MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR IN KUALA LUMPUR 12 FEBRUARI 2025

MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR IN KUALA LUMPUR 12 FEBRUARI 2025 | Assalammualaikum semua! Pemain piano ‘classical crossover’ Maksim Mrvica, atau lebih dikenali sebagai Maksim kegemaran ramai bakal kembali ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk siri jelajah dunia terkini beliau iaitu Segmenti World Tour. 

MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR IN KUALA LUMPUR 12 FEBRUARI 2025



Anjuran Lo-Fi Entertainment, Maksim Segmenti World Tour akan menghiburkan para penggemar muzik piano di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2025 (Rabu), jam 8.30 malam.

Beraksi dengan orkestra, Maksim akan membawakan repertoir gubahan asal dan variasi daripada album terbaharunya, "Segmenti" yang menampilkan hit popular ABBA dan Queen, serta karya agung klasik yang abadi dari Chopin, Prokofiev dan Tchaikovsky.

Berasal dari Šibenik di Croatia, Maksim mulai pelajaran piano seawal usia sembilan tahun. Walaupun perang tercetus pada zaman remajanya, beliau tetap mempelajari instrumen itu. Maksim dilatih secara klasik di Akademi Muzik Zagreb, Akademi Muzik Franz Liszt di Budapest, Hungary dan Konservatori Rusia Alexander Scriabin di Paris, Perancis.

Menerusi album-album beliau, beliau popular dengan keaslian bakatnya. Perkara ini jarang berlaku bagi seseorang pemain piano. Karya Maksim terus meninggalkan kesan yang mendalam kepada industri seni serta masyarakat seluruh dunia.

Selain itu, Maksim mampu mencecah 16 nota dalam sesaat dan bakat ini mengangkat lagi karya beliau sebagai pemain piano yang paling pantas di dunia. Karya terkenalnya termasuk "Croatian Rhapsody", di samping "Flight of the Bumblebee" serta lagu tema daripada "Pirates of the Caribbean", "Game of Thrones" dan "Mission Impossible".



Dapatkan tiket Maksim Segmenti World Tour melalui lama web www.ticketingtix.com pada harga RM888 (VIP), RM688 (CAT 1), RM488 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4) mulai 12 Disember 2024, 12.00 tengah hari.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال