NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA

NIKMATI LOVNS COFFEE DENGAN CAWAN R-PET BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA | Assalammualaikum semua! Dah lama Ruby tak berkongsi aktiviti memburu kopi. Kali ini Ruby nak kongsikan keunikan kopi di kafe yang lain dari yang lain iaitu di kafe LOVNS. Dibuka secara rasmi pada 28 Julai 2024 dan cawangan pertama LOVNS adalah di 1Utama Shopping Centre (New Wing). Lokasi yang sangat strategik di pintu masuk 1Utama Ground Floor. 

Kafe ini tiada bahan-bahan berasaskan alkohol dan khinzir. Semua bahan-bahan yang ada di sini dari pembekal yang memiliki Sijil Halal JAKIM. Kafe ini juga dalam usaha untuk mendapatkan Sijil Halal JAKIM agat kita semua boleh menikmati kopi enak dari LOVNS tanpa ragu-ragu. 

Jenama LOVNS didorong oleh sifat belas kasihan dan berdedikasi dermawanan. Diinspirasikan daripada kisah mereka yang memerlukan, pengasas mencipta jenama kopi yang menggabungkan kualiti premium dengan sokongan amal. Setiap cawan LOVNS adalah satu langkah ke arah membuat perubahan positif dunia.

Apa yang unik lagi di LOVNS adalah, menu minuman dicipta oleh Juara Barista Antarabangsa. Pada pendapat Ruby, proses ini tidak mudah. Rasa dan kualiti sangat penting bagi penggemar kopi. Ada yang menggemari kopi dengan tambahan espressso dan ada juga yang menggemari susu dari susu segar, susu bukan tenusu dan lain-lain. Begitulah subjektif pilihan minuman setiap manusia.

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Ruby semasa di kafe LOVNS

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Lokasi kafe LOVNS di Ground Floor, 1Utama Shopping Centre (New Wing)

LOVNS WORLD'S FIRST PATENTED ICE-INSULATED COFFEE CUP

Tahniah LOVNS kerana berjaya mencipta cawan yang bermanfaat. Pencarian global pengasas LOVNS untuk cawan yang sempurna membawa kepada kerjasama dengan barista juara bersara, menghasilkan resipi tandatangan kami. Setiap butiran, daripada ramuan hingga reka bentuk cawan, mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dan kemampanan. Kami menyasarkan Kopi LOVNS terkenal dengan cita rasa yang hebat dan kerja amal yang berkesan, menyatukan pelanggan, pekerja dan keluarga mereka ke arah masa depan yang lebih cerah dengan setiap teguk.

Bekerjasama dengan juara barista yang terkenal dengan inovasi minuman tanpa ais bagi mengekalkan minuman kekal sejuk. LOVNS melalui proses mencari material dan mengubah suai reka bentuk cawan secara meluas dengan pereka serta mencubanya. Maka, inovasi kopi dikelilingi ais tercetus. Idea inovatif ini, dikongsikan oleh pengasas yang membawa kepada penciptaan World’s First Patented Ice-Insulated Coffee Cup. Kini, kita semua boleh menikmati minuman dengan kualiti rasa yang sama sehingga 2 jam! 


NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Cawan LOVNS Signature diperbuat dari bahan-bahan kitar semula yang dikenali sebagai Recycled Polyethylene Terephthalate (r-PET). Merupakan plastik yang diperbuat daripada sisa buangan PET daripada perniagaan dan pengguna. 


NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Perbandingan cawan LOVNS Signature World’s First Patented Ice-Insulated Coffee Cup dalam dua keadaan iaitu sebelum dibekukan dan setelah dibekukan.

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Cawan LOVNS Signature setelah dibekukan, ia adalah teknik lawan arah graviti agar ais membeku sekata di seluruh cawan.

BIJI KOPI LOVNS MEDIUM ROAST DAN DARK ROAST DARI THAILAND DAN BRAZIL

Di LOVNS, dua jenis biji kopi yang digunakan bagi memenuhi permintaan penggemar kopi. Dua jenis biji kopi yang digunakan di sini memberi aroma yang digemari oleh pelanggan. Karakter aroma kopi memiliki perbezaan apabila anda mendalami bau dan menikmati rasa. Medium Roast menggunakan biji kopi dari Thailand. Manakala untuk Dark Roast adalah campuran biji kopi Thailand dan Brazil. 

Thailand adalah salah satu pengeluar kopi teratas di dunia, tetapi statusnya sebagai asal kopi belum diketahui secara meluas. Thailand secara tradisinya mengeluarkan kopi jenis Robusta untuk kegunaan perindustrian, tetapi negara itu dengan cepat menjadi pengeluar untuk kopi Arabica dan kopi Robusta yang istimewa. 

Asalnya unik kerana ia mengeksport kopi yang sangat sedikit dan sebahagian besar penggunaannya kekal di negara Thailand sahaja. Terdapat ekosistem kopi khusus yang berkembang pesat di mana petani, pemanggang, kafe dan pengguna wujud bersama secara simbiotik. Kini anda boleh mendapatkan kopi istimewa dari Thailand di LOVNS!

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA

MENU LOVNS SIGNATURE

Di LOVNS, terdapat sepuluh minuman Signature yang menjadi kegemaran ramai. Disediakan dalam saiz 12 auns minuman. Semua minuman, terutamanya minuman Signature dinamakan dengan perkataan positif yang menjadikan setiap cawan bermakna. Sebahagian daripada keuntungan daripada setiap cawan kopi yang dijual akan disalurkan kepada tabung untuk membantu mereka yang memerlukan. 

“Nama-nama minuman di LOVNS memiliki kata-kata semangat untuk memberi inspirasi kepada anda. Selain minuman yang sedap dicipta oleh Juara Barista Antarabangsa, nama minuman itu sendiri memberi aura positif. Membawa kegembiraan kepada dunia melalui kopi yang luar biasa dan sokongan amal. Untuk mewujudkan komuniti kopi global yang menyebarkan kebahagiaan dan memberi impak positif kepada mereka yang memerlukan.” - Lim Zhe Hao, Pengasas LOVNS

Saiz cawan di LOVNS terdapat lima jenis. Untuk minuman panas, anda boleh memesan dalam cawan hitam saiz 14 auns atau 16 auns. Manakala untuk minuman sejuk dalam cawan plastik biasa 12 auns dan 22 auns. Cawan Signature World’s First Patented Ice-Insulated Coffee Cup pula bersaiz 12 auns. Harga minuman di LOVNS bermula dari RM 13.90 hingga RM 22.90” - Sofea, Barista LOVNS


NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA

SIGNATURE CAFFEINE
  • Dream Latte
  • Inspired Latte
  • Joy Latte
  • Wonderful Latte
  • Passion Latte
  • Innovative Cold Brew
  • Aircano
SIGNATURE CAFFEINE FREE
  • Successful Chocolate
  • Alive Matcha
  • Pleasant Matcha
  • Wonderful Taro
  • Happiness Tea
CLASSIC COFFEE
  • Americano Hot
  • Espresso Latte Hot/Cold
  • Latte Hot/Cold
  • Cappucino Latte Hot/Cold
  • Flat White Hot/Cold
  • Mocha Hot/Cold
CLASSIC NON-COFFEE
  • Matcha Hot
  • Chocolate Hot
 
NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Dream Latte 

Dream Latte dihasilkan dengan LOVNS Milk eksklusif dengan double shot espresso. Campuran indah ini menawarkan rasa kopi yang mantap dengan tekstur halus yang mewah.

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Wonderful Latte 

Wonderful Latte dihasilkan daripada campuran susu taro dengan espresso yang mantap, ia menawarkan pengalaman dua lapisan yang menarik, menghasilkan kepuasan yang unik.


NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Passion Latte 

Passion Latte merupakan gabungan kaya LOVNS Milk dan espresso berganda, dicampur bersama decadent cookie syrup dan di atasnya velvety cookie cream. Rasai keenakan biskut dengan tegukan pertama, menjadikannya minuman yang benar-benar menarik.


NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Aircano

Aircano merupakan Americano klasik diselitkan dengan wap, menghasilkan tekstur yang licin, baldu dengan buih. Kaedah unik ini meningkatkan rasa Americano yang kaya, menawarkan pengalaman kopi yang menarik dan memuaskan.


NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Successful Chocolate

Successful Chocolate merupakan minuman mewah kaya dengan coklat, buih licin, biskut rangup dan salted caramel sauce. Pengalaman rasa yang tiada tandingannya bagi penggemar coklat.

Joy Latte - Alami gabungan sempurna espreso yang kaya dengan LOVNS Milk, ditambah dengan salted caramel sauce yang enak.

Inspire Latte - Nikmati perisa espresso kami yang kaya, dipadankan dengan LOVNS Milk dan pati kacang hazelnut panggang.

Alive Matcha - Nikmati single-origin Yame matcha dengan kekacang seperti pistachio yang unik, disajikan dengan LOVNS Milk yang kaya. Pengalaman rasa yang halus dalam setiap tegukan.

Happines Tea - Nikmati minuman teh sejuk yang dihiasi dengan buih berkrim taro yang kaya. Pengalaman rasa yang unik dan menyegarkan pada bila-bila masa.

Wonderful Milk - Nikmati minuman susu taro iaitu adunan berkrim yang kaya dengan pengalaman rasa yang menyenangkan.

LOVNS MILK

Nak tahu apa yang membuatkan minuman kopi di LOVNS lebih sedap? Jenama ini memiliki susunya tersendiri. Kebanyakan minuman LOVNS Signature diperbuat dengan LOVNS Milk, jangan bimbang jika pelanggan tidak menggemari rasa manis, anda boleh gantikan dengan pilihan susu lain yang tersedia di sini. Walau apa pun, Ruby nak anda cuba LOVNS Milk. Nikmati kopi anda dengan rasa yang lebih lemak manis seimbang. Cuba dulu, baru tahu.

NIKMATI LOVNS TANPA STRAW

Nikmati kopi LOVNS tanpa penghirup minuman iaitu straw. Sangat disyorkan untuk tidak menggunakan straw tetapi menghirup terus untuk mendapatkan rasa terbaik lapisan demi lapisan kopi LOVNS. Apabila Ruby mencuba minuman dari LOVNS, Ruby dapat rasakan keseimbangan kopi Robusta dan Arabica. Secara ringkas, apabila menikmati minuman berasaskan kopi, Ruby menggambarkan kopi dengan campuran manis dan pahit yang baik, selalunya dengan sedikit keasidan. Kopi berasal daripada biji botani yang mengandungi ratusan sebatian perisa yang menyukarkan untuk menentukan rasa kopi yang tepat atau membandingkannya dengan yang lain. Apabila sudah suka dengan sesuatu jenama, kita akan setia. Setuju?

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Ruby bersama minuman LOVNS Signature Dream Latte.

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Ruby sedang menikmati LOVNS Signature Dream Latte bersama pastri Croissant Cajun Beef & Cheese. Teman yang sempurna untuk kopi LOVNS. 

PESAN DAN BAWA PULANG KOPI LOVNS

Menjadi kebiasaan untuk Ruby bungkus bawa pulang secawan kopi apabila sudah selesai urusan mesyuarat bersama client, membeli-belah barang dapur di AEON atau menonton wayang di pusat membeli-belah 1Utama. Kalau Ruby beli kopi, mesti ada pastri untuk anak-anak juga. Minuman sejuk memang jarang Ruby beli bawa pulang sebab nanti ais akan cair dan membuatkan rasa minuman tawar. Ruby mencuba bawa pulang minuman sejuk dari LOVNS. Ternyata berjaya ya! Lain kali boleh beli untuk seisi keluarga. 

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA

NIKMATI KOPI LOVNS DENGAN CAWAN BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA
Ruby menikmati LOVNS Signature Alive Matcha ketika mengambil anak pulang dari sekolah. 

Perjalanan dari 1Utama ke Wangsa Maju ambil masa hampir satu jam dan minuman ini masih kekal sejuk dan paling mengujakan adalah rasa yang masih sama seperti baru terima dari barista. Nampak tak ais masih beku di cawan tu? Jadi, jom ngopi di LOVNS.. Anda boleh membeli minuman dan makanan di LOVNS 1Utama atau memesan di aplikasi GRAB!

LOVNS
Lot G316A, 
1Utama Shopping Centre (New Wing), 
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 8AM - 10PM

"Make Every Cup Meaningful"  

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال