QAYRA BEAUTY EMPIRE ANJUR CSR BAGI MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN

QAYRA BEAUTY EMPIRE ANJUR CSR BAGI MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN | Assalammualaikum semua. Jenama terkenal Qayra Beauty telah menganjurkan program CSR bagi menyalurkan bantuan kepada lebih 300 penerima. Bantuan berupa barangan keperluan harian untuk seisi keluarga. Penerima-penerima yang menerima sumbangan ini adalah dari daerah Kota Bharu, Pasir Puteh, Pengkalan Kubur, Tumpat dan Besut di Kelantan.

Qayra Beauty telah memperuntukkan lebih kurang RM 30,000 bagi tujuan kebajikan malah membuka ruang kepada ketua ejen Qayra Beauty Empire untuk bersama-sama memberikan sumbangan. Qayra Beauty Empire memiliki 8000 usahawan dan yang menyertai program CSR kali ini adalah seramai 25 ketua ejen dari Putrajaya, Bachok, Machang, Kota Bharu, Ketereh dan beberapa lagi daerah lain.

Memahami kesulitan ekonomi yang di alami masyarakat selepas kenaikan harga barangan asas membuatkan pengasas produk ini mahu membuat program sumbangan barangan keperluan dengan memberi fokus kepada masyarakat setempat.


QAYRA BEAUTY EMPIRE ANJUR CSR BAGI MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN
Pengasas Qayra Beauty Empire, Noor Faqirah Abdullah bersama suami. 

Pemiliknya, Qayra Beauty Empire, Noor Faqirah Abdullah, 29 berkata, pihaknya bercadang mengadakan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali setahun program CSR sebegini setelah penganjurannya buat kali pertama berjaya pada Oktober 2023.

“Kami bajet memberi bantuan keperluan harian kepada 300 orang. Di antara barang sumbangan adalah lampin pakai buang, beras, gula dan lain-lain. Walaupun kami menyediakan pemberian sumbangan kepada 300 orang, jika ada tetamu yang datang selepas barang semua sudah diagihkan, kami akan beri wang tunai RM50 setiap seorang. Kebiasannya sehingga 500 orang yang akan hadir secara keseluruhannya dan ini adalah cara kami berkongsi rezeki.” ujar Noor Faqirah Abdullah, Pengasas Qayra Beauty Empire.

“CSR ni fokus untuk bantu masyarakat setempat memandangkan keadaan ekonomi negara semakin meningkat. Ramai terjejas dengan harga barang naik mendadak. Harga lampin pakai buang sangat mahal. Dulu barangan keperluan asas kita boleh dapat pada harga berbelas ringgit sahaja. Semestinya tumpuan sumbangan diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Semoga ia dapat meringankan beban mereka.” Ujarnya ketika ditemui media dalam Program CSR Bersama Qayra Beauty di Kota Bharu Kelantan.

Qayra Beauty Empire berhasrat untuk berkongsi rezeki yang diperolehi menerusi jualan dengan menyumbangkan sebahagian hasil jualan produknya kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, syarikat juga konsisten melakukan sumbangan ikhlas dengan membantu pengurusan Sekolah Tahfiz. Bantuan seperti bayaran bil elektrik, kenderaan van dan keperluan lain. Menurut Puan Noor Faqirah Abdullah tidak semua kebaikan perlu dihebahkan, cukup dengan sumbangan berterusan dilakukan agar masyarakat berdekatan kami selesa. 


QAYRA BEAUTY EMPIRE ANJUR CSR BAGI MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN
Noor Faqirah Abdullah dan suami bersama pekerja semasa menyediakan barangan sumbangan.

QAYRA BEAUTY EMPIRE ANJUR CSR BAGI MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN
Noor Faqirah Abdullah (dua dari kanan) bersama leader Qayra Beauty yang sama- sama menyumbang untuk program CSR ini. (Dari kiri) Fadlin Mastura Mohd Ibrahim dari Machang, Wan Nor Eziatul Azlin - Bachok dan Syahida Abdullah dari Kota Bharu.

QAYRA BEAUTY EMPIRE ANJUR CSR BAGI MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN
Penerima bantuan yang hadir. 

QAYRA BEAUTY EMPIRE ANJUR CSR BAGI MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN
Noor Faqirah Abdullah, Pengasas Qayra Beauty Empire bergambar bersama penerima sumbangan. 

KEBANGKITAN QAYRA BEAUTY EMPIRE

Perniagaan Qayra Beauty Empire bermula pada tahun 2019 tanpa modal dan ilmu perniagaan. Hanya meminjam duit raya anak untuk memulakan perniagaan. Niat ingin mengubah kehidupan keluarga agar keluar daripada kesempitan dan kesusahan. Cabaran demi cabaran diharungi, keberkatan dalam perniagaan sentiasa diutamakan. Qayra Beauty (QB) meniti kejayaan apabila pada tahun 2021 hasil jualan mencecah RM17 juta dan tahun 2022 hasil jualan bernilai RM21 juta. Kejayaan pengasas QB, Noor Faqirah Abdullah, 29, yang berasal Pasir Tumbuh , Kelantan menjadi inspirasi. 

Kejayaan tidak hadir dengan mudah, permulaan QB sangat personal iaitu pada tahun 2018, ketika kandungannya sarat sembilan bulan. Puan Noor Faqirah Abdullah dan suami berniaga laksa di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di negeri kelahirannya itu.

QAYRA BEAUTY EMPIRE ANJUR CSR BAGI MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN
Noor Faqirah Abdullah, Pengasas Qayra Beauty bersama produk-produk keluaran syarikatnya.

Tidak mahu terus meratapi nasib, setahun selepas itu pada 2019, beliau mengeluarkan produk sendiri iaitu jamu QB Herba Kurus Tradisi (HKT). Jamu QB dihasilkan daripada akar kayu yang diperolehi oleh bapa beliau sendiri. Bapa beliau merupakan usahawan akar-akar kayu di RTC Tunjong pada ketika itu. Pada peringkat awal perniagaan tiada sambutan. Namun, pada pertengahan tahun 2019, produk itu semakin dikenali ramai apabila beliau sendiri berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin. Sebanyak 15 kilogram berat badan berkurangan dalam masa hanya dua bulan selepas mengamalkan HKT.

Pada peringkat awal, semuanya dilakukan sendiri termasuk pembungkusan dan penghantaran. Tahun 2020, Qayra Beauty Empire semakin dikenali dan sistem ejen diperkenalkan. Seramai 500 ejen pada peringkat permulaan dan seterusnya bertambah menjadi 6,000 orang. Mereka berpuas hati apabila mendapat keuntungan lumayan dan produk berkualiti memberi manfaat kepada orang ramai yang mengalami masalah berat badan. Pada awalnya produk dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit, selepas mendapat maklum balas positif barulah keluaran dibuat sehingga ratusan ribu botol.

Impian Qayra Beauty Empire memiliki bangunan sendiri di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan menjadi kenyataan apabila Wisma Qayra Beauty yang bernilai RM1 juta beroperasi sepenuhnya. Kini produknya seperti QB Slimming Girdle dan QB Anti-Cellulite Cream mendapat sambutan tinggi di Dubai dan Thailand.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perjalanan perniagaannya bermula dari bawah sebelum mampu menyewa kedai kecil dan akhirnya kini berjaya memiliki bangunan sendiri yang dinamakan Wisma Qayra Beauty. Paling membanggakan, mereka telah melancarkan produk terbaharu iaitu Herba Kurus Tradisi (HKT) dalam botol yang habis dijual hanya dalam tempoh 12 jam menerusi tunjuk ajar dan latihan yang diberikan kepada Ketua Ejen Qayra Beauty. 

Sehingga kini Ketua Ejen tidak dibuka untuk semua kerana Qayra Beauty hanya memeperuntukkan setiap daerah hanya mempunyai seorang Ketua Ejen bagi negeri Kelantan. Untuk negeri luar dari Kelantan, setiap negeri hanya miliki seorang Ketua Ejen bagi memberi tunjuk ajar dan membantu ejen jualan yang lain.

Menurut Noor Faqirah Abdullah, beliau kini menumpukan kepada usaha bagi membantu Ketua Ejen dan ejen-ejen menaikkan jualan. Ganjaran dan penghargaan kepada ejen jualan Qayra Beauty merupakan program yang dinantikan oleh Ketua Ejen dan ejen-ejen sebagai pencetus semangat sekaligus syarikat menghargai usaha yang dijalankan pasukannya.

“Kalau tengok produk lain nampak naik dan tak sampai setahun jatuh jadi saya dah belajar dan buat kajian apa yang terbaik untuk ejen-ejen termasuk mengatasi isu lambakan stok yang akan menyumbang kepada isu permainan harga. Apabila barang berlambak, orang tak nampak kualiti produk itu sedangkan produknya berkualiti. Perkara ini pernah berlaku pada saya pada tahun 2023. Oleh itu saya mula mengawal semula pengeluaran stok. Barulah pengguna mula nampak kualiti produk yang tinggi dan bernilai.”

Walaupun permintaan sesuatu produk itu tinggi, Qayra Beauty tidak boleh lagi mengikut kata hati dan perlu mengawal stok agar produk keluaran syarikatnya dapat terus kekal relevan sekaligus memastikan produknya sentiasa mendapat permintaan tinggi dari pengguna. Jesteru itu, Qayra Beauty kini mengehadkan pengeluaran produk kepada 20 ribu berbanding 50 ribu unit sebelum ini.

Selain mengatur strategi perniagaan yang berkesan, Qayra Beauty juga membantu pasukan jualan dengan memberikan kelas secara percuma selain mengajar di Tik Tok, Kelas Shopee dan sebagainya di bangunan miliknya dengan lebih selesa tanpa perlu bersusah payah menyewa hotel atau dewan lagi. Tambah beliau, kelas Shopee dan Tik Tok ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk kekal on-track memandangkan terdapat banyak perkara yang sentiasa berubah dan beliau mahu terus kekal berada dipasaran meski dihambat persaingan. Ternyata strategi itu membuahkan hasil apabila 100 ribu produknya berjaya di jual setiap bulan.

“Ejen selalu nak jual produk viral sahaja, dan produk mereka berjalan dari mulut ke mulut. Kalau dulu orang tak kenal Qayra Beauty, orang lebih kenal produk berbanding saya sebagai pengasas. Saya tidak kisah kerana bagi saya, saya lebih suka tak kenali. Cukup saya di belakang tabir dan hingga sekarang orang tak kenal QB tapi lebih mengenali HKT, mereka lebih kenal jenama dan saya selesa macam itu. Ada juga yang kata saya sombong sebelum berjumpa saya. Cubalah jumpa saya dahulu sebelum menilai saya sombong atau tidak.” seloroh beliau.

Buat masa ini, Qayra Beauty hanya fokus kepada produk yang sedia ada sahaja. Cuma perubahan dari segi bungkusan dan nama produk yang akan berubah, sebagai contoh HKT (Herba Kurus Tradisi) yang ditukar kepada Herba Kampung Tradisional.

Menggunakan konsep dan strategi pemasaran yang baharu, menerusi penggunaan media sosial dan digital, Qayra Beauty turut memberi sumbangan wang tunai RM100 kepada pengikutnya setiap hari bagi menghargai mereka yang banyak membantu dengan cara berkongsi info Qayra Beauty sekaligus mempromosikan manfaat produk kepada pengguna dan bakal pengguna.

Qayra Beauty berdepan dengan cabaran tersendiri apabila perlu mahir dalam pengurusan kewangan termasuk menguruskan aliran tunai syarikat. Ujarnya, setiap wang yang diperolehi perlu di asingkan agar tidak bercampur aduk di antara akaun syarikat dengan akaun peribadi. Usaha keras jelitawan muda ini berbaloi setelah menerima pengiktirafan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang melantiknya sebagai Ikon Usahawan 2023/2024.

Sehingga 2024, QB telah mengeluarkan lebih 10 produk dan di antaranya adalah QB Herba Kurus Tradisi (HKT), QB Slimmocha, QB Slimberry, QB Slimnut, QB Slimz Oat, QB Slimming Girdle, QB Maajun Premium, QB Anti-Cellulite Cream, QB Tinted Kulet, QB UK Coffee, QB UK Gel dan bakal menambah produk kecantikan serta koleksi hijab Qayra Beauty.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال