MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA | Assalammualaikum semua, pada 11 Julai 2024 telah berlangsung pelancaran Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Perniagaan VISA pertama di Malaysia. Melalui inovasi ini, pemilik perniagaan boleh memanfaatkan transaksi pembelian dari semua pekerja di dalam syarikat, malah boleh digunakan untuk pertukaran mata wang dari seluruh dunia. 

Sejak 1996, Merchantrade sentiasa kreatif mencari peluang untuk berinovasi. Dari produk Personal iaitu Money Transfer, Merchantrade Money, HelloSIM, eRemit Malaysia, Money Exchange, Valyou dan Merchantrade Insure. Kemudian produk Perniagaan iaitu BizPayments, Merchantrade Ozopay, Wholesale Banknote, Online Money Transfer, dan terkini Merchantrade Money Biz.

Pastinya ia berita gembira buat semua pemilik perniagaan dari syarikat korporat terkemuka, usahawan start-up dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sama ada anda mempunyai pasukan yang ramai pekerja atau usahawan baru yang mempunyai 5 orang pekerja, anda boleh memohon perkhidmatan yang ditawarkan oleh Merchantrade Money Biz.

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA


MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA


Apakah itu Kad Prabayar Visa Merchantrade Money Biz? 

Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz ialah kemudahan pembayaran wang elektronik yang direka khusus untuk syarikat sendirian berhad, hak milik tunggal atau perkongsian. Kemudahan Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz yang dimohon oleh syarikat adalah untuk menyediakan kemudahan kepada pekerja mereka. Sebagai Pemegang Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz, kad ini merupakan dompet elektronik yang menyimpan dana yang dibayar terlebih dahulu oleh Ahli kepada Pemegang Kad. 

Pemegang Kad kemudiannya membuat pengeluaran dan membayar pembelian dengan Kad Perniagaan yang membawa ciri pembayaran VISA seperti yang dikeluarkan oleh Merchantrade Asia Sdn. Bhd.

Pembayaran boleh dibuat dengan Kad Perniagaan ini untuk pembelian perkhidmatan di Cawangan Merchantrade, platform digital dan ejen yang mengambil bahagian, serta untuk barangan dan perkhidmatan di peniaga VISA yang mengambil bahagian di seluruh dunia seperti yang dibenarkan oleh Ahli. 

Tambah nilai ke Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz hanya boleh dilakukan oleh Ahli daripada Akaun Induk Perniagaan Ahli. Tunai pengeluaran boleh dilakukan di semua cawangan Merchantrade, ejen yang mengambil bahagian serta di VISA Plus dengan ATM yang dibenarkan. 

Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz juga membawa ciri VISA payWave yang membenarkan pembayaran tanpa sentuh tidak melebihi RM250 setiap hari sama ada dalam satu transaksi atau kumulatif.

Merchantrade Asia Sdn Bhd berdiri di barisan hadapan dalam inovasi fintech, komited untuk menyampaikan perkhidmatan kewangan digital. Menawarkan aplikasi digital yang memenangi anugerah. Disokong oleh 95 cawangan, 5 hab perdagangan wang kertas utama, lebih 480 lokasi ejen dan 270 lokasi saudagar Cash-in Cash-out (CICO) di Malaysia. Perkhidmatan utama kiriman wang, pertukaran mata wang asing, e-dompet, gerbang pembayaran dan insurans mikro.

Dengan lebih 28 tahun pengalaman industri, Merchantrade telah berjaya mencipta ekosistem menyeluruh penyelesaian kewangan digital yang memperkasakan pelanggan mereka yang terdiri daripada individu serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS), korporat besar, bank, institusi kewangan, dan banyak lagi.

Merchantrade menawarkan aspek utama bagi setiap produk, perkhidmatan dan teknologi berinovasi. Pengalaman berdekad-dekad dalam industri memberi keupayaan teknologi yang kukuh dengan pemahaman yang jelas tentang keperluan pelanggan telah membolehkan Merchantrade berjaya membangunkan ekosistem lengkap penyelesaian kewangan digital yang memperkasakan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.

Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Perniagaan VISA adalah penyelesaian masalah bagi pemilik perniagaan memantau penggunaan wang syarikat dengan sebaiknya. Bergantung kepada saiz perniagaan anda, Merchantrade menyediakan pakej yang bersesuaian untuk anda dan pekerja. 

Setiap transaksi akan melalui 2 hingga 4 pengesahana dari pasukan utama syarikat. Sudah semestinya mereka adalah dari Ketua Jabatan anda, Jabatan Kewangan, Pengurus Jabatan dan Jabatan Sumber Manusia.  4 orang penting ini akan menyemak dan meluluskan permohonan. Jadi, tiada masalah atau risiko penyelewengan wang syarikat atau aplikasi di scam oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

MERCAHNTRADE MONEY BIZ BERSEDIA MEREVOLUSI KAD PRABAYAR PERNIAGAAN VISA


MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA


"Kad Prabayar Perniagaan VISA Pertama Malaysia, Definasi Baru Kad Prabayar Perniagaan dan Pengurusan Perbelanjaan."


Produk inovatif ini direka untuk memudahkan pengurusan perbelanjaan bagi syarikat-syarikat dari pelbagai industri dan saiz, dari Korporat hingga Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS). 

Merchantrade Money Biz menggabungkan 3 kaedah inovatif - Kad Prabayar Perniagaan Visa (dengan had RM50,000 dan pengeluaran kad tanpa had bagi setiap syarikat) yang dipautkan dengan eDompet pelbagai mata wang, dan portal pengurusan perbelanjaan dengan fungsi yang direka untuk perniagaan moden. 


MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA


Ramasamy K Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, berkata: “Merchantrade Money Biz bersedia menandingi kad kredit korporat tradisional yang dikeluarkan oleh bank. Kad kredit korporat biasanya hanya untukeksekutif atasan; kini, dengan Merchantrade Money Biz, ia memberi kelebihan kepada pekerja di semua peringkat dengan kad prabayar korporat sambil menyediakan kemudahan untuk majikan mengawal dan mengurus kewangan dengan tepat dan betul. 

Kami mempercayai bahawa kad prabayar korporat ini adalah satu inovasi yang telah mengubah cara syarikat dalam mengurus perbelanjaan mereka dan menjadi satu alternatif yang terbaik bagi mereka yang tidak dapat memperoleh kad kredit korporat dengan bebas risiko pembelanjaan berlebihan dan bebas faedah.” 

Dikuasakan oleh VISA, kad prabayar perniagaan ini boleh digunakan oleh pekerja untuk membuat pembayaran di seluruh dunia, sama ada dalam talian atau runcit untuk perbelanjaan syarikat. 

Ia juga dipadankan dengan e-Wallet pelbagai mata wang yang membolehkan pengguna menukar mata wang sehingga 20 mata wang asing dengan kadar tetap untuk pembayaran antarabangsa. 

Portal pengurusan perbelanjaan pula secara automatik menghantar notifikasi dan mendigitalkan proses perniagaan, memberikan 100% ketelusan kepada semua transaksi termasuk kawalan keselamatam yang mantap. 



MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

Roy Choudhury Debarun, Ketua Penyelesaian Komersial dan Pergerakan Wang Visa untuk rantau Asia Tenggara berkata: “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Merchantrade Asia untuk memperkenalkan kad prabayar pertama untuk syarikat-syarikat korporat dan IKS di Malaysia. Ini adalah penyelesaian yang relevan dan tepat pada masanya, kerana kita telah melihat pertumbuhan sebanyak dua angka dalam perbelanjaan kad komersial di Malaysia berbanding tahun lepas. 

Ini menunjukkan peningkatan permintaan oleh syarikat-syarikat di negara ini untuk menggunakan kaedah pembayaran digital dan inovatif. Di VISA, kami komited untuk memperkasakan perniagaan melalui rangkaian global kami dan kepakaran kami untuk penyelesaian pembayaran. Kerjasama dengan Merchantrade melambangkan visi kami untuk meningkatkan keterangkuman kewangan dalam ruang pembayaran B2B dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk Malaysia" 

Lebih daripada 80 syarikat telah mendaftar semasa fasa percubaan, menunjukkan maklum balas yang tinggi dan penerimaan positif terhadap produk baru ini. Ini menekankan komitmen Merchantrade untuk menyediakan penyelesaian kewangan digital yang inklusif dan efektif dalam memenuhi keperluan syarikat yang berkembang pesat di Malaysia. 

Dengan kaedah, fungsi, dan kerjasama baru yang sedang dibangunkan, Merchantrade yakin bahawa penyelesaian ini akan mengubah cara syarikat beroperasi. Visi Merchantrade juga selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan syarikat mendigitalkan operasi mereka dan menerima gaya baharu dalam usaha membina ekonomi yang lebih tanpa tunai. 

YURAN DAN CAJ 


Terdapat 3 jenis langganan yang disediakan oleh Merchantrade Money Biz. Ia bergantung kepada saiz dan skala pasukan dalam sesebuah syarikat. 


PAKEJ AHLI PRESTIJ

  • RM50 sebulan atau RM600 setahun setiap syarikat 
  • Pilihan untuk membayar secara bulanan atau tahunan.
  • Termasuk 21 kad perniagaan fizikal dan atas
  • Akses kepada aplikasi Mudah Alih dan Web Dashboard.

PAKEJ AHLI PREMIUM

  • RM15 sebulan atau RM180 setahun setiap syarikat.
  • Pilihan untuk membayar secara bulanan atau tahunan.
  • Termasuk 20 kad perniagaan fizikal
  • Akses kepada aplikasi Mudah Alih dan Web Dashboard
  • Caj bulanan akan meningkat untuk pengeluaran lebih daripada 20 kad fizikal

PAKEJ AHLI BLACK

  • RM5 sebulan atau RM60 setahun setiap syarikat
  • Pilihan untuk membayar secara bulanan atau tahunan.
  • Termasuk 5 kad perniagaan fizikal
  • Akses kepada aplikasi Mudah Alih dan Web Dashboard
  • Caj bulanan akan meningkat untuk pengeluaran lebih daripada 5 kad fizikal.

Nota: Sila ambil perhatian bahawa caj langganan bulanan akan berbeza-beza bergantung pada jumlah bilangan kad dikeluarkan. Caj standard akan dikenakan untuk sebarang permintaan kad perniagaan fizikal yang berikutnya.

TERMA DAN SYARAT MUDAH


Terdapat 2 saluran di mana Ahli boleh memohon kemudahan Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Perniagaan VISA untuk pekerja mereka iaitu daripada Portal Web Korporat; atau Aplikasi Mudah Alih Korporat.

Merchantrade bagaimanapun boleh memperkenalkan saluran lain untuk penggunaan kemudahan Kad Perniagaan dari semasa ke semasa. Selepas kelulusan permohonan kemudahan Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Perniagaan VISA untuk Ahli dan selepas pendaftaran kad setiap pekerja.

Kad Perniagaan akan dihantar oleh Merchantrade ke alamat perniagaan yang ditetapkan atau alamat surat menyurat pekerja. 
 
20 Mata Wang Asing yang tersenarai akan mengikut kadar penukaran yang ditetapkan oleh VISA antarabangsa.

  1. US Dollar (USD), 
  2. Singapore Dollar (SGD), 
  3. British Pound (GBP), 
  4. Australian Dollar (AUD), 
  5. Indonesian Rupiah (IDR), 
  6. Euro (EUR), 
  7. Thai Baht (THB), 
  8. Japanese Yen (YEN), 
  9. Saudi Riyal (SAR), 
  10. Chinese Renminbi (CNY), 
  11. New Taiwan Dollar (TWD), 
  12. Hong Kong Dollar (HKD), 
  13. South Korean Won (KRW), 
  14. Indian Rupee (INR), 
  15. Philippines Peso (PHP), 
  16. Canadian Dollar (CAD), 
  17. New Zealand Dollar (NZD), 
  18. United Arab Emirates Dirham (AED), 
  19. Swiss Franc (CHF) dan 
  20. Vietnamese Dong (VND) 

Jika dana tidak mencukupi disimpan dalam dompet Malaysia Ringgit (MYR) Pemegang Kad untuk membayar transaksi, maka dana akan dipindahkan dari dompet lain dengan baki yang tersedia ke dompet MYR Pemegang Kad di kadar penukaran yang ditetapkan oleh VISA International.

SOLUSI PERNIAGAAN ANDA

Keterujaan para pemilik perniagaan akan lebih kukuh apabila menonton demo penggunaan Kad Prabayar Perniagaan VISA dari Merchantrade Money Biz melalui perkongsian Cik Cindy Loo, Executive Vice President Merchantrade Money. Pengenalan tentang produk, penggunaan sebagai pekerja, pengesahan dari jawatan tertinggi dan bagaimana mudahnya menghantar resit tanpa banyak kertas kerja. Paling Ruby teruja adalah bagaimana hanya dengan servis ini boleh memudahkan banyak urusan! 


MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA


TESTIMONI POSITIF DARI PENGGUNA PERINTIS

Sebanyak 80 hingga 100 syarikat menjadi pengguna perintis Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz dan berpuas hati dengannya. 


MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA


PROMOSI DAN GANJARAN SEPERTI KAD BANK

Rakyat Malaysia sememangnya suka dengan hadiah dan diskaun. Pertanyaan berkenaan ganjaran sebagai pemilik kad, ganjaran penggunaan kad, ganjaran sebagai taat setia dan lain-lain. Merchantrade sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan akan memberi ganjaran terkini bersesuaian dengan perniagaan. Di antara ganjaran yang diberikan adalah seperti gambar di bawah. Menarik kan?



APLIKASI MERCHANTRADE MONEY BIZ

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA


Perniagaan hari ini telah menyesuaikan diri dengan pantas dalam dunia transaksi tanpa tunai, untuk menawarkan pilihan pembayaran yang lebih pantas kepada pelanggan dalam pelbagai kaedah. 

Apabila urus niaga digital melonjak dalam pembayaran masuk dan perbelanjaan keluar, syarikat semakin tertekan; menghabiskan masa yang berharga untuk menjadualkan dan mencatat nombor setiap hari. 

Kini tidak usah bimbang, Merchantrade Money Biz membantu memajukan kecekapan perniagaan anda. Bukan kombo penyelesaian perniagaan biasa, Merchantrade Money Biz terdiri daripada platform pengurusan perbelanjaan yang digabungkan dengan dompet berbilang mata wang dan kad prabayar Visa yang berfungsi seiring untuk meningkatkan produktiviti perniagaan anda.

MERCHANTRADE MONEY BIZ E-WALLET


Dashboard yang mesra pengguna menyediakan pengawasan terhadap semua perbelanjaan perniagaan, sama ada dalam talian atau dalam kedai. Jejak dan urus transaksi harian dengan mudah, dan manfaatkan sepenuhnya aliran kelulusan tersuai untuk permintaan yang berkaitan dengan kad dan perbelanjaan.

MERCHANTRADE MONEY BIZ KAD PRABAYAR PERNIAGAAN VISA 


Salah satu ciri kad prabayar Visa perniagaan yang menonjol daripada yang lain ialah ia membayar dalam lebih 20 mata wang di seluruh dunia tanpa caj forex atau tersembunyi. 

Disesuaikan untuk permintaan e-Dagang, ciri berbilang mata wang kad itu membolehkan syarikat mengambil kesempatan daripada kadar FX yang lebih baik apabila membuat pembayaran antarabangsa.

KENAPA PERLU DAFTAR MERCHANTRADE MONEY BIZ UNTUK PERNIAGAAN ANDA?

  • Sifar lebihan perbelanjaan: Membolehkan perniagaan menetapkan had perbelanjaan untuk setiap pekerja, yang membantu mengelakkan lebihan perbelanjaan.
  • Penyesuaian penuh: Perniagaan boleh menyesuaikan dompet untuk memenuhi keperluan khusus mereka. Ini termasuk menetapkan had perbelanjaan, kategori dan kebenaran.
  • Kadar FX yang lebih baik: Kad prabayar Visa perniagaan menyokong transaksi berbilang mata wang, yang boleh membantu perniagaan menjimatkan wang untuk yuran & pembayaran pertukaran asing.
  • Pengawasan perbelanjaan: Merchantrade Money Biz eWallet menyediakan perniagaan dengan papan pemuka mesra pengguna yang membolehkan penjejakan mudah perbelanjaan dan pengurusan kad.
  • Menurunkan kos operasi: Merchantrade Money Biz eWallet boleh membantu perniagaan mengurangkan kos operasi mereka dengan menyelaraskan operasi kewangan mereka.
  • Sokongan pelanggan yang berdedikasi: Merchantrade Money Biz membantu perniagaan memanfaatkan sepenuhnya ciri penyelesaian perniagaan kami. Hubungi +603 8313 8606 / +603 8318 8606 (24 jam setiap hari, termasuk hari bekerja dan cuti umum) atau e-mail [email protected]

Dengan kemudahan di hujung jari anda, anda boleh menikmati kawalan yang dipertingkatkan, ketelusan penuh untuk pengawasan perbelanjaan, sifar lebihan perbelanjaan, memfokus semula masa dan tenaga kerja untuk perniagaan anda. Aplikasi ini dibangunkan untuk pengguna Kad Prabayar VISA Perniagaan Merchantrade Money Biz dan hanya untuk pendaftaran di Malaysia. 





Sila hubungi Wakil Jualan di [email protected] untuk mendaftar. Dibawakan kepada anda oleh Merchantrade Asia, pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang terbesar di Malaysia, syarikat fintech terkemuka dan penerbit e-Wang yang berkembang pesat. Untuk maklumat lanjut tentang Merchantrade Money Biz, lawati www.merchantrademoney.com/business/

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال