TUJU RESIDENCES & RETAIL KL DUTA NORTH MENGHUBUNGKAN KEHIDUPAN BERBILANG GENERASI | Assalamualaikum semua! Baru-baru ini, Ruby berpeluang melawat Bilik Pameran TuJu Residences & Retail di KL Duta North. Terletak betul-betul di sebelah tapak dua blok pangsapuri yang sedang rancak dibina, bilik pameran ini menawarkan 3 jenis pelan lantai yang pasti memukau—D1a (1270sf), A1a (710sf), dan B (893sf). Semua siap sedia untuk anda terokai.
Apa yang menarik perhatian Ruby? Setiap unit di TuJu Residences memberikan ruang yang luas dan selesa—sempurna untuk seisi keluarga! Ruby juga sempat berbual dengan Puan Michelle Phan, Penasihat Jualan di TuJu, yang berkongsi cerita menarik tentang konsep kediaman ini, yang mengutamakan ruang yang luas untuk keselesaan bersama keluarga.
Apa yang menarik perhatian Ruby? Setiap unit di TuJu Residences memberikan ruang yang luas dan selesa—sempurna untuk seisi keluarga! Ruby juga sempat berbual dengan Puan Michelle Phan, Penasihat Jualan di TuJu, yang berkongsi cerita menarik tentang konsep kediaman ini, yang mengutamakan ruang yang luas untuk keselesaan bersama keluarga.
Nama TuJu pula membawa maksud “arah” atau “destinasi” dalam Bahasa Melayu—tempat yang harus anda tuju! Pembangunan baru ini benar-benar menggambarkan semangat kawasan Duta North, Kuala Lumpur, sebuah kejiranan bandar yang sedang berkembang pesat dan bersedia menyambut anda sebagai sebahagian daripadanya.
TuJu Residences & Retail, pembangunan pertama oleh Distinctive World Sdn Bhd dengan usaha sama antara Distinctive Capital Sdn Bhd dan Eccaz Sdn Bhd, dilancarkan pada Mac 2024, membawa pembaharuan kepada landskap Jalan Kuching, Kuala Lumpur! Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM750 juta, projek ini dibina di atas plot komersial seluas 4.52 ekar, menawarkan dua blok pangsapuri setinggi 41 tingkat dan 38 unit kedai.
Ruby semasa berada di Galeri Pameran di TuJu Residences & Retail
TuJu Residences & Retail, pembangunan pertama oleh Distinctive World Sdn Bhd dengan usaha sama antara Distinctive Capital Sdn Bhd dan Eccaz Sdn Bhd, dilancarkan pada Mac 2024, membawa pembaharuan kepada landskap Jalan Kuching, Kuala Lumpur! Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM750 juta, projek ini dibina di atas plot komersial seluas 4.52 ekar, menawarkan dua blok pangsapuri setinggi 41 tingkat dan 38 unit kedai.
TuJu Residences & Retail
Pembangunan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan rekreasi di tiga aras, termasuk kolam renang infinity 50m, bilik permainan, ruang makan terbuka, ruang teater, ruang komputer, dan ruang bacaan. Blok Annexe turut menyediakan kemudahan seperti tingkat senaman, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, dan dewan serba guna untuk majlis dan aktiviti penghuni.
TuJu Residences menawarkan 932 unit kediaman, dengan 466 unit di setiap blok. Terdapat 10 jenis pelan lantai fleksibel, termasuk unit dwi-kunci yang sesuai untuk pelbagai jenis keluarga. Saiz unit bermula dari 710 hingga 1,442 kaki persegi, dengan pilihan 1 hingga 4 bilik tidur dan harga bermula dari RM440,000. Pembangunan ini dijangka siap pada pertengahan 2027—peluang yang tidak boleh dilepaskan!
Reka bentuk dinding bukan struktur memberikan fleksibiliti untuk penghuni menyesuaikan ruang bagi keperluan keluarga, dari menjaga ibu bapa warga emas hingga keluarga moden. Unit mesra warga emas turut dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik mandi mudah akses dan butang kecemasan.
Sebagai usaha ke arah kehidupan mampan, TuJu menyediakan tempat letak kereta mesra EV, dengan opsyen pengecas kotak dinding EV. Harga jualan purata adalah RM650 per kaki persegi dengan yuran penyelenggaraan 29 sen per kaki persegi.
Terinspirasi oleh karya abstrak Piet Mondrian, yang terkenal dengan siri Composition pada tahun 1930-an, TuJu Residences mencerminkan seni bina yang benar-benar menonjol. Reka bentuk geometri berani dan penggunaan warna-warna utama bukan sahaja memperindah bangunan tetapi juga melambangkan gaya hidup berbilang generasi yang serba moden. TuJu Residences adalah simbol seni bina ikonik di Kuala Lumpur, menawarkan lebih daripada sekadar kediaman—ia adalah pengalaman hidup yang berseni.
Lobi Utama TuJu Residences
Jambatan sambungan di antara Blok Annexe, Blok A dan Blok B
TuJu Residences & Retail, KL Duta North menawarkan lokasi strategik yang sempurna untuk mereka yang inginkan keselesaan hidup di tengah bandar. Setiap perjalanan menjadi lebih mudah dengan akses lancar ke pelbagai destinasi utama, menjadikan TuJu pilihan ideal bagi mereka yang menghargai kemudahan dan gaya hidup serba lengkap.
Ruang runcit yang meriah di TuJu Residences & Retail direka untuk memupuk kemudahan dan memberikan pengalaman hidup yang bertenaga.
Kehidupan di TuJu Residences juga dikelilingi oleh kemudahan perubatan utama seperti Damai Service Hospital, Kuala Lumpur General Hospital (HKL), Global Doctor Hospital, dan ParkCity Medical Centre, memastikan anda menikmati akses mudah ke penjagaan kesihatan berkualiti.
Dengan pelbagai kemudahan gaya hidup yang mengagumkan serta kedai runcit yang mudah diakses, TuJu memastikan segala keperluan anda berada dalam genggaman, semuanya di bawah satu alamat! Pembangunan ini juga dilengkapi dengan 4 lif untuk menampung kapasiti pemilik kediaman, dan setiap tingkat menempatkan 12 unit rumah dengan pelbagai jenis pelan lantai yang memenuhi keperluan berbeza.
Untuk Type D1a, ia bersaiz 1270 kaki persegi. Tersedia dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang terbuka untuk study area. Ruang ini anda boleh jadikan guest room, gaming area atau ruang rehat. Hanya tambah sliding door, ia ibarat sebuah bilik. Kalau nak buat ruang makan juga boleh!
Keunikan setiap unit di TuJu Residences adalah balkoni. Setiap unit ada balkoni untuk pengudaraan yang baik setiap kediaman. Selain itu, setiap unit ini memiliki ruang luas dan konsep open-kitchen idaman para ibu-ibu. Halaman rumah iaitu Yard yang berada berdekatan dapur juga luas, bersesuaian untuk anda meletakkan mesin basuh, ampaian elektrik dan kabinet simpanan.
Unit seterusnya yang Ruby lihat adalah Type A1a yang bersaiz 710 kaki persegi. Ini merupakan satu dari sepuluh unit laris di TuJu Residences. Walaupun pada saiz begini, rekaan yang disediakan memberi ruang luas dan selesa. 1 bilik tidur dan 1 bilik air sudah memadai untuk kehidupan berkualiti. Malah unit ini tersedia untuk warga emas atau Orang Kelainan Upaya (OKU).
Balkoni tersedia dan konsep open kitchen juga disediakan di sini. Dari pintu masuk, anda akan melalui ruang dapur dan seterusnya ke ruang tamu. Bilik anda juga berhampiran dengan bilik air. Bilik air yang sangat luas, sesuai untuk ruang bagi mereka yang memerlukan bantuan.
Type B bersaiz 893 kaki persegi mempunyai keunikan kediaman yang berbeza di mana konsep yang dipersembahkan oleh TuJu Residences lebih menyerlah kerana ruang yang disediakan lengkap untuk kehidupan moden pada hari ini. 2 bilik tidur, 2 bilik air. Konsep open kitchen di sini lebih menyerlah kerana ruang halaman di yard lebih luas. Dapur idaman dan ruang membasuh pakaian yang luas berada di lokasi yang sama pastinya memberi seisi keluarga menjalani rutin harian dengan baik sekali.
Seni bina bahagian hadapan TuJu menggabungkan pendekatan pragmatik terhadap kelestarian. Belebas balkoni disatukan dengan dinding struktur, membentuk pendekatan elegan yang akan menambah daya tarikan luar bangunan, sekali gus menyumbang kepada pengurusan haba yang baik melalui saluran pengudaraan pasif.
Ia merangkumi beberapa inisiatif yang mengurangkan kesan kepada alam sekitar dan menggalakkan kehidupan bandar yang lestari termasuk penggunaan saluran pengudaraan silang semula jadi yang mesra alam, landskap hijau yang terbentang luas, kawasan tadahan air, serta teknologi solar dan pengumpulan air hujan canggih.
Mudah sahaja! Ambil gambar atau video kreatif bersama seni lentikular "Chit-Chat" oleh Hong Creative Space di Galeri Jualan TuJu Residences. Kongsikan gaya hidup bertenaga anda di TuJu!
Sertai sekarang dan lihat sama ada anda boleh membawa pulang hadiah lumayan. Pemenang akan diumumkan pada Oktober 2024.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
TuJu Residences & Retail berada di lokasi yang sangat strategik.
ONE HOME, ONE COMMUNITY, ONE TUJU
Di TuJu, nadi kehidupan bandar digabungkan dengan suasana tenang dan mewah. Sebuah kediaman idaman di tengah bandar di mana komuniti, kemewahan, dan kemudahan saling berkait menjadi satu pengalaman hidup yang tiada tandingan.Dengan pelbagai kemudahan gaya hidup yang mengagumkan serta kedai runcit yang mudah diakses, TuJu memastikan segala keperluan anda berada dalam genggaman, semuanya di bawah satu alamat! Pembangunan ini juga dilengkapi dengan 4 lif untuk menampung kapasiti pemilik kediaman, dan setiap tingkat menempatkan 12 unit rumah dengan pelbagai jenis pelan lantai yang memenuhi keperluan berbeza.
Melihat model Blok A, Blok B dan kawasan persekitaran di TuJu Residences
Mengenali TuJu Residences bersama Cik Michelle Phan, melalui skrin khas dengan lebih mendalam. Lokasi strategik dan fasiliti tip top untuk kediaman seisi keluarga.
Bahagian Blok Annexe yang menempatkan ruang fasiliti di tingkat 9.
GALERI PAMERAN TYPE D1a
Ketiga-tiga galeri pameran yang disediakan oleh TuJu Residences menampilkan kesungguhan pihak pemaju dalam menyediakan galeri pameran untuk pemilik rumah baru meneroka kehidupan baru mereka di sini. Jom Ruby kongsikan dengan anda apakah perbezaan ketiga-tiga unit ini.Untuk Type D1a, ia bersaiz 1270 kaki persegi. Tersedia dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang terbuka untuk study area. Ruang ini anda boleh jadikan guest room, gaming area atau ruang rehat. Hanya tambah sliding door, ia ibarat sebuah bilik. Kalau nak buat ruang makan juga boleh!
Keunikan setiap unit di TuJu Residences adalah balkoni. Setiap unit ada balkoni untuk pengudaraan yang baik setiap kediaman. Selain itu, setiap unit ini memiliki ruang luas dan konsep open-kitchen idaman para ibu-ibu. Halaman rumah iaitu Yard yang berada berdekatan dapur juga luas, bersesuaian untuk anda meletakkan mesin basuh, ampaian elektrik dan kabinet simpanan.
Ruang dapur berkonsepkan open-kitchen dan boleh menempatkan bar untuk sudut mesra bersama seisi keluarga.
Master Bedroom yang luas dan selesa.
Bilik air untuk Master Bedroom.
Bilik kedua berhadapan dengan ruang study.
Ruang study yang terbuka. Boleh diubahsuai mengikut kesesuaian keluarga anda.
Ruby dan keluarga semasa melawat bilik pameran Type D1a
GALERI PAMERAN TYPE A1a
Balkoni tersedia dan konsep open kitchen juga disediakan di sini. Dari pintu masuk, anda akan melalui ruang dapur dan seterusnya ke ruang tamu. Bilik anda juga berhampiran dengan bilik air. Bilik air yang sangat luas, sesuai untuk ruang bagi mereka yang memerlukan bantuan.
Ruang dapur yang luas berkonsepkan Open- Kitchen.
Bilik tidur dengan wardrobe pakaian memberi ruang peribadi lebih mudah akses.
Bilik air yang luas adalah pilihan tepat untuk anda yang memerlukan bantuan khas seperti ibu bapa yang menggunakan kerusi roda atau bertongkat.
GALERI PAMERAN TYPE B
Ruang dapur dan yard yang mudah akses. Lebih luas dan pencahayaan yang bagus.
Ruang tamu luas serta balkoni tersedia untuk pengudaraan dan pencahayaan. Saat yang indah dapat berehat dan memanfaatkan masa berkualiti bersama seisi keluarga.
LEBIH 50 FASILITI TERSEDIA!
TuJu Residences menyediakan lebih 50 kemudahan untuk menambah keselesaan anda, selamat untuk kanak-kanak dan mesra warga emas. Pembangunan ini merangkumi pelbagai kemudahan yang ditawarkan di tiga aras, termasuk kolam renang infinity 50 meter, bilik permainan, ruang makan terbuka, ruang teater, ruang komputer, ruang bacaan, gimnasium, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, taman perkhemahan, lounge terapung, dewan serba guna untuk penghuni berkumpul dan mengadakan majlis sambutan istimewa. Cukup untuk memenuhi gaya hidup harian anda!
Fasiliti yang terdapat di Tuju Residences.
Seni bina bahagian hadapan TuJu menggabungkan pendekatan pragmatik terhadap kelestarian. Belebas balkoni disatukan dengan dinding struktur, membentuk pendekatan elegan yang akan menambah daya tarikan luar bangunan, sekali gus menyumbang kepada pengurusan haba yang baik melalui saluran pengudaraan pasif.
Ia merangkumi beberapa inisiatif yang mengurangkan kesan kepada alam sekitar dan menggalakkan kehidupan bandar yang lestari termasuk penggunaan saluran pengudaraan silang semula jadi yang mesra alam, landskap hijau yang terbentang luas, kawasan tadahan air, serta teknologi solar dan pengumpulan air hujan canggih.
Menjalin ikatan di Taman Perkhemahan TuJu Residences, di mana hubungan komuniti berkembang maju di Blok Annexe
Ruang Bacaan Dewasa di Tingkat 41 Sky Roof Facilities
Beriadah di kawasan kolam renang TuJu Residences. Jika anda menggunakan gimnasium, pemandangan kolam renang sepanjang 50 meter pasti memberi ketenangan.
Ruang Breezy Parlour di Blok Annexe untuk anda sekeluarga berehat.
Menghargai diri dengan ketenangan dengan pemandangan panoramik dari fasiliti Sky Roof TuJu Residences yang luas.
Melihat keindahan Kuala Lumpur dari Sky Roof, TuJu Residences
SERTAI PERADUAN TUJU SNAP & WIN
Bersedia untuk menang besar? Dari 15 Julai hingga 30 September, sertai TuJu Snap & Win dengan hadiah wang tunai bernilai RM10,000! 💰Mudah sahaja! Ambil gambar atau video kreatif bersama seni lentikular "Chit-Chat" oleh Hong Creative Space di Galeri Jualan TuJu Residences. Kongsikan gaya hidup bertenaga anda di TuJu!
Sertai sekarang dan lihat sama ada anda boleh membawa pulang hadiah lumayan. Pemenang akan diumumkan pada Oktober 2024.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Jika ada sebarang persoalan, anda boleh hubungi di 012-728 8916, lawati laman web TuJu Residences & Retail, KL Duta North di www.tujuresidences.com.my atau kunjungi Galeri Jualan TuJu https://maps.app.goo.gl/AzA9rYTTUNoKMX7VA sekarang!
Fuhh, kalau korang nak cari rumah yang lengkap dengan gaya moden tapi tetap rasa homely, TuJu Residences memang kena dengan citarasa. Bayangkan duduk dekat tengah bandar, tapi masih ada suasana macam resort – balkoni besar, dapur open-concept (sesuai sangat nak buat family gathering!), dan kemudahan macam gym, pool, semuanya dekat je. Tak payah pening-pening fikir nak pergi jauh. Sesuai untuk yang ada keluarga besar atau yang baru nak mula hidup berkeluarga. Serius, rasa nak duduk sini je!
BalasPadamcantik rekaan rumah, layout rumah moden yang mementingkan aspek keselesaan
BalasPadamWow!!! Menarik nyer Tuju Residence nie. Ada byk kemudahah. Lokasi pun sgt baik. Sure byk yuppies beli ni karang.
BalasPadamVery good design especially the connecting bridge from block a to block b, also shop lots. Cheers SiennyLovesDrawing
BalasPadam