ANUGERAH 100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEUR 2024 (100MIYE) KALI KE-9 MERAIKAN USAHAWAN AGAR TERUS BERKEMBANG

ANUGERAH 100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEUR 2024 (100MIYE) KALI KE-9 MERAIKAN USAHAWAN AGAR TERUS BERKEMBANG | Berlangsung di Shangri-La Kuala Lumpur pada 1 November 2024, anugerah berprestij tahunan yang dinantikan oleh para usahawan di Malaysia menjadi penanda aras bagaimana perniagaan mereka berkembang maju. Melalui pelbagai cabaran perniagaan pada masa kini, bukan pematah semangat untuk terus berusaha. 

Pastinya semua cabaran yang dilalui oleh para usahawan di Malaysia pada hari ini telah memberi anjakan paradigma untuk lebih berjaya. Mana tidaknya, setiap perniagaan ini mempunyai matlamat, memiliki pekerja yang sangat berdedikasi dan pelanggan yang sentiasa menanti produk-produk terkini. Sebagai usahawan, kitaran pertumbuhan perniagaan adalah objektik untuk terus maju sehingga menjadi legasi yang boleh diwarisi dan dimanfaatkan oleh semua.

ANUGERAH 100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEUR 2024 (100MIYE) KALI KE-9 MERAIKAN USAHAWAN AGAR TERUS BERKEMBANG

Memasuki tahun ke sembilan penganjuran The 100 Most Influential Young Entrepreneur 2024 (100MIYE), Pengerusinya, Dato' KK Chua mahu meletakkan kejayaan usahawan muda pada tahap lebih tinggi untuk berhadapan dengan situasi ekonomi yang mencabar.

Menurutnya, meskipun laporan ekonomi negara menunjukkan aliran pertumbuhan ekonomi semakin positif, mereka mesti terus berusaha dan bekerja keras bagi memaju kejayaan perniagaan dan mengambil setiap rintangan sebagai pemangkin semangat.

Tahun ini 100MIYE berkonsepkan ‘Evolve’ dengan harapan setiap usahawan terus melakukan perubahan.

“Jika mereka boleh melakukan penambahbaikan dalam kepimpinan, pengurusan dan strategi perniagaan sebanyak satu persen setiap hari dalam masa setahun, keputusannya mereka akan dapat 37 kali lebih baik daripada titik awal mereka bermula.

“Pelbagai cara pemasaran yang ada hari ini memberi ruang yang sangat besar kepada para usahawan untuk membawa perniagaan mereka sehingga ke peringkat global.

“Mereka mesti manfaatkan kecanggihan teknologi pemasaran hari ini seperti Tik Tok dan sebagainya. Usahawan muda hari ini sangat kreatif dan mampu merangka strategi jualan di ‘luarkotak’, kata Dato' KK Chua.

Beliau berbangga dengan penganjuran 100MIYE kerana ia menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh para usahawan. Bahkan ada yang bekerja keras sepanjang tahun bertujuan untuk melayakkan perniagaan mereka dapat dicalonkan dalam anugerah berprestij ini dan seterusnya terpilih dalam kelompok 100 terbaik. 

ANUGERAH 100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEUR 2024 (100MIYE) KALI KE-9 MERAIKAN USAHAWAN AGAR TERUS BERKEMBANG
Dato' KK Chua semasa berucap di 100MIYE 2024

“Bagi mereka anugerah yang diterima itu bukan hanya kemenangan peribadi tetapi ia menjadi penanda aras kejayaan perniagaan mereka dan peluang bersemuka dengan usahawan lain pada malam anugerah ini mencetuskan lagi persaingan yang sihat dalam perniagaan masing-masing.

“Saya lihat semangat usahawan muda untuk berjaya sangat luar biasa dan tahun ini penyertaan terus bertambah apabila kami menerima lebih dari 950 pencalonan,” katanya.

ANUGERAH 100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEUR 2024 (100MIYE) KALI KE-9 MERAIKAN USAHAWAN AGAR TERUS BERKEMBANG
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof; Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan 100MIYE 2024


Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, “Kepentingan membina ekosistem untuk terus berkembang maju bagi menggalakkan kejayaan individu terutamanya usahawan muda sambil mengukuhkan ekonomi yang berdaya tahan dan makmur bagi semua rakyat Malaysia.

Kerajaan terus komited untuk mewujudkan persekitaran bagi membolehkan golongan muda yang berwawasan dapat berkembang maju, berinovasi dan menyumbang kepada kemajuan negara. 

Pelbagai inisiatif termasuk daripada komuniti keusahawanan memainkan peranan penting dalam memotivasikan lebih ramai anak muda Malaysia untuk melangkah ke hadapan, mengambil risiko dan meneruskan aspirasi keusahawanan mereka,” katanya.

ANUGERAH 100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEUR 2024 (100MIYE) KALI KE-9 MERAIKAN USAHAWAN AGAR TERUS BERKEMBANG
Yang Amat Mulia Raja Saidatul Mardiah Binti Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah ketika merasmikan 100MIYE 2024. Baginda merupakan puteri ke-13 Almarhum Sultan Idris A'fifullah, Sultan Perak ke-33. 

Majlis disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Raja Saidatul Mardiah Binti Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan Pengerusi Penganjur Anugerah 100MIYE Dato' KK Chua.

Dato' KK Chua menjelaskan, pencalonan dibahagikan kepada 15 kategori dan antaranya terdiri daripada perkilangan, perkhidmatan serta pembuatan. Kelayakan pencalonan 100MIYE boleh disertai oleh semua untuk calon terbuka lelaki atau perempuan yang berumur di bawah 45 tahun, berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan, berada dalam pengurusan syarikat minimum selama dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat.

Selain itu, perolehan tahunan syarikat pula adalah sebanyak RM3 juta dan ke atas selama tiga tahun berturut-turut. 

Acara 100MIYE dianjurkan oleh Entrepreneur Insight (EI) terbitan Armani Media Group Berhad bagi mengiktiraf usahawan muda negara yang berani, kreatif dan inovatif yang menetapkan piawaian semangat keusahawanan Malaysia.

Tahniah buat semua penerima Anugerah 100MIYE 2024! 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال