NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Jumaat, Oktober 04, 2024NIKMATI LOVNS COFFEE DENGAN CAWAN R-PET BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA | Assalammualaikum semua! Dah lama Ruby tak berkongsi aktiviti memburu kopi. Kali ini Ruby nak kongsikan keunikan kopi di kafe yang lain dari yang lain iaitu di kafe LOVNS. Dibuka secara rasmi pada 28 Julai 2024 dan cawangan pertama LOVNS adalah di 1Utama Shopping Centre (New Wing). Lokasi yang sangat strategik di pintu masuk 1Utama Ground Floor.
Kafe ini tiada bahan-bahan berasaskan alkohol dan khinzir. Semua bahan-bahan yang ada di sini dari pembekal yang memiliki Sijil Halal JAKIM. Kafe ini juga dalam usaha untuk mendapatkan Sijil Halal JAKIM agat kita semua boleh menikmati kopi enak dari LOVNS tanpa ragu-ragu.
Jenama LOVNS didorong oleh sifat belas kasihan dan berdedikasi dermawanan. Diinspirasikan daripada kisah mereka yang memerlukan, pengasas mencipta jenama kopi yang menggabungkan kualiti premium dengan sokongan amal. Setiap cawan LOVNS adalah satu langkah ke arah membuat perubahan positif dunia.
Apa yang unik lagi di LOVNS adalah, menu minuman dicipta oleh Juara Barista Antarabangsa. Pada pendapat Ruby, proses ini tidak mudah. Rasa dan kualiti sangat penting bagi penggemar kopi. Ada yang menggemari kopi dengan tambahan espressso dan ada juga yang menggemari susu dari susu segar, susu bukan tenusu dan lain-lain. Begitulah subjektif pilihan minuman setiap manusia.
LOVNS WORLD'S FIRST PATENTED ICE-INSULATED COFFEE CUP
Tahniah LOVNS kerana berjaya mencipta cawan yang bermanfaat. Pencarian global pengasas LOVNS untuk cawan yang sempurna membawa kepada kerjasama dengan barista juara bersara, menghasilkan resipi tandatangan kami. Setiap butiran, daripada ramuan hingga reka bentuk cawan, mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dan kemampanan. Kami menyasarkan Kopi LOVNS terkenal dengan cita rasa yang hebat dan kerja amal yang berkesan, menyatukan pelanggan, pekerja dan keluarga mereka ke arah masa depan yang lebih cerah dengan setiap teguk.
BIJI KOPI LOVNS MEDIUM ROAST DAN DARK ROAST DARI THAILAND DAN BRAZIL
MENU LOVNS SIGNATURE
- Dream Latte
- Inspired Latte
- Joy Latte
- Wonderful Latte
- Passion Latte
- Innovative Cold Brew
- Aircano
- Successful Chocolate
- Alive Matcha
- Pleasant Matcha
- Wonderful Taro
- Happiness Tea
- Americano Hot
- Espresso Latte Hot/Cold
- Latte Hot/Cold
- Cappucino Latte Hot/Cold
- Flat White Hot/Cold
- Mocha Hot/Cold
- Matcha Hot
- Chocolate Hot
0 comments
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.