MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS

MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS | Assalammualaikum semua! Korang dah pergi Melawati Mall (MM)? Bersempena sambutan Hari Krismas 2024 tahun ini, MM telah berubah kepada suasana yang meriah dan warna-warni? Seperti dalam taman manisan! 

Rakyat Malaysia berbilang agama dan bangsa. Bagi anda yang meraikan Hari Krismas, anda boleh ke Melawati Mall untuk mencari barang keperluaan perayaan ini dan hadiah untuk seisi keluarga. Sambil berbelanja di MM, anda juga boleh memanfaatkan masa bersama dengan berhibur di Game On, Top Drift, makan di pelbagai jenis restoran yang disediakan di sini, membeli-belah pakaian, gadget dan menonton filem di GSC Cinemas. Semuanya ada di Melawati Mall.

MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS

Musim perayaan kembali lagi, dan Melawati Mall (MM) bersedia mencipta momen istimewa buat anda seisi keluarga dengan kempen Christmas Sweetsville yang berlangsung dari 22 November 2024 hingga 1 Januari 2025. Sambutan kali ini menjanjikan pengalaman Krismas yang penuh warna-warni, dengan hiasan dekorasi yang berwarna-warni bertemakan tema gula-gula fantasi yang memukau.

MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS

Kempen ini bukan sahaja menampilkan keindahan suasana Krismas tetapi turut menawarkan aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga. Tambah menarik, Melawati Mall memperkenalkan GAME ON THEMEPARK, taman tema dalaman terbesar di Tingkat 6 yang direka khas untuk hiburan anda!

GAME ON THEMEPARK: TAMAN TEMA PENUH KESERONOKAN


Taman tema ini menampilkan 10 tarikan unik yang pasti memenuhi kehendak semua lapisan umur. Antara tarikan menarik termasuklah Kung Fu District, Dodge Dash Challenge, Let’s Jump, Bubble Bang, Sports Hub, Imagination Playland, Ninja Challenge, e-Sports Gaming Portal, Karaoke Sing On, dan pelbagai lagi. Inilah tempat ideal untuk seisi keluarga, sahabat handai, mahupun peminat cabaran yang mencari pengalaman luar biasa.

MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS
MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS
MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS


MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS
MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS
MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS

MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS

MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS


Selain Game On Themepark, di Melawati Mall juga ada beberapa pusat hiburan lain antaranya:

TOPDRIFT: ADRENALIN DRIFT KARTING


Bagi anda yang mahukan pengalaman lasak tetapi selamat, TopDrift adalah destinasi wajib! Sesuai untuk semua peringkat umur, aktiviti ini menggabungkan kelajuan dan keseronokan dalam satu pakej. Alami keseronokan drift karting dalaman yang sesuai untuk semua peringkat umur. Trek yang direka khas memastikan setiap pusingan mencabar dan mengujakan. Sama ada untuk meraikan hari istimewa atau hanya untuk berseronok di hujung minggu, TopDrift pasti mencipta kenangan manis buat anda dan keluarga.

MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS
MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS

FANTASY WORLD: SIMULASI 9D UNIK


Masuk ke dunia imaginasi di Fantasy Theatre di Tingkat 5! Alami pengalaman simulasi video 9D yang mendebarkan dengan klip filem pendek yang membawa anda ke pengembaraan yang tidak akan dilupakan. Fantasy World menjemput anda untuk menikmati pengalaman simulasi 9D yang memukau. Setiap sesi dipenuhi dengan kesan angin, air dan salji yang mengasyikkan.

MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS
MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS

SAY CHEESE STUDIO:

Abadikan momen indah anda dengan sesi fotografi bersama rakan-rakan anda. Tidak cukup dengan itu, taman tema ini turut dilengkapi dengan bilik karaoke peribadi dan pelbagai aktiviti interaktif, menjadikannya destinasi hiburan serba lengkap untuk semua lapisan masyarakat.

CHRISTMAS SWEETSVILLE: GANJARAN MEMBELI-BELAH DI MELAWATI MALL

Musim Krismas tidak lengkap tanpa kejutan hadiah dan aktiviti menarik! Di Melawati Mall, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik serta hadiah istimewa:

MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS

  • Hadiah Eksklusif Krismas:
- Belanja RM150 (atau RM80 di mana-mana kedai F&B) untuk menebus MM Christmas Mug yang menarik.
- Belanja RM300 untuk mendapatkan MM Ceramic Mug bertemakan Krismas.
  • Shop & Win Lucky Draw: 
Dengan perbelanjaan RM100 ke atas, anda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti iPhone 16 Pro, Kerusi Urut Gintell AI, dan banyak lagi.
  • MM Kidz Club: 
Program eksklusif untuk kanak-kanak yang berusia dari 4-12 tahun. Ianya adalah percuma dan terdapat banyak aktiviti menarik dan promosi yang ditawarkan jika anda mendaftarkan anak-anak anda menjadi ahli MM Kidz Club.

ACARA MENARIK DAN TARIKH PENTING 


1. Sweet Deals: Cheetah Roadshow

- Nikmati promosi istimewa untuk pakaian bergaya anda sepanjang kempen Krismas ini dan and juga bakal bertemu dengan “Abang Batman” pada 1 dan 28 Disember 2024.


MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS


2. Persembahan bertemakan “Candyland”

- Alami persembahan pentas ajaib, nyanyian carol, dan bengkel kreatif untuk menceriakan cuti Krismas anda.


MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS


3. Aiskrim Wall’s PERCUMA

- Nikmati perisa baharu Wall’s iaitu Café Latte Chocolate Chip pada 1 Disember 2024. Ianya adalah terhad dari pukul 11pagi sehingga 3 petang sahaja.Acara ini berlangsung di GF, Outdoor South Entrance berhampiran Molten Chocolate Café.

4. MMKC Sprinkle of Fun Party!

- Pengembaraan Krismas fantasi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk ahli MM Kidz Club. Acara ini berlangsung pada 28 Disember 2024 jam 11 pagi – 4 petang di| GF, Meranti Court.

PELBAGAI HIDANGAN MENARIK DISEDIAKAN UNTUK ANDA SEISI KELUARGA


Di Melawati Mall, terdapat pelbagai pilihan makanan yang pasti memenuhi selera anda dan seisi keluarga. Jika anda peminat masakan Cina asli, kunjungi Golden Valley yang terkenal dengan hidangan berkonsepkan "Hidangan Cina Muslim Asli" – di sini, anda akan dapat menikmati pelbagai menu klasik yang lazat dengan cita rasa yang asli dan berkualiti tinggi.

Untuk pengalaman makan yang unik dan menyeronokkan, jangan lepaskan peluang ke Chizu, di mana anda bukan sahaja dapat menikmati minuman yang menyegarkan tetapi juga mencuba hidangan kreatif yang pasti menarik perhatian. Kafe konsep Jepun yang berasal dari Malaysia ini terkenal dengan minuman berasaskan buih keju yang unik dan pastri yang enak. Musim Krismas kali ini, mereka memperkenalkan rangkaian biskut lembut baharu yang pasti menggoda selera anda.


MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS


Selain itu, jika anda ingin mencuba sesuatu yang terkenal dari Sabah, singgah di QCC Baked, kedai pencuci mulut yang menyajikan pelbagai pilihan lazat seperti yogurt diraja, biskut segar dan tart telur yang lembut – semuanya dengan rasa yang pasti memikat! Serius, "yummy bahhh!"

Jadi, apa lagi? Datanglah ke Melawati Mall dan nikmati pengalaman kulinari yang pelbagai dan mengujakan ini bersama keluarga!

DESTINASI MEMBELI-BELAH & MENIKMATI HIDANGAN TERBAIK 


Melawati Mall juga terkenal sebagai lokasi membeli-belah dan makan-makan yang sempurna. Pengunjung boleh membeli-belah di jenama popular seperti Uniqlo, Skechers, HLA, PUMA, Variante, Sport Direct dan banyak lagi.

Melawati Mall sekali lagi membuktikan ia sebagai destinasi utama untuk musim perayaan. Dengan pelancaran Gameon Themepark dan kempen Christmas Sweetsville, pusat membeli-belah ini membawa pengalaman hiburan, membeli-belah, dan menjamu selera ke tahap yang lebih tinggi.

Ternyata, Melawati Mall kali ini membawa anda ke dunia penuh keajaiban Krismas. Sama ada untuk membeli hadiah, menikmati suasana indah, atau mencipta kenangan bersama keluarga, pasti ada sesuatu untuk semua. Jangan lepaskan peluang ini – jadikan sambutan Krismas anda tahun ini lebih istimewa!


MELAWATI MALL MERIAH DENGAN TEMA SWEETSVILLE CHRISTMAS


Jadi, tunggu apa lagi? Jemput keluarga dan rakan-rakan anda untuk merasai magis Krismas di Melawati Mall. Jom cipta memori indah bersama!




PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال