NUH TRAVEL AND TOURS JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAUDIA, SAUDI TOURISM AUTHORITY, EMIRATES DAN DUBAI TOURISM
Khamis, Ogos 29, 2024NUH TRAVEL AND TOURS JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAUDIA, SAUDI TOURISM AUTHORITY, EMIRATES DAN DUBAI TOURISM | Assalammualaikum semua! Industri pelancongan antarabangsa semakin menjadi pilihan apabila agensi pelancongan bertauliah NUH Travel & Tours berjaya menjalin kerjasama bersama syarikat penerbangan dan badan pelancongan negara tersebut. Ini membuktikan statistik dari rakyat Malaysia gembira melancong apabila agensi pelancongan tip top menyediakan tentatif program dan paling lega adalah tiada penerbangan lewat atau batal pada saat akhir.
Pelbagai kisah penerbangan jemaah Umrah dan Haji yang melalui keadaan di mana penerbangan tertangguh berjam-jam. Selain dari menunggu lama, ada juga jemaah yang nekad mengambil pakej transit penerbangan. Walaupun ia jimat, tetapi penat berganda-ganda. Bayangkan kalau jemaah itu sudah berusia. Nak uruskan bagasi, nak berjalan ke terminal yang jauh. Transit pula di lapangn terbang negara yang luas dan rabun untuk membaca penanda arah. Perkara ini sangat meletihkan.
Nuh Travel and Tours umum kerjasama strategik bersama Saudia, Saudi Travel Authority, Emirates, dan Dubai Tourism untuk membangunkan produk Umrah dan Pelancongan Muslim yang kompetitif untuk Rakyat Malaysia. Nuh Travel and Tours merupakan penyedia utama perkhidmatan pelancongan dan ziarah untuk umat Islam melakar sejarah dengan kerjasama yang dimeterai dalam dua acara berprestij di Hotel Royale Chulan Damansara, menandakan era baharu dalam pengalaman pelancongan dan umrah untuk umat Islam di Malaysia.
Acara ini dihadiri oleh wakil-wakil terkemuka dari Saudia, Saudi Tourism Authority, Emirates, Dubai Tourism, dan Nuh Travel and Tours. Kerjasama ini merupakan satu langkah signifikan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kami, sambil menawarkan produk pelancongan dan umrah ziarah yang lebih kompetitif dan sesuai untuk semua lapisan rakyat Malaysia. Inisiatif ini direka khas untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim dengan lebih baik dan menyeluruh.
Tuan Hj Abdul Halim Aliumar, Ketua Pegawai Eksekutif NUH Travel and Tours berkata, “Kami amat berbangga kerana Saudia, Saudi Tourism Authority, Emirates, dan Dubai Tourism telah memilih untuk menjadi rakan strategik kami. Kerjasama ini bukan sahaja akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami, tetapi juga membolehkan kami memperkenalkan pakej-pakej pelancongan dan umrah yang lebih mampu milik, fleksibel, dan sesuai dengan kehendak serta trend terkini rakyat Malaysia. Bersama-sama, kami akan menetapkan piawaian baharu dalam industri pelancongan Muslim.”
Beliau juga menambah, “Kerjasama ini akan memberi pelanggan kami peluang untuk menikmati pengalaman yang lebih menyeluruh dalam menunaikan ibadah umrah dan melawat Saudi melalui pakej baharu kami, 'Lawat Saudi 6 Kota'. Pakej ini direka untuk memberikan jemaah umrah peluang melawat tempat-tempat bersejarah dan sirah di Saudi.
Di samping itu, kerjasama kami dengan Emirates dan Dubai Tourism membolehkan pelanggan menikmati pakej pelancongan ke serata Eropah dengan harga yang lebih kompetitif serta ziarah ke Kota Dubai bagi penerbangan Umrah Ziarah Dubai, menawarkan mereka pengalaman yang memenuhi keperluan ibadah dan juga kehendak melancong bersama keluarga.”
SAUDIA DAN SAUDI TRAVEL AUTHORITY MAHU DESTINASI DI ARAB SAUDI MENJADI KEMBARA ROHANI YANG LEBIH LUAS
Tuan Hj Abdul Halim Aliumar, Ketua Pegawai Eksekutif NUH Travel and Tours |
Ustaz Imam Muda Hassan, Penasihat Agama Umrah Imani, NUH Travel & Tours |
EMIRATES AIRLINES DAN DUBAI TOURISM BERSEDIA MEMBAWA PENGEMBARAAN ISTIMEWA KE LOKASI TERBAIK DI DUBAI
Tuan Hj Abdul Halim Aliumar, Ketua Pegawai Eksekutif NUH Travel and Tours |
Tuan Mohammad Adam Jalalel Din; Ketua Pegawai Operasi NUH Travel and Tours |
Cik Olive Ng, Travel Trade Marketing Manager, Dubai Tourism |
Encik Arif Afendi, Pengarah Mal Central Travel Sdn Bhd |
PAKEJ UMRAH 6 KOTA SAUDI MEMPERKENALKAN TARIKAN TERKINI DI ARAB SAUDI
Riyadh Boulevard |
Riyadh city at dusk |
Ain AlJammah & Hasat AlDabal |
AlUla Maraya |
Pemandangan udara jalan yang berliku-liku melalui pergunungan Al Baha |
At-Turaif |
Kereta kabel merentasi banjaran gunung di Taif |
Karavan unta di padang pasir Arab |
Diriyah, tempat kelahiran negara Saudi pertama dan tapak warisan UNESCO. |
Jeddah Old Souk |
Pemandangan Khaybar Aeriel |
Mada'in Saleh, AlUla |
Bangunan bertingkat di Al Balad |
Bahagian Luaran Nujuma Arial |
Old Town AlUla |
Gurun Riyadh |
Pembeli di Taif Souq |
Pemandangan Udara St Regis di The St. Regis Red Sea Resort |
Pesona Al-Balad, Jeddah |
The St. Regis Red Sea Resort - Vila Dune 1 Bilik Tidur - Bahagian Luaran |
Pelancong menikmati perkelahan tradisional Badwi |
Bangkai Kapal di Pulau Abu Tair |
KUNJUNGI NUH TRAVEL AND TOURS DI MATTA FAIR
- Pakej Umrah 6 Kota Saudi bermula dari RM7,990 dengan penerbangan Saudia, termasuk lawatan ke 6 kota paling terkenal di Saudi seperti Mekah, Madinah, Jeddah, Badr, Al-Ula, dan Taif.
- Pakej Umrah Ziarah Milan + Switzerland bermula dari RM12,990 dengan penerbangan Saudia, termasuk penginapan di Menara Jam di Mekah dan peluang untuk lawatan percuma ke Mount Titlis bernilai RM600.
- Pakej Umrah Ziarah Dubai bermula dari RM8,090, termasuk lawatan ke Kota Dubai dan penginapan di hotel Menara Jam di Mekah. Pakej ini menggunakan penerbangan Emirates.
- Pakej Pelancongan Muslim Swiss-Milan bermula dari RM6,990 dengan penerbangan Emirates.
Promosi ini akan berakhir pada 9 September dan tempat adalah terhad. Penerbangan sehingga Disember 2025 kini dibuka untuk tempahan, dan pendaftaran untuk promosi ini boleh dimulakan sekarang. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman sesawang di www.nuhtravel.com.my. Bagi mengelakkan kesesakan di MITEC, pelanggan juga boleh melawat laman web rasmi NUH Travel and Tours dan berhubung dengan perunding jualan secara dalam talian.
MATTA FAIR akan berlangsung bermula 6 Sep - 8 Sep 2024; 10 Pagi - 10 Malam di MITEC, Kuala Lumpur dan NUH Travel & Tours berada di Booth 2P59 Tingkat 2. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan Promosi, Diskaun dan Cabutan Bertuah bernilai sehingga RM 20,000!
0 comments