TULAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL, SYARIKAT KOSMETIK CUBRE MI FAIL SAMAN TERHADAP BEKAS KETUA EJEN

TULAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL, SYARIKAT KOSMETIK CUBRE MI FAIL SAMAN TERHADAP BEKAS KETUA EJEN | Assalammualaikum semua! Beberapa bulan ini hangat dibincangkan isu berkenaan kes saman di antara syarikat kosmetik dan bekas ketua ejen. Berpunca daripada hantaran status di media sosial yang berbaur provokasi. Mengakibatkan pelbagai spekulasi terjadi. Walaupun tidak memaklumkan tentang apa dan siapa individu yang dimaksudkan. Namun ia mudah diketahui kerana industri kecantikan tempatan berada di dalam komuniti yang sama.

Komuniti ini mempunyai hubungan baik di antara pengasas, ketua ejen dan ejen-ejen yang lain. Keutuhan hubungan baik sesama mereka jelas nampak dari kandungan-kandungan status dan video di media sosial. Ejen produk kecantikan pada zaman ini diberi kebebasan menjual pelbagai jenama produk kecantikan tempatan. Malah mereka juga memiliki produk jenama sendiri. Peluang perniagaan yang sangat baik kita miliki di Malaysia. 

TULAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL, SYARIKAT KOSMETIK CUBRE MI FAIL SAMAN TERHADAP BEKAS KETUA EJEN


TULAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL, SYARIKAT KOSMETIK CUBRE MI FAIL SAMAN TERHADAP BEKAS KETUA EJEN


Dalam meniti arus kemodenan ini, etika perniagaan dan etika mengendalikan platform media sosial amatlah penting. Ia bukan sahaja untuk menjaga hak masing-masing, ia juga memupuk cara penyelesaian masalah yang lebih bertamadun. Pada zaman dulu, perang dunia tercetus kerana kegagalan komunikasi di antara beberapa pihak. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa silam agar keamanan yang dikecapi dapat diteruskan sehingga generasi seterusnya iaitu anak cucu yang bakal hidup pada masa akan datang.

Kedua-dua pihak boleh berbincang dan bertanya situasi sebenar dan apakah solusi yang boleh dilaksanakan. Memandangkan hubungan di antara Syarikat Kosmetik Cubre Mi lebih mudah dihubungi oleh Bekas Ketua Ejen kerana mempunyai saluran yang pantas untuk bertanya sebarang persoalan. Agar kedua-dua pihak dapat menyelesaikan salah faham yang berlaku. Namun apakan daya, tiada pertanyaan dan perbincangan berlaku. Bekas Ketua Ejen memilih untuk bersuara di media sosial sahaja. Pihak Syarikat Kosmetik Cubre Mi telah menghantar Letter of Demand (LOD) pertama untuk pihak defendan iaitu Bekas Ketua Ejen melakukan "Permohonan Maaf dan Memadam Hantaran Status di media sosial". Akan tetapi, LOD itu tidak diendahkan. Maka, LOD kedua dan writ saman telah disediakan oleh Adnan Sharida & Associates untuk tindakan selanjutnya.

Syarikat Kosmetik Cubre Mi telah memfailkan saman terhadap Bekas Ketua Ejen yang telah menghantar status di media sosial kerana tidak berpuas hati dengan promosi jualan murah di LIVE Tiktok Shop yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Cubre Mi di Sungai Petani. Bekas Ketua Ejen berasakan Ibu Pejabat tidak seharusnya menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di dalam talian. Bagi beliau, ia mengganggu perniagaan beliau dan anak-anak ejen yang lain kerana promosi yang dijalankan jauh lebih rendah harganya. Syarikat kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. memfailkan saman terhadap seorang bekas ketua ejennya kerana didakwa memfitnah syarikat berkenaan menerusi platform media sosial pada April lalu. 


TULAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL, SYARIKAT KOSMETIK CUBRE MI FAIL SAMAN TERHADAP BEKAS KETUA EJEN


Peguam Datuk Adnan Seman berkata, anak guamnya memfailkan saman tersebut pada 24 Jun 2024 dan mahkamah menetapkan 20 Ogos 2024 ini sebagai tarikh pengurusan kes.

“Saman adalah berkaitan penerbitan kenyataan defendan pada 18 April 2024 di Facebook. Ia berkaitan penjualan produk-produk oleh Ibu Pejabat Cubre Mi yang didakwa menganiayanya. Dalam hantaran itu defendan mendakwa telah dianiaya apabila Ibu Pejabat menjual produk pada harga lebih rendah berbanding harga runcit,” katanya pada satu sidang media yang turut dihadiri Pengasas Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan di Bangi.

Adnan berkata, kenyataan itu kemudian dikongsikan oleh pihak lain di Instagram dan TikTok sekaligus memberi pandangan umum yang buruk terhadap reputasi dan imej anak guamnya.

“Pihak yang disaman juga telah memfailkan pembelaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, anak guamnya bagaimanapun mendakwa, produk yang dijual pada harga rendah itu adalah bagi tempoh yang singkat untuk produk yang mempunyai kecacatan pada bungkusan atau hampir tamat tarikh luput. Dakwa beliau, langkah tersebut antara lain bertujuan memperkenalkan lagi produk berkenaan kepada orang ramai yang dapat membelinya pada harga rendah berbanding harga di pasaran. 


TULAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL, SYARIKAT KOSMETIK CUBRE MI FAIL SAMAN TERHADAP BEKAS KETUA EJEN

Plaintif Pertama adalah Syarikat Kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. manakala Plaintif Kedua merupakan pengarah dan pemegang saham tunggal bagi Plaintif Pertama iaitu Puan Afzalizah Nizam Azizan. Manakala, Defendan merupakan Bekas Ketua Ejen bagi syarikat Plaintif Pertama.

Plaintif Pertama menjalankan perniagaan produk kosmetik dengan penjenamaan “Cubre Mi”. Produk utama yang diniagakan oleh Plaintif Pertama adalah bedak asas (foundation) yang mempunyai pelbagai jenis dan warna. Malah terdapat juga produk-produk sampingan dan edisi khas antaranya Eyeshadow Palette 4 in 1, Eyeliner Pencil, Lipmatte, Water Liptint dan Powder Blusher.

Defendan telah memasuki “Perjanjian Leader Premier” bertarikh 08.12.2022 (“Perjanjian tersebut”) dengan Plaintif Pertama di mana Plaintif Pertama melantik Defendan untuk menjadi Ketua Ejen untuk menjaga penjualan produk-produk Plaintif Pertama di sesuatu kawasan di Kuala Lumpur, namun Defendan boleh menjual produk Plaintif Pertama kepada pihak yang berada di luar kawasan Kuala Lumpur. 

Plaintif Pertama akan membuat tempahan dan pembelian produk-produk daripada pengilang Plaintif Pertama setiap bulan namun mengikut permintaan dan musim. Daripada keseluruhan tempahan dan pembelian produk-produk tersebut, akan terdapat sejumlah kecil yang mempunyai kecacatan (defect) seperti kecacatan pada pakej luaran mahupun dalaman produk-produk tersebut. Bagi produk yang tidak habis dijual, ianya mempunyai tarikh luput dan bagi produk yang tamat tarikh luput, ianya akan dilupuskan. 

Oleh itu, pada sekitar April 2024, Plaintif Pertama telah membuat keputusan untuk menjual produk-produk Plaintif Pertama yang mempunyai kecacatan dan produk yang hampir tamat tarikh luput pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Walaubagaimanapun, Defendan tanpa sebarang rujukan kepada Plaintif-Plaintif telah menerbitkan pernyataan-pernyataan fitnah terhadap Plaintif-Plaintif melalui akaun media sosial Facebook Defendan.

Kesan dan akibat daripada tindakan Defendan menerbitkan kenyataan-kenyataan fitnah tersebut, Plaintif-Plaintif telah menerima pelbagai komen-komen dan/atau pesanan-pesanan berbaur kebencian daripada pelbagai pihak termasuk individu-individu yang tidak dikenali.



TULAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL, SYARIKAT KOSMETIK CUBRE MI FAIL SAMAN TERHADAP BEKAS KETUA EJEN


Nama Cubre Mi berasal dari perkataan Sepanyol yang bermaksud ‘cover me’. Istilah itu sesuai dengan produk kosmetik yang ingin dijual oleh syarikat kerana salah satu fungsi mekap juga adalah untuk melindungi cela di wajah dan memberi keyakinan kepada si pemakai. Produk pertama Cubre Mi dihasilkan pada tahun 2017 iaitu Cubre Mi Matte Full Coverage Foundation yang merupakan pencetus utama populariti Cubre Mi.

Puan Afzalizah Nizam Azizan memulakan perniagaan pada 2017. Pada sekitar tahun 2018, syarikat kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. (Cubre Mi) memulakan perniagaan di media sosial dan pada ketika itu hanya ahli keluarga dan kenalan rapat menyokong perniagaan beliau dan membantu menjualnya. Perniagaan semakin maju, penghujung 2018 sistem ejen dan stokis diperkenalkan. Jenama Cubre Mi semakin dikenali dan popular. Produk-produk kosmetik Cubre Mi sehingga hari ini mendapat sambutan dan produk tersebut adalah seperti berikut:

  1. Cubre Mi Liquid Foundation - Light, Ivory, Natural, Medium, Tanned & Deep Tanned
  2. Cubre Mi Stick Foundation - Light, Natural, Medium
  3. Cubre Mi Contour Stick Sallywhoo X Cubremi Birthday Edition
  4. Cubre Mi Compact Powder - Butter, Cheese, Chocolate
  5. Cubre Mi Concealer Eraser - Light, Natural, Medium, Tanned
  6. Cubre Mi Loose Powdoll
  7. Cubre Mi Orange Corrector
  8. Cubre Mi Cocoa Contour
  9. Cubre Mi Highlighter
  10. Cubre Mi Sallywhoo Contour Stick
  11. Cubre Mi Eyeliner
  12. Cubre Mi Eyeliner Pencil - Black Jet, Champagne, White Milky
  13. Cubre Mi Eyeshadow Palette 2 in 1 - Cinnamon, Berries, Chocolate
  14. Cubre Mi Eyeshadow 1.0 - Candyland, Cakeland, Iceland
  15. Cubre Mi Eyeshadow 2.0 - Sweet Heart, Baby Love, Dear Darling
  16. Cubre Mi Eyebrow Pencil 2 in 1 - Light Brown, Dark Brown
  17. Cubre Mi Brow Up - Light Brown, Dark Grey & Dark Brown
  18. Cubre Mi Mariposa Liquid Blush - Enchanted, Courage, Charming, Blooming, Mesmerise
  19. Cubre Mi Blusher Stick - Sassy, Sexy, Classy
  20. Cubre Mi Nelysa Powder Blush - Versatile, Lurve, Daring, Sporty
  21. Cubre Mi Powder Blush - Yes Sir!, Cheff Kiss!, I'm Sick!, Good Luck! Your Honor!
  22. Cubre Mi Duo Lipmatte - First Love, Sweet Memory, Be My Last, She Say Yes, Infinity, Glow Old Together
  23. Cubre Mi Liptint - Peachy Soda. Fanta Orange, Pink Lemonade, Cola Red
  24. Cubre Mi Lips Crayon - Nude, Orangey, Coral, Brownies
  25. Cubre Mi Ticer Ayien Latte Edition Stay Matte - Buttercream Latte, Mocha Latte, Ice Coffee Latte, Spanish Latter, Honey Latte
  26. Cubre Mi I am Egg-cited Beauty Blender
  27. Cubre Mi Doll Skin Face & Body Instant Brightening Lotion
  28. Cubre Mi Makeup Remover Cleansing Oil
  29. Cubre Mi Beginner Set Box
  30. Cubre Mi Makeup Bag
  31. Cubre Mi Perfume

Pada tahun 2020, Puan Afzalizah Nizam Azizan yang merupakan suri rumah berjaya menjadi jutawan telah dianugerahkan NONA Superwoman Award 2020 untuk kategori NONA Best Entrepreneur Cosmetic Award bagi syarikat kosmetik Cubre Mi. Kejayaan ini tidak akan dimiliki jika semangat berpasukan di antara syarikat, pengasas yang berwawasan, ejen dan pelanggan yang setia. 

Untuk merealisasikan kejayaan syarikat dan menjadikan syarikat lebih profesional. Puan Afzalizah Nizam Azizan menghubungi Puan Azreen Azmi (AA) iaitu Penasihat Undang-Undang Perniagaan untuk menyediakan perjanjian bersama semua Ketua-Ketua Ejen Cubre Mi. Perjanjian bersama 15 Ketua Ejen Cubre Mi telah diadakan dan semua isi kandungan perjanjian telah dijelaskan. Semua Ketua Ejen Cubre Mi memahami dan menandatangani perjanjian tersebut pada tahun 2020.

Pada penghujung tahun 2022 perjanjian baharu iaitu “Perjanjian Leader Premier” disediakan dan semua ketua ejen memahami terma dan syarat serta menandatanganinya. Setelah banyak pencapaian dan kejayaan oleh Ketua Ejen di seluruh Malaysia, Syarikat Kosmetik Cubre Mi telah melakukan promosi dengan menaikkan papan iklan di lebuhraya dan memaparkan wajah Ketua Ejen sebagai tanda penghargaan. Ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk berniaga dengan lebih hebat lagi. 

Tahun 2024,  Syarikat kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. menghubungi Peguam kerana berasa tidak selesa dengan hantaran media sosial yang diterbitkan oleh Bekas Ketua Ejen. Maka, LOD (Letter of Demand) pertama telah dihantar kepada bekas ketua ejen. Tetapi tidak diendahkan. Kemudian, pihak peguam mengeluarkan Notis Penamatan Perjanjian sebagai Ketua Ejen Cubre Mi dan LOD kedua. Menuntut permohonan maaf dan mengarahkan untuk memadam hantaran status di media sosial. 

Ini merupakan pengalaman pertama kali bagi Syarikat kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. memfailkan saman setelah kerjasama tidak terhasil dari pihak defendan. Pada 24 Jun 2024 writ saman telah difailkan. 

Kenyataan balas dari Defendan menyatakan bahawa stok produk yang dimiliki oleh beliau tidak laku kerana jualan dalam LIVE Tiktok Shop dan menginginkan ganti rugi. Buat pengetahuan kalian semua, produk yang dijual kepada ketua ejen adalah lebih rendah dan pada pada harga istimewa dari syarikat Cubre Mi sendiri. Namun bekas ketua ejen, menginginkan Ibu Pejabat membayar balik ganti rugi pada harga runcit. Tidak cukup dengan hantaran di media sosial oleh bekas ejen, malah ejen kecil dibawah beliau juga turut memuat naik video ketidakpuasan hati mereka kepada syarikat kosmetik Cubre Mi. Video tersebut mendapat liputan 709.7K tontonan sehingga hari ini. Impak di media sosial sangat besar. Belum lagi baca dibahagian komen. Urut dada Ruby membacanya.

Cubre Mi Terkenal dengan kosmetik bersaiz comel, bungkusan yang ceria dan dijual pada harga yang mampu milik oleh semua masyarakat. Cubre Mi terus melangkah dengan menghasilkan produk berdasarkan permintaan pelanggan. Selain itu, kolabrasi bersama pempengaruh media sosial tempatan juga memberi impak kepada jenama Cubre Mi. Di antara kolabrasi yang telah berjaya dilaksanakan adalah bersama Tiktokers Sallywhoo @ Nur Salihah Aimuni, Ticer Ayien, Watie Hanifiah, Nelysa. 

JUALAN DARI IBU PEJABAT BERLANGSUNG DI PLATFORM LIVE TIKTOK SHOP HANYA UNTUK PRODUK HAMPIR TAMAT TARIKH LUPUT DAN BUNGKUSAN YANG TIDAK SEMPURNA

Sejujurnya, Ruby bukan ingin mengganggu proses siasatan atau proses perundangan tentang kes di antara Syarikat Kosmetik Cubre Mi dan Bekas Ketua Ejen. Ruby juga salah seorang pelanggan yang membeli Cubre Mi Eyeshadow Palette 4in1 ketika jualan murah di LIVE TikTok Shop. Tertarik dengan ulasan dalam media sosial dan kecomelan bungkusan produk Cubre Mi. Ini merupakan produk Cubre Mi yang pertama Ruby beli dan cuba. Ternyata warna pembayang mata ini memiliki liputan berpigmen. Pada pendapat Ruby, ia langkah pemasaran yang bagus dari Ibu Pejabat Cubre Mi agar produk lebih dikenali dan ini bakal membantu ejen-ejen Cubre Mi yang lain.


TULAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL, SYARIKAT KOSMETIK CUBRE MI FAIL SAMAN TERHADAP BEKAS KETUA EJEN


Setiap pihak ada alasan yang kukuh. Akan tetapi, jangan sesekali melampau batas. Jika ejen-ejen tidak berpuas hati, gunakan saluran yang tepat. Tetapi jangan sebarkan fitnah dan salah faham kerana ia boleh menyebabkan banyak pihak tersinggung. Malah berpotensi menyebabkan kematian kerana buli di media sosial lebih bahaya. Nyawa menjadi taruhan. Orang yang meninggal itu jatuh pada tanggungjawab anda. Hanya dari perbalahan tentang produk yang dijual murah, ada anak yang kehilangan ibu bapa. 

Adalah sebaiknya kedua-dua pihak berbincang melalui peguam yang telah dilantik. Persoalannya, adakah produk Cubre Mi Eyeshadow 4 in 1 yang dijual melalui LIVE Tiktok Shop dari Ibu Pejabat Cubre Mi Sungai Petani yang galak di pertikaikan tidak terjual oleh Bekas Ketua Ejen dan Anak-Anak Ejen? Atau produk lain? 

Semoga dipermudahkan urusan bagi kedua-dua pihak. 



6 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Penting untuk kita semua faham bahawa media sosial boleh menjadi pisau bermata dua. Apabila disalah guna, ia boleh merosakkan reputasi dan hubungan. Sebaiknya, isu seperti ini diselesaikan melalui perbincangan atau mediasi, bukan dengan menyebarkan fitnah. Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan menjadi pengajaran untuk kita semua.

    BalasPadam
  2. Ohh dear, it's really scarry whenever a cyber bully happened on social media platforms, it's not easy to manage the overall branding & trust built by Syarikat Kosmetik Cubre Mi due to this case. Thanks for sharing this informative case discussion here. Cheers SiennyLovesDrawing

    BalasPadam
  3. Good luck Cubre Mi. Semoga dapat cure nama anda balik. Susah juga Bila nama dah dicemarkan.

    BalasPadam
  4. Betul, kes ni kena siasat dengan betul dan hantar product for safety test to KKM

    BalasPadam
  5. isu fitnah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini terutamanya melibatkan bisnes .. moga ada penyelesaian yang baik selepas ini

    BalasPadam
  6. sekarang ni macam-macam orang nak buat jatuhkan bisnes orang lain

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال