MENARA KUALA LUMPUR LANCAR KEMPEN MERDEKA MADNESS 60% DISKAUN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT MALAYSIA BERMULA 1 OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER 2024

MENARA KUALA LUMPUR LANCAR KEMPEN MERDEKA MADNESS 60% DISKAUN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT MALAYSIA BERMULA 1 OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER 2024 | Assalammualaikum semua! Sambutan Hari Kebangsaan bakal tiba dan sepanjang bulan itu pastinya pelbagai persiapan sambutan sedang dirancang. Selepas pandemik, kita semakin menghargai dan bersyukur dilahirkan sebagai Anak Malaysia.

Kita mula mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam negara. Menara Kuala Lumpur merupakan menara ikonik kebanggan kita. Bagaimana ingin memupuk semangat cintakan negara? Datanglah ke Menara Kuala Lumpur dan lihatlah sendiri bagaimana kemajuan yang kita nikmati ini membawa kepada jiwa Merdeka!

MENARA KUALA LUMPUR LANCAR KEMPEN MERDEKA MADNESS 60% DISKAUN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT MALAYSIA BERMULA 1 OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER 2024

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ pada tahun ini, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan Kempen Merdeka Madness bermula dari 1 Ogos hingga 16 September 2024.

Kempen Merdeka Madness pada tahun ini akan diadakan selama 47 hari dengan merangkumi promosi dan pelbagai acara serta aktiviti-aktiviti yang dapat menarik kedatangan pengunjung ke Menara Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Colours of Malaysia Tower Lighting, sayembara puisi kemerdekaan, pertandingan fotografi kemerdekaan, jualan trak makanan dan minuman, persembahan muzik dan kebudayaan, festival durian, dan banyak lagi.

“Inisiatif promosi Merdeka Madness ini diadakan untuk kali yang kedua adalah kerana melihat sambutan yang sangat mengalakkan daripada pengunjung pada promosi ini tahun lepas. Ianya juga merupakan tanda penghargaan kami kepada rakyat Malaysia, di mana para pengunjung tempatan dapat menikmati diskaun sebanyak 60% bagi tiket masuk ke semua tarikan di Menara Kuala Lumpur”, kata Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Colours of Malaysia Tower Lighting, dimana kami akan mewarnai keseluruhan menara dengan pencahayaan warna-warna bendera 14 negeri di Malaysia.

Diskaun harga tiket bagi lawatan ke Sky Deck adalah RM28.00 (dewasa) dan RM15.00 (kanak-kanak), manakala tiket bagi lawatan ke Observation Deck adalah RM12.00 (dewasa) dan RM8.00 (kanak-kanak). Kami juga turut menawarkan harga terendah bagi kemasukan ke Tower Walk 100, iaitu RM8.00 (dewasa) dan RM6.00 (kanak kanak).

Harga yang ditawarkan oleh Menara Kuala Lumpur sempena Merdeka Madness ini amat berbaloi untuk para pengunjung nikmati dan ianya juga adalah hadiah istimewa kepada para pengunjung yang sentiasa menyokong Menara Kuala Lumpur sejak tahun 1996 sehingga kini.


Kempen Merdeka Madness ini dilancarkan oleh YB Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; Yang Berusaha Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.; Yang Berbahagia Dato' Abdul Hamid Shaikh, Pengarah Urusan, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.; Yang Berusaha Encik Nizran bin Noordin, Ketua Pengarah, Islamic Tourism Centre; Yang Berusaha Encik Asrul bin Zakaria, Pengarah, MOTAC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya; Yang Berusaha Encik Sufian bin Zainuddin Pengarah, Tourism Malaysia Wilayah Tengah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd. 

Inisiatif Merdeka Madness ini diadakan sekali lagi, setelah melihat lebih 200,000 pengunjung yang telah mengunjungi Menara Kuala Lumpur sepanjang promosi ini diadakan pada tahun lepas. Selepas promosi Merdeka Madness berakhir tahun lalu, jumlah pelancong tempatan meningkat sebanyak 40%.

Peningkatan ini jelas menunjukkan keberkesanan promosi tersebut dalam menarik minat rakyat Malaysia untuk melancong dalam negara terutamanya ke Menara Kuala Lumpur yang merupakan sebuah menara ikonik di dunia. Selain itu, ia juga membuktikan bahawa promosi seperti ini sangat menarik perhatian masyarakat tempatan.

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas, merupakan Menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ke-tujuh tertinggi di dunia. 

Berdiri megah pada ketinggian 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik antaranya Sky Deck, Sky Box, dewan bankuet TEMU, Restoran Berputar ARAS, Observation Deck, Tower Walk 100, kafe, gerai cenderamata dan perkhidmatan shuttle.

Menara ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. Ianya merupakan ahli ‘The World Federation of Great Towers’, iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 50 menara terkenal di dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila hubungi talian khidmat pelangan Menara Kuala Lumpur di 03-2020 5421 atau layari media sosial rasmi Menara Kuala Lumpur.

www.kltower.com.my | www.instagram.com/menarakl | www.facebook.com/officialmenarakl

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال