GUARDIAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-57 DENGAN VISI TERUS MEMUPUK KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA

GUARDIAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-57 DENGAN VISI TERUS MEMUPUK KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Sedar tidak sedar sudah 57 tahun Guardian melayani kita semua. Memudahkan kita dalam urusan penjagaan kesejahteraan seisi keluarga. Hari ini, Guardian merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di Malaysia. Lebih 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun Guardian telah melayani 33 juta pelanggan di seluruh negara.

GUARDIAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-57 DENGAN VISI TERUS MEMUPUK KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA

Sambutan ulang tahun ke 57 Guardian juga diadakan bersama sambutan Pink October, Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu dan Promosi Diskaun 57%. Guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-57 operasinya dengan pelbagai aktiviti untuk memantapkan komitmennya terhadap kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk:

• Kempen Pink October dijayakan secara kolaborasi bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk meningkatkan kesedaran, memperluaskan akses, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam perjuangan menentang kanser payudara.

GUARDIAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-57 DENGAN VISI TERUS MEMUPUK KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA

• Pelancaran jenama kecantikan dan kesejahteraan eksklusif baharu di stor-stor Guardian Malaysia di seluruh negara dan dalam talian, yang bakal disusuli dengan acara kemuncak rasmi akhir bulan ini di Guardian The Exchange TRX bagi meraikan tawaran baharu yang menarik ini.

• Promosi eksklusif diskaun 57% untuk pembelianitem kedua untuk lebih 3,000 produk, ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian sepanjang bulan ini. 


GUARDIAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-57 DENGAN VISI TERUS MEMUPUK KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA

GUARDIAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-57 DENGAN VISI TERUS MEMUPUK KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA

GUARDIAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-57 DENGAN VISI TERUS MEMUPUK KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA

GUARDIAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-57 DENGAN VISI TERUS MEMUPUK KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA

Melalui inisiatif ini, guardian Malaysia menyasarkan untuk mengingatkan dan menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan kesejahteraan dan kecantikan diri mereka.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, menegaskan, “Kecantikan luaran dan kesejahteraan dalamanmenuntut penjagaan secara harian. Ini termasukpengetahuan tentang apa yang baik untuk anda dan kemampuan untuk mengakses ‘pilihan produkkecantikan dan kesejahteraan yang tepat’.”

PINK OCTOBER: GUARDIAN MALAYSIA PERTINGKAT PERJUANGAN MENENTANG KANSER PAYUDARA


Kanser payudara kekal sebagai kanser #1 yang menjejaskan kaum wanita di Malaysia, dengan 1 dalam 19 wanita yang di diagnosis. Disebabkan faktor kurangnya kesedaran dan kadar pengesanan awalyang rendah - terutamanya di kalangan isi rumah berpendapatan rendah - hampir separuh daripada kes hanya disahkan pada peringkat akhir (Peringkat 3 dan 4).

Ini mengakibatkan kadar survival 5 tahun yang rendah iaitu 66.8%, di mana ia lebih rendah berbanding negara-negara Asia lain seperti Singapura (79%), Korea Selatan (92.6%), dan Jepun (96.2%).

Pengesanan awal adalah penting dalam memerangikanser payudara. Dengan kerjasama bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), guardian Malaysia akan memperkenalkan kit pemeriksaan payudara Pink Glove eksklusif. Kit ini mengandungi sarung tangan gosok dengan langkah-langkah pemeriksaan sendiri, dua botol mandian badan, dan satu skrub badan, dijual pada harga RM23.88.

GUARDIAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-57 DENGAN VISI TERUS MEMUPUK KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA

Untuk setiap kit Pink Glove yang terjual, sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada NCSM bagi menyokong usaha-usaha pendidikan, kesedaran, dan program pengesanan awal kanser payudara.

Selain itu, 10,000 kit Pink Glove akan diedarkan oleh NCSM kepada wanita yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah UrusanNCSM berkata, 
“Kami berterima kasih kepada guardian Malaysia di atas usaha untuk menambah baik akses kepada pemeriksaan sendiri kanser payudara. Kit Pink Glove, yang digabungkan dengan kempen kesedaran, sumbangan, dan agihan kepada wanita kurang berkemampuan, menawarkan pendekatan yang holistik dalam menangani kanser payudara merentasi semua demografi.”

Sepanjang bulan Pink October, guardian akanmenjalankan kempen digital bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pengesanan awal, termasuk video oleh Dr. Tan Gie Hooi, Pakar Bedah Payudara & Onkoplastik, mengenai kepentingan pengesanan awal.

Selain itu, NCSM akan menganjurkan sesi informatif mengenai kesedaran kanser payudara di guardian The Exchange TRX dari 21 hingga 27 Oktober 2024, diikuti dengan kempen pendidikan dan saringan yang menyasarkan komuniti kurang berkemampuan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang.

ISTIMEWA OKTOBER: PELANCARAN JENAMA EKSLUSIF BAHARU DI GUARDIAN MALAYSIA


“Guardian Malaysia terus memilih susun jenama kecantikan dan kesejahteraan terbaik untuk pelanggan kami. Sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun ke-57, kami akan melancarkan lebih daripada 20 jenama baharu dan eksklusif bulan ini,” tambahAnna.

Jenama-jenama baharu ini akan tersedia di stor fizikal dan dalam talian mulai minggu pertama bulan Oktober 2024.

PARTI ULANG TAHUN OKTOBER: DISKAUN 57% PADA BULAN INI SAHAJA


Bagi meraikan ulang tahun ke-57, guardian menawarkan diskaun 57% untuk item kedua untuklebih 3,000 produk terpilih sepanjang bulan Oktober2024.

Maklumat mengenai produk yang ditawarkan bolehdidapati secara dalam talian di e-katalog guardian baharu atau melalui aplikasi dan eStore Guardian di www.guardian.com.my.

Sebagai reaksi terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk pembelian dalam talian, Guardian Malaysia juga dengan bangganya mengumumkan pelancaran e-katalog baharunya. Ia cara yang lebuh mudah dan menarik untuk pelanggan menerola pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan kami.

E-Katalog interaktif ini direka untuk meningkatkan pengalaman melayari, menjadikannya lancar dan mesra mudah alih. Dengan penampilan yang segar dan moden, e-katalog ini menampilkan elemen interaktif di samping menghubungkan pengguna secara langsung ke platform e-dagang Guardian untuk pembelian yang mudah dan tanpa masalah.

“Ini merupakan bulan yang mengujakan buat pelanggan kami! Kami mengajak semua orang untuk meraikan ulang tahun kami dengan menikmati produk hebat pada nilai yang tiada tandingan, di samping menyokong kempen kesedaran kanser payudara kami bersama NCSM. Kami berharap kejayaan dalam memupuk kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia ini kekal untuk 57 tahun lagi,” jelas Anna mengakhiri.


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال