GSK AREXVY MELINDUNGI WARGA EMAS DARI RESPIRATORY SYNCYTIAL VIRUS (RSV)

GSK AREXVY MELINDUNGI WARGA EMAS DARI RESPIRATORY SYNCYTIAL VIRUS (RSV) | Assalammualaikum semua! GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) mengumumkan bahawa Arexvy (MAL24086007ARZ) telah diluluskan di Malaysia untuk Respiratory Syncytial Virus (RSV), iaitu virus pernafasan yang lazim yang boleh membawa kesan klinikal yang serius, seperti penyakit saluran pernafasan bawah (LRTD) dan pneumonia. 

Ini merupakan vaksin RSV yang diluluskan untuk golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas di negara ini dengan komorbiditi sedia ada berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan akibat RSV. Vaksin adjuvan ini berpotensi untuk mentransformasikan usaha dalam mengurangkan beban RSV kepada golongan warga emas, sistem penjagaan kesihatan, dan masyarakat.

Vaksin menunjukkan keberkesanan keseluruhan sebanyak 82.6% terhadap RSV-LRTD dengan keberkesanan 94.6% diperhatikan dalam kalangan orang dewasa dengan komorbiditi. Kelulusan ini berdasarkan data positif daripada percubaan fasa III yang menunjukkan keberkesanan vaksin keseluruhan sebanyak 82.6% terhadap LRTD. 

GSK AREXVY MELINDUNGI WARGA EMAS DARI RESPIRATORY SYNCYTIAL VIRUS (RSV)
(dari kiri) Dr Alap Gandhi, Country Medical Director of GSK Malaysia & Brunei; Ruxandra Nastasa, Vice President & General Manager of GSK Malaysia & Brunei; dan Profesor Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah & Perunding, Perubatan Pernafasan, Hospital Al Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (HASA UiTM) semasa di pelancaran Vaksin Arexvy GSK.


Keberkesanan sebanyak 94.6% diperhatikan terhadap RSV-LRTD dalam kalangan orang dewasa dengan komorbiditi. vii Dalam pelbagai kajian, vaksin ini secara amnya diterima baik dengan profil keselamatan yang mencukupi. Antara kesan buruk yang diperhatikan ialah kesakitan di tapak suntikan, keletihan, mialgia, dan sakit kepala. Kesan-kesan ini lazimnya adalah ringan hingga sederhana dan bertahan dalam masa beberapa hari selepas divaksinasi.

Walaupun RSV ialah penyakit yang menyerang semua peringkat usia, pada tahun 2019 kesan RSV pada orang dewasa berusia 60 tahun dan ke atas adalah ketara, mengakibatkan lebih 470,000 dimasukkan ke hospital dan 33,000 kematian di negara-negara berpendapatan tinggi. ii Orang dewasa dengan komorbiditi sedia ada, termasuk penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), asma, diabetes, dan kegagalan jantung kronik (chronic heart failure, CHF) berisiko tinggi untuk mengalami penyakit RSV yang parah. 

Sejak pandemik COVID-19, terdapat perubahan dalam corak jangkitan bermusim akibat langkah-langkah perlindungan COVID-19. iv Khususnya di Malaysia, jangkitan RSV berlaku sepanjang tahun, dengan kemuncak yang ketara lazimnya berlaku antara bulan Julai hingga Ogos, serta Oktober hingga Disember. 


GSK AREXVY MELINDUNGI WARGA EMAS DARI RESPIRATORY SYNCYTIAL VIRUS (RSV)
Profesor Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah & Perunding, Perubatan Pernafasan, Hospital Al Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (HASA UiTM)


Profesor Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah & Perunding, Perubatan Pernafasan, Hospital Al Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (HASA UiTM) berkata: "RSV boleh menyebabkan kesan yang parah, terutamanya dalam kalangan warga emas dengan komorbiditi seperti asma, COPD, dan kegagalan jantung kronik. iii Mereka juga berisiko tinggi untuk hospitalasasi selepas dijangkiti RSV. Oleh itu, adalah penting untuk kita melindungi pesakit berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi. 

Di Malaysia, menurut Tinjauan Morbiditi Kesihatan Nasional 2023 (NHMS), lebih daripada setengah juta orang dewasa hidup dengan empat komorbiditi. Daripada jumlah ini, 15.6% daripada populasi dewasa mempunyai diabetes. Sudah tiba masanya kita melindungi warga emas dengan keadaan kesihatan yang mendasari daripada jangkitan RSV untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan yang berkualiti terutamanya ketika usia emas mereka. Dengan mengutamakan kesejahteraan golongan warga emas, secara kolektif kita dapat memupuk masyarakat yang lebih sihat dan lebih cergas, dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua generasi."


GSK AREXVY MELINDUNGI WARGA EMAS DARI RESPIRATORY SYNCYTIAL VIRUS (RSV)
Dr. Alap Gandhi, Pengarah Perubatan, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) Malaysia dan Brunei


Dr. Alap Gandhi, Pengarah Perubatan, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) Malaysia dan Brunei berkata: "Pengumuman hari ini merupakan langkah besar ke hadapan dari perspektif kesihatan awam kerana ia membolehkan kami menyediakan vaksin bagi RSV di Malaysia bagi melindungi golongan warga emas. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak berkenanaan untuk memastikan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan RSV yang parah ini dapat akses sewajarnya kepada vaksin ini."

Vaksin RSV warga emas GSK mengandungi antigen glikoprotein RSV F prafusi subunit rekombinan (RSVPreF3) yang digabungkan dengan adjuvan proprietari AS01E GSK. Dalam pelbagai ujian, calon vaksin ini umumnya diterima dengan baik dengan profil keselamatan yang mencukupi. Kesan sampingan yang paling kerap dilaporkan ialah kesakitan di tapak suntikan, keletihan, mialgia, dan sakit kepala. Kesan-kesan ini lazimnya adalah ringan hingga sederhana dan bersifat sementara.

GSK AREXVY MELINDUNGI WARGA EMAS DARI RESPIRATORY SYNCYTIAL VIRUS (RSV)
Ms Ruxandra Natasha, Vice President & General Manager of GSK Malaysia & Brunei.

RSV ialah virus mudah berjangkit lazim yang menjejaskan paru-paru dan saluran pernafasan. Sehingga kini, RSV merupakan penyakit berjangkit yang membimbangkan. Orang dewasa yang lebih berusia berisiko tinggi mendapat penyakit yang parah kerana penurunan imuniti berkaitan usia dan keadaan kesihatan yang sedia ada. RSV boleh memburukkan keadaan termasuk COPD, asma, dan CHF, serta boleh membawa kepada kesan yang teruk, seperti pneumonia. 

Pada tahun 2019, RSV telah menyebabkan lebih 470,000 kemasukan ke hospital dan 33,000 kematian dalam kalangan orang dewasa berusia 60 tahun dan ke atas di negara-negara berpendapatan tinggi. Orang dewasa dengan keadaan kesihatan yang sedia ada lebih cenderung untuk mendapatkan nasihat perubatan dan mempunyai kadar kemasukan ke hospital yang lebih tinggi daripada orang dewasa tanpa pelbagai keadaan ini.

Semoga Vaksin Arexvy dapat membantu warga emas di Malaysia. Ini kerana apabila sistem imun semakin merosot, RSV lebih mudah dijangkiti. Sebagai ahli keluarga dan masyarakat, kita perlu memainkan peranan untuk memberi kesedaran bahawa warga emas kita berusia panjang tetapi terdedah dengan penyakit kronik. Penjagaan kebersihan diri kita dan insan yang kita sayangi ini juga perlu. Seperti bagaimana kita mengehadkan bayi dari terdedah kepada persekitaran yang akan mengakibatkan selsema. Ramai terlupa bahawa warga emas kita ini melalui fasa kehidupan yang lebih terdedah kepada RSV. Jom sama-sama kita lindungi mereka dan mereka menua dengan sihat dan gembira.  

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال