KOLEKSI MERDEKA 2024 PROSPEC KPM X FAZURA TAMPIL DENGAN 12 REKAAN

KOLEKSI MERDEKA 2024 PROSPEC KPM X FAZURA TAMPIL DENGAN 12 REKAAN | Assalammualaikum semua! Bulan Kemerdekaan yang bakal tiba ini, jom dapatkan tudung bertemakan Jiwa Merdeka! Jenama Milik Semua iaitu Tudung Fazura telah melancarkan tudung bertemakan kemerdekaan dan semua koleksi cantik-cantik untuk digayakan harian. 

Dijual pada harga RM 27 dengan kualiti Japanese Cotton Voile dan bidang 46. Material kegemaran Rakyat Malaysia sebab tidak pekak dan mudah dibentuk. Setiap corak diinspirasikan dari warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan masyarakat majmuk di Malaysia.

KOLEKSI MERDEKA 2024 PROSPEC KPM X FAZURA TAMPIL DENGAN 12 REKAAN

KOLEKSI MERDEKA 2024 PROSPEC KPM X FAZURA TAMPIL DENGAN 12 REKAAN


Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina binti Sidek telah sudi meluncurkan secara rasmi koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA dalam satu majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari ini. 

Koleksi khas Tudung FAZURA Purple Label tersebut adalah hasil kerjasama erat kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan FAZURA sebagai salah satu program istimewa dalam memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-67. 

Koleksi Merdeka 2024 menampilkan 12 rekaan unik beraneka warna selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’. 

Berinspirasikan warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dengan setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat serta pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka. 

Majlis peluncuran rasmi yang diserikan dengan kehadiran YB Menteri Pendidikan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Noorhuda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, YBhg. Dato’ Ahmad Firdaus bin Baharuddin, Penasihat Kelab PROSPEC KPM, Setiausaha Bahagian KPM dan hampir 300 orang tetamu jemputan. 

Susulan peluncuran koleksi Merdeka 2024 YB Puan Fadhlina binti Sidek, majlis diteruskan dengan makan tengah hari dan persembahan oleh Ella selaku artis jemputan. 

KOLEKSI MERDEKA 2024 PROSPEC KPM X FAZURA TAMPIL DENGAN 12 REKAAN


Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA adalah kerjasama pertama seumpamanya melibatkan kelab penjawat awam dengan jenama FAZURA khusus untuk sambutan Hari Kebangsaan. 

Disasarkan lebih banyak kerjasama sedemikian akan diteroka untuk kepentingan bersama terutama dalam konteks kerjasama awam-swasta yang memberikan faedah kepada masyarakat.

Organisasi awam dan swasta yang berminat untuk mendapatkan koleksi khas ini dengan harga korporat boleh menghubungi wakil PROSPEC KPM melalui WhatsApp di 0174469726 untuk maklumat lanjut berkenaan kaedah perolehan. 

Manakala, pembelian secara dalam talian boleh dibuat terus di laman sawang rasmi www.fazura.com, FAZURA Apps dan ShopeeMall FAZURA Official Store.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال