan solusi berorientasikan pesakit bagi memperkasakan pengurusan bagi setiap orang untuk menguruskan keadaan mereka sendiri, merasai kelegaan sebenar, dan menjalani kehidupan normal, yang lebih sihat.

Melalui gabungan teknologi dan pemahaman mendalam berkaitan cabaran yang dihadapi oleh penghidap Diabetes, penyesuaian pengurusan mengikut keperluan (personalisasi), keterhubungan, dan kerjasama demi mencapai kemampanan penjagaan kesihatan amat diperlukan.

Di sinilah iPDM memainkan peranannya. Apabila Blood Glucose Meters (BGM) disambungkan kepada aplikasi pengurusan Diabetes, maklumat terapi yang relevan untuk perhatian pegawai kesihatan dan penghidap Diabetes. Ini membolehkan mereka menyokong penghidap Diabetes menguruskan Diabetes melalui penyesuaian terapi yang tepat pada masanya agar dapat mengelak komplikasi Diabetes.” katanya.


DIABETES TIDAK MENGENAL USIA, SEIMBANGKAN GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN MULAI SEKARANG!


Dr. Lim Lee Ling, Associate Professor of Medicine and Head of the Diabetes Care Unit, University of Malaya Medical Centre (UMMC), berkata, “Terdapat keperluan mendesak untuk mengutamakan pengurusan kendiri diabetes yang berstruktur bagi mengurangkan beban kewangan, fizikal, dan psikologi penghidap Diabetes serta kesannya tehadap sistem penjagaan kesihatan negara. Masalah kesihatan kronik sepanjang hayat seperti Diabetes memerlukan keseimbangan yang baik antara pengubahsuaian pemakanan, rejimen kecergasan dan pengurusan Diabetes yang dirangka khusus untuk seseorang pesakit.”

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, akses kepada penjagaan diabetes telah disediakan pada harga yang berpatutan. Ini termasuklah sokongan berterusan dalam menggalakkan penghidap Diabetes untuk mematuhi pengurusan Diabetes seperti pemantauan glukosa di rumah, rawatan susulan berjadual dengan maklum balas daripada doktor serta jururawat pendidik Diabetes. Sebagai masalah kesihatan yang kronik, Diabetes memerlukan komitmen jangka panjang dari penghidap Diabetes dan keluarga mereka.” katanya.



DIABETES TIDAK MENGENAL USIA, SEIMBANGKAN GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN MULAI SEKARANG!


Mengulas tentang kerjasama antara anggota penjagaan kesihatan dan pesakit, Nurse Yong Lai Mee, President of the Malaysian Diabetes Educators Society (MDES), Senior Nurse Diabetes Educator and Manager of Diabetes Care Services, at Subang Jaya Medical Centre (SJMC), berkata, “Pada asasnya, pendekatan iPDM membantu membina rangkaian penjagaan dan sokongan yang kukuh untuk komuniti Diabetes iaitu antara pesakit, penjaga, dan anggota penjagaan kesihatan.

Setiap dari kita mempunyai peranan dalam membimbing penghidap Diabetes meniti perjalanan pengurusan diabetes mereka. Bukan mudah mengharungi laluan yang dipenuhi cabaran fizikal dan psikologi. Oleh kerana perjalanan setiap orang itu berbeza, maka kita perlu menyesuaikan terapi rawatan mengikut keperluan mereka. Dalam pengurusan diabetes, tiada istilah “satu solusi untuk semua”.

Saya juga mahu menegaskan betapa pentingnya peranan penjaga kepada penghidap Diabetes. Mereka adalah orang yang paling rapat dan boleh mempengaruhi penghidap Diabetes dalam membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat. Mereka memainkan peranan utama dalam menghubungkan anggota penjaga kesihatan dengan maklumat yang boleh dikumpulkan dan dianalisis untuk penyesuaian terapi serta penjagaan pesakit yang lebih baik.

Perjalanan pengurusan Diabetes seseorang pastinya akan menjadi lebih baik dan sihat apabila kita semua bersatu untuk membantu menguruskan masalah kesihatan mereka. Ia akan mengurangkan beban pengurusan Diabetes apabila mereka mendapat sokongan yang positif dari orang sekeliling.” jelas Yong.


SAMA-SAMA BERI SOKONGAN UNTUK MENGAWAL DIABETES


Apabila kita mula beralih kepada pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat, pastinya kita perlu sokongan padu dari orang sekeliling agar matlamat yang inginkan tercapai. Jangan malu-malu untuk mula makan salad, makan makanan yang sihat bersama rakan sekerja, bersenam di taman, berlari di padang, konsisten pemantauan glukosa darah. 

Walaupun ada soalan dari orang lain "diet ke?", "sedap ke?", "makan itu aje?", atau persoalan lain. Kita sebagai pemilik badan perlu yakin dengan keputusan kita untuk berubah kepada gaya hidup sihat. Apabila diajukan perlbagai soalan, anda perlu bersikap positif dan berniat dalam hati untuk mendidik orang sekeliling juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Tanpa disedari, kita memiliki kenalan yang mempunyai matlamat yang sama. Ini juga wajib dipraktis di rumah bersama ahli keluarga. Pastinya kita ingin hidup sihat dan umur panjang melihat pasangan dan anak-anak membesar. 


DIABETES TIDAK MENGENAL USIA, SEIMBANGKAN GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN MULAI SEKARANG!


Kesimpulannya, pendidikan Diabetes juga perlu kita pupuk di dalam ahli keluarga kita. Dari pemilihan makanan yang seimbang kepada gaya hidup sihat. Sokongan daripada pihak profesional, penjaga kesihatan, ahli keluarga dan kumpulan sokongan Diabetes amat diperlukan. Penjagaan Diabetes berorientasikan pesakit dan berasaskan data yang disepadukan dengan kerjasama anggota penjagaan kesihatan adalah cara yang berkesan dalam usaha menangani Diabetes yang menjadi cabaran penjagaan kesihatan pada hari ini. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال