PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 | Assalammualaikum semua! Acara yang dinantikan bagi semua peminat Ultra Heroes Ultraman dan figura superhero serta anime bakal membuka tirai bagi tahun ini. Jika anda masih ingat, Ruby telah hadir ke Ultra Heroes 2022 dan Ultra Heroes 2023. Sememangnya menakjubkan apabila dapat melihat sendiri hero kegemaran kita tampil secara langsung! 

Jom beramai-ramai kita ke acara ini bersama seisi keluarga. Acara ini pastinya memberi lebih keterujaan untuk peminat Ultra Heroes di Malaysia! Ruby berpeluang menonton persembahan Ultraman Arc, Ultraman Zero, Belial, dan Bemzeed. Kali ini persembahan sehingga 20 minit! Memang puas menonton hero zaman kanak-kanak membuat persembahan.

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

Acara yang penuh meriah akan diadakan di: 

🎉 Central Town, Aras Bawah, Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur

🎉 18 – 27 Oktober 2024

🎉 Buka Setiap Hari 10 pagi – 10 malam 


(*18 Okt dibuka dari jam 12 tengah hari sahaja. Tertakluk kepada perubahan) 


PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

Dapatkan secara eksklusif figura-figura hero terbaharu daripada Tamashii Nations dengan pelbagai pilihan figura Eksklusif Tamashii Spot. Alami sendiri sorotan menarik yang dipersembahkan secara langsung yang pasti memikat hati peminat dan pengumpul figura dari siri aksi ikonik Jepun yang tidak lapuk ditelan zaman, ULTRAMAN! 

Selain dari persembahan Ultra Heroes, anda boleh melihat sendiri patung Ultraman Arc dan Ultraman Blazar bersaiz manusia setinggi 2 meter yang diukir berdasarkan S.H.Figuarts! Lokasi kedua-dua patung Ultraman ini di lokasi yang mudah untuk anda lihat dan bergambar. 

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024


Jika tahun lalu anda terlepas peluang bergambar dengan Ultraman Blazar, jangan bersedih kerana patung hero ini akan turut dipamerkan. Jadi, manfaatkan sebaiknya dua peluang yang sukar diperolehi ini untuk bergambar dengan hero kegemaran anda. 

Jangan lupa tandakan tarikh ini di kalender anda supaya anda tidak terlepas peluang menyaksikan persembahan pertama pada 19 Oktober, jam 1 petang. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu pada 19, 20, 26 dan 27 Oktober, jam 1 petang, 3.30 petang dan 6 petang untuk setiap tarikh. (Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal) 

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024


Kali ini ada Ultraman Arc, Ultraman Zero, Bemzeed dan Belial bertarung untuk menyelamatkan Bumi! Belial adalah Ultraman yang paling ganas dan jahat, dilahirkan di Negeri Cahaya, yang cuba merampas galaksi. Demi mendapatkan lebih banyak kuasa, dia cuba memanfaatkan sumber kuasa di Negeri Cahaya: Plasma Spark, dan jenayahnya itu mengakibatkan dia dibuang negeri. 

Sesi Ramah Mesra pula akan diadakan sejurus selepas setiap persembahan tamat. Perbelanjaan sebanyak RM200 di lokasi acara atau membeli figura S.H.Figuarts Ultraman Arc, akan melayakkan anda mendapat tiket Ramah Mesra untuk bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero untuk merakam gambar kenangan dengan hero kesayangan anda! Bagaimanapun, tiket adalah terhad dan diberi berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.

“Lepaskan! Kuasa Imaginasi!”

“Ultraman Arc” kini boleh didapati di S.H.Figuarts!

Berpangkalan di Tokyo, Jepun, TAMASHII NATIONS adalah jenama barangan koleksi premium daripada Bandai yang berdedikasi untuk mencipta figura-figura berkualiti tinggi. Jenama-jenama di bawahnya termasuk METAL BUILD, S.H.Figuarts, Soul of Chogokin dan The Robot Spirits. 

PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024
PEMINAT ULTRAMAN WAJIB KE TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024


“Ultraman Arc” dari “ULTRAMAN ARC” diukir di bawah pengawasan rapi LSS, iaitu jabatan pengarcaan Tsuburaya Productions. Susuk tubuh figura ini dihasilkan semula di dalam filem dengan cukup teliti. Ciri-ciri seperti dada pejal berotot dan bentuk bahu dibentuk dengan tepat, yang menyerlahkan ketegapannya. Lebih menarik, pelbagai lagak boleh dihasilkan kerana anggota badan figura ini mempunyai julat pergerakan yang luas. Pedang khas yang tidak dapat dikalahkan, “Arc Eye Sword” juga disertakan, di mana bahagian yang jernih mencantikkan lagi tekstur bilah pedang ini.

Ia bukan sekadar hero S.H.Figuarts siri Ultraman bahkan watak-watak popular lain daripada siri Jump seperti ‘DRAGONBALL’, ‘ONE PIECE’, ‘NARUTO’, ‘DEMON SLAYER: KIMETSU NO YAIBA’ dan ‘KAIJU NO.8’ turut dibawa ke acara in untuk menemui peminatnya.

Atas permintaan ramai, S.H.Figuarts Ultraman Zero - Clear Color ver., S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN), dan S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN) akan turut kembali ke sini untuk bertemu peminat di Malaysia. 

Ingin menjadikan koleksi anda lebih istimewa? Inilah masanya kerana TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES akan membawakan pelbagai pilihan figura Eksklusif Tamashii Spot yang pada asalnya hanya dijual di Gedung Tamashii Nation dan Tamashii Spot. Anda hanya perlu pergi ke sudut jualan barangan acara untuk memiliki figura yang berkenan di hati.

Bersempena Ulang Tahun CHOGOKIN ke-50, figura eksklusif CHOGOKIN ke-50 iaitu METAL ROBOT SPIRITS WING GUNDAM ZERO dan METAL BUILD EVANGELION TEST TYPE-01 akan turut dijual sepanjang acara ini.

Menyusuli TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES di Malaysia, acara Tamashii Nations seterusnya dijadualkan akan berlangsung di beberapa negara lain di Asia Tenggara! Dapatkan makluman terkini mengenainya di halaman Facebook rasmi Tamashii Nations South Asia.

Kemasukan ke acara TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES ini adalah percuma. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjungi mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga. 

Jom ke MyTOWN sekarang! 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال