RAI HARI KEMERDEKAAN KE-67 DAN HARI MALAYSIA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN

RAI HARI KEMERDEKAAN KE-67 DAN HARI MALAYSIA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN | Assalammualaikum semua! Ganjaran hebat dan pelbagai aktiviti patriotik yang menarik menanti para pengunjung! Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Pusat Beli Belah Alamanda kembali meneruskan tradisi dengan meraikan kemerdekaan melalui unjuran kempen gemilang yang berlangsung dari 23 Ogos hingga 16 September 2024. Kempen yang disasarkan menarik ramai pelanggan dari setiap lapisan umur ini membawakan tema tahun 2024 ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’. Momentum ini akan diteruskan sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2024.

RAI HARI KEMERDEKAAN KE-67 DAN HARI MALAYSIA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN

RAI HARI KEMERDEKAAN KE-67 DAN HARI MALAYSIA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN


ALAMANDA PUTRAJAYA

Alamanda Putrajaya menjemput para pelanggan untuk menyemarakkan semangat “Jiwa Merdeka” melalui pelbagai ganjaran menarik.

• Ganjaran Merdeka: Para pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas melalui dua resit daripada senarai kedai terpilih akan menerima baju-T edisi terhad Merdeka ke-67.

• Ganjaran ‘High Spenders’: Bagi mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas melalui dua resit, akan menerima sekeping Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada baju-T edisi terhad Merdeka sebagai tawaran insentif tambahan kepada mereka yang meraikan bersama kami.

• Cabutan Bertuah: Tiga peserta bertuah dalam akan berpeluang memenangi RM670 dalam Baucer Beli-belah Alamanda, menjadikan pengalaman Merdeka mereka lebih bermakna.

Untuk meningkatkan suasana patriotik, Alamanda akan dihiasi dengan Jalur Gemilang, dan 500 pembeli pertama pada Hari Merdeka akan menerima bendera Jalur Gemilang mudah alih sebagai tanda pengharagaan bagi mewujudkan semangat cinta negara di dalam pusat membeli-belah.

MESRA MALL KEMAMAN

Pusat Beli Belah Mesra, Terengganu juga akan menyertai sambutan seluruh negara dengan Kempen Merdeka mereka, yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 16 September 2024. Turut membawakan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’, pusat beli-belah ini akan menampilkan hiasan patriotik dan pelbagai tawaran istimewa serta aktiviti menarik bagi menyemerakkan semangat Merdeka sehingga Hari Malaysia pada 16 September.

• Ganjaran Merdeka: Para pelanggan yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di senarai kedai terpilih berpeluang untuk menebus baju-T edisi terhad Merdeka ke-67 sebagai tanda ingatan akan lambang kemerdekaan negara.

• Aktiviti Menarik: Tanggal 31 Ogos 2024, Pusat Beli Belah Mesra akan menganjurkan pemberian pin dan lencana Jalur Gemilang berserta belon secara percuma bagi berkongsi penghayatan Merdeka bersama komuniti sejagat.

• Kempen VIKids: Kempen yang mendapat sambutan hangat kembali ke lantai Pusat Beli Belah Mesra bermula dari 12 sehingga 16 September 2024 dan turut menawarkan rangkaian aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak yang menarik. Pembeli yang berbelanja RM100 dan ke atas dalam satu resit di senarai kedai terpilih berpeluang menebus set tanah liat premium. Pelbagai pertandingan yang menarik juga turut diadakan seperti Pertandingan Basikal Patriotik pada 12 September, Pertandingan Kostum Pahlawan pada 14 September, dan Pertandingan Mewarna Wau pada 15 September, yang membawakan barisan hadiah menarik untuk dimenangi. Ini adalah di antara usaha untuk meningkatkan tahap kreativiti dan memupuk semangat patriotisma dalam kalangan peserta cilik kita.

“Kempen Merdeka dan VIKids di Pusat Beli Belah Alamanda dan Mesra di lihat sebagai cerminan prinsip-prinsip ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’. Sempena sambutan ulang tahun ke-67 kemerdekaan negara kita, kami berbangga untuk menawarkan aktiviti dan ganjaran yang menggalakkan kesepaduan keluarga selain dari menghormati nilai-nilai yang membentuk negara Malaysia. Kami ingin mengambil kesempatan untuk mempelawa para pengunjung untuk menyertai kami dalam sambutan penuh gemilang ini bagi mengkuatkan perpaduan, memahami nilai kebebasan, dan menghayati semangat patriotisma,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Lepas raptai Kemerdekaan di Dataran Putrajaya, jom! ke Alamanda Putrajaya 31 Ogos 2024 ini! 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال